Blog Archives

Cabaran2 dalam bisnes cetak baju – TIPS UNTUK SAPE2 NAK BERNIAGA TSHIRT ONLINE……

Hai & Salam mohcetakbaju semua,

Apa kabor semua? Harap sihat2 le selalu walaupun cuaca panas sekarang ni. Banyakkan minum air..lega sikit badan tu.

Ok….lama dah tak bercerita ngan korang pasal bisnes cetak baju ni. Hari ni saya nak berkongsi pengalaman sikit ngan korang terutamanya kepada sape2 yang baru nak berjinak2 dengan bisnes tshirt ni.

Mungkin ramai rasa macam mudah je kitaorang buat bisnes cetak baju ni, betul tak?

Korang mungkin nampak simple je. Orang order baju, bagi harga & terus print.

Tapi mungkin korang tak tahu cabaran serta dugaan di sebalik bisnes cetak baju kitaorang ni.

Bukan nak menakut-nakutkan korang (bagi yang baru nak berjinak dengan bisnes TShirt) tapi apa yang saya nak kongsikan ni adalah pengalaman sebenar beberapa tahun dalam bisnes ni supaya korang membuka mata & bersedia skit tentang perjalanan sebenar bisnes cetak baju ni.

Actually, ramai yang mintak petua & ilmu dengan saya tentang bisnes ni & apa yang saya boleh bantu, saya cuba bantu tapi hakikatnya, dari pengalaman le yang paling baik untuk korang belajar sebenarnya.

Mungkin ada antara cabaran ni, korang Nampak macam gerun skit bila nak join bisnes tshirt ni tapi bagi yang betul2 minat macam kitaorang ni, biasanya cabaran & dugaan tu macam biasa je. Alah bias, tegal biasa…kata orang tua2.

Orang kata kalau nak berjaya, mesti tempuh cabaran & kegagalan dulu, baru boleh berjaya, betul tak?

Ok…antara cabaran2 yang nak saya kongsi ngan korang ialah :

1. Masa

Bisnes cetak baju saaaaaaaangat pentingkan masa sebab cetak tshirt ni bukan macam bisnes barang dah siap. Kalau barang dah siap, stok dah ada, boleh jual terus.

Tapi kalau cetak baju terutamanya yang ada event penting, kita kena siapkan sebelum event tu berlaku. Kalau siap lepas event, sia-sia jelah tshirt tu korang buat sebab majlis dah habis.

Silap2…customer mintak balik duit & pulangkan balik baju tu. Tak ke menyusahkan hidup kita tu.

Kalau yang jenis tak ada due date, ok lagi sebab kita boleh mintak tangguhkan skit tarikh tu. Sementara tu, boleh kita siapkan tempahan lain dulu.

Cabaran dari segi masa ni pun sangat besar bagi saya sebab saya kerja full time tempat lain. Isteri yang kerja full time buat bisnes ni. Tapi saya respek gak pada diri sendiri sebab walaupun saya tak kerja sepenuh masa bisnes cetak baju ni, Alhamdulillah….semua tempahan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan kecuali baru2 ni, bukan silap saya tapi courier yang lambat hantar. So, saya kena pulangkan balik duit diaorang.

Bayangkanlah…saya kerja office hour dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Petang dah sampai rumah, saya akan sambung jawab emel (kat pejabat kalau kerja tak banyak, saya akan ambil masa jawab emel yang masuk).

Banyak masa saya kena korbankan. Orang lain rehat hari Sabtu Ahad, saya akan start buat blok printing seawal 6.30 pagi hari Sabtu. Malam sebelum tu, dah siapkan semua design & siap print sekali. So, bagi jimatkan skit masa untuk buat design, mana yang design agak susah skit tu, saya akan upah designer untuk buat balik design tu.

2. Pelanggan

Pelanggan pun bagi banyak dugaan & cabaran kat bisnes kitaorang.

Maafkan saya ye…saya rasa mungkin ramai yang tak baca artikel2 dalam blog saya ni & mungkin tak sempat nak baca kot sebab banyak soalan yang ditanya, dah ada dalam blog saya tu.

Antara cabaran dengan pelanggan ni ialah kebanyakan pelanggan terus tanya soalan2 yang agak mencabar untuk saya jawab dengan kekangan masa yang ada. Antara soalannya ialah :

  1. “Berapa harga sehelai untuk baju ni?” – Soalan tanpa memberikan detail tempahan untuk saya bagi harga.
  2. “Boleh tak saya order TShirt sehelai je?” – Mungkin ramai tak Nampak maklumat tempahan 5 lai ke atas kat banner header saya tu kot.
  3. “Saya tak tahu nak buat design, boleh tolong buatkan?” – Biasanya soalan camni, saya mintak pelanggan klik pada page “Buat Design Sendiri” kat atas nun sebab saya tak sempat nak buat design tu.

Memang mencabar juga pelanggan kitaorang ni. Dari segi adab sopan pun ada jugak…tapi majoriti pelanggan saya masih mempunyai adab sopan masa dealing dalam emel. Saya rasa hanya 1,2 orang dalam beribu2 orang je yang lain dari yang lain sikit.

Ada jugak yang mengutuk & marah sebab harga saya mahal. Dalam beribu2 pelanggan yang dah deal dengan saya, tak silap saya 2 orang je kata harga saya mahal.

Terpulang pada diaorang. Kalau rasa mahal, apa salahnya bertanya dengan baik…tak dapat kurang lagi ke..takpun, tolak dengan baik & cari tempat lain yang lebih murah. Kalau ada yang berperangai camtu, mungkin dia ada masalah kot. Tak perlulah nak marah atau kutuk2.

3.  Meyakinkan pelanggan

Ini pun cabaran jugak dalam bisnes online. Anda yang baru berjinak2 dalam bisnes online ni, kejujuran, keikhlasan & iman mesti kuat terutamanya bisnes online.

Bukan mudah kita nak mintak customer bank in kan ke akaun kita, lebih2 lagi bisnes online yang orang tak Nampak muka kita.

Memang kalau nak menipu mudah sangat tapi sampai ke mana kalau kita menipu. Cuba korang tipu customer korang & tengok le berapa lama bisnes korang tu bertahan.

4.  Siapkan design customer

Seperti yang saya sebutkan sebelum ni, masa antara cabaran yang paling besar dalam bisnes cetak baju ni.

Masa juga ada kaitan dengan tempoh nak siapkan design. Kalau design simple, tempoh masa daripada nak siapkan design, print out & buat blok printing agak pendek.

Kalau just print 1 kaler sahaja, tak akan ambil masa lama.

Tapi kalau nak print banyak kaler, memang agak mencabar. Biasanya kalau customer bagi design dalam jpeg, saya akan upah designer untuk pecahkan kaler sebab blok printing saya bergantung pada berapa kaler nak print.

Biasanya part designer tu untuk pecah kaler dah ok tapi bila masuk part saya nak separatekan ikut blok printing pun kadang2 ambik masa yang lama jugak.

Cer bayangkan, camane saya nak pecahkan kaler kalau design cam kat bawah ni.

2014

Kalau guna CMYK, mudah je sebab saya dah ada special printer untuk tu. Kalau kaler solid, memang sangat mencabar.

5.  Printing baju

Nak print baju pun mencabar gak sebenarnya. Kalau print 1 kaler, ok lagi. Wife kata sambil tidur pun boleh print….hehehehe. Bukan riak tapi nak menunjukkan agak mudah kalau nak print 1 kaler.

Yang mencabar, kalau print banyak kaler & kena tindih kaler.

Kami jarang guna locking sebenarnya. Biasanya saya akan buat marking atas setiap blok untuk bagi sharp setiap kali tindih kaler tu. Cabaran dia ialah masa nak print untuk blok ke 2, ke 3 & seterusnya . Naik juling mata kalau nak bagi design tu betul2 tepat atas setiap design.

Dengan sebab tu, saya akan caj lebih skit kalau print banyak kaler ni. Jangan marah aaa….

Saya akan cuba  mudahkan lagi kerja printing banyak kaler ni akan datang, supaya saya boleh bagi harga murah sikit nanti ye.

Itulah antara cabaran2 yang saya rasa agak kritikal sikit dalam bisnes cetak baju ni. Ini mungkin bagi saya yang tak menyewa kedai, tak upah pekerja dll.

Orang lain, saya tak tahu lak apa cabaran diaorang.

Sesetengah tu, cabaran dari segi nak buat marketing. Bagi saya, marketing Alhamdulillah sebab kalau ikutkan sekarang, tak menang tangan saya nak siapkan order dari pelanggan sebenarnya.

Ada orang cabaran dari segi kewangan. Bagi saya, Alhamdulillah jugak sebab saya ada gaji yang back up kewangan saya & nafsu saya tak besar macam orang lain. Walaupun income saya Alhamdulillah jugak setiap bulan tapi saya cuba minimizekan belanja bulanan. Saya banyakkan saving. So, senang time perlukan duit nanti.

Ada orang cabaran dari segi nak maintain bisnes. Memang…kalau diikutkan memang letih buat bisnes ni tapi sebab minat, kita tak kisah pasal tu semua. Ada orang just nak cuba2 je sebab tengok seronok je buat bisnes ni tapi bila sendiri buat, baru sendiri tau susah ke mudah.

Nak buat apa pun bisnes, komitmen, kerajinan, disiplin dan macam2 lagi sifat positif mesti ada dalam diri kita. Kalau banyak negative dari positif…konfem, tak kekal lama bisnes tu.

So…alang2 korang berjinak2 ngan bisnes ni, buat le sungguh2. Kalau duk bertukar bisnes je, bila nak Berjaya.

Satu lagi nak bagitau, kalau ada macam2 cabaran atau dugaan timbul dalam bisnes korang, berbalik le pada Tuhan, Kita ada Allah. Mengadu je pada Dia. In Sha Allah, selesai masalah kita. Itu je yang saya pegang setiap kali dugaan & cabaran datang.

Ok…harap2 dapat le sikit2 petua yang korang boleh guna kalau korang betul2 serius nak buat bisnes tshirt. Sendiri mau ingatlah ye….

Hari ni, apa cerita pasal tempahan baju? Cer tengok bawah ni….

tshirt family day

Ni baju family day ni. Tau tak korang….budak ni siap bawak frame gambar atuk dia lagi kat kitaorang utk dapatkan gambar camni.

Apa yang saya buat ialah scan gambar atuk dia ni & adjust balik dalam Ai. So, dapat le gambar ala bayang2 camni. Korang pernah tengok gambar baju Ustaz azhar Idrus tak? Budak ni nak tiru camtu le.

baju hari keluarga

Tepi ada tulisan. Dia just lukis tangan je & saya adjust balik dalam komputer.

Ok…apa cerita lagi ye….

tshirt baju kelas

Ni lak baju kelas. Dia buat macam I AM nikon. Itu atas kreativiti masing2 le. Depan lak….

baju kelas

baju kelas

tshirt kelas

Simple je. Depan 1 kaler & belakang 2 kaler. Semua design ni diaorang buat dalam Customink.com.

Selain dari tu….

tshirt family day

Yang ni biasa je. baju family day member kitaorang. Just belakang je & siap dalam 1 hari je sebab mudah je.

tshirt keluarga

Ada banyak gak baju yang ditempah tu, diaorang tak bagi masuk dalam blog ni sebab diaorang jual balik baju tu. Maknanya kalau korang nak order baju & nak jual balik, jangan risau sebab kalau korang kata jangan masukkan dalam blog ni, In Sha Allah saya tak akan masukkan. Kalau dah terkeluar dalam blog ni pun & korang mintak keluarkan, In Sha Allah saya akan keluarkan.

Ok…last cerita….

cetak baju kelas

cetak baju kelas

Aisey….kabur skit gambar. Sori…yang belakang, ini je sempat ambik gambarnya.

tshirt kelas

tshirt kelas

Ni le antara gambar2 baju yang sempat kitaorang upload hari ni. Kalau ikutkan hati, rasa nak masukkan semua gambar2 yang ada ni tapi kang boring lak kang.

Oklah…sampai takat ni dulu hari ni. So, sebelum tu nak bagitau lagi ni. Kalau korang nak design tshirt kelas sedia ada, lawat website baru kitaorang di www.cetaktee.com atau klik banner bawah ni & buatlah keputusan bijak korang. Kalau nak buat design sendiri pun boleh.

Banner Cetaktee

KLIK BANNER DIATAS UNTUK KE WEBSITE KAMI

Ok…..nak order baju, bagitau kitaorang ye….

Baiii……..

Signature

adminkomisen@gmail.com
Nik (0192254028) / Salina (0193643692)

PENGUMUMAN : Pelancaran website TShirt KHAS untuk kelas sahaja

Hai, hai, hai & Salam Cetakbaju semua,

Kita dahpun masuk ke bulan 2 tahun 2014. Sekejap je masa berjalan.

Alhamdulillah…hari ni saya nak mengumumkan website terbaru saya KHAS untuk pelajar2 semua institusi pendidikan di Malaysia utk buat design TShirt kelas anda sendiri yang lain dr yang lain.

Website ini adalah website pertama di Malaysia yang memberikan macam2 pilihan untuk korang pilih design tshirt kelas sendiri & kalau tak berkenan dengan website kitaorang…korang boleh buat sendiri design tersebut.

Dah tak sabar nak tengok ke?

Banner Cetaktee

MEMPERKENALKAN…………….www.CetakTee.com. <<KLIK SINI ATU BANNER DIATAS UNTUK LIHAT WEBSITE HEBAT KAMI TERSEBUT>>

Saya juga nak mohon maaf kepada korang yang telah hantar design baju kelas…kalau tak silap saya, tahun lepas rasanya sebab dah setahun saya tak sempat nak buat website kelas tu.

So, tahun ni saya nak buka balik offer untuk sesiapa sahaja buat duit dengan tshirt kelas ni.

Sesiapa yang ada idea utk buat tshirt kelas tu, saya buka mulai sekarang & hanya tshirt kelas yang lain dr yang lain sahaja saya terima. Saya tak akan terima design yang meniru dari mana2 sumber atau yang guna Customink.com. Idea mesti original.

Banner buat duit dengan design tshirt

Ok…..anda ada 2 pilihan. Nak buat duit dengan design tshirt kelas atau anda sendiri nak order baju2 tu. So, terpulang pada korang sendiri ye.

So, pada korang yang nak buat baju kelas, klik kat website baru kami di www.cetaktee.com & pilih baju ikut design yang kami sediakan. Nantikan banyak lagi design baju kelas yang akan kami paparkan untuk pilihan korang.

So, follow selalu website & blog kitaorang untuk korang tahu perkembangan pasal baju tu.

Ok…cam biasa, tak lengkap rasanya kalau tak kongsi ngan korang baju2 yang kitaorang dah siapkan sebelum ni.

Apa cerita ye?

cetak tshirt

Baju ni ada 3 kaler sebenarnya. Tapi bila print atas baju putih, mudah skit nak print. Yang susah skit bila nak pecahkan kaler ikut blok printing. Tu yang ambik masa skit. Tapi masa nak print, mudah je.

cetak baju

cetak tshirt

Apalagi cerita kami?

cetak baju wolf 88

Design ni pun banyak kami terima. Biasanya ejen jual baju yg order baju camni. Dah jadi kegilaan dah. Hitam & putih.

cetak baju wolf88

cetak tshirt wolf88

Ni yang kaler hitam lak. Kalau print putih, atas baju hitam, kena tambah RM1 lagi selai sebab putih kena print 2 kali.

tshirt cetak

Design yang ni lak, customer buat dalam Customink.com je. Memang mudah buat dalam tu. Cuma ada sesetengah font tu kena bayar. So, saya suggest kat customer untuk pilih font yang free je. Jimat skit duit.

cetak baju memancing

cetak baju

cetak baju

Ni bahagian belakang. 2 kaler jugak. Just guna blok besar A4 je.

Ok….saya agak sibuk sikit kebelakangan ni, so tak banyak tempahan yang saya sempat upload untuk paparan anda.

So….seperti yang saya umumkan diatas tadi, saya ada melancarkan website TShirt kelas yang lain dari yang lain untuk anda start order baju kelas anda.

Klik banner dibawah untuk melihat website kitaorang dengan lebih lanjut.

Banner Cetaktee

Korang juga boleh buat duit sampingan kalau korang ada idea nak buat design tshirt kelas tu. Design mesti lain dr yang lain.

Banner buat duit dengan design tshirt

So, kalau nak order baju korang, cam biasa :

1.  Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & emelkan design nak print.

2.  Emelkan detail & design nak print ke emel saya di adminkomisen@gmail.com.

3.  Call kami terus di….Nik 0192254028 atau Salina 0193643692.

4. SMS atau Whatsapp detail tempahan korang tu.

TOLOOOONG!!!!TOLONGGG!!! JANGAN ORDER MELALUI KOMEN2 DALAM SETIAP ARTIKEL SEBAB SUSAH NAK JAWAB.

Ok….jumpa lagi korang, baiiiiii…..

Signature

Design T-Shirt Kelas EKSKLUSIF dari mohcetakbaju.com untuk korang!

Assalamualaikum & hai, hai & hai lagi,

Fuhhhh!!! penat skit kebelakangan ni sebab Alhamdulillah, rezeki tak putus2 masuk. Terima kasih le kat korang yang sokong kitaorang selama ni. Tanpa korang, siapalah kitaorang.

Ok…sebagai satu penghargaan untuk korang yang menyokong kami selama ni, saya dalam proses untuk membina website khas untuk tshirt kelas seperti yang di war-warkan sebelum ni.

So, sebelum website tu siap & masih dalam pembikinan, saya nak kongsi dulu dengan korang antara contoh2 baju yang sempat team kami siapkan yang akan dimasukkan ke dalam website tu nanti.

Disini, saya jugak nak offer kat korang yang berminat nak tengok contoh2 baju tersebut. Siap ngan harga & contoh baju sekali.

Team kami baru siap 4 design & banyak lagi design lain akan menyusul nanti. Kalau korang nak tempah baju tu pun, boleh jugak. Kami sedia menerimanya.

Antara design yang kami nak offer tu, cer tengok kat bawah ni :

design baju kelas

cetak baju kelas

cetak tshirt kelas

cetak baju kelas

# Jika anda dah konfem nak order baju2 diatas ni, Klik Button dibawah ni & buat bayaran 50% daripada jumlah keseluruhan.

Selepas bayaran dibuat, sila emelkan detail berikut untuk tempahan segera :

1.  Kod Baju (Kod # H0001, 0002, 0003 atau 0004)

2.  Kuantiti Tempahan.

3.  Warna Baju.

4.  Brand Baju.

5.  Maklumat nak print atas baju tersebut.

Tempah sekarang

—————————————————————————————————————————————————–

Ini hanya baru permulaan. Setelah website baru saya tersebut siap, saya akan upload lebih banyak design baju kelas yang akan membuatkan korang teruja gila untuk terus order baju tu.

Tapi dalam masa yang sama, kalau korang rasa macam design yang saya berikan tu tak menarik, korang boleh pada bila2 masa je buat design korang sendiri.

Nak mudah KLIK je link bawah ni untuk buat design korang tu sendiri.

Klik sini

Ok…..apa cerita pasal tempahan baju yang kitaorang dapat sebelum ni?

Cerita 1

cetak baju

Design asal macam kat atas ni. Kemudian setelah siap design & blok printing, hasilnya seperti dibawah ni.

cetak baju family day

cetak baju family day

Ni lah hasilnya. Kalau tak silap, ada 3 blok printing saiz A3 utk buat depan & 1 blok printing belakang. Walaupun agak ambik masa skit tapi puashati sebab design print tu lebih kurang macam yang asal.

Terima kasih buat CEO, Puan Salina yang bertungkus lumus memerint baju2 tu.

Ni lagi gambar2 baju yang tengah di print tu….

cetak baju keluarga

cetak baju keluarga

Sebelum, semasa & selepas siap diprint untuk tatapan korang.

Ok…apa citer lagi….

tshirt cetak

Cer tengok design ni…sempoi tak? Kreatif gak pelanggan ni. Kalau tengok betul2, macam real je tangan tu cekak badan kita. Cer tengok gambar bawah ni.

cetak tshirt

Real tak? Dah le sekeping. Pakai baju camtu, nampak lagi sekeping. Macam gergasi tengah cekak badan saya je.

2 kaler print ni. Hitam & kaler kulit badan. Kalau korang berminat nak order baju camni, bgtau ye.

Ni lagi gambarnya….

baju cetak

cetak baju

Cerita ke 3….

baju family day

cetak baju keluarga

Ni gambar baju family day yang biasa je ni. Just kartun biasa je. Mana tahu ada yang berkenan nak buat camni, bgtau je kitaorang nanti.

Cerita 4.

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ni pun agak simple je. Tshirt kelas lelaki & perempuan. Yang pompuan, muslimah. Print 2 kaler kat tepi baju & nama. Lupa nak upload gambar baju yg ada nama tu. Tapi yang ini, pelanggan just lukis tangan je mula2 hari tu. Saya adjust balik & buat dalam Ai. So, hasilnya, jadi le camni.

Oklah ye….terkejar2 jugak upload gambar2 ni sebenarnya sebab banyak order tengah menunggu sekarang ni. Semua nak urgent. So, mana2 yang nak dalam esok lusa baju tu, memang tak dapat tunaikan. Biasanya saya bagi masa 2 minggu ke atas untuk disiapkan.

So, cam biasa….jangan malu & jangan segan kalau nak order baju korang ye. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya untuk korang nak tahu harga baju korang atau emelkan detail nak order beserta design nak print kat emel saya di adminkomisen@gmail.com, call terus pun boleh, Whatsapp atau sms. Ikut je keselesaan korang.

Ok…kalau nak order TShirt kelas eksklusif dari kami macam yang awal cerita ni tadi, sudi2 kanlah ye.

Jumpa lagi, korang….baiiiii……

Nak order di luar Malaysia ke….boleh guna Kad Kredit Visa atau Master Card melalui Paypal!

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Tahun 2014 ni, In Sha Allah, beberapa rancangan baru untuk tingkatkan jualan tshirt kitaorang sedang dibuat.

Antaranya kitaorang tengah prepare website untuk tshirt kelas yang lain dari yang lain. Satu website yang memberi lebih pilihan kepada student2 seluruh Malaysia untuk memilih design atau corak printing sedia ada tanpa pening2 nak mikirkan camane nak buat design tu.

Website tu dalam proses sebenarnya sebab ia adalah salah satu assignment yang saya kena buat. Kenapa kena buat assignment pulak?

Actually, saya sambung belajar Diploma Pengurusan Bisnes Internet di OUM di bawah kendalian Irfan Khairi. Salah seorang jutawan Internet Malaysia. Course saya tu dalam 9 bulan & baru 2 bulan kelas berjalan.

So, dah siap website tu nanti, saya bagitahu dalam blog ni ye. Tu lah sebabnya korang kena follow blog saya sebab nanti mudah nak tahu perkembangan terkini kami.

Ok…hari ni, nak kongsi ngan korang terutamanya pelanggan diluar Malaysia yang teringin nak order tshirt ngan saya.

Kini korang boleh guna kad kredit Visa atau Mastercard melalui Paypal.

Logo Paypal

Tapi bukan just untuk pelanggan luar Malaysia je. Pelanggan Malaysia nak guna Paypal ni pun boleh. Dah ramai guna sebelum ni.

Mudah je gunanya. Bila kita dah deal harga, saya akan hantar emel Paypal yang ada invois & amaun perlu bayar kat emel korang.

Pastu, korang klik je untuk buat bayaran & terus settle. Mudah je.

So, kalau korang nak tengok jenis bayaran lain, klik je gambar bawah ni ye.

Cara Bayaran

Kalau korang kurang faham pasal bayaran dengan Paypal ni, just emel je kat saya di adminkomisen@gmail.com ye.

Ok…apa cerita hari ni pasal tempahan baju kitaorang tu. Baca ni…..

tshirt cetak

cetak baju

Alhamdulillah…student Harvard pun ada order baju ngan saya. Guna baju brand Gildan ni. Kain dia pun licin skit.

Saya suka print atas 3 jenis baju cotton…Immaculate, Enzo & Gildan. Mudah je nak print. Mungkin sebab dia bukan guna 100% cotton kot. Dia guna kain TC rasanya.

So, depan belakang 1 kaler putih. Design ni saya kena edit balik sebab masa dia bagi awal tu, design dia pecah2.

Cerita kedua….

cetak baju kelas

baju kelas

Ni design baju kelas dari customer sendiri ni. Mudah je. Gambar lalat pun ada sekali. Nyibuk je…Tak banyak kena edit.

Cuma saya perlu tebalkan skit line dia supaya mudah nak print nanti. Yang lain print macam biasa je.

Cerita 3

cetak tshirt kelas

cetak baju kelas

Sori….gambar blur skit. Cantik tak? Yang design kartun tu saya terpaksa lukis balik tu. Lukis tangan tu tau. Bukan mudah nak lukis balik tu.

Kalau guna design asal, gambar dia pecah. Kalau guna design asal, konfem tak cantik punya. So, untuk jaga kualiti design baju tu, saya kena lukis balik untuk bagi design tu lagi cunnn….

Satu lagi..kalau guna design asal, kadang2 line gambar tu nipis sangat. Tak boleh tembus kain masa print nnti. So, terpaksalah lukis balik. Alhamdulillah…saya pun minat lukis kartun sebenarnya.

Jadi tak menjadi sebarang masalah le kalau nak lukis balik gambar tu.

Cerita last hari ni…..

tshirt kpop

tshirt kelas

Hah…ni design apa ni? sape tahu angkat tangan. Saya tak tahu design apa ni. Saya print je. Tapi rasanya deisgn baju K Pop ni kan.

Camane? Ada yang berkenan nak print design camni ke? Banyak gak baju artis Korea yang saya dah print. Ada yang mintak print Wolf 88, EXO, Running Man dll. Yang paling banyak, Running Man le.

Semalam baru tengok cerita dia. Tengok ngan anak. Memang memulas2 perut & gelak sakan tengok gelagat diaorang. Best gak.

Ok….apa citer? Kalau rasa nak order bagitau ye.

Camane nak tahu harga tshirt korang tu?

1. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya & isi form kat situ.

2. Call kitaorang di 0192254028 (Nik) & 0193643692 (Salina).

3.  Whatsapp.

4.  Emelkan ke adminkomisen@gmail.com.

Pilih je mana satu yang korang selesa.

Ok…jumpa lagi ye korang. Jangan lupa follow cerita kitaorang untuk tahu perkembangan lanjut produk kami ye. Baiiii….

Yang Ikhlas,

Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com

Bukan semua design senang nak print sebenarnya……..

Hai & Salam mohcetakbaju semua kepada pelawat2 budiman & budiwati,

Dah akhir tahun dah…….jap lagi dah nak masuk tahun 2014 dah. Cepat betul masa berjalan. Rasa cam baru lagi kitaorang buat bisnes online ni. Dah 30 bulan saya dalam online ni & 3 1/2 tahun dah start bisnes ni.

Alhamdulillah…..macam2 perkara yang berlaku semenjak tu & banyak pelajaran yang kitaorang dapat. Suka & duka.

Hari ni saya nak kongsi ngan korang pasal design nak print tu.

Kalau ikutkan macam2 jenis design nak print yang kitaorang terima. Yang pelik2 pun banyak. Memang kreatif2 semuanya customer kitaorang ni.

Untuk pengetahuan korang, kami guna print silkscreen iaitu guna dye yang di print melalui kain yang ada lubang2 halus. So, maknanya kalau nak print design yang sangat halus, konfem dye tak leh keluar kecuali kita guna kain yang lubangnya sangat halus.

Untuk pengetahuan korang, kain untuk cetak tu kitaorang panggil “MESH”. Ada beberapa jenis MESH untuk printing ni. Antaranya 1000, 1200, 1500, 2000, 2300 atau 3000.

Makin tinggi kod kain tu, makin halus & makin kecik lubang kain tu. Contohnya, kalau kita nak print tulisan yang saaaaaaangat kecik macam tulisan font 6, Arial contohnya. Kita kena guna kain MESH yang agak tinggi supaya tulisan tu dapat tembus ke baju. Tapi….makin tinggi kod kain tu, harga semeter makin mahal.

Kalau saya, saya guna yang kod 1200 sahaja untuk semua jenis printing sebab kain jenis ni tengah2. So, kalau ada design yang terlalu kecik, saya akan suggest kat customer untuk adjust atau besarkan skit design tu supaya mudah nak print nanti.

Kalau CMYK, tok guru saya suggest guna kain 1500 sebab CMYK perlu buat dalam bentuk dot dot yang sangat kecik untuk mudah campur kaler nnti.

Selain daripada jenis kain, design yang korang nak print pun bagi efek kat printing jugak. Ada beberapa masalah kalau nak print design korang tu :

1.  DESIGN DENGAN PIXEL YANG SANGAT RENDAH.

Kalau pixel kecik sangat, bila dibesarkan akan jadi pecah. Cer tengok design bawah ni. Maafkan saya pada yang empunya design ni ye. Just nak bagi contoh je.

Ok…design asal dia nak camni…

cetak tshirt

 

Kalau tengok design dia cantik kan. So, saya mintak gambar kartun tu saje untuk saya buat print. Kemudian dia bagi kartun seperti dibawah ni.

cetak baju

 

Ini yang dikatakan design dengan pixel yang rendah. Bila kecik nampak cantik tapi bila dibesarkan, camni jadinya. Kalau saya print jugak gambar camni, konfem customer mengamuk sebab huduh sangat design camni.

Takkan nak print gambar pecah camni. Silap2 dah buat, customer pulang balik baju tu. “Awak pakai le semua baju tu….menyampah I”. Mungkin itu le kata2 customer kot.

So, camane nak buat kalau design camni? Samada cari kartun lain yang pixel dia lagi besar atau saya terpaksa lukis semula kartun ni. Kena caj skit le sebab dah kena tambah kerja lak.

Faham tak? Maknanya…kalau korang nak print design atas tshirt tu, pastikan design dia bila kita besarkan, dia tak pecah supaya mudah nak print.

 

2.  DESIGN NAK PRINT SAMPAI KE HUJUNG BAJU ATAU KE TEPI BAJU

Ni satu lagi problem ye. Saya terus terang yang saya tak jahit baju. Saya banyak jual baju readymade. Tapi kalau nak baju custom made, saya terima 70 lai ke atas je.

Tahu tak korang….kalau nak print jugak sampai ke tepi baju tu, boleh tapi dengan syarat, baju tu mesti di print sebelum dijahit sebab bila baju dah dijahit, printing tu akan efek kat tepi tulang baju. Mesti tak cantik nanti.

Cer tengok contoh design cam kat bawah ni (maaf ye…pinjam design jap ye).

cetak bajuCuba tengok design baju ni. Design bawah tu dari tepi ke tepi & design atas sampai ke bahu baju. So, design camni, saya suggest buat custom made je sebab kalau baju ready made, konfem saya tak dapat buat sebab design dia sampai ke tulang tepi baju. Bila print nanti, blok printing akan jadi naik sedikit & nanti jadi tak cantik sampai hujung tepi baju tu.

So, kalau camni, biasanya saya suggest ke tengah skit design dia supaya tak ke tepi sangat. Tapi, kalau dia nak jugak design camtu, saya akan tolak dengan baik & mintak dia cuba cari di tempat lain dulu.

 

3.  DESIGN BANYAK SANGAT KALER NAK PRINT

Biasanya harga yang saya letak bergantung kepada kuantiti & kaler design. Lagi banyak kaler nak print, lagi mahal tapi tapi agak susah nak buat.

Biasanya kalau banyak sangat kaler nak print, saya suggest guna stiker ataupun sulam sebab blok printing base on kaler. 1 blok printing biasanya mewakili 1 kaler printing.

So, bayangkanlah kalau design colourful…..camne saya nak print tu tapi kalau ikutkan saya boleh buat. Cuma korang kena sanggup bayar harga mahal le. Masalahnya, masing2 semua nak harga murah. Camne saya nak tunaikan.

Contohnya design bawah ni.

cetak baju

 

Kalau design camni…saya boleh buat sebenarnya tapi kos printing akan jadi mahal sebab kena pecahkan kaler & banyak kerja nak buat. So, saya suggest kat customer ni untuk buat guna stiker. Tapi mungkin saya akan bincang balik ngan dia & mungkin saya nak print biasa.

Cuma nak bagitau korang…secara basicnya, kalau design banyak kaler nak print, korang mesti bersedia untuk bayar mahal ataupun tukar ke stiker (heat press).

Fahamkan……

So, itulah beberapa perkara untuk pengetahuan korang camane nak tentukan design tu mudah ke tak untuk di print.

Kebanyakan yang tanya, macam2 jenis design yang diberi tapi saya akan explain jugak samada boleh buat ke tak design tu. Ada beberapa lagi jenis design yang saya nak kongsi ngan korang tapi nanti next artikel le ye. Banyak2 kang, boring lak nanti.

Ok….cam biasa. Nak kongsi cerita tempahan sebelum ni.

Apa citer?

T-SHIRT_BACK. design tshirt

 

Ni design asal yang customer bagi. So, hasinya seperti bawah ni…

cetak baju

 

cetak baju

 

Simple je. Customer ni bagi dalam bentuk jpeg. So, mudah skit nak print. Design ni pun dalam pixel besar. Tak ada le pecah kalau nak print.

cetak baju

 

Cerita 2

Baju kelas. Asalnya camni….

Design Baju

cetak baju kelas

cetak baju

 

 

Mungkin nampak cam ada putih skit kat design tu. Itu hanya 2,3 baju camtu. Baju lain..ok tapi masih lagi tak cacatkan design baju tu. Ni kena buat 3 kaler & 3 blok A3 ni. Banyak kerja skit le.

Cerita 3

cetak baju

 

cetak baju kelasYang ni pun simple je sebab just 2 kaler printing je. Semua design ni diaorang buat kat dalam Customink.com.

Mudah & simple je.

So, cam biasa….kalau ada yang berkenan & nak order baju untuk apa saje aktiviti korang, apakata korang isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun atau emel pertanyaan korang ke adminkomisen@gmail.com, takpun call terus, sms atau Whatsapp.

Tolong jangan guna komen untuk buat tempahan atau tanya apa2 ye. Ruang tu just untuk bagi komen je.

Ok…sampai jumpa lagi ye…..baiiii…

Dari teratak kecil ku,

Nik
adminkomisen@gmail.com

 

Tahu tak korang apa itu printing CMYK?

Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju pada korang yang sudi melawat blog saya,

Apa khabar semua? Kepada rakan2 yang duk kat Kemaman, Kuantan, Johor dll yang kena banjir tu, saya harap korang bersabarlah ye. Ini semua dugaan tuhan, nak uji korang samada sabar ke tak.

Untuk pengetahuan korang, minggu lepas saya sekeluarga jugak ada balik kampung ke Kemaman. Memang hujan tak berenti dalam 5 hari saya balik tu. Yang sedihnya, kereta adik 2 buah tenggelam dalam banjir, pakcik 2 buah kereta, 2 buah motor, rumah masuk air lagi….kesian betul.

Saya sendiri pun tersekat kat Cherating. 2 jam tunggu air surut tapi tak surut jugak. Lori ngan pick up je boleh lalu.

Last2…saya nekad, balik Perak ikut Kelantan melalui Cameron Highland / Simpang Pulai. Tak apa le jauh skit pun asalkan sampai udah. Bukan apa…bila memikirkan menimbun2 lagi tempahan yang perlu disiapkan, tu yang nekad balik jugak tu.

So, harap2 banjir ni beransur pulihlah & mintak jauh le banjir besar camtu lagi.

Oklah……hari ni kan…saya nak kongsi ngan korang pasal printing banyak kaler yang guna teknik CMYK.

Tahu tak korang, apa benda CMYK tu. CMYK tu stand for Cyan Magenta Yellow Black.

Campuran kaler2 ni boleh print design yang mempunyai banyak kaler macam Jata Negara dll.

Kalau tak faham jugak, cuba tengok contoh printing kat bawah ni. Dengan menggunakan teknik CMYK tu, design banyak kaler tu akan jadi sebijik cam design asal. Hanya 4 blok printing yang mewakili kaler Cyan, Magenta, Yellow & Black je saya prepare.

cetak baju

Ni final design yang saya dah print. Hanya guna 4 blok printing sahaja seperti dibawah :

cetak tshirt

Mula2 print Yellow (Kuning)

cetak baju

Kemudian masa dye kuning tu masih basah lagi, tindih lak kaler magenta. So, bila magenta campur dengan kuning, kaler coklat akan terhasil.

Kemudian….

cetak baju

Kemudian tindih pulak kaler Cyan ataupun biru muda. Bila Cyan campur ngan kuning, kaler hijau akan terhasil. Dan kemudian….

cetak baju

Last sekali black ataupun hitam sebab kaler utama dia hitam. So….dengan hanya guna 4 blok printing sahaja, design yang banyak kaler, akan jadi sebijik macam gambar asal seperti dibawah ni…

design baju

Walaupun mungkin tak sebijik macam dalam gambar tu, sekurang2nya ada iras2 pun ok dah. Kalau guna stiker atau heat press, kos & kerja lagi banyak banyak. So, hanya 4 blok sahaja yang diguna, dapat buat design sebijik camni.

Cuma nak bgtau yang design camni kalau nak murah kena order dalam kuantiti yang banyak. Kalau kuantiti sikit harga mahal nanti sebab banyak guna blok.

Ni lak design belakang baju tu….

cetak baju

Yang ni mudah je sebab 2 kaler je. Merah ngan hitam. Yang ini saya guna print biasa je & bukan guna CMYK.

cetak baju

cetak tshirt

Baju2 yang dah siap diprint sedang dijemur. Dah macam kedai dobi le pulok..hehehe.

Tapi kalau bila dah print & menjadi…memang seronok betul rasanya. Hilang letih memprint baju tu.

Ok…faham tak sebenarnya camane nak buat printing CMYK ni.

Printing jenis ni bukan senang nak buat sebenarnya. Saya kena beli printer special yang kita panggil Post Script Laserjet Printer dulu sebelum boleh buat printing CMYK. Harga dia pun mahal….hampir RM6,000 sebuah printer tu.

Memandangkan saya banyak print baju, so berbaloi le kalau guna printer ni. Biasanya guna printer inkjet saiz A3 biasa je.

So, kalau sape2 yang nak order baju yang banyak kaler camni, dialu-alukan tapi bersedia sikit dengan harga kos yang mahal skit dr print 1 ke 2 kaler ye.

Lupa nak bgtau…kalau baju hitam, kena buat 5 blok printing sebab base dia kena buat putih dulu & baru print CMYK….ada faham ka?

Oklah……apa cerita lagi tentang tempahan baju kitaorang sebelum ni ye….

Cer tengok ni….

design tshirt

 

Lupa nak kongsi sebelum ni…ni ada tempahan dari Brunei Darussalam ni. Actually dia order dengan cap sekali. Cap tu siap sulam tapi lupa nak ambik gambar topi tu. Kalau pos ke Brunei, customer ni akan tanggung 100% kos pos tu tapi biasanya saya guna poslaju atau EMS je sebab murah skit dr DHL dll.

cetak baju

cetak tshirt

cetak baju

 

Print depan belakang, guna putih kuning je. Design hitam dalam kotak tu guna kaler baju je.

So, apalagi ye….

cetak tshirt

cetak baju

 

Ni just simple printing je…cuma nak tunjukkan gambar diaorang tengah pakai baju tu je.

cetak bajuNi gambar cikgu2 tu tengah pakai baju tu..sengih je cikgu tu boleh pakai baju yang kitaorang printing tu.

Yang baju ngan tracksuit budak tu pun saya buat gak tu. Maknanya saya pakejkan sekali semua baju cikgu ngan murid2 tu sekali. Tak sabar nampaknya budak depan sekali tu nak lari dalam guni tu.

Ni lak baju family day biasa…..

cetak tshirt muslimah

cetak baju family day

 

 

Baju budak2 ni tapi kena regangkan skit sbb nak muatkan dalam papan tu.

So, rasanya takat tu dulu cerita saya hari ni. Rasa macam nak masuk semua cerita2 tempahan baju tu dalam ni tapi nanti boring lak.

Cuti sekolah ni memang menimbun2 order masuk. Mana yang nak segera tu, saya terpaksa tolak sebab takut tak mampu nak siapkan. Kang kalau tak siap, jenuh kami kena marah nanti.

Oklah……cam biasa…tolong jangan order guna komen bawah setiap artikel ye. Korang boleh order, samada guna emel & emel ke adminkomisen@gmail.com, call, sms atau whatsapp.

Takpun korang boleh isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & emel sekali design nak print untuk saya bagi harga nanti.

Jumpa lagi korang…baiiiiii….

Ikhlas dari,

Nik
adminkomisen@gmail.com

 

10 Perkara Yang Korang Jangan Buat Kalau nak Berniaga Online……

Hai, Assalamualaikum & Salam Cetak Baju semua,

Alhamdulillah….seronok betul sekarang ni sebab kerja2 printing semakin lancar & mudah berbanding dulu. Nak tahu sebab apa….sebab kitaorang dah besarkan kedai & meja printing pun standby untuk 50 lai sekali print berbanding sebelum ni, hanya 9 lai je sekali jalan. Syukur sangat2.

Untuk pengetahuan korang jugak, tempahan juga Alhamdulillah tak putus2. Rezeki melimpah ruah. Mungkin antara sebabnya saya cuba sedaya upaya untuk tidak buat perkara2 tertentu masa kitaorang berniaga secara online ni.

Apa perkara2 tertentu tu? Maklumat yang saya nak kongsi ngan korang ni adalah hasil dari pengalaman selama 3 ½ tahun dalam bisnes online ni & Alhamdulillah setakat ni pendapatan yang saya terima diluar jangkaan saya.

Actually, banyak perkara yang kita kena elakkan kalau nak buat bisnes ni tapi saya nak kongsi ngan korang 10 perkara utama je yang saya cuba tak buat masa uruskan bisnes online ni. Benda apa tu?

1. Jangan menipu – Dahlah bisnes online, pastu orang tak nampak muka kita. Memang mudah sangat nak menipu. Dapat duit customer, pastu buat diam je.

Manusia ni, kalau iman dia tipis memang rambang mata. Nampak duit skit pun, nak sapu padahal kalau tak menipu, bisnes boleh kekal lama daripada biasa.

Menipu ni memang pantang manusia. Sekali dah tertipu, memang konfem tak datang dah website atau blog korang. Satu lagi, bisnes cepat lingkup kalau asyik menipu ni.

2. Jangan tak jujur – Adik beradik menipu gak ni. Kalau nak bisnes kekal lama, sikap ni pun kena pegang kuat jugak.

Contohnya ; ada customer tak puas hati ngan bisnes kita & nak balik duit dia, pulangkan je. Jangan disimpan. Mungkin akan datang dia datang balik sebab tengok kita jujur.
Kalau diperam je & buat diam je, konfem sekali tu je lah customer deal ngan korang.Cam saya (bukan nak puji tapi bagi contoh sebenar), dah beberapa kali saya pulangkan duit kat customer yang nak duit dia. Ada yang saya pulangkan tapi terus gak order ngan saya lepas tu. Yang penting, kena pulangkan cepat, kalau tak orang tak percaye dah kat kita.

3. Jangan terlalu berkira – Mungkin ada baik buruknya berkira ni tapi kalau boleh, jangan terlalu berkira. Customer nak diskaun RM1 pun, consider le. Ini mati hidup balik tak nak bagi. Berkira pun tengok keadaan le. Kalau dah rugi, satu sen pun tak dapat untung, tak payah le turunkan lagi harga. Mungkin kita dah buat sekali, lepas ni orang tu akan tuntut lagi harga rendah tu.

Kita nak jugak cover kos letrik, air, sewa dll. Pandai2 le korang.

4. Jangan malas jawab pertanyaan customer – Part ni korang kena pikir2 le sendiri. Kalau korang jadi customer & korang tanya soalan kat tokey bisnes online tu, pastu tokey tu buat derkk je ataupun lambat bagi jawapan, apa rasa korang. Tak ke panas hati.Sama gak cam saya. So, saya cuba pastikan benda tu tak jadi kat customer saya.

Tapi saya mengaku, kadang2 ada jugak emel atau pertanyaan terlepas pandang tapi saya cuba sedaya upaya untuk tidak menghampakan customer & kadang2 customer lak tak feedback lepas saya bagi jawapan tu. Anggaran saya dalam 98% soalan akan berjawab. Soalan yang tak berjawab tu mungkin sebab saya terlepas pandang ataupun soalan yang saya tak tahu camane nak jawab.

5. Jangan lupa minta maaf kalau tak dapat tunaikan – Perkataan “Maaf” patut ada dalam setiap peniaga, baru le berniaga tu berkat.

Kalau bahasa yang kita gunakan buat sakitkan hati je, konfem tak ada dah customer yang datang balik kat kita. Bukan je dia yang tak datang, habis semua orang dia bagi warning jangan masuk website dia ni sebab sombong. Suka marah2 orang.

6. Jangan Tamak – Ramai manusia tamak dalam dunia ni. Kalau tak, takkan le ada skim cepat kaya. Pastu ramai le yang join. Tamak punya pasal, nak duit cepat.
Sama gak kalau berniaga online. Semua tempahan dia nak sapu & tak pikir mampu buat ataupun tak.

Kalau dah tamak, mulalah tempahan customer lambat siap & kerja melambak2 menunggu.

Kalau tak boleh buat, bagitau terus terang je. Jangan tamak sebab orang tamak selalu rugi. Baik kita buat mana yang kita mampu tapi rezeki tak putus2 berbanding tamak, semua nak buat & last2 orang dah tak percaye kat kita dah. Nak camtu ke?

7. Jangan mudah putus asa – Ramai peniaga online jenis camni. Berniaga ikut rajin & ikut musim. Dalam hati rasa nak jadi kaya dengan berniaga tapi angan2 je lebih. Bila ada problem skit, dah give up dah. Bukannya nak cari cara nak selesaikan masalah tu.

Memang biasa bisnes awal2 ada masalah. Saya pun camtu & orang lain yang berjaya pun camtu. Kalau tak susah atau tak ada masalah, tak ada le korang boleh berjaya. Ini lembik….masalah skit je dah putus asa. Pikir positif. Kalau orang lain boleh buat, kita pun boleh buat.

Orang lain manusia jugak, bukannya malaikat. Orang lain ada kaki, tangan, hidung, mulut semua, kita pun ada jugak. Sebab apa orang lain boleh berjaya, kita tak boleh.

8. Jangan lupa bersedekah/berzakat – Bagi yang muslim, sedekah atau berzakat ni boleh tambahkan rezeki kita. Actually, bukan orang islam je percaya benda ni, orang bukan islam pun percaya.

Sebelum ni saya ada baca satu buku, Rich Dad Poor Dad, penulis dia seorang Kristian tinggal di Hawaii. Seorang jutawan yang bermula dengan kosong. Dia pun percaya, kalau banyak kita bagi kat orang, makin banyak kita dapat. Omputih kata, What You Give, You Get Back.

Profesor Muhaya (pakar mata & motivator terkenal Malaysia) pun ada cakap…..kalau kita ADA, kita BERI & kita DAPAT.

Cer tengok Bill Gate…dia dah kaya tapi dia ada Yayasan untuk bantu orang susah. Dia bukannya semakin susah. Makin kaya ada le.

Kalau kat Malaysia, contohnya seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary. Dia pun ada Yayasan. Dia pemurah & dermawan. Makin banyak bagi, makin besar kekayaan dia.

Saya pun cuba jadi cam diaorang. Kena percaya sebab Nabi dah kata, kalau kita derma satu, 700 akan kita dapat pulangan tapi jangan pikir pulangan duit je. Mungkin sihat badan, bahagia hidup, tak susah hati, anak menjadi, kereta tak pernah rosak, tak kena bencana dll. Itu dikira rezeki gak tu sebab duit tak ada keluar.

9. Jangan tak berdisiplin – Sikap yang ni rasanya susah skit manusia nak ikut sebab disiplin ni kena jaga betul2.

Macam saya sendiri, saya cuba disiplinkan diri untuk update cerita setiap minggu dalam blog. Kalau tak update, konfem orang akan lari sebab anggap website tu tak aktif. Satu lagi, disiplin masa pegang duit. Jangan guna duit tu buat beli barang tak tentu hala. Bayar le hutang2 dulu termasuk kat supplier, bil2, belanja & lain2. Baki tu baru le kita simpan.

Camtu, baru le berjaya. Ini tak…baru 2 bulan bisnes, dah tukar kereta baru. Guna duit untuk bayar supplier untuk buat deposit kereta. Kalau camtu, konfem masuk bulan satu lagi, lingkup bisnes korang.

10. Jangan lupa Tuhan – Yang ini antara yang penting untuk kita buat sebab kita kena percaya yang rezeki tu totally dari Tuhan (Allah). Kita just usaha je. Kalau kita usaha macam orang gila tapi memang bukan rezeki kita, tak jadi jugak. So, apa2 pun jangan lupa Dia.

Kadang2 saya pelik gak manusia ni…rezeki nak tapi sembahyang tak nak. Padahal, rezeki tu Allah yang bagi.
Korang just fikir pasal nafas kita ni je. Kalau Allah stop nafas korang sekarang, apa korang rasa. Mati le kot tapi Allah gerakkan jugak nafas kita tanpa kita sedar. Tak ke hebat tu. Tapi sayang, kita lupa jugak kat Dia.

Yelah….apa gunanya Syurga & Neraka ye tak. Kalau semua masuk Syurga, sape nak masuk Neraka kan….

So, yang sebenarnya banyak lagi perkara2 yang tak patut korang buat kalau bisnes online ni tapi apa yang saya cerita kat atas ni hanya antara yang penting sahaja.

Saya harap korang ambik iktibar le tentang apa yang saya ceritakan kat atas ni sebab buat apa korang berniaga secara online kalau just nak suka2 je. Buat serius cam saya. Alhamdulillah, nak beli apa2 pun tak pikir panjang dah sebab duit lebih dalam tangan.

Korang pun boleh berjaya sebenarnya tapi antara nak ngan tak nak je. Kalau saya boleh buat, korang konfem boleh buat & mungkin lebih lagi kot.
Ingat….Pikir positif & apa yang korang bagi, korang akan dapat balik. Ingat tu!!!

So, cam biasa…kalau tak bercerita pasal tempahan tshirt memang tak sah. Apa cerita hari ni?

CERITA 1

tshirt r4bia

tshirt r4bia

Tshirt R4Bia camni banyak gak saya terima untuk tempahan. Ini baru sebahagian daripadanya. Depan saya buat sebesar A3, so..besar le gambar dia. Kalau buat besar A4, macam tak cantik je. Ramai gak order baju camni termasuk baju Syria, Mesir, Palestin dll. Kalau korang rasa nak order baju2 camni jugak, saya alu2kan. Emel je detail kat emel saya nanti.

Cerita 2

cetak tshirt

baju kelas

Ni baju untuk MRSM ni. Baju kelas. Yang mencabar skit, time nak buat blok printing untuk lencana depan tu sebab kena buat 3 kaler tu. Nak jimat blok, saya ambik kaler merah tu guna kaler baju, so tak payah le nak print merah lagi. Hasilnya tetap sama.

Design belakang tu, ikut je design baju kahwin sebelum ni & adjust kat nama kelas ngan tahun je. So, jadilah seperti design diatas ni.

Cerita 3

Design baju asal yang customer hantar macam kat bawah ni.

cetak tshirtcetak baju

Hasilnya….seperti dibawah ni.tshirt kelas

Baju ni mencabar jugak nak buat sebab kat depan saje ada 4 blok saiz A3 nak print tu. Yang ini saya tindih kaler merah walapupun baju kaler merah sebab untuk naikkan kaler merah tu.

Belakang lak, camni…..

cetak tshirt

Sama macam design yang dia bagi tu kan. Baju ni guna jenis kain jersi dari Oren Sport. Walaupun kain jersi, tapi Alhamdulillah, dapat gak disiapkan dengan cantik.

cetak baju

Hari ni 2 cerita je saya upload dalam blog ni sebab sibuk sikit sekarang ni. Acrtually, banyak lagi gambar & cerita yang belum dikongsikan tapi agak sibuk skit sekarang ni.

Ok…cam biasa, kalau korang rasa berkenan & nak order tshirt utk aktiviti korang sendiri, jangan segan & jangan siku untuk emelkan detail korang kat emel saya di adminkomisen@gmail.com, takpun isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun, sms, call atau Whatsapp sekalipun. Terpulang pada keselesaan korang. Saya akan cuba bagi layanan yang terbaik nanti ye.

So, jumpa lagi, kawan2….baiiiiii….

Dari teratak kecilku,
Nik
adminkomisen@gmail.com
0192254028

DENGAR 3X ~ PROMOSI TSHIRT RAGLAN. SAPE NAK, ANGKAT TANGAN!!!

Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju semua,

BERITA PENTING!!!!!

RAMAI YANG TANYA SAYA BERKENAAN BAJU RAGLAN. SEKARANG DAH ADA DI http://www.mohcetakbaju.com.  SAPE NAK? ANGKAT TANGAN.

APA ITU T SHIRT RAGLAN? CER TENGOK GAMBAR KAT BAWAH NI….

Tshirt reglan

Tshirt reglan

Apa itu TShirt Raglan? Dalam Wikipedia, TShirt Raglan ialah “A raglan sleeve is a type of sleeve whose distinguishing characteristic is to extend in one piece fully to the collar, leaving a diagonal seam from underarm to collarbone”. 

TShirt Reglan ialah TShirt yang bersambung kain antara badan ngan lengan atau antara ketiak dengan tulang kolar. Macam gambar kat atas ni.

Kitaorang sediakan 8 jenis TShirt Raglan seperti diatas.

Harga PROMOSI sekarang ialah RM20 selai kosong tanpa printing untuk Semenanjung & RM22 selai kosong tanpa print untuk Sabah Sarawak.

So, sape2 yang berminat nak order, emelkan detail nak order tu ke emel saya di adminkomisen@gmail.com.

So, apa tunggu lagi. Order sekarang sementara stok tengah ada banyak ni.

Saya menunggu tempahan korang ni. Jangan lambat2…takut nanti lambat dapat sebab masalah stok nanti.

—————————————————————————————————————–

Ok…..tak sabar nak kongsi ngan korang design2 baju yang kitaorang dah buat ni. Apa cerita hari ni?

Cer tengok gambar2 kat bawah ni….

tshirt kelas

baju kelas

Ni design dari customer sendiri ni. Dia buatkan sendiri. Kalau pandai buat sendiri design tu lagi bagus sbb lagi puashati. Belakang tu banyak kerja skit sebab nama sekolah tu ada 5 kaler kena print tu.

tshirt kelasBaju ni print sebelum ada meja printing ni. Rasanya belum masuk kat blog lagi design ni rasanya. Design yang warna merah tu boleh buat 2 cara, samada print merah terus ataupun tindih putih dulu.

Kalau buat merah terus pun boleh sebab baju tu kaler biru cerah.

Ok, cerita kedua lak…..

tshirt sukanIni tshirt untuk group bowling lak ni. 4 kaler semua. Putih, hijau, merah & hitam.

Untuk kaler hijau ngan merah tu, saya buat dalam 1 blok je untuk jimatkan skit blok tu. Masa nak print merah, saya tutup design hijau & masa nak print hijau, saya tutup merah. So, jimat blok saya. Harga selai pun jimat jugak.

cetak baju

cetak bajuAda dalam 80 lai baju ni kitaorang print hari tu. Guna tshirt oren sport, kain jersi.

Ok..cerita seterusnya. Design asal cam kat bawah ni…

cetak baju kelas

Hasilnya cam kat bawah ni…..

cetak baju kelasNi bahagian depan. 2 kaler…putih ngan kuning. Belakang lak….

tshirt kelasNi 2 blok printing A3 ni. 1 untuk semua kaler putih & 1 blok lagi untuk kaler kuning. Cantik tak……hehehe. Angkat bakul sendiri.

baju kelas

baju kelasNi le antara hasil cetakan baju yang dah siap tu. Memang naik kaler dia kalau merah ngan kuning ni. Korang pun kalau, excited nak order baju camni, bgtau saya ye…..

Ok..last gambar untuk tempahan baju tu. Actually, banyak lagi tempahan baju yang kitaorang belum upload tapi tak sempat sebab sibuk ngan printing baju tu.

Design baju tu kalau ikut design asalnya cam bawah ni….

baju kelas

cetak baju kelas

baju kelas

cetak baju

cetak tshirt

Agak komplikated gak design ni masa saya nak print hari tu sebab kat dalam tulisan tu ada corak2. Saya terpaksa upah designer saya untuk buat balik design tu. Last2 sekali, jadi le cam design yang saya print tu.

Cuma silap skit sebab huruf o tu ada putih kat dalam. Nasib baik customer ni, ok….hehehe. Alhamdulillah.

Ok..itu le saje cerita kitaorang buat kali ni. Kalau korang nak order baju untuk aktiviti korang, jangan lupa isi form kat page”Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun ye. Takpun call saya terus di 0192254028 (Nik) atau 0193643692(Salina).

Takpun jugak, emelkan detail order korang ke adminkomisen@gmail.com, sms atau Whatsapp. Terpulang pada korang.

Sampai jumpa lagi…..baiiiii….

Dari teman disini,

Nik,
adminkomisen@gmail.com

Kedai baru & meja printing baru ku dah siap…hoooorrreyyyy!!!!!

Hai korang & Salam Cetak Baju semua,

Alhamdulillah, Alhamdulillah & Alhamdulillah…syukurrrr sangat2 pada Allah sebab bagi rezeki yang melimpah ruah kat kitaorang.

Minggu lepas, kedai baru kitaorang yang dah dibesarkan & meja printing baru pun dah siap dah. Hari tu saya janji nak kongsi ngan korang tentang meja printing baru tu kan…

Meja tu hasil idea saya sendiri & saya order kat kedai besi@welding kat area rumah saya je. Mula2 tu uncle tu buat silap skit tapi bila saya explain balik, dia betulkan balik.

Alhamdulillah…tercapai gak cita2 nak besarkan kedai lepas 3 tahun berhempas pulas buat printing tanpa tempat yang sesuai.

Kali ni, meja printing kitaorang boleh print 50 lai sekali jalan berbanding 9 lai je sebelum ni. Tapi walaupun 9 lai, tapi wife saya memang hebat sebab dapat siapkan semua tempahan dalam tempoh. Cuma sakit2 badan skit le sebab kena banyak kali angkat papan2 baju tu.

Ok…nak tengok meja  & kedai baru saya tu tak. Cer tengok gambar bawah ni…..

meja printing baju

meja printing baju

Actually meja ni saya letak span & lapik plastik lagi sebenarnya tapi lupa nak upload gambar dia. Saya kena letak span & plastik supaya masa nak print baju tu, kaler dia rata je. Kalau tak letak span, takut tak rata bila kena papan kayu tu.

So, gambar bawah ni untuk baju2 yang tengah di print tu…

tshirt print

cetak baju

Kalau sebelum ni, jenuh le nak print banyak2 lai. yang ini, kalau 50 lai sekali jalan je. So, lagi cepat skit kerja kitaorang.

Cuba tengok ada besi tercacak kat setiap meja tu. Itu sebenarnya locking atau kunci bila nak print banyak kaler. So, nanti tak ada le design dia lari masa print nanti.

Dalam gambar atas ni, masih ada meja yang belum letak papan lagi. Tak sempat lagi sebab banyak kerja skit. Nak gergaji papan lama lagi. nak lekat kat meja lagi…so, banyak kerja skit le.

Sebab tu, untuk order yang masuk baru2 ni saya mintak extend skit sebab sibuk dengan kedai & meja baru ni le.

So, lepas ni, korang jangan risau. In Sha Allah, dengan izin Allah, order2 korang kitaorang akan buat secepat mungkin sebab meja dah bertambah. Kalau kuantiti order bawah 50 lai, mungkin akan dapat disiapkan lebih cepat.

Tapi apa2 pun bergantung pada tokey yang printing sebab dia incharge untuk printing. Harap2 lepas ni tak ada masalah lewat lagi, In Sha Allah.

Okaylah…..cerita pasal kedai & meja baru dah setel. Cam biasa, kita cerita lak pasal tempahan2 tshirt yang kitaorang buat sebelum ni.

Cerita 1

Cetak TShirt

cetak tshirt

Cer tengok gambar atas ni……bangga gila sebab TShirt kitaorang dah sampai ke Korea. Ni student Malaysia yang order baju ngan kitaorang. Guna EMS ataupun pos laju ni. Disebabkan dia order dari luar Malaysia, so kos pos dia tanggung semua.

Asalnya tshirt muslimah tu cam kat bawah ni…

Cetak tshirt

Pastu kitaorang print jadi cam kat bawah ni….

cetak tshirt muslimah

cetak tshirt muslimah

Ni guna meja printing lama lagi ni tapi Alhamdulillah dapat print 3 kaler dengan mudah. So, kalau korang yang duduk kat Malaysia ni nak order, jangan risau….tempahan kitaorang dah sampai beribu2 kilometer dah ke Korea.

Yang order dari Brunei pun ada tapi masih dalam proses nak printing.

Ok…cerita 2

tshirt cetak kelas

tshirt cetak kelas

Asalnya customer tu buat dalam Customink.com kat page “Buat Design Sendiri” kat blog saya, cam kat bawah ni….

Design Baju Nazurah

Kemudian saya transfer ke baju seperti diatas nun. Apa yang saya buat ialah saya copy & paste balik design tu masuk Adobe Illustrator untuk mudah saya touch up balik & tiru sebijik kedudukan & saiz design yang diaorang nak tu. Guna Customink.com ni mudah skit sebab customer kitaorang boleh buat design sendiri kat situ. Kalau nak mintak saya buat, memang tak sempat. Lagipun, buat design sendiri ni lebih puas hati.

tshirt kelas

Cerita 3……

Nak kongsi gak ngan korang ni……kitaorang banyak jugak terima order yang nak tshirt artis Korea….Running man ada, group K Pop pun ada. Cam kat bawah ni. Memang minat betul diaorang ngan K Pop ni ye. Saya just print je….

tshirt k pop

tshirt k pop

Simple je tapi nice. Siap ngan nama artis2 tu sorang2 lagi diaorang letak. Korang yang berminat nak buat camni pun dialu-alukan le ye. Macam2 stail kitaorang boleh buat.

Cerita 4

tshirt kelas

tshirt kelas

Just wording je. Depan 3 kaler…merah, oren & putih. Kebiasaanya kena tindih putih dulu, baru tindih kaler lain supaya naik kaler dia. Belakang pun simple je.

tshirt kelas

tshirt kelas

Cerita 5….last episod…

tshirt muslimah
tshirt muslimah

Asalnya customer ni bagi design camni. Guna TShirt muslimah Oren Sport. Biasanya kalau diaorang buat design camni, saya akan tanya diaorang punya font & design nak print tu. Mintak diaorang emelkan design2 tu semua. Bila dah dapat dalam softcopy, baru senang nak print out macam kat bawah ni….

tshirt muslimah

tshirt muslimah

tshirt muslimah

tshirt muslimahNi guna TShirt muslimah dari Katalog Oren Sport ni. Kalau nak tengok contoh baju tu, korang klik kat page Katalog Oren Sport & cari kat bahagian TShirt muslimah. Ada banyak kaler gak untuk pilihan korang.

So, okaylah dulu korang buat kali ni. Nak gi sambung buat blok printing lak ni.

Kalau rasa2 nak order tshirt korang, jangan malu & jangan segan. Korang boleh isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, ataupun korang call terus kitaorang di 0192254028 (Nik) atau 0193643692(Salina), ataupun boleh Whatsapp kitaorang ataupun, emelkan ke adminkomisen@gmail.com ataupun sms dll. Mana2 yang korang rasa selesa le ye.

So, jumpa lagi dicerita2 yang akan datang. Sampai jumpa lagi…daaaaaaa….

Yang Ikhlas & Dekat,

Nik
Pengurus & Penggemuk mohcetakbaju.com

Harga TShirt siap printing TERKINI…….

Hai korang semua,

Harap2 sihat semua le ye…kitaorang Alhamdulillah, masih lagi diberi nafas lagi untuk hidup & buat bisnes sehingga kini.

Baaaaanyak sangat nikmat Allah bagi kat kita. Memang tak terhitung. Sama gak ngan bisnes cetak tshirt kitaorang. Tak sangka begitu besar nikmat & rezeki Allah bagi kat kitaorang.

Apa yang mampu kitaorang ucap ialah Alhamdulillah, Alhamdulillah & Alhamdulillah….korang pun camtu le ye.

Ok…hari ni nak cerita bab penetapan harga TShirt siap printing sekali.

Bukan apa…..agak letih gak bila customer tanya & saya terpaksa tetapkan harga untuk diaorang. So, saya dah bincang ngan bos (isteri le) & dapat keputusan untuk tetapkan harga seperti gambarajah2 yang kitaorang buat kat bawah ni. Kalau tak faham & nak tanya apa2, emelkan kat saya di adminkomisen@gmail.com, call/sms/whatsapp kitaorang di 0192254028 (Nik) & 0193643692 (Salina).

Berikut gambarajah senarai harga tersebut :

Cetak Baju

 Cetak Tshirt

Cetak Baju

Cetak Baju

Cetak Tshirt

Cetak Baju

 

Cetak tshirt

Kalau nak tambah nombor ngan nama lak, harga cam kat bawah :

Cetak baju

So, dengan adanya penetapan harga ni, kitaorang harap korang boleh le tetapkan bajet ikut senarai harga diatas ni ye. Kalau nak tahu detail lagi, emelkan kat emel kitaorang ye.

Harap2 korang faham le penetapan harga ni ye.

Ok….apa cerita tempahan baju kitaorang hari ni. Nak cerita pasal meja printing baru, tak siap lagi. Cerita pasal tempahan baju biasa jelah ye…

tshirt santai

Yang ini, print 1 kaler print tapi customer bagi gambar yang pixel besar. Kalau pixel kecik nanti bila kita besarkan, gambar dia pecah & tak boleh nak buat printing guna silkscreen.

Tak banyak order ni…takat 5 lai je ni. So, cepat le skit kerja.

Cerita kedua…..

tshirt kelas

baju kelas

Yang ini guna baju microfiber atau kain jersi, print 2 kaler belakang & depan 3 kaler. Belakang biru putih & belakang, putih, biru & kelabu.

Jauh baju ni nak terbang ni….dari Labuan ni. Diaorang order dalam 30++ lai hari tu. Yang ambik masa skit untuk print banyak kaler tu & nak buat design tu balik supaya senang nak print.

Ok…cerita ketiga….

tshirt kelas

baju kelas

Design ni customer buat sendiri dalam Customink.com ataupun kalau korang nak buat sendiri, cuba klik kat page “Buat Design Sendiri” kat bahagian atas nun. Korang sendiri pun boleh buat sebenarnya. Yang depan tu, ada nama lagi sebenarnya tapi tak sempat ambik gambar hari tu. Baju brand Change kain jersi.

Ok…cerita last hari ni….

tshirt kahwin

tshirt rewang

Tshirt rewang atau tshirt kahwin. Baju Lacoste Enzo ni. Kaler purple & print light blue.

Design tu tiru yang pernah buat sebelum ni jer. So, simple je time nak print.

So….camane? Ada rasa2 teringin nak order baju sendiri tak?

Kalau berminat nak order, tolong isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun & emelkan sekali design yang nak print tu ye.

Takpun call, sms atau Whatsapp je kitaorang kalau nak lebih konfiden.

Jumpa lagi korang…apa2 hal, bgtau le ye.

Baiiii….

Ikhlas dari ;

Nik
0335 petang Sabtu ~ 05052013

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 743 other followers

%d bloggers like this: