Harga cetak baju kami vs harga cetak baju kilang…..

Hai & Salam Cetak Baju lagi,

Tup tap tup tap….kejap je masa berjalan. Hari ni dah masuk hari ke-4 bulan Februari, 2012.  Dan dalam tak sedar jugak, bisnes kitaorang dah nak masuk tahun ke 2.

Dalam 2 tahun ni memang macam2 benda kami belajar & macam2 cabaran kami lalui. Ada yang order baju, tak ambik. Ada yang order baju tapi design tak ngam, tak ambik jugak. Ada yang puji & ada jugak yg tak puas hati. Hmmmm…..mengeluh pun tak ada guna sebab kitaorang dah pilih jalan ni…tempuh jelah. Tapi setakat ni kebanyakannya puji le sebab diaorang puashati….heheheh.

Hari ni jugak saya nak kongsi ngan korang kat luar sana, apa beza baju kilang ngan baju kami yang berniaga secara kecil-kecilan ni. Mungkin ramai yang tak tahu & mungkin ramai jugak yang nak tahu…betul tak?

Bukan apa….kadang2 ada customer yg nak order baju dengan bajet yg agak rendah, yang kadang2 agak susah saya nak terima.

Kat bawah ni saya senaraikan skit beza baju kilang ngan baju kami…tak leh panjang2, nanti boring lak kang :

BEZA #1 :

Kilang kalau sekali ambik order, kuantiti mesti 50 ke 80 ke atas. Bawah 10 lai tak main le. Tu yang boleh bagi harga murah giler tu.

Macam kami lak…bawah 10 lai pun terima. Biasanya kalau kuantiti baju yang kilang tak terima, kami le yang terima. So, kalau sampai tang harga tu, paham2 aje le.

Cer tengok gambar baju kilang yang saya dapat tender kat bawah ni. Saya dapat upah 60 sen selai untuk print saje.

Nak tahu tak berapa lai saya kena print……1,200 lai baju budak. Tu yang dapat murah tu.Kalau sape2 nak murah camtu, order le banyak2 skit…heheheh.

BEZA #2 :

Kalau nak order ngan kilang, biasanya diaorang nak kita ada SSM @ sijil penubuhan syarikat. Kalau tak diaorng tak akan bagi sebab bila nak bagi harga ejen tu, takut salah bagi kat customer biasa kang.

Kalau order ngan kami…cam biasa lah. Tak ada syarat apa2 pun. Tapi sebenarnya kena bezakan jugak kalau sape2 nak order harga ejen ngan harga biasa. Takut rugi jer nanti.

BEZA#3 :

Kilang biasanya kalau nak cepat, susah dapat sebab diaorang banyak dapat order…so, kena tunggu giliran le nampaknya.

Kalau cam kami, sape nak cepat bagitahu..kami pulun le buat cepat.Mana yang nak lambat skit tu, kami post pone le skit sampai masa dia nak ambik nnti. Tapi buat tetap buat.

BEZA #4 :

Kilang, kalau nak deal harga susah skit sebab diaorang dah fix harga.

Kalau kami, pandai bodek…dapat le harga murah skit sebab bagi kitaorang, korang nak deal ngan kitaorang dah cukup baik dah.

Rasanya itu le serba sikit beza kami ngan kilang….korang pun paham kan. Dah kilang tu besar, banyak le songeh dia. Macam bisnes kitaorang ni…kalau banyak songeh, hmmm…alamat cepat le lingkup bisnes tu. Yelah..orang menyampah. Baik cari orang lain jer.

So….kalau nak ode baju tu, paham2 le kalau kitaorang tak boleh nak bagi harga yang macam kilang tu bagi,ye.

Hmmmm….hari ni saya nak kongsi ngan u all, t shirt untuk festival di Uitm Sabah yang kami buat dalam masa 1 hari je utk 60 lai. Nasib baik design tu 1 warna jer…tak ada le tertonggeng2 nak menyiapkannya.

Cer tengok baju2 yang kami dah siapkan kat bawah ni…

contoh t shirt

t shirt printt shirt cetakprint baju

print t shirt

Baju2 ni kami pulun buat 1 hari jer…baju sampai pagi, petang buat malam siap. Hari ni pos ke Uitm Sabah. Insya Allah! hari Rabu ni sampai. Kitaorang pakai courier express. Cepat skit.

Sampaikan kena guna pekerja Myanmar masa nak lipat baju tu…heheheh! sori tok chik..kasi glamer skit.

Cuma nak bagitahu jer..untuk customer Sabah Sarawak, saya bagi FREE POS kalau guna mel udara sahaja. Kalau cam atas ni, sebab nak cepat, saya guna courier servis tapi saya bayar separuh, dia bayar separuh.

Ok…selain daripada baju tu, kami ada gak buat baju untuk group wedding planner dalam 10 lai. Nasib baik simple jer, so kitaorang dapat siapkan 1 hari & harga pun berpatutan.

Cer tengok gambar2 baju tu untuk tatapan korang….

print t shirtprint t shirt group

cetak t shirt

Kalau design cam ni memang cepat…1 hari boleh siap.

Skali lagi saya paparkan antara design baju yang kitaorang dah siapkan seperti diatas.

Kalau korang nak tahu…kebanyakan design2 ni diaorang sendiri yang emelkan. Kitaorang touch up2 sendiri jer. Kalau jenis yang kita sendiri kena reka design, tu yang lambat skit tu. So, nasihat saya, kalau sape2 nak tempah t shirt ngan kitaorang, prepare le dulu artwork korang sbelum tempah baju supaya cepat skit proses nak buat baju tu, ye.

Rasanya setakat ni dulu le buat kali ni. Kalau diikutkan ada banyak lagi tempahan yang kitaorang dah siap buat tapi tak sempat lagi nak diposkan kisahnya kat sini. Kalau sempat, saya akan citerkan lagi beberapa tempahan yang saya anggap agak cantik untuk dikongsikan dengan korang.

So…cam biasa. Kalau nak order baju secara online, apa kata korang isi maklumat tempahan korang kat page “Nak tahu harga tak?” seperti yang tertulis kat atas website sinun ataupun jangan segan2 call/sms atau emel kat kitaorang. Insya Allah! korang akan dilayan sebaik mungkin…

Jumpa lagi, guys….baaaiiiii….

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 04/02/2012, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 26 Comments.

  1. hye.. 1st skali nak tanye klaw nak buat baju batch. kami budak skolah sains pelris ingat nk order baju batch dlam lebih kurng 100 lai. bole x ? kami nak buat design sndiri n nnti klaw apa2 nanti kiteorg email/kol korang. boleh ? pape email saye. :)

  2. lau 9 baju n design sendiri agak2 bape ye harge?

  3. kalau nak tempah baju cetak boleh tak ea…untuk 10 org …

  4. muhammad syafiq

    kalo jersey bola bape harge die???

  5. Zafran Arfien

    Saya nak hantr satu design t-shirt . leh bagi emel !

  6. nk tau harga untuk baju sukan kanak2 5-6 thn
    emel: nlilyz@yahoo.com

  7. salam..saya nak buat tempahan baju tapi design sy sendiri jenis baju round neck sj…tp sy nak yg kain cotton yg gred baik punya…so mcmn harga nye dan blh cetak brp design dalam 1 kal tempah tq..

  8. nak tahu baju sukan untuk kanak-kanak tadika? ada stok

  9. kalau nak 10 helai bleh x? harga untuk 10 helai?

  10. muhamad faiq

    klau semester ktorg nk order bju koperat utk 80 0rg n biase brape kos utk shlai bju yg complete??

  11. Nak tanya ada jual t-shirt cap ayam tak? Yang murah2 je.. Lepas tuh nak soh print..kalau bagi murah inshaallah lagi banyak kami soh print.. Pasal kami berniaga kecik2 je.. OK?

  12. salam..
    nk tnyer..
    nk buat baju plane biru then 1 perkatan sahaje di depan n belakang bersaiz A4
    kuantiti 50 helai..
    nk quality pling low..
    berape ye..?

    bleh emailkan price di email ni
    casperor90@yahoo.com

    tq

  13. Saye ade disign sendiri size.. Agak2 barape harge untk Siza a3 , 1 colour , dlm 10 helai?

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 714 other followers

%d bloggers like this: