Category Archives: Umum
Tolong jangan order kat komen, guna emel kalau nak dapat jawapan cepat……
Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju kat semua pelawat2 mohcetakbaju.com,
Tima kasih le kat korang yang sudi melawat blog cetak baju saya yang tak seberapa ni tapi Alhamdulillah, telah menunaikan hasrat beribu2 orang sebelum ini semenjak kami online 2 tahun lepas.
Hari ni saya nak bercerita sikit pasal cara nak tempah baju ngan kitaorang. Sebelum2 ni banyak kali dah saya bgtau tapi mungkin ada yang terlepas pandang kot.
Nak mintak tolong jugak ni….kalau boleh, jangan buat pertanyaan penting kat bahagian KOMEN kat setiap artikel saya sebab susah nak jawab kat situ. Saya lebih suka jawab kat emel. Lagi mudah.
Kenapa???Korang takut emel tak berbalas ke?
Jangan takut…..seorang peniaga aktif secara online seperti saya, emel & telefon adalah 2 alat penting untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Kalau tak ada dua2 alat ni….bisnes online tak akan ke mana sebenarnya.
Nak bukti tak yang soalan korang pasti akan terjawab…cuba tengok gambar kat bawah ni.
Nampak tak gambar kat atas ni? Kalau tak nampak, klik kat gambar untuk besarkan.
Cuba korang tengok kat bahagian atas dalam kotak & yang ada anak panah tu. Dalam inbox saya ada lebih kurang 1,700 emel yang belum di delete. Yang dah delete pun dah berapa ribu emel dah. Cuba tengok kat bahagian kiri lak. Hanya 14 emel je yang belum berjawab pada 20 Februari, 2013. Yang 14 emel tak berjawab ni, kebanyakannya komen kat blog saya yang agak susah nak berjawab sebab kena masuk admin WordPress, baru boleh jawab.
Pastu tengok lak, bilangan emel yang saya jawab. Yang dalam bulatan tu, 47 kali kitaorang berbalas emel sebelum dia bagi keputusan. Yang lain tu, semua lebih dari 1 kali…maknanya..semua emel korang pasti berjawab. In Sha Allah.
Tapi masalahnya…..walaupun saya jawab emel tu dah bersungguh2 dah tapi last2 sekali, ada yang senyap je. Saya tak tahu apa masalahnya. Mungkin sibuk ataupun dah dapat tempat lain kot.
Tapi kesimpulannya, emel korang pasti berjawab. Cuma lama dan cepat je bezanya.
Satu lagi….ada gak yang saya terlepas pandang atau terlupa nak jawab balik sebab emel dah banyak bertindih2. So, saya harap sangat kalau saya terlupa camtu, korang emel le balik bgtau yang korang perlukan jawapan.
Saya hanya manusia biasa tapi saya tetap berusaha untuk melayan semua pertanyaan korang.
Bisnes online ni mesti kena ada emel..kalau tak, tak ke mana bisnes kita.
Selain daripada emel, saya pun banyak dapat sms & call. Cer tengok bukti sms saya kat bawah ni….
Nampak tak…ada 259 conversation sms yang saya belum delete dalam box sms saya pada 19/02/2013.
Pastu…..
Yang mesej SENT ada 1,413 & INBOX ada 1,664. Itu tak campur lagi yang dah delete sebab space dah penuh & hp berat.
So, kalau korang risau…SMS tak jawab atau emel tak jawab, korang tengok gambar2 kat atas ni, pastu renung2kanlah. Maknanya, saya akan sentiasa melayan korang selagi mampu & kalau boleh jangan le guna bahagian komen kat bawah artikel2 saya tu. Kalau nak komen gambar atau cerita saya, silakan tapi kalau nak order atau tanya soalan….tolong jangan tanya kat situ ye.
Pastu, nak ingatkan jugak….kalau tak nak emel..tolong gunakan form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya & pastikan emel korang valid. Kalau tak valid, kalau saya jawab balik mesti undelivered.
So….ingat ye. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk jawab emel atau sms korang. Jangan ragu2 & bimbang…ceh!!! macam lirik lagu lah pulak.
Ok……apa tempahan baju yang saya nak kongsi ngan korang hari ni. Cuba tengok gambar kat bawah ni….
Ini design biasa sahaja…baju kelas dari Bintulu. Design semua diaorang buat sendiri. Yang tulisan jawi tu, diaorang yang emelkan. Saya cuma touch up balik dalam komputer.
Baju jenis Single Jersey brand Oren Sport.Cam biasa….memang kena tindih putih dulu sebelum tindih merah tu. Kalau tak…susah nak naik kaler dia.
Cerita kedua…..
Yang ini sempoi je..just design depan kat dada & nama kat lengan. Baju jenis Lacoste atau jenis yang kain kasar skit. Bukan cotton atau microfiber.
Ada 2 kaler baju…hitam & biru. Dua2 print putih. Agak simple…so, tak yah le saya explain panjang2 ye…
Apalagi citer…..

Yang ini lak customer buat design dalam Customink.com je. Saya ikut sebijik dengan apa yang diaorang designkan. Yang ini pun agak sempoi. Tak perlu nak explain lagi sebab hanya print 1 kaler putih sahaja guna print Silkscreen. Macam sebelum ni jugak.
Selain daripada tu, saya ada gak terima order sebanyak 80 lai untuk satu customer ni.
Tahu tak….customer yang ni just bagi draft dalam bentuk lukis tangan je. Tapi walaupun lukis tangan, cantik gak lukisan dia. Cer tengok design awal yang diaorang bagi….
Lukisan tu saya touch up balik dalam Adobe Illustrator. Mana yang design dia nampak kurang sharp, saya licinkan dia bagi nampak lebih cantik walaupun dia tak mintak pun saya touch up balik. Saya bukannya apa…saya rasa saya ni jenis pentingkan kualiti design & baju. Saya agak cerewet skit bab tu. Kalau boleh…kalau saya jadi customer, saya nak yang terbaik…so, camtu le saya buat kat customer. Mesti nak jaga kualiti biar bagi cantik. Bukan saya saje2 cakap ni tapi tulus ikhlas dari sanubariku….chewaahhh!!!
Ok….bila dah puashati, saya start buat blok & print baju tu……Ini le hasilnya….
Ini le rupanya blok printing saya & baju2 sebelum diprint guna dye.
Hasilnya selepas print…..
Sama tak ngan design atas yang dia bagi….yang ini saya print saiz A3 ni. Memang cantik kalau sebesar itu.
Yang ini, 80 lai dalam 2,3 jam siap. Kalau ada tempat lebih besar yang muat 100 lai. Rasanya 1/2 jam dah siap semua sebab 1 kaler je print. Tapi nak citer kat korang le…kalau korang dengar mesti jeles punya. Akak Salina print baju tu pakai baju tido je. Cuma sempat gosok gigi je…hehehe. Jangan mare…tapi ni serius ni. Almaklum le..bisnes dalam rumah. Cam tu le rupanya.
Ok….rasanya takat ni dulu buat kali ni. Ingat pesan saya kat atas nun. Tolong jangan tanya soalan atau order baju kat bahagian komen, susah saya nak jawab. Just isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?”, emel, sms atau call je. In Sha Allah, kami akan melayan korang…
So….jumpa lagi korang…..baiiiii!!!!!
Sape nak baju jersi, Katalog Arorasport ada macam2 stail baju jersi tu……..
Hai & Salam Cetak baju pada u all,
Hari ni walaupun cuti raya cina, kitaorang tak duduk diam gak. Macam saya sendiri, masa cuti ni le nak pulun siapkan blok printing orang yang dah order sebelum ni. Mana yang nak segera tu…terpaksa le pulun jugak. Kena korbankan sikit le cuti raya ni.
Lagi satu, masa ni le jugak untuk saya update blog mohcetakbaju.com tu. Dari semalam, saya duk mengadap komputer untuk update Katalog baru yang saya baru masukkan dalam blog saya iaitu Katalog Arorasport. Bagi saya harga tshirt kat Katalog Arorasport ni agak mahal skit berbanding harga dari Katalog2 lain tapi pilihan baju dia lagi banyak dari katalog2 lain terutamanya bagi sape2 yang nak baju jersi ikut sukan yang diaorang nak. Contohnya, untuk pelumba basikal…ada baju lumba basikal cam kat bawah ni…
Cantik tak….tapi memang berbaloi2 dengan harganya tu. Ada jugak jersi satu set untuk team bola korang, cam bawah ni…
Macam2 ada….cuba korang letak mouse korang kat page Katalog Arorasport kat atas nun & pilih baju apa yang korang nak. Pastu, dah berkenan..isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun jugak untuk tahu harga siap print. Kalau baju kosong, semua harga ada kat situ. Untuk Sabah Sarawak, just tambah je RM2 sehelai & kos pos saya akan tanggung separuh.
Kalau korang rasa macam korang berkenan ngan baju2 dalam katalog Arorasport & nak tengok satu2 siap ngan harganya sekali, apakata korang download je Katalog baju diaorang & senarai harga sekali kat bawah ni.
<<KLIK SINI - catalogue2013>>
<<KLIK SINI - Senarai Harga Arorasport 2013>>
Tapi kalau korang rasa taknak pilih kat Katalog Arorasport, korang pilih je mana2 baju kat Katalog2 baju kat bahagian atas nun. Ada Katalog Enzo, Oren Sport, Change & TShirt murah. So, terpulang pada korang sendiri. Cuma Arorasport ni banyak pilihan dari segi baju jersi je lah.
So….dah buat keputusan ke. Kalau tak konfiden & nak tanya apa2, korang boleh le sms, call atau emelkan ke adminkomisen@gmail.com. Mana2 je korang rasa selesa & saya akan cuba jawab seberapa daya yg boleh, In Sha Allah.
Cam biasa2…hari ni ada beberapa cerita pasal tempahan lagi nak kongsi ngan korang. Kalau tak cerita, nanti susah orang nak percaya. Hanya gambar je yang dapat menceritakan semuanya…betul dok? Cer tengok cerita pertama kat bawah ni….
Atas nun bahagian depan & yang bawah tu, bahagian belakang. Yang bahagian depan tu, mudah je sebab just 2 kaler je. Mula2 print biru muda, lepas tu print lak hitam untuk tulisan tu. Yang ambik masa skit, untuk bahagian belakang sebab ada 4 kaler semuanya. Cer tengok peringkat2 camane kitaorang print gambar tu….mula2….
Print dulu kaler biru muda. yang ini dah guna 1 blok printing saiz A3 ni. Time nak pecahkan warna tu, kena study dulu sebelum print out. Saya kena tentukan dulu, bahagian mana yang perlu buat kaler biru muda tu. Bukan mudah sebenarnya nak pecahkan kaler tu. Itu le sebabnya, kalau buat silkscreen, saya akan tolak awal2 kalau libatkan print yang terlalu banyak kaler ni. Tak mudah sebenarnya….
Pastu, print lak kaler putih. Saya kena pastikan kaler putih yang saya print tu tak akan tutup design asal warna biru muda tu. Kalau tak, awal2 dah rosak dah design dia.
Kali ketiga, saya print lak kaler kuning. Sama je proses cam print putih tadi. Saya kena pastikan kaler kuning tu tak akan tindih kaler asal biru muda tu.
Pastu, last sekali…print hitam untuk outline dia. Untuk pecahkan 4 kaler seperti diatas, memerlukan kemahiran dan pengalaman yang tinggi supaya design tu tak jadi rosak. Bila dah lama dalam bisnes ni, Alhamdulillah…Allah sentiasa mudahkan saya. Nak pecahkan kaler tu saya guna Adobe Illustrator je.
Semua sekali 80 helai…konvoi ke Penang. Baju kitaorang guna brand Oren Sport, 100% cotton roundneck. 2 hari siap. Kalau ada tempat yang lagi luas, mungkin 1 hari boleh siap kot.
Ok, lagi cerita apa…..
Yang ini tshirt kelas biasa je ni. Customer ni just lukis sendiri dalam website www.customink.com & pastu hantar kat saya. Bila dah deal harga semua sekali & deposit dah buat…saya start order baju & buat blok printing. Depan belakang guna blok saiz A3. Cuma nama depan je saya buat blok asing.
Baju jenis Oren Sport – Magenta & Sea blue. Memang sesuai betul untuk lelaki ngan pompuan kan….
Lagi…apa citer lagi….
Yang ini tak banyak…dalam 15 lai je. Design pun ambik dalam www.customink.com gak. Buat sendiri je. Tak yah pening2 nak buat design tu. Cari kat Design Online.
Yang ni bahagian belakang…simple but nice.
Selain daripada baju kelas, baju kawin, baju group dll….saya banyak gak terima baju untuk konvoi. Macam yang santai Penang kat atas nun. Itu baju konvoi gak tu. Yang kat bawah ni pun, baju konvoi gak….
Diaorang lukis atas Customink.com je. Semua diaorang pilih design kat situ. Tak ada le teruk2 nak pikir camane nak buat design tu.
Belakang guna blok A3 & depan setengah A4 je. Baju jenis Single jersi brand Oren Sport.
So….camane? Ada rasa teruja tak nak order baju korang lak?
Korang jangan risau….In Sha Allah, setiap pertanyaan korang akan dilayan sebaik mungkin.
Kalau rasa2 macam nak percaye ke taknak, korang just pikir je lah…saya buat bisnes ni sejak pertengahan 2011 & sekarang dah masuk 2013 dah. Alhamdulillah, sampai sekarang Allah bagi lagi rezeki melimpah ruah kat kami. Kalau saya menipu..dah lama kot bisnes saya melingkup. Pastu, cuba korang KLIK KAT SINI & cuba baca apakata customer kitaorang sebelum2 ni. Kalau rasa nak percaya lagi, emel je diaorang..tanya betul tak kitaorang punya servis ni. Satu lagi, cuba call terus kalau nak lebih percaya, pastu buat lah keputusan korang nanti. Saya tak salahkan korang kalau susah nak percaya sebab orang yang banyak menipu secara online le yang membusukkan bisnes online yang betul cam kitaorang ni, betul tak?
So…tak apa. Kalau korang rasa nak order baju tu, toooolooooong jangan order kat bahagian komen tapi isi le fom kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun. Takpun sms, call atau emel je.
Yang penting, korang happyyy..
Ok…jumpa lagi korang…baaiiii….
Balik dari bercuti, tempahan sedia menanti (Pantun 2 kerat…..)
Hai & Salam Cetak Baju kat korang semua,
Kitaorang dah kembali balik dari bercuti. Bukan jauh pun…pergi Langkawi je.
Kitaorang naik keretapi dari Tapah Road, sampai ke Arau. 8 jam dalam keretapi. Sejuk bukan main. Tido pun tak lena.
Pastu, dari Arau ke Kuala Perlis, naik teksi lak. Punya lah ramai manusia, sampaikan beratur beli tiket feri pun kat sejam. Tapi Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar.
Kitaorang duduk kat Homestay, 3 bilik. Siap ada dapur, mesin basuh ngan rice cooker lagi. Jimat skit. Beli beras, beli telur, beli ikan…masak je sendiri.
Time tengah bercuti pun bertalu2 emel ngan call masuk tanyakan pasal baju. Mana yang saya lambat jawab tu, mintak maaf le ye sebab sy tak bawak notebook…bawak tablet jer. Itu pun line susah dapat.
Tu yang balik hari ni, terus pulun jawab emel mana yang belum berjawab lagi tu.
Dah lama sebenarnya tak pergi langkawi ni. Kitaorang pegi 2 family. Seronok le jugak. Pegi underwaterworld, bukan setakat kita tengok ikan…ikan pun boleh tengok kita sekali. Pastu naik kereta cable…anak2 rileks je. Ibunya ada le ngucap panjang skit tapi seronok sangat. Ini le antara gambar yang saya sempat ambik time naik kereta cable tu…
Pagi tadi…kul 3.00 pagi baru sampai kat Tapah Road naik keretapi dari Arau. Letih…jangan cakap le. Sakit habis badan2..bukan sebab apa. Mengangkat barang2 yang beli kat Langkawi tu yang jenuh skit. Masa beli tak ingat pasal tu..Bila nak bawak balik baru sedar.
Tapi Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar & ini le antara rezeki dalam bisnes cetak baju yang bawak saya ke sini. In Sha Allah, ada rezeki lagi boleh berjalan lagi.
So….kepada korang yang lambat dapat balasan emel saya, saya mintak maaf banyak2. Macam yang saya cerita kat korang sebelum ni, line susah gak dapat kat sana. Terpaksa le tangguh ke hari ni.
Diringkaskan cerita…sebab rasanya dah mamai2 ni. Jap lagi nak sambung tido lak. Letih tak habis lagi, kat sini saya nak kongsi ngan korang tempahan2 baju yang kitaorang sempat buat sebelum pegi bercuti hari tu….
Cerita pertama…..
Mula2 tu customer ni bagi gambar sketch cam kat atas ni secara kasar. Disebabkan customer ni memang sungguh2 nak design camtu, so dia sanggup bayar berapa je untuk baju tu.
Bila dah deal harga semua sekali & customer pun setuju dengan harga yang saya bagi, saya pun start buat design dalam Adobe Illustrator. Hasilnya cam kat bawah ni…..
Pastu, bila customer puashati & setuju dengan design tu, dia pun start buat deposit & saya start order baju. Baju ni ada 3 proses time nak buat hari tu iaitu gambar kapalterbang merah depan belakang & tulisan kaler hitam tu print silkscreen, logo kat dada & belakang heat press & logo ngan nama kat lengan sulam. Harga agak mahal sehelai tapi diaorang sanggup bayarkan. So, hasilnya dalam bentuk fizikal ialah seperti dibawah ni…..
Cerita nombor 2….yang ini lak baju kain jersi plain…kaler hitam….
Asalnya customer emelkan camni….
Pastu, lepas dah deal harga & buat deposit….ini lah hasilnya….
Yang atas, bahagian depan & yang bawah bahagian belakang. 2 kaler je…kuning & putih.
Yang design putih saje ni, ini design sebelum tindih putih. Dah buat base putih, baru print kuning. Kalau tak, kaler kuning tu tak akan naik kaler dia. Biasanya design warna kuning, saya besarkan skit dari design putih sebab nanti masa nak tindih, tak ada le kaler putih belakang tu nampak.
Apalagi cerita tempahan baju tu…..
Yang ini jauh tempahan ni…..dari Lahad Datu lagi. Untuk geng skuter diaorang. Design kat tshirt tu, diaorang buat sendiri kat Customink.com. Senang je. Tak payah pening2 nak buat design. Semua ada kat situ.
Ok…takat ni dulu le cerita tempahan baju kitaorang hari ni. Agak simple je cerita hari ni sebab dah letih. Nak gi tido jap.
So…korang cam biasa. Kalau nak order saya haraaaaap sangat korang isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya tu dulu untuk saya bagi harga. Jangan guna komen kat bawah setiap artikel untuk buat order sebab saya tak sempat nak jawab kat situ. Satu lagi, tolong emelkan design nak print sekali sebelum isi form tu sebab selagi tak dapat design baju tu, saya tak boleh bagi harga melainkan awak nak baju kosong & design korang simple je.
Takpun korang boleh kontek saya terus, emel atau sms. Ikut le mana yang korang rasa selesa.
Ok, jumpa lagi….baiiiiii….
Mohcetakbaju.com bercuti dari 24/01/2013 hingga 27/01/2013 tapi tempahan masih berjalan…
Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju semua,
Berjumpa lagi kita dalam rancangan…Mari menempah baju…hehehee. Cam rancangan TV jer.
Korang dah baca ke tajuk ngan banner kitaorang kat atas tu. Ni bukan apa ni, takut nanti ada lak yang nak order baju time kitaorang bercuti tu. Takut frust lak kang. Kitaorang bercuti je tapi order berjalan cam biasa gak.
Kitaorang start balik operasi 28/01/2013 ni. So, kalau sape2 yang nak baju dia lepas tu, In Sha Allah boleh. Kalau nak baju sebelum kitaorang bercuti tu pun boleh, tapi dengan syarat print simple & kuantiti tak banyak. Kalau camtu boleh. Kalau nak print banyak kaler, pastu kuantiti banyak…saya mintak maaf, dari hujung bulu rambut sampai le ke hujung anak jari kaki…saya tak dapat nak tunaikan.
So….jangan risau. Walaupun kami bercuti, order tetap berjalan. Saya akan sentiasa buka emel walau dimana saya berada, In Sha Allah.
Hari ni kan…saya tak nak le berceloteh panjang. Hari ni nak bercerita banyak skit pasal tempahan sebelum ni. Nak kongsi ngan korang tentang macam2 stail baju diaorang order ngan kitaorang. Yang mana boleh ditunaikan, saya bagitau boleh & mana yang tak boleh tu, saya akan bagitau siap2, tak boleh.
Kitaorang berniaga ni memang le hajat utama tu nak untung tapi kalau dapat untung tapi menganiaya orang buat hape…alamat tinggal separuh jalan le bisnes camtu. Kalau boleh nak le sampai bila2 bisnes cetak baju ni, ye tak.
Ok….apa ke cerita hari ni. Cuba tengok ni….
Design baju ni diaorang guna Customink.com je. Buat design kat situ, pastu bagitau font jenis apa. Bila dah dapat maklumat tu, saya terus prepare untuk buat blok printing. 1 kaler printing camni, memang cepat kalau nak buat.
Baju roundneck, cotton kaler Grey brand Oren Sport.
Selain daripada baju kelas, kitaorang ada banyak gak terima baju untuk family day. Macam cerita kat bawah ni. Design dia, lain dari yang lain..siap ada jawatan dalam syarikat lagi tu….
Design ni pun, customer ni buat sendiri dalam website Customink.com tu. Korang pun boleh buat gak sebenarnya. Senang je. Kalau nak tunggu saya buat, alamat berjanggut le….masa saya agak padat skit sebenarnya. Kalau design sendiri, senang skit. Lagi puas hati.
Simple & sempoi….
Ok..sebab hari ni nak kongsi banyak skit cerita, so ini lagi cerita pasal tempahan baju tu…..
Yang ini senang je. 1 kaler je. Printing ni bergantung pada bajet customer sebenarnya. Kalau bajet tak mahal, simple je lah. Kalau nak banyak kaler & cantik, korang kena berani le letak bajet tinggi skit. So, baru puas hati,ye tak?
Kalau bajet rendah tapi nak baju berkaler2 macam kat luar nun, saya mintak maaf banyak2 le ye. Baju kat luar nun, diaorang order beribu2 lai. So, kalau camtu, kilang pun boleh supply sebab diaorang untung ikut kuantiti tempahan baju.
Cam kitaorang gak..kalau korang order banyak, boleh le murah skit sebab kitaorang pun dapat untuk ikut kuantiti. Tapi kalau just order 5 ke 6 lai je, kena berpatutan le dengan harga tu. Korang fahamkan?
Ok…apalagi….haaaa..ini pasal baju kawin lak. Cer tengok…
Yang atas nun gambar depan, yang bawah ni gambar belakang. Ramai betul yang berkenan gambar kartun ni utk baju kahwin. Baju tshirt kitaorang guna cotton roundneck, Oren Sport kaler Seablue kod CT0128.
Bawah ni satu lagi tshirt kahwin…yang ini pun geng Bekwoh gak ni…..
Ok…ini antara cerita2 yang sempat saya upload dalam blog saya setakat ni. Memang banyak lagi yang tak cerita sebenarnya sebab nak kejar masa. Sekarang ni, design pun saya kena touch up balik. Marketing pun kena buat gak & blok printing pun saya jugak. Jadi, agak terhad skit le masa tu.
So, pada korang yang nak order baju, cam biasa…klik je kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & isi form kat situ. Takpun call, sms atau emel je. Yang penting, korang happy…..
Ok…jumpa lagi, guys!!!….baaiiii……
Senang je sebenarnya nak order baju kat mohcetakbaju.com ni!
Hai & Salam Cetak TShirt buat korang semua,
Pekabo? Harap sihat2 le selalu hendaknya. Syukur pada Allah yang masih lagi bagi kudrat untuk saya menaip berkenaan tempahan2 baju untuk dikongsi ngan korang hari ni.
2013 ni saya akan cuba menunaikan sebanyak mungkin permintaan dari pelanggan-pelanggan kitaorang. Tahun2 sebelum ni bukannya tak menunaikan permintaan tapi ada sesetengah permintaan tu saya terpaksa tolak sebab tempahan sedia ada terlalu padat & ada sesetengah tu masa mengorder tu suntuk sangat. Hari ni order, lusa nak pakai dah.
Kalau yang macam tu, simple & sempoi punya design In Sha Allah, saya boleh tunaikan tapi kalau macam2 kaler ada, mintak maaf le banyak2. Takut tak sempat kalau nak cepat.
Biasanya saya boleh siapkan baju yang banyak kaler tu dalam 2 minggu ke atas le. So, pada korang yang nak order baju tu, pastikan order awal & cepat2. Takut tak sempat siap lak kang.
Hari ni nak kongsi ngan korang le bagaimana sebenarnya korang nak order baju ngan kitaorang. Bukan susah sebenarnya. Ikut je langkah2 kat bawah ni & gerenti korang akan puashati nanti. Cer tengok apa langkah2 nya tu :
1. Tetapkan dulu berapa lai nak order?
2. Pilih dulu baju pilihan korang kat Katalog2 baju kat blog kitaorang.
3. Pastu, pakat ngan kawan2 berapa bajet selai termasuk print. Maklumat ni penting sebab kalau bajet korang ciput, saya boleh syorkan baju murah & kualiti bawah skit. Kalau bajet korang tinggi, saya boleh pilih baju mahal skit & berkualiti skit. Tapi apa2 pun, korang pilih le dulu baju kat katalog kitaorang tu.
MAKLUMAN : SETAKAT INI BAJU DARI LUAR SAYA TAK TERIMA LAGI SEBAB AGAK TAK BERBALOI DENGAN USAHA NAK MEMERINT NANTI. SORI YEK!!
4. Pastu…langkah ni paling PENTING!!!!
ISI FORM KAT PAGE “NAK TAHU HARGA TAK?” KAT BLOG SAYA KAT BAHAGIAN ATAS NUN.
TOLONG YE….DIULANGI….TOLONG JANGAN TANYA HARGA ATAU ORDER KAT BAHAGIAN KOMEN DIBAWAH SETIAP ARTIKEL. LAMBAT NAK JAWAB NANTI.
5. Pastu emelkan design yang korang nak print atas baju tu. Kalau tak ada design sendiri lagi, buat design korang sendiri kat page “BUAT DESIGN SENDIRI” kat bahagian atas nun. Bila dah buat, klik SEND kat bahagian bawah website tu.
6. Pastu tunggu je jawapan harga dari saya.
INI PUN LANGKAH PENTING….TOLONG CEK EMEL LEPAS KLIK “SUBMIT” YE.
7. Bila kita dah berbalas-balas emel & dah dapat harga, baru le buat deposit 50% dari harga yang kita setuju tu.
Nak buat bayaran, klik kat page “CARA BAYARAN” kat blog saya untuk detail bank & isi form kat situ.
8. Dah terima bayaran, saya akan terus order baju & akan cuba siapkan dalam tempoh yang korang nak tu.
So, itu le 8 langkah yang korang perlu ikut untuk order baju ngan kitaorang. Senang je.
Kalau pening jugak nak pikirkan cara nak order tu, terus je emel atau call saya untuk dapat maklumat. Terpulang le.
Ok, hari ni nak cerita lagi pasal tempahan baju yang kitaorang terima sebelum ni ye. Apa ceritanya?
Baju ni senang je nak print. 1 kaler depan & 1 kaler belakang. Kalau camni, 1,000 lai sehari, In Sha Allah, boleh buat. Design diaorang buat kat Customink.com je. Korang pun boleh buat sebenarnya.
Ini bahagian belakang lak. Simple je. 1 kaler memang mudah nak buat terutamanya baju kaler cerah & print kaler hitam.
Tempahan ni lak memang banyak saya terima. So, saya kongsi jugaklah dengan korang walaupun sebelum2 ni dah masuk dah cerita dia ni….
Cuba teka…nak print gambar apa sebenarnya ni? Ini baru base kuning. Kalau diikutkan sebelum base kuning ni, saya print base putih dulu nak bagi naik kaler kuning tu. Cuba teka gambar apa?
Taadaaa……
Baju ni lagi…..yang ini saya consider sebagai mudah nak buat le sebab design dia besar & blok dah ada siap dah. Tunggu nak print je. Baju guna jenis TShirt murah. Yang ini diaorang order dalam 20 lai ni. Macam2 kaler baju ada. Pilih je.
Apalagi?….
Ini lak baju geng tunggang kuda kat Port Dickson. Design depan belakang. Baju jersi. 2 kali layer ni…putih, pastu oren.
Ini dia buat depan belakang. Simple je. Depan 1 kaler, belakang 1 kaler.
Ok…takat ni dulu ye korang. Ada hal skit nak buat ni. Nanti akan datang saya upload citer lain lak ye.
So, cam biasa….sape2 nak order baju ngan kitaorang, sila2kanlah ikuti langkah2 macam yang saya cerita pada awal tadi.
Senang je. Dah isi & submit, tunggu jawapan dari saya untuk tahu berapa harga baju tu.
Korang jangan risau…In Sha Allah, saya akan layan korang sebaik mungkin.
Jumpa lagi, korang….baiiiiiii……
2013 dah…apa benda baru yang kitaorang offer?
Hai, hai, hai & Selamat Tahun Baru 2013 pada korang semua,
Tahun 2012 dah nak berlabuh & 2013 lak menjelang. Kalau diikutkan dah hampir, 1 tahun setengah mulai Jun, 2011 lagi kitaorang atas online ni.
Untuk pengetahuan korang jugak, setakat ni dah hampir 300,000 orang dah melawat blog kitaorang. Rasanya satu pencapaian yang hebat jugaklah tu, Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
So, apa yang kitaorang nak offer kat korang untuk tahun 2013 ni?
Cer baca ni…..
1. PRINT JENIS HEAT PRESS
Pada korang yang tak tahu apa itu Heat Press, cuba tengok gambar kat bawah ni.
Ini namanya mesin heat press ataupun mesin panas tekan….hehehehe. Macamana saya print baju korang kalau guna heat press ni?
Cer tengok flow bagaimana saya print baju korang tu kalau guna heat press ni.
Ini le flow bagaimana kitaorang print baju korang kalau guna heat press tu. Heat press kena guna mesin & kertas special.
Gambar diatas termasuklah pekerja kerahan kitaorang…heheheh. Kitaorang upah nasi ayam je sorang sebungkus ni. Yang kecik tu tambah susu sebotol. Senyap le diaorang tu nanti….hehehe.
Berbeza dengan printing guna dye kerana printing heat press ni korang boleh print gambar original termasuk yang banyak kaler sekalipun kat atas baju tu.
Cuba tengok beza kalau guna dye atau silkscreen seperti yang kitaorang buat sebelum ni….
Print silkscreen guna manual. Guna tangan je. Tu yang letih skit kalau print silkscreen tu.
TAPI…..ADA TAPI JUGAK…BUKAN SEMUA JENIS BAJU BOLEH GUNA HEAT PRESS KITAORANG NI. HANYA BAJU2 BERIKUT JE BOLEH GUNA HEAT PRESS NI…..
1. BAJU KAIN JERSI WARNA PUTIH ATAU CERAH SAHAJA….DIULANGI!!!! HANYA KAIN JERSI WARNA PUTIH ATAU CERAH SAHAJA. KAIN COTTON KAMI TAK BOLEH BUAT.
# JERSI WARNA PUTIH ATAU CERAH SAHAJA
# KAIN COTTON
So, fahamkan……..hanya kain jersi putih atau cerah je yang saya boleh buat camtu. Tapi kalau dapat buat baju camtu, memang cantik sebab boleh print gambar original sekali.
2. Saya jugak dalam proses untuk buat blog SPECIAL untuk baju kelas sahaja. Blog tu masih dalam proses. Tak sempat nak update lagi. Kalau korang2 saje nak tengok blog tu, cer klik kat sini kat www.cetakbajukelas.com.
Untuk blog cetakbajukelas.com ni, saya akan bagi peluang kat korang yang kreatif kat luar sana untuk sama2 buat duit dengan design baju masing2. Lagi satu, tujuan saya buat blog tu adalah untuk sape2 je yang nak buat baju kelas, senang nak cari idea untuk buat baju kelas korang.
So, kalau nak tahu bila kitaorang nak launch blog tu, follow je blog mohcetakbaju.com kitaorang nanti.
3. Kitaorang dalam proses nak update balik harga baju Oren Sport. So, nantikanlah senarai baru tshirt Oren Sport tu ye.
4. Kitaorang jugak akan update balik Katalog Arorasport siap ngan harga sekali nanti. Pada korang yang nak cari baju jersi, kat Katalog Arorasport tu banyak pilihan.
So…..cam biasa. Kalau nak cerita pasal tempahan baju memang tak sah punya. Apa cerita hari ni?
Ok…kalau ikutkan customer emel gambar cam kat bawah ni…
Pastu, ini hasilnya…..
Baju kaler putih cotton. So, agak mudah skit nak print. Tak perlu base putih dulu. Terus je print atas baju tu. Cuma bahagian belakang tu kena tindih 2 kaler. Mula2 merah. Pastu hitam supaya sama ngan design yang diaorang bagi tu.
Kalau ikutkan tarikh tu, hari ni diaorang berkonvoi tu. So, nanti kalau sempat saya mintak diaorang emelkan gambar konvoi tu nanti untuk tatapan korang semua.
Ok…ini lak cerita satu lagi pasal cetak guna mesin heat press. Memandangkan banyak gak kaler nak print, so saya suggest guna heat press je. Kalau guna silkscreen, konfem mahal & susah skit nak buat. Cer tengok camane kitaorang print baju tu.
Ini lah hasilnya. Design tu sebenarnya saiz A3. Memandangkan saya tak ada kertas stiker tu yang saiz A3, so saya gabungkan 2 kertas A4 untuk buat design besar camtu. Belakang ada jugak. Heat press jugak. Cer tengok gambar ni.
Ni gambar En.Zul tengah pakai baju tu…seronok betul En.Zul bila terima baju tu.
Selain daripada tu, ada banyak jugak customer yang nak buat baju kelas tapi siap ada nombor jersi kat belakang. Macam customer sorang ni….
Sebelum tu cuba baca apa kata dia tentang baju tu….
Nama: Syaza Nurhanas bt. Mat Seman
Alamat Emel: cazapirlorh@gmail.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: -Cepat,pantas & efisyen. Hehe
-Admin friendly.
-Jujur.
-Takde ape dah nak cakap sebab sy memang puas hati
Tq Syaza atas komen jujur awak tu. Saya harap korang semua pun akan mendapat layanan first class kitaorang gak nanti ye.
Baju ni senang je design dia. Diaorang guna Customink.com je seperti yang saya cadang kat korang kat page “Buat Design Sendiri” kat atas nun. Simple je. Cuma dengan syarat, bila dah buat design tu send je gambar tu kat kitaorang nanti.
Gambar kartun & jenis tulisan semuanya customer pilih dalam Customink.com tu. Saya cuma transfer ke baju je.
Hari ni nampaknya semua cerita pasal baju warna putih je. Kebetulan tu. Kalau ikutkan banyak lagi nak cerita kat sini tapi kalau panjang2 sangatkan, boring lak. Cerita lain tu kitaorang simpan untuk artikel akan datang nanti.
So….pada sape2 yang nak baju atau tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang, silakanlah isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau emel, call atau sms kitaorang.
Kalau boleh…jangan le order melalui komen2 dibawah ni. Susah nak menjawab.
Ok…jumpa lagi korang. INGAT!!!!KALAU NAK TAHU PERKEMBANGAN CERITA KITAORANG, SELALU2 LE LAWAT BLOG KITAORANG NI YE….
Baiiiiii……
Katalog CHANGE…satu lagi brand baju yang kitaorang offer!
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Buat apa tu? Harap korang sihat2 le selalu hendaknya. Bagi korang yang masih mencari2 kat mana nak order baju tshirt korang, apakata berenti jap kat blog kitaorang ni & survey le skit apa yang kitaorang boleh offer.
Haaa….ni nak bagitau ni, bagi yang dah biasa ngan blog kitaorang, selain daripada TShirt murah yang kitaorang boleh offer, ada satu lagi brand baju baru ala2 Oren Sport gitu. Nama brand baju ni CHANGE. Mesti korang tak pernah dengar kan tapi baru pagi ni (7/12/2012), ada wakil supplier baju tu jumpa saya untuk promote baju dia.
So, untuk pengetahuan korang, hari ni saya dah start jual baju tu dengan harga PROMOSI.
Kain dia, memang cantik & sesuai untuk semua lapisan umur. Cuba korang klik kat logo bawah ni untuk tengok detail katalog baju tu.
Ini antara stail2 baju yang diaorang offer.
Ini sebahagian je ni. Kalau nak tengok detail lagi, klik kat page “KATALOG CHANGE” kata atas nun. Ada macam2 design menarik lagi yang saya belum masukkan. Nanti korang tengok & buat pilihan le mana satu idaman hati.
#SAYA GERENTI KORANG MESTI SAAAAAANGAT PUAS HATI DENGAN KUALITI BAJU NI SEBAB IANYA ADALAH KUALITI YANG SAMA DENGAN ENZO & OREN SPORT.
So, tunggu apalagi. Pilihan sekarang ni kat tangan korang sendiri base on bajet masing2.
Saya ada sediakan macam2 jenis baju + printing untuk korang. Insya Allah, korang pasti puashati nanti.
Ini harga promosi ni sampai hujung tahun 2012 ni tapi tak tahu lagi…kalau saya ubah fikiran, saya bagitahu balik nanti ye.
Jadi, rebutlah peluang ni sementara harga masih rendah ni. Dah naik nanti, lari lak bajet korang nanti.
Ok……cam biasa. Kalau tak kongsi ngan korang pasal cerita baju yang kitaorang terima tempahan sebelum ni memang tak sah. Cuba tengok cerita2 ni…..
Yang ini print dia biasa je tapi customer tu nak suruh print atas baju kaler lain2. Untuk budak2 time kem ibadah ni. Bawah ada lagi gambar baju2 tu…
Ni untuk budak2 semua ni. Tu yang macam2 kaler ada tu. Simple but nice.Biasanya kalau nak print kena saiz A4 je ni. Kalau buat saiz A3, konfem tak muat sebab besar design dia.
Meriah betul kaler dia. Budak2 mesti suka punya….
Cerita kedua lak….
Satu lagi, tshirt running man. Suka betul customer kitaorang buat gambar running man ni. Dah berapa orang dah mintak buat design running man. Kalau sape2 tak tahu sape running man tu, dia sebenarnya comedian Korea. Kalau buat kaler hitam camni, harga dia lagi murah kalau buat banyak kaler sebab saya guna dye & bukan heat press. Kalau banyak kaler, heat press cantik tapi setakat ni, baju jersi putih je saya boleh buat heat press. Baju cotton ngan jersi, tak sanggup sebab kertas dia saya tak ada.
Kalau diikutkan banyak dapat order baju ni tapi lupa nak ambik gambar time printing. Dah nak bungkus & pos baru teringat nak ambik gambar. Korang yang rasa2 nak buat gambar camni pun, kontek le kitaorang. In Sha Allah, kitaorang buatkan ye.
Lagi citer apa lagi….
Baju yang ni saya suka sebab design dia cantik. Kaler hitam tu menyerlah naik kalau dengan baju oren. Design tu customer sendiri buat dalam Photoshop, pastu diaorang terus emel kat saya. Tak yah nak touch up apa2 lagi. Dapat kat saya terus print out & terus buat blok printing. Jimat masa skit.
Memandangkan hari ni nak masukkan banyak skit cerita pasal printing tu, so gambar yang saya paparkan pun tak banyak. Yang penting korang konfiden dengan hasil tangan kitaorang.
Last sekali….
Ini lak baju KEMAS. Logo depan saje saya kena buat 3 kali tindih. Mula2 putih, biru pastu last sekali merah untuk tulisan.
Walaupun nampak macam mudah tapi ambik masa jugak nak print sebab nak kena tunggu kering dulu satu step, baru saya tindih kaler lain lak. Selagi tak kering, tak boleh tindih sebab nanti kaler tu akan rosak.
So, bawah ni step2 by step design tu saya buat…
Nampak tak camane saya print baju tu. Ini guna dye ni. 1 kaler, 1 blok printing. Dah kering, baru boleh tindih. So, saya cerita ni nak bagi korang nampak skit le step2 dalam printing ni. Faham kan?
Kat lengan lak ada print nama masing2 cam gambar bawah ni. Simple. 1 kaler jer. Semua sekali dalam 69 lai guna baju Enzo yang lengan kaler lain, baju kaler lain. Cer cek katalog Enzo kat baju TC kalau nak tengok contoh.
Ok…takat ni dulu le nampaknya. Sekarang ni emel & order dah bertalu2 masuk. Jadi, kena ambik masa skit untuk upload cerita dalam blog ni. Cerita kena update tiap2 minggu gak sebenarnya sebab kalau tak update, nanti korang kata macam dah tak jalan je bisnes brader ni. Betul tak?
So, cam biasa….korang survey le dulu katalog2 yang kitaorang offer kat atas. Yang paling latest, katalog Change…katalog ni memang kita suggest untuk korang order sebab ini company baru ni. Diaorang tengah bagi offer. Saya pun bagi offer gak kat korang. Kain dia saya dah tengok. Memang cantik & berkualiti. Macam baju Oren Sport & Enzo.
Nanti kalau nak order, korang isi je form kat page ” Nak Tahu Harga Tak?”, emel kat adminkomisen@gmail.com, call atau sms je kitaorang. In Sha Allah, kitaorang layan sebaik mungkin. Cuma kalau nak order baju tu, toloooooong le jangan guna bahagian komen2 kat bawah sebab susah nak jawab. Guna je emel. Lagi senang sebab tiap2 hari saya buka emel.
So….setakat tu dulu le ye. Jumpa lagi dilain masa. Baaiiii…….
Mari,mari,mari….Tshirt murah2 untuk dijual.14 kaler untuk dipilih…
Assalamualaikum & Salam Cetak Baju semua,
Hai, hai, hai……hari ini ada berita gembira untuk sape2 sahaja yang nak buat tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang tapi nak bajet murah. Ini ada offer untuk korang semua sehingga akhir tahun ini.
Saya baru dapat supplier baju murah kat tempat saya & harga, Alhamdulillah agak murah berbanding harga tshirt yang saya jual sebelum ni.
Nak tahu harga dia? Ok…dengar ni…….
Kuantiti 5 ke 20 helai – RM12 RM10 sehelai
Kuantiti 21 ke 50 helai – RM11 RM9 sehelai
Kuantiti 51 helai ke atas – RM10 RM8 sehelai
# Ni harga untuk Semenanjung ni. Kalau Sabah/Sarawak tambah lagi RM2 selai ye.
# Harga ni harga baju kosong…tak termasuk print design lagi. Kalau nak print atas baju tu, kena emelkan maklumat nak print kat emel saya. Baru saya boleh bagi harga siap print nanti.
Sape2 yang nak order beratus2 lai, kontek saya terus untuk kita deal harga lagi ye.
Terus terang je saya nak bagitahu yang baju ni Made In Bangladesh tapi kualiti dia agak baik. Tidak terlalu nipis & tidak terlalu tebal. Cuma lengan je agak pendek skit. Tapi baju ni lebih kurang je dengan baju Oren Sport.
Kalau ikutkan supplier, ada 20 jenis kaler sebenarnya untuk pilihan korang tapi setakat ni saya ambik 14 jenis kaler dulu untuk test market.
So, berikut adalah kaler2 baju yang kitaorang nak offer ngan korang. Tengok betul2 ye :
Ada 14 pilihan warna semua sekali. So, korang pilih je nak yang mana satu, pastu emelkan ke adminkomisen@gmail.com berserta dengan maklumat2 lain untuk korang order. Emelkan jugak design yang korang nak print atas baju tu untuk saya bagi harga kat korang.
Takpun…paling mudah, korang klik pada page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun untuk order baju2 yang korang berkenan tu.
Terpulang pada korang. Kalau nak baju yang kualiti lebih baik, so saya syorkan pilih baju Enzo ataupun Oren Sport. Brand2 ni konfem, kualiti lagi baik dari baju2 kat atas ni. Jadi, last2 sekali terpulang kepada bajet masing2 sebenarnya.
# SAIZ BAJU – STANDARD ORANG MALAYSIA PAKAI & SAMA SAIZ DENGAN BRAND OREN SPORT.
So, mari,mari, mari…….setakat ni harga yang saya paparkan tu untuk sehingga 31/12/2012 tu. Saya tak tahu lagi nak letak harga berapa mulai 2013 ni.
Jadi, cepat2 le order kalau nak harga sepesel tu ye……
Ok…cam biasa, kalau tak cerita pasal tempahan baju, memang tak sah. Hari ni nak kongsi lagi ngan korang pasal cerita tempahan2 yang menimbun2 datang sebelum ni.
Antaranya…..
Tshirt ni antara yang saya suka sebab design dia memang cantik bila dipandang. Bukan nak angkat bakul tapi kaler chip tu memang naik bila kitaorang print.
Ni bahagian depan ni…yang belakang lak simple je. Satu kaler je.
Ini antara baju2 yang sudah diprint & sedang dijemur kasi kering. Jemur pun dalam kedai je. Tapi print jenis dye ni memang cepat kering. Nak lagi cepat kering, kitaorang guna hairdryer je.
Baju ni lak memang sempoi. Design asal diaorang guna Customink.com je. Saya ikut je design yang diaorang buat tu. Siap dengan jenis font lagi.
Ini pun sempoi gak. Satu kaler je. Biasanya 1 hari dah siap dah baju ni. Kalau print besar ni, saya guna blok A3. So, penuh 1 baju. Sekali jalan je.
Ok…takat ni dulu cerita saya. Pada korang yang rasa2 nak order baju tapi bajet nak rendah, boleh pilih baju2 murah seperti yang saya ceritakan kat bahagian atas nun sebelum ni.
Tolong isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?”, sms, emel atau call je untuk order ngan kitaorang.
Kalau order guna komen kat bawah ni, takut lambat jawab je.
So, Selamat Bershopping le ye. Jumpa lagi….baiiiiiiii…….
Jujur dan amanah penting dalam bisnes online ni…….
Hai korang,
Jumpa lagi. Setiap minggu saya update cerita dalam blog ni. Bukannya apa…nak bagi korang konfiden skit, yang tuan punya blog ni masih hidup sebenarnya. Kalau tak di update selalu, nanti orang kata, betul ke tak blog ni. Macam hidup segan, mati tak mau je…betul tak?
Hari ni saya nak berkongsi ngan korang skit le pasal jujur & amanah dalam berbisnes ni. Bukan online je, offline pun camtu gak sebenarnya. Tapi sebab saya buat bisnes online, so nak berkongsi skit le pengalaman dengan bisnes online ni.
Buat bisnes online macam kitaorang ni, tahap jujur & amanah mestilah di tahap yang paling tinggi kalau nak bisnes kekal lama. Tahu tak sebab apa saya kata macam tu? Katakanlah, ada customer excited sangat nak order baju, dia terus buat bayaran penuh sedangkan dia baru kenal pemilik bisnes tu….kalau jenis yang tak amanah, dapat duit terus je lari.
Jenis yang macam tu le yang boleh melingkupkan bisnes cepat & orang camtu le yang buat imej buruk kat bisnes online lain yang jujur.
Macam saya kan….bukan saya nak puji diri sendiri tapi nak bagi pengajaran kat orang lain yang buat bisnes online le, kalau saya terima duit dari customer, saya akan pastikan baju di order segera supaya duit tu memang betul2 digunakan untuk beli baju. Saya juga akan pastikan maklumat selalu diberi kepada customer tentang baju tu samada melalui emel atau sms. Kalau diaorang tanya je, mesti jawab cepat2 sebab berdasarkan pengalaman saya sendiri, kalau dah beli barang & duit dah bagi, pastu jurujual tu buat senyap je, saya pun susah hati.
So, saya ambik pendekatan camtu. Kalau customer tanya je, mesti jawab cepat. Kalau tak diaorang akan susah hati. Kang diaorang ingat kita tipu ke, lari ke….betul tak?
Dengan customer, kita kena jaga betul2 sebab saya sendiri pun kalau deal dengan orang lain, saya nak diaorang jujur ngan saya. (Sape nak kena tipu, ye tak?)
Kalau kita jujur & amanah ni, bukan je rezeki kita murah tapi hati pun tenang. Kalau menipu, bila masa nak hati tenang.
Ada satu kali hari tu, ada satu customer tu dah buat payment tapi ada masalah teknikal skit, so dia tak jadi order & mintak balik duit. Masalah tu pun memang tahap serius jugak. So, saya kena pulangkanlah balik duit dia walaupun baju kosong dah order 100 lai. Nak buat camane? Dah kena pulangkan, pulangkan le. Kalau simpan, tak bagi balik..tu yang jadi tak jujur & tak amanah tu. Baju kosong tu, pandai2 le saya jual nanti.
So, kesimpulannya kepada bakal customer saya, sape2 yang jual barang online & korang semua….bersikap jujur & amanahlah. Tak rugi sebenarnya sebab dengan jujur & amanahlah, bisnes kita kekal lama & customer sedia ada akan terus order dengan kita sebab tahu kita macamana.
Setakat ini, dah 2 tahun bisnes dalam online bermacam2 dugaan saya tempuh tapi Insya Allah, jujur & amanah akan dipegang kuat, bukan sahaja untuk didunia sini tapi juga didunia sana nanti.
Hmmmm….hari ni saya nak sembang ngan korang tentang baju yang dah diorder sebelum ni. Cer tengok…
Haaa…memandangkan cuti sekolah ni, bertalu2 orang berkahwin, so ni nak cerita kat korang pasal baju kawin ni.
Customer ni bukan orang lain gak….sepupu sepapat sendiri. Diaorang order baju ni hari tu. Kebetulan saya balik kampung, so bila dah siap, bawak le sekali balik.
Print senang je. Depan belakang kaler hitam. Baju Oren Sport, sea blue.
Kamera problem…so, ambik gambar guna tablet je. Tu yang nak kabur je tu.
So, sape2 yang nak order baju kawin atau rewang, dialu2kanlah…sekarang ni dah banyak free dah. Nak buat segera, 1 kaler, Insya Allah.
Ni lagi citer pasal tempahan tu…..
Baju ni pun sempoi je. Depan 1 kaler & belakang pun 1 kaler. Yang lambat skit, time nak buat design dia. Tu yang lambat tu. Dah siap, cepat je print.
Ni ada lagi cerita pasal baju tu…..
Ni baju ni dari Kelantan ni. 1 kaler depan belakang. Design diaorang buat sendiri kat Customink.com, pastu saya akan buat balik dalam Illustrator untuk printing.
Apa yang penting, saya perlu tahu font & kat mana nak ambik design tu je. Dapat tu semua, Insya Allah cepat print.
1 kaler, depan belakang. Kalau camni, memang cepat buat.
Ok…nanti ada beberapa cerita lagi menyusul iaitu pasal tshirt murah, Katalog Arorasport & servis heat press.
Kalau sape2 nak tahu cerita lanjut lagi, apakata korang klik button Follow kat blog saya kat bawah ni. Nanti kalau saya update je cerita, terus automatik masuk kat emel korang nanti.
So, takat ni dulu. Cam biasa2….isi form kat page Nak Tahu Harga Tak? kat bahagian atas nun, sms, emel atau call terus kalau nak tahu lebih lanjut.
Jumpa lagi semua, baiiiii……
Kitaorang bercuti balik kampung dari 10/11 ke 18/11/2012….
Salam Cetak Baju & Salam bahagian semua hendaknya,
Ni nak bagitau ni….kitaorang suami isteri satu famili bercuti mulai 10/11/2012 ke 18/11/2012. So, pada sapa2 nak baju tu dalam waktu tu, saya nak mintak maaf banyak2. Tak dapat ditunaikan. Kalau nak lepas tu, Insya Allah.
Emel, tempahan pertanyaan dll semua berjalan cam biasa. Cuma nak siapkan baju je tak leh siapkan dalam tempoh tu.
So, harap korang faham2 le ye. Bukan apa, ramai gak yang nak urgent tu. Memang tak sempat sangat2. Kitaorang ada 2 tangan, 2 kaki & satu mulut je.
Lagipun nak rehat sikit. Kebelakangan ni tak putus2 order masuk. Nak bertenang sikit. Dah masuk balik nanti, baru semangat sikit nak siapkan order tu sebab yang dah menunggu pun dah menimbun dah.
So, hari ni cam biasa, macam2 cerita pasal tshirt yang orang order saya nak kongsi ngan korang.
Sebelum tu, nak tanya ni? Korang masih lagi mencari2 tempat nak print baju ke? Saya tahu ramai yang nak baju yang berkualiti tapi nak harga yang murah. Kalau korang jumpa yang macam tu, itu rezeki korang le sebab sesetengah peniaga printing macam kitaorang ni tak mampu nak bagi harga yang gila2 rendahnya sebab kami bukan kilang besar. Kami hanya peniaga sederhana yang mendapat tempias2 dari kilang je. Maknanya kalau kilang tak leh buat, kami sanggup buat, Insya Allah, dengan syarat2 tertentu.
Baru2 ni saya dapat offer untuk buat 100,000 lai tshirt & diaorang mintak harga RM1 ke RM2 selai. Memang nampak besar dia punya kuantiti tapi harga serendah tu, memang saya tak dapat bagi. Kalau buat kat negara China mungkin boleh kot.
So, apa yang saya boleh bagi, saya bagi & harga yang saya bagi tu pun memang berpatutan & berpadanan dengan kos & tenaga yang saya tanggung. Jadi, faham2 le ye.
Kalau tak, cuba survey2 dulu kat sini. Tengok apa yang kitaorang offer kat korang & cuba bandingkan dengan kedai lain. Pastu, pandai2 le buat keputusan nanti ye.
Cam biasa…macam2 jenis tempahan saya nak kongsi ngan korang hari ni. Antaranya….
Baju gambar katak tu. Macam2 idea budak2 ni. Mula2 hari tu, diaorang lukis atas kertas je, pastu saya buat balik dalam komputer untuk dapatkan gambar yang lebih sharp.
Ini gambar baju belakang lak ni. Diaorang mintak buat 2 kaler. Kaler pink ngan hijau lime green. Apa2 pun saya kena tindih putih dulu sebelum tindih kaler lain tu untuk bagi naik dia punya kaler.
Baju hitam memang agak rumit sikit sebab kalau kaler sekali, kaler dia tenggelam dalam benang. Camane pun, base putih mesti ada.
Selain daripada baju kelas, saya jugak banyak terima order untuk baju sukan. Ada satu Uitm kat Perak ni order baju tshirt roundneck untuk team sukan diaorang. Design dia simple je, 2 kaler tapi nice & sweet design dia. Cer tengok ni…..
Ini gambar dah lepas print 2 kaler tu. Cer tengok design sebelum print hitam tu.
Biasanya saya akan buat 2 blok printing kalau design camni. Satu kaler hitam & satu untuk kaler putih. Senang skit nak print. Satu lagi, customer akan bagi ukuran design siap supaya senang saya nak print. Tak yah le saya duk test banyak2 kali kat baju sebelum saya buat final printing.
Ini antara gambar2 baju yang saya sempat upload untuk tatapan korang semua. Kalau diikutkan banyak gambar nak dipaparkan kat sini tapi nanti penuh sangat le pulak. Design dia sama je cam gambar kat atas ni.
Selain daripada tu, ada jugak customer yang nak mintak cetak atas apron. Biasanya yang mintak cetak atas apron ni, tokey kedai makan ataupun tokey gerai jual makanan kat pasar malam. Macam yang ini, tokey roti pita ngan kebab. Diaorang nak design gambar roti pita diprint atas apron tu…
Satu lai apron dengan print 2 kaler camni, saya tolak RM16 selai. Kalau banyak kaler printing, harga lain lak.

Kain dia pun cantik. Licin & senang nak cetak. Kalau sape2 yang berkenan, bagitau je kitaorang. Nanti kitaorang printkan nanti.
Lagi tentang tempahan baju…..
Yang ini print simple je. 1 kaler kat lengan & kat dada. Semua customer bagi design tu. Saya just touch up sikit je untuk sesuaikan dengan printing.
Camni le rupanya baju yang tengah kena dera tu. Satu kali print boleh muat 30 lai. Kalau 100 lai, maknanya dalam 3 ke 4 kali pusingan le nampaknya. Tapi kalau print 1 kaler, Insya Allah masih mampu disiapkan dengan cepat.
Ok..ini lak bukan cerita pasal baju tapi nak tunjuk kat korang bakat terpendam seorang pekerja cilik yang sedang berusaha & bertungkus lumus untuk melipat & memasukkan baju ke dalam plastik. Lihatlah kepada kesungguhan pekerja cilik ni…..
Main2 pulak pekerja cilik ni. Gigit telinga kang…baru tau. Sempat lagi berposing nampaknya walaupun kerja menimbun2.
Ini bukan penderaan ni. Memang dia sukarela nak buat tu. Jangan ada yang telefon polis lak. hehehehe…..Mana tahu satu hari nanti ganti mak ayah dia jadi bisneswoman cetak baju lak nanti. Tengok tu. Bukan main khusyuk & tawaduk anakku yang sorang ni buat kerja. Ini le Nik Nurain Syahirah…anakku yang bongsu, umur 4 tahun. Dia le harapan bangsa. Yang kakak ngan abang dia, mintak tolong baru buat.
Ok, takat ni dulu le korang.
Nak bagitau ni….kalau nak tanya soalan, jangan le guna komen kat bawah. Emel je soalan awak tu.
Kalau nak tanya harga…isi je form “Nak Tahu Harga Tak?” seperti kat bahagian atas nun, takpun emel, call atau sms je. Insya Allah, kami akan layan sebaik mungkin.
So….jumpa lagi korang….baiiiii……





















































































































































































