Tempahan baju terpaksa dinaikkan ke minimum 5 lai order….sori ye…

Hai…hai….hai,

Salam cetakbaju semua. Tak kira kepada yang biasa follow blog kitaorang ataupun yang pertama kali jejakkan mata ke blog saya. Selamat datang semua.

Untuk pengetahuan semua, bulan Jun 2012 ni genap le setahun blog saya berada dalam line internet & bersama2 memeriahkan bisnes online di Malaysia.

Dan genap setahun ni jugak macam2 cerita & pengalaman yang saya dapat…semua ada. Yang syok ada..yang tak syok pun banyak.

So…walaupun camtu, saya suspek gak kat diri sendiri sebab walaupun dah setahun buat bisnes online ni, kami masih lagi mampu offer kos pos free kat u all semua. Bukan senang nak maintain camtu. Silap2 boleh bankrap kami. Tapi setakat ni, bisnes masih maintain lagi…alhamdulillah.

Cuma satu je kitaorang nak buat makluman kat sini…minimum order, kami terpaksa hadkan kepada 5 lai ke atas sahaja. Ini bermakna, tempahan t shirt couple terpaksa kami hentikan buat sementara waktu.

Untuk pengetahuan korang, disepanjang saya buat bisnes ni, saya dapati banyak masa saya berada didepan komputer untuk menyiapkan design korang. Kalau yang simple tak apa…tapi kalau yang jenis pelik2 tu, masa saya banyak digunakan. Oleh itu, saya terpaksa hadkan tempahan saya kepada 5 ke atas sahaja untuk bagi berbaloi dengan masa & tenaga yang saya gunakan masa buat design tu. Sori yek!!

Tapi mungkin saya akan terima jugak tempahan bawah 5 lai tapi sebagai sampel je dulu. Harga dia pun agak mahal skit. Maknanya mungkin ada antara korang yang plan nak buat baju banyak2 tapi nak tengok sampel dulu. So, mungkin saya akan buat baju2 camtu dengan syarat, korang mesti order ngan kitaorang nanti.

Apa2 hal, korang follow jer blog saya ni untuk dapatkan update terkini nanti. Mana tahu lepas ni, kitaorang bagi diskaun gila2 ke, bagi free gift ke, bagi baju free ke…so, kalau korang nak benda2 cenggitu, korang klik je pada button follow kat bawah nun untuk follow citer kitaorang nanti…okay!

Ok…cam biasa2 jugak..apalagi kalau bukan cerita pasal tempahan yang saya terima sebelum ni. Baju kawin banyak gak saya terima. Cam kat bawah ni….

baju rewang

tshirt cetak kawin

cetak baju kawin

Design baju ni semua customer yang designkan. Saya just print je. Sonang yo…Kalau sape2 nak kawin & nak baju camni, korang adalah dialu2kan…..

Yang bawah ni baju kelas le pulak. Yang baju hitam tu baju kelas, yang baju putih tu standby nak buat baju jersi. Nombor belakang tak buat lagi. Tempat agak sempit, tapi Alhamdulillah masih mampu menerima pelbagai jenis order. Ni baru sikit ni. Biasanya sampai ke ruang tamu baju kena jemur.

tshirt kelas

Yang baju kelas tu, customer mintak designkan nama student dalam bentuk nama kelas. So, jadi le nama budak2 kelas tu dalam bentuk 5Z. Kalau dari jauh nampak le kelas 5Z tu. Kreatif gak diaorang ni ye. Bawah ni ada lagi baju2 yang sedang dijemur tu…

design baju kelas

baju kelas

Fuh…sampai ke Sabah diaorang ni order. Mungkin rakan kita kat sana susah cari baju printing camni kot. So, no problem. Kat mana saje korang duduk dalam Malaysia ni, Insya Allah, saya akan hantarkan. Jangan risau. Order je ngan kitaorang nanti.

Hmmm…apalagi nak citer ye. Banyak sangat baju orang tempah, so nak kena cari yang cantik2 skit nak kongsi ngan korang ni. Kalau tak boring nanti. Ok..ada satu customer ni, tempahan dia simple je, depan & belakang. Banyak kaler tapi design biasa jer.

Cuba tengok….

cetak shirt

t shirt cetak

cetak baju

Macam2 jenis diaorang ni order tapi Alhamdulillah, setakat ni masih mampu buat lagi. So, korang yang berminat…apalagi, boleh le order ngan kitaorang.

Senang jer….isi je maklumat tempahan korang kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun. Takpun emel, sms atau call jer kitaorang. Insya Allah, soalan korang pasti dilayan. Cuma nak bagitahu benda penting ni..pastikan emel korang valid sebab ada sesetengah customer yang bagi emel tak valid, bila saya jawab, server tak leh reply. So, problem le kalau camtu.

Ok…rasanya takat ni dulu. Dah lewat ni. Apa2hal nanti saya citer lagi ekk…bai!!! jumpa lagi…….

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 20/05/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 734 other followers

%d bloggers like this: