Daily Archives: 10/05/2012

Macam2 geng tempah T Shirt kitaorang…….

Hai & Assalamualaikum,

Tarik nafas jap…..hnsffff!!! hnsf!!!!! kembang hidung…..lepaaaaas. Fuh! baru le boleh bernafas skit. Sebelum ni rasa cam charlie chaplin buat kerja sebab nak siapkan order orang tempah ni. Bukan apa…kami bukan mengeluh tapi nak bagitahu, Alhamdulillah..order yang kitaorang dapat memang tak menang tangan. Kalau tak caya cuba tengok kat sebelah saya ni, berguni2 lagi baju baru sampai….nampak tak…heheheh. Tapi memang betul pun. Tadi baru sampai satu guni besar baju dari supplier tapi tak sempat lagi nak ambik gambar kasi tunjuk bukti.

Ramai jugak rakan2 kita dari Sabah Sarawak yang order baju ngan kitaorang. Mungkin diaorang rasa murah berbanding harga sana kot. Kebanyakan yang kitaorang terima dari student sekolah & IPT. Diaorang suka betul kalau buat tshirt kelas ni.

Ada gak cikgu cikgi yang order baju custom made untuk sukan sekolah diaorang. Hari tu baru je pos baju ke Lawas, Sarawak dalam 300++ lai. Terima kasih Cikgu Mokhtar (mana tahu, dia tengah tengok blog ni ke….heheeh). Yang jenis2 lain pun banyak gak, macam ada satu geng ni yang dinamakan BRIMER’S. Malas le nak cakap apakebenda BRIMER’S tu sebab diaorang tak kasi bagitau. So, korang tengok jelah baju2 yang diaorang order hari tu kat bawah ni. Design mula2 diaorang bagi camni…

Pastu diaorang suruh transfer ke baju hitam cam kat bawah ni….

cetak baju

Yang cantiknya kat sini, baju ni ada tone warna. Belakang base putih & depan 3 kaler berlainan. Cantik gak le. Lepas ni saya nak try buat baju camni le. Sape nak baju camni, angkat tangan……heheh. Kat bawah ni, lagi paparan gambar baju yang dalam proses & dah siap tu.

baju cetakcetak tshirt

cetak baju kelas

cetak baju

Ok…ini antara gambar baju budak2 ni yang sempat saya ambik. Diaorang order tak banyak…takat 60 lai je. Isteri dah expert bab2 print ni, so cepat le skit.

Hokey…kat bawah ni lak cerita pasal baju satu Pusat…. kat Batu Gajah. Diaorang order tak silap hari tu dalam 130 lai kot. Design simple je. Belakang jer. Cer tengok…cer tengok…..

cetak baju

Cer tengok….berwarna warni. Meriah betul diaorang ni. Ni buat untuk karnival sukan ni. Tu yang macam2 kaler ada tu. Baju yang jenis murah punya, so ada le untung skit walaupun masa tolak hari tu pun agak rendah. Kat bawah ni ada lagi gambar baju tu…

cetak bajucetak baju sukan

cetak bajucetak baju sukan

Bergelimpangan baju tengah berjemur. Kalau korang yang dah biasa follow blog saya, mesti perasan tempat jemur baju ni. Dah dekat 2 tahun saya buat bisnes ni, tempat jemur baju masih lagi ditempat sama. Kesian katil tu jadi mangsa. Apa boleh buat…inilah yang dikatakan kerja dari rumah ye tak.

So..kalau korang berminat nak order baju cam ni, jangan malu & jangan segan. Kontek je kitaorang samada melalui sms, call ataupun emel. Insya Allah pertanyaan korang akan kami jawab sebaik mungkin. Tak pun korang boleh jugak isi maklumat kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun. Lagi senang.

Hari ni sampai takat ni dulu….kalau korang nak tahu, lepas saya balik kerja petang tadi pukul 6 petang & sekarang ni dah pukul 12.09 minit tengahmalam, saya belum rehat lagi…..huaaaaa!!!dah ngantukkk. Inilah dugaan yang saya tempuhi setakat ini. Memang betul2 letih tapi bagi saya walaupun letih, kalau dah minat, seronok jugak sebenarnya.

Ok…jumpa lagi u all…bai….

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 737 other followers

%d bloggers like this: