Tak tahu nak buat design….cer guna Customink.com!!!

Hai & Salam Cetak Baju buat rakan2 semua,

Kebelakangan ni bertalu2 emel masuk tanya pasal baju kelas. Tapi kan…ramai lak yang tak tahu camane nak buat design atas baju tu. Kesian gak saya dengar sebab kadang2 diaorang ni memang excited betul nak buat baju tapi masalah nak buat design pulak.

Kalau ikutkan perancangan, saya akan buat blog khas untuk order baju kelas tapi masih lagi dalam proses kumpulkan bahan & mencari idea terbaik camane nak tolong korang kat luar sana.

Tapi sebelum saya start buat blog baru tu, apakata saya kongsi ngan korang camane cara nak buat design dengan mudah. Tapi kena usaha skit le nanti masa korang nak designkan baju tu.

Nak tahu nak guna apa……tadaaaaa…..Gunakan Customink.com. hehehehe…rasanya dah ramai yang tahu kot tapi bagi yang tak tahu, ni nak bagitahu ni.

Cuba klik dulu kat kotak kat bawah ni kalau korang nak tengok camane rupanya nak buat design dalam online tu…

Klik kat logo kat atas

Kat sini saya ceritakan skit le camane caranya nak buat baju korang tu.

Mula2 kan,

Cuba tengok dia punya website. Kat sini saya ceritakan skit serba ringkas le camane korang nak buat design baju tu. Kat dalam page tu korang boleh tambah tulisan, gambar yang ada dalam website diaorang ataupun gambar daripada komputer korang sendiri. Korang bukan je boleh buat bahagian depan, bahagian belakang pun boleh buat. klik kat bahagian butang Rotate yang ada kat situ. Terus dia pusing gambar baju belakang.

¬†Ok….katakan korang nak buat tulisan kat bahagian depan. Korang klik je kat bahagian “add text” kat situ.

Pastu taip je apa yang korang nak taip. Lepas taip, klik next…..pastu.

Pastu keluar le page camni pulak.. Korang boleh godek2 sendiri kat page tu. Tak kena bayar pun. Tulisan boleh tukar, saiz tulisan dll. Design yang kat baju tu pun korang boleh gerak2 kan. Ikut je camane nak buat. Kat dalam page tu, korang boleh pilih tulisan apa korang nak macam kat bawah ni.

Kat situ macam2 tulisan ada…cuma peringatan kat korang..Tolong CATITKAN NAMA FONT sebelum emelkan design tu kat saya. INGAT..CATITKAN NAMA FONT SEBELUM EMEL KAT SAYA.

Tulisan tu boleh adjust2 kedudukan dia ikut kesukaan korang. Pastu ada lagi boleh tambah gambar.

Klik lak kat “Add Art” kat page tu. Macam2 gambar ada. Korang godek2 le sendiri. Pada sape2 yang nak buat duit dengan design baju ni pun korang boleh buat. Buat kat sini pastu tunjukkan kat sape2 yang nak order baju. Pastu, ambik untung atas baju tu nanti.

Nak upload gambar sendiri pun boleh. Terpulang pada korang.

Korang mesti seronok punya dapat godek2 dalam website ni. Cuma bergantung pada kreativiti korang le. Satu lagi peringatan….TOLONG CATITKAN KAT BAHAGIAN MANA KORANG DAPAT GAMBAR TU. CATITKAN SEBAB NANTI SAYA BOLEH AMBIK GAMBAR TU DALAM WEBSITE NI TIME NAK PRINT NANTI.

Macam2 korang boleh buat. Nak buat nama ngan nombor pun boleh tapi nombor tu, saya nak bagitahu awal2…kitaorang guna blok nombor sedia ada je. Kalau korang nak set nombor sedia, harga akan lagi mahal. Korang paham le kan.

So…kesimpulannya, pada korang yang tak pandai nak buat design sendiri, inilah antara cara terpantas korang boleh buat sendiri. Bila dah siap semua, korang boleh print, save atau send kat kawan2.

Apa yang penting, KERJAAASAMAAA….hehehee. Apa yang penting korang sendiri yang godek2 kan. Tapi kalau memang korang ni pakar design atau ada kawan2 yang pakar buat design baju, itu lagi baik sebenarnya. So, pokoknya…pokok kelapa sawit..heheh. Pokoknya kat sini korang ada idea skit le camane nak buat design baju tu, tul tak?

Ok…sementara korang menggodek2 design kat http://www.customink.com tu, ini ada lagi citer pasal tempahan baju yang kitaorang terima sebelum ni.

tshirt kelas

Ramai betul peminat baju camni. Blok dia pun saya simpan lagi. Mana tahu ada yang nak order lagi lepas ni.

tshirt kelas

baju kelas

Semuanya satu kaler. Agak cepat skit le kitaorang print. Cuma kalau dalam tenghari skit, blok cepat sumbat sebab cuaca dah panas. Biasanya buat pagi2 betul kalau tak nak bagi sumbat.

Ni ada lagi cerita pasal tempahan baju….

baju groupOk…ini lak baju untuk peniaga roti pita kat pasar malam. Itu le sebabnya ada logo cam roti pita je kat bahagian depan tu. Logo ni diaorang yang bagi lukis ngan tangan, pastu saya cuba buatkan balik ikut kreativiti sendiri. Dah beberapa kali bincang, baru le dia setuju buat camtu.

cetak tshirt

cetak tshirt

Sempoi & simple. Kalau 10 lai camni, kejap je kitaorang buat. Kebiasaannya, nak buat design awal tu yang ambik masa lama. Kalau dah siap semua2 design tu, print kejap jer. Macam tempahan ni, kitaorang print tak sampai sejam pun. Satu lagi, nak tunggu giliran. Tempat agak sempit skit. So, nak print banyak sekaligus susah skit. Tapi Alhamdulillah, masih lagi mampu disiapkan dalam tmpoh yang customer nak.

So, setakat ni dulu buat kali ni. Pada sape2 yang nak order baju, cam biasa, isi jer form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau emel, call atau sms kitaorang. Insya Allah, semuanya akan dilayan dengan baik.

Nantikan kemunculan blog baru kitaorang lepas ni ye…so, kawan2 semua..kalau nak tahu apa perkembangan tentang blog ni, follow le kitaorang….I followwwww….

Baibai….jumpa lagi…..

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 05/10/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 754 other followers

%d bloggers like this: