BUAT DESIGN SENDIRI

Hai & Salam Cetak Baju buat rakan2 semua,

Kebelakangan ni bertalu2 emel masuk tanya pasal baju kelas. Tapi kan…ramai lak yang tak tahu camane nak buat design atas baju tu. Kesian gak saya dengar sebab kadang2 diaorang ni memang excited betul nak buat baju tapi masalah nak buat design pulak.

Kalau ikutkan perancangan, saya akan buat blog khas untuk order baju kelas tapi masih lagi dalam proses kumpulkan bahan & mencari idea terbaik camane nak tolong korang kat luar sana.

Tapi sebelum saya start buat blog baru tu, apakata saya kongsi ngan korang camane cara nak buat design dengan mudah. Tapi kena usaha skit le nanti masa korang nak designkan baju tu.

Nak tahu nak guna apa……tadaaaaa…..Gunakan Customink.com. hehehehe…rasanya dah ramai yang tahu kot tapi bagi yang tak tahu, ni nak bagitahu ni.

Cuba klik dulu kat kotak kat bawah ni kalau korang nak tengok camane rupanya nak buat design dalam online tu…

Klik kat logo kat atas

Kat sini saya ceritakan skit le camane caranya nak buat baju korang tu.

Mula2 kan,

Cuba tengok dia punya website. Kat sini saya ceritakan skit serba ringkas le camane korang nak buat design baju tu. Kat dalam page tu korang boleh tambah tulisan, gambar yang ada dalam website diaorang ataupun gambar daripada komputer korang sendiri. Korang bukan je boleh buat bahagian depan, bahagian belakang pun boleh buat. klik kat bahagian butang Rotate yang ada kat situ. Terus dia pusing gambar baju belakang.

¬†Ok….katakan korang nak buat tulisan kat bahagian depan. Korang klik je kat bahagian “add text” kat situ.

Pastu taip je apa yang korang nak taip. Lepas taip, klik next…..pastu.

Pastu keluar le page camni pulak.. Korang boleh godek2 sendiri kat page tu. Tak kena bayar pun. Tulisan boleh tukar, saiz tulisan dll. Design yang kat baju tu pun korang boleh gerak2 kan. Ikut je camane nak buat. Kat dalam page tu, korang boleh pilih tulisan apa korang nak macam kat bawah ni.

Kat situ macam2 tulisan ada…cuma peringatan kat korang..Tolong CATITKAN NAMA FONT sebelum emelkan design tu kat saya. INGAT..CATITKAN NAMA FONT SEBELUM EMEL KAT SAYA.

Tulisan tu boleh adjust2 kedudukan dia ikut kesukaan korang. Pastu ada lagi boleh tambah gambar.

Klik lak kat “Add Art” kat page tu. Macam2 gambar ada. Korang godek2 le sendiri. Pada sape2 yang nak buat duit dengan design baju ni pun korang boleh buat. Buat kat sini pastu tunjukkan kat sape2 yang nak order baju. Pastu, ambik untung atas baju tu nanti.

Nak upload gambar sendiri pun boleh. Terpulang pada korang.

Korang mesti seronok punya dapat godek2 dalam website ni. Cuma bergantung pada kreativiti korang le. Satu lagi peringatan….TOLONG CATITKAN KAT BAHAGIAN MANA KORANG DAPAT GAMBAR TU. CATITKAN SEBAB NANTI SAYA BOLEH AMBIK GAMBAR TU DALAM WEBSITE NI TIME NAK PRINT NANTI.

Macam2 korang boleh buat. Nak buat nama ngan nombor pun boleh tapi nombor tu, saya nak bagitahu awal2…kitaorang guna blok nombor sedia ada je. Kalau korang nak set nombor sedia, harga akan lagi mahal. Korang paham le kan.

So…kesimpulannya, pada korang yang tak pandai nak buat design sendiri, inilah antara cara terpantas korang boleh buat sendiri. Bila dah siap semua, korang boleh print, save atau send kat kawan2.

Apa yang penting, KERJAAASAMAAA….hehehee. Apa yang penting korang sendiri yang godek2 kan. Tapi kalau memang korang ni pakar design atau ada kawan2 yang pakar buat design baju, itu lagi baik sebenarnya. So, pokoknya…pokok kelapa sawit..heheh. Pokoknya kat sini korang ada idea skit le camane nak buat design baju tu, tul tak?

Selamat Mendesign baju pada korang semua!

Nik
adminkomisen@gmail.com

//

  1. Elizabeth Clainey

    saya nak try dsgn baju guna customlink..tp masalahnya….kat situ xda kaler bju yg sy minat iaitu kaler fuschia… kaler fushia cma ada kat katalog je.. bole x sy dsgn kat customlink gna bju yang hmpir sma ngan kaler fushia… tp nanti awk bole x gna kaler fushia untk dsgn baju sy?

  2. Elizabeth Clainey

    mcmana pula kalo sy nak letak nama kat sleeve? kat customlink xpat la.. st try tp kena call and order trus bru dpt letak nama kat sleeve

    • Yang customink tu orang lain punya. Amerika punya company. Saya tumpang buat design je…heehe. Apa2 hal, bgtau saya melalui emel saya.

  3. macam mane nk buat design utk baju muslimahpunya????

  4. Kalau saya gunakan web ni untuk letakkan design yg sedia ada untuk awak buat sebagai refer untuk baju , boleh kan ? Design dah ada , cuma nak attach ke baju sahaja ..Jadi , detail jenis baju dan lain-2 saya inform lain .. boleh tak macam tu ? sebab dalam tu semuanya tak berkolar ..

  5. BrunoBieber

    Nak tanya (:
    Tolong terangkan harganya klau design baju sendiri.Saya nk cuba design utk 21 org. Nak bayar kat mana,siapa,cara bayaran ? Oh plz pass me your email :) Customink nih boleh save gambar hantar ke atau catit semua detailnyer.Plz reply n TQ!

  6. syrkt nie beroperasi di mane?

    • Kg Gajah, Perak tapi dah berpengalaman pos baju sampai ke ceruk2 Sabah Sarwak & Semenanjung Malaysia. Order secara online.

  7. Hey sis , after i’ve done this , where should i sent it ?

  8. nur nabyllah

    assalamualikum, kalau sye nk tempah baju muslimah tapi nk wat design sendiri leh x?
    sye nk tempah bju muslimah 4 helai boleh x? harge dia cmne?

  9. kalau nak buat jersi budak ade saiz ke?

  10. salam….saya nak buat design dua colour hitam and purple tp mcm mna?? boleh letak satu colour je :( and saya nak berkolar…

  11. macam mana nak save kat laptop kita kalau dah siap design

  12. boleh buat untuk jersi jugak ke?

  13. kat customink klu kite nk ctak design yg kite buat tu x yah byr kan?

    • Saya akan caj jugak harga design sbb saya kena buat balik design tu utk printing. Customink tu hanya mudahkan customer nak buat design je.Kalau pandai buat dalam Adobe Illustrator atau Photoshop, sy tak akan caj design tu.

  14. Ahmad Nizar

    nik, kalau nak post design sendiri kat nik, pakai JPEG file atau Photoshop file?

  15. tulisan arab boleh buat?

  16. saya ada hantar gmbar design baju dekat email sis….agak2 kos printing dia berapa???

  17. thanks ya sharenya… lagi cari tutorial untuk bikin baju sendiri, eh ketemu disini :)

    salam kenal dari Indonesia ;)

  18. nadira azhari

    web ni best laaa…bnyk idea yg kmi x pneh pkir pon…web ni jugak tlg kami wat design bju time kmi dah terdesak nk wat bju…huhu…tq!!!!

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 714 other followers

%d bloggers like this: