Blog Archives

Kami kembali selepas selamat menjalankan Umrah…..

Hai & Salam Cetak Baju pada semua pelawat setia mohcetakbaju.com,

Allahuakbar 3X & Alhamdulillah yang tidak terkira kepada Allah Yang Maha Hebat.

Syukur (jutaan kali) kerana Allah telah memberi peluang yang besar kepada kami sekeluarga untuk menjalankan ibadat umrah dari 23/03/2013 hinggalah 05/04/2013 yang lalu.

Macam2 dugaan & pengalaman kitaorang dapat masa pergi ke sana. Rasa seperti nak luruh jantung bila lihat Kaabah buat kali pertama. Kat situ jugak saya pohon moga2 bisnes cetak baju saya semakin diberkati, diredhai & dirahmati olehNya. Pastu, mintak jugak semoga dapat rezeki yang melimpah ruah dariNya.

Kat sini saya nak kongsi ngan korang semua, gambar2 kitaorang yang sempat diambil sepanjang umrah tersebut.

DSCN0698DSCN0699

DSCN0702DSCN0723

DSCN0739DSCN0747

DSCN0759DSCN0787

Ini le antara gambar2 kitaorang time umrah hari tu. Hari tu kitaorang pegi 8 orang. Saya ngan Kak Salina, anak 3 orang, mertua saya sepasang & mak sedara sorang.

Pegi kat Madinah ok lagi sebab cuaca dia sejuk skit tapi kat Mekah sedikit panas & jarak hotel ke Masjidil Haram hampir 1 km jugak. pastu hotel sejuk aircond, masjid sejuk gak aircond & dalam perjalanan tu panas…so, ramai yang batuk & demam. Kitaorang pun camtu gak….masa tengah taip artikel ni pun masih batuk2 lagi. In Sha Allah, 2,3 hari lagi baik le tu gamaknya.

Nak kongsi ngan korang skit pasal umrah ni…..kalau korang ada duit lebih kan, saya cadangkan gunalah ejen Umrah yang mahal skit supaya hotel tu dekat ngan masjid. Tak ada le kena menapak jauh. Pastu, kalau dapat, pegi le awal2 tahun sbb time tu cuaca tak panas sangat. Mana yang jenis tak tahan panas tu, boleh consider pendapat saya ni.

Tapi apa2 pun…..semua dugaan tu saya anggap ujian dari Allah untuk bagi pahala lebih besar pada kita.

Memang betul orang kata kalau bercakap kat Mekah ni kena jaga sebab ada rakan saya yang tak selera nak makan nasi….dia cakap tak lalu nak makan…sampai balik memang tak lalu nak makan nasi. Makan mi je sepanjang umrah tu.

So, saya rasa itu le sedikit sebanyak cerita pasal umrah yang saya boleh kongsikan ngan korang hari ni. Saya harap, satu hari nanti korang lak dapat jejakkan kaki ke sana nanti, In Sha Allah.

Ok………dah lama saya tak berkonsi cerita pasal printing baju. Kalau tak silap, dari awal bulan 3 lagi saya dah stop order sebab nak siapkan order yang masuk sebelum tu. Ini pun masih ada lagi order yang belum siap tapi nasib baik customer tak kisah bila siap.

Cer tengok gambar bawah ni…..

tshirt karnival sukan

Yang ini simple je…1 kaler. Tak banyak kerenah. Design pun saya buat sendiri, tunjuk kat diaorang, diaorang setuju je. Tak banyak songeh le. Yang ini dalam 100 lai lebih ni kalau tak silap. 1 hari siap. Guna baju tshirt murah. Sonang yo….

tshirt cetak

cetak tshirt

Macam2 kaler baju diaorang buat. Memang fancy betul…design sama jer semua.

Selain daripada tu, baju kelas pun ada gak……..

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ini pun sempoi. Design diaorang buat dalam Customink.com. Saya tiru je. Yang ini pun mudah nak print sebab 1 kaler je. 1 hari dah siap.

Lagi….apa citer…..

tshirt cetak

tshirt cetak

cetak baju

cetak tshirt

Ini lak baju pengakap SK Kuala Atok, Raub, Pahang……1 kaler print depan & 1 kaler print belakang. Baju guna TShirt murah je. Walaupun murah tapi kualiti tetap cantik lagi.

Kuantiti dalam 40 lai.

 Ok….rasanya ini je cerita saya hari ni. Sebenarnya masih mamai2 ni. Tengah nak sesuaikan dengan cuaca kat sini rasanya. Batuk pun belum hilang sepenuhnya lagi.

Pada rakan2 yang wish selamat jalan hari tu, terima kasih banyak2 diucapkan.

In Sha Allah, selepas ini kami di mohcetakbaju.com akan lebih aktif dalam bisnes cetak baju untuk membantu rakan2 & adik2 kat luar sana untuk dapatkan tshirt untuk program korang nanti.

So, sape2 yang nak order…sekarang tempahan dibuka semula & sila isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” atau emel atau sms/call utk dapatkan maklumat lebih jelas.

Jangan guna ruangan Comments ye sebab susah nak jawab kat situ.

So….jumpa lagi korang….baiiiiiii…….

Promosi TShirt budak2…..

Hai & Salam Cetak Baju buat semua pelawat mohcetakbaju.com,

Apa khabar semua? Harap2nya sihat2 selalu le hendaknya ye….Dah masuk bulan 2/2013 dah. Tup tap tup tap…pejam celik pejam celik…dah bulan 2 dah. Rasanya cam baru je kitaorang buat bisnes online. Tahun ni dah nak masuk Tahun ke 3 dah kitaorang dalam online.

Saya agak bangga & syukur sangat2 sebab setakat hari ini..daripada mula bisnes online, saya masih lagi mampu bagi KOS POS FREE untuk semenanjung Malaysia & tanggung separuh untuk Sabah Sarawak.

Bayangkanlah….harga yang saya bagi tu, tetap sama samada korang order online ataupun offline. Saya consider harga yang saya bagi tu masih lagi berpatutan berbanding dengan kualiti baju yang kitaorang hasilkan.

Apa yang saya pegang untuk menjadi seperti sekarang ialah kata2 & pesanan guru2 saya. Kita buat bisnes ni jangan pikirkan untung semata2 tapi niat juga untuk bantu orang ramai kat luar sana. Bila kita ikhlas membantu, In Sha Allah, Allah akan bantu kita pula. Satu lagi…jaaaaaangan kita sombong & bongkak bila dah berjaya. Sentiasa bersyukur & ingat kpd orang yang susah. Apabila kita mula sombong dengan orang…itulah permulaan kejatuhan kita. Ingat tu.

Satu lagi…..untuk jadi senang bukan mudah. Dalam apa sahaja bisnes pun, kalau nak berjaya, mesti kena susah jugak kecuali le bisnes tu ayahanda kita punya. Mungkin senang skit kot. Tapi bagi saya..nak berjaya, kita mesti kena susah dahulu sebab bila satu hari kita dah senang & tiba2 kita dapat kesusahan, sekurang2nya kita tak panik sebab kita pernah susah dulu. Kebanyakan orang yang naik dengan senang, bila sekali jatuh…terus dia jatuh sebab dia tak pernah susah..betul tak?

Saya hanya berkongsi melalui pengalaman sendiri. Sape2 yang berjinak2 nak buat bisnes tu…pikir2kanlah. Jangan hanya takat hangat2 tahi kerbau je…yang penting usaha, jangan mudah give up, minat & rajin. In Sha Allah berjaya.

Ok…hari ni nak bagitahu ni..kitaorang ada nak offer baju tshirt budak. Dari saiz budak umur setahun sampai le darjah 1. Macam2 kaler ada. Harga dalam RM8 sehelai. Cer tengok contoh baju tu kat bawah ni.

tshirt budak

Ada 10 kaler semuanya….

1. Kuning.

2. Hijau Tua (Dark Green).

3.Oren.

4. Lime Green (Hijau Pucuk Pisang).

5.  Pink.

6. Royal Blue.

7. Hitam.

8. Putih.

9. Merah.

10. Purple Gelap.

Saiz dari 12″ hingga 15″ ataupun kalau ikut kiraan saiz budak…dari umur setahun hingga darjah 1.

Harga RM8 sehelai kosong tanpa print…kalau banyak2, In Sha Allah dapat murah lagi.

So, sape2 yang berminat…kontek kitaorang nanti ye.

Ok…cam biasa. Kalau tak cerita pasal tempahan baju, memang tak sah. Nanti takut korang tak pecaye lak kang…

Citer pertama…..

tshirt group

Baju 2 kaler depan dari Kelantan. Bagi saya mudah je nak buat baju ni sebab design dia besar.

Camane proses nak print baju tu? Cer tengok kat bawah ni….

tshirt cetak

Baju sedang siap sedia untuk didera. Kasi susun dulu kemas2… Pastu….

cetak baju

Print putih dulu….untuk logo tu nak kuning kan…kalau baju gelap, biasanya saya buat putih dulu. Pastu, baru tindih kuning. Pastu pulak….

cetak baju kumpulan

Nah…ini le hasilnya. Very the simple past tense..hehehehe. Kalau design camni, In Sha Allah…untuk 50 lai, sehari boleh siap….

Ok..citer kedua lak….

cetak tshirt family day

Ini lak tshirt untuk family day ni. Kalau tak silap, diaorang buat design dalam Customink.com je ni. Sendiri punya idea je. Bahagian depan ni…bahgian belakang siap ada nombor2 lak….

tshirt family day

Belakang cam baju jersi. Siap nama ngan nombor sekali. Memang mudah nak print sebab 1 kaler hitam je.

tshirt jersi bola

Lagi…apa citer lagi…..

tshirt rewang

Yang ini paling sempoi…guna baju tshirt murah je. Depan 1 kaler & belakang 1 kaler.

tshirt kawin

Aisey…belakang lupa nak upload gambar le. Sori…ada yang depan je. Simple but nice.

Selain daripada tu, tshirt kelas pun banyak gak kitaorang terima…contohnya…

tshirt kelas

Ramai betul suka gambar headphone ni. Rasanya dah berbelas2 baju dah saya print baju camni ni….

tshirt kelastshirt kelas

Baju ngan design baju semua guna design dalam blog saya. Tak payah susah2 nak buat….jenis baju pun sebijik ngan baju sebelum ni.

So…rasanya itu jelah yang dapat kongsi hari ni…nak sambung kerja lak. Lepas ni saya nak kongsi pasal tempahan2 lain lak. Banyak lagi sebenarnya nak kongsi sebenarnya. Dalam kamera dah ada, cuma tak sempat lagi nak upload dalam komputer.

Ok….cam biasa2….toooloooooong jangan order baju kat ruangan komen di setiap artikel. Kalau nak tanya apa2, emel, call, sms ataupun isi je maklumat kat page Nak Tahu Harga Tak? kat bahagian atas nun. In Sha Allah, setiap pertanyaan awak tu akan berjawab. Kalau tak berjawab, kontek je terus kitaorang kalau rasa nak dengar suara saya atau orang rumah saya. Lagi konfiden…ye tak?

Sampai jumpa lagi korang….tata titi tutuuuu…baiiii…..

Balik dari bercuti, tempahan sedia menanti (Pantun 2 kerat…..)

Hai & Salam Cetak Baju kat korang semua,

Kitaorang dah kembali balik dari bercuti. Bukan jauh pun…pergi Langkawi je.

Kitaorang naik keretapi dari Tapah Road, sampai ke Arau. 8 jam dalam keretapi. Sejuk bukan main. Tido pun tak lena.

Pastu, dari Arau ke Kuala Perlis, naik teksi lak. Punya lah ramai manusia, sampaikan beratur beli tiket feri pun kat sejam. Tapi Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar.

Kitaorang duduk kat Homestay, 3 bilik. Siap ada dapur, mesin basuh ngan rice cooker lagi. Jimat skit. Beli beras, beli telur, beli ikan…masak je sendiri.

Time tengah bercuti pun bertalu2 emel ngan call masuk tanyakan pasal baju. Mana yang saya lambat jawab tu, mintak maaf le ye sebab sy tak bawak notebook…bawak tablet jer. Itu pun line susah dapat.

Tu yang balik hari ni, terus pulun jawab emel mana yang belum berjawab lagi tu.

Dah lama sebenarnya tak pergi langkawi ni. Kitaorang pegi 2 family. Seronok le jugak. Pegi underwaterworld, bukan setakat kita tengok ikan…ikan pun boleh tengok kita sekali. Pastu naik kereta cable…anak2 rileks je. Ibunya ada le ngucap panjang skit tapi seronok sangat. Ini le antara gambar yang saya sempat ambik time naik kereta cable tu…

DSCN0390DSCN0386

DSCN0382

 

Pagi tadi…kul 3.00 pagi baru sampai kat Tapah Road naik keretapi dari Arau. Letih…jangan cakap le. Sakit habis badan2..bukan sebab apa. Mengangkat barang2 yang beli kat Langkawi tu yang jenuh skit. Masa beli tak ingat pasal tu..Bila nak bawak balik baru sedar.

Tapi Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar & ini le antara rezeki dalam bisnes cetak baju yang bawak saya ke sini. In Sha Allah, ada rezeki lagi boleh berjalan lagi.

So….kepada korang yang lambat dapat balasan emel saya, saya mintak maaf banyak2. Macam yang saya cerita kat korang sebelum ni, line susah gak dapat kat sana. Terpaksa le tangguh ke hari ni.

Diringkaskan cerita…sebab rasanya dah mamai2 ni. Jap lagi nak sambung tido lak. Letih tak habis lagi, kat sini saya nak kongsi ngan korang tempahan2 baju yang kitaorang sempat buat sebelum pegi bercuti hari tu….

Cerita pertama…..

Baju Laurina Easter asal

 

Mula2 tu customer ni bagi gambar sketch cam kat atas ni secara kasar. Disebabkan customer ni memang sungguh2 nak design camtu, so dia sanggup bayar berapa je untuk baju tu.

Bila dah deal harga semua sekali & customer pun setuju dengan harga yang saya bagi, saya pun start buat design dalam Adobe Illustrator. Hasilnya cam kat bawah ni…..

Design Baju Laurina Easter 2

 

Pastu, bila customer puashati & setuju dengan design tu, dia pun start buat deposit & saya start order baju. Baju ni ada 3 proses time nak buat hari tu iaitu gambar kapalterbang merah depan belakang & tulisan kaler hitam tu print silkscreen, logo kat dada & belakang heat press & logo ngan nama kat lengan sulam. Harga agak mahal sehelai tapi diaorang sanggup bayarkan. So, hasilnya dalam bentuk fizikal ialah seperti dibawah ni…..

tshirt group

baju kumpulan

 

baju group

 

Cerita nombor 2….yang ini lak baju kain jersi plain…kaler hitam….

Asalnya customer emelkan camni….

Design Baju I am muslim

 

Pastu, lepas dah deal harga & buat deposit….ini lah hasilnya….

tshirt cetak

 

cetak baju

 

 

Yang atas, bahagian depan & yang bawah bahagian belakang. 2 kaler je…kuning & putih.

cetak tshirtcetak baju

 

Yang design putih saje ni, ini design sebelum tindih putih. Dah buat base putih, baru print kuning. Kalau tak, kaler kuning tu tak akan naik kaler dia. Biasanya design warna kuning, saya besarkan skit dari design putih sebab nanti masa nak tindih, tak ada le kaler putih belakang tu nampak.

Apalagi cerita tempahan baju tu…..

cetak tshirt

 

cetak baju

 

Yang ini jauh tempahan ni…..dari Lahad Datu lagi. Untuk geng skuter diaorang. Design kat tshirt tu, diaorang buat sendiri kat Customink.com. Senang je. Tak payah pening2 nak buat design. Semua ada kat situ.

cetak tshirt

 

Ok…takat ni dulu le cerita tempahan baju kitaorang hari ni. Agak simple je cerita hari ni sebab dah letih. Nak gi tido jap.

So…korang cam biasa. Kalau nak order saya haraaaaap sangat korang isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya tu dulu untuk saya bagi harga. Jangan guna komen kat bawah setiap artikel untuk buat order sebab saya tak sempat nak jawab kat situ. Satu lagi, tolong emelkan design nak print sekali sebelum isi form tu sebab selagi tak dapat design baju tu, saya tak boleh bagi harga melainkan awak nak baju kosong & design korang simple je.

Takpun korang boleh kontek saya terus, emel atau sms. Ikut le mana yang korang rasa selesa.

Ok, jumpa lagi….baiiiiii….

Kami bukan setakat cetak biasa je….

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Hari ni ada cerita baru lagi. Kepada rakan2 yang nak hantar design baju kelas, dipersilakan. Tawaran masih lagi terbuka sehingga saya tetapkan due date nanti. Cuma hari ni nak kongsi ngan korang banyak lagi jenis2 printing yang kitaorang offer untuk korang.

Mungkin ada yang lain skit jenis printing dia macam bercahaya time gelap atau kitaorang panggil Glow In The Dark, ada jugak yang design timbul atau kitaorang panggil emboss. Selain tu printing kaler gold & silver.

Untuk printing glow in the dark tu, kalau kita tengok biasa time siang, memang tak nampak bercahaya tapi kalau kita duduk tempat yang gelap gelita, sure nampak punya. Bekas yang kitaorang letak dye glow in the dark tu pun bercahaya gak waktu malam. Semalam kebetulan saya tutup lampu kat tempat printing tapi saya pelik sebab apa ada benda bercahaya atas almari. Bila ditenung2 balik, rupa2nya bekas dye tu yang bercahaya. Memang canggih betul le sape yang cipta dye camtu.

Saya ada ambik gambar tshirt yang saya buat glow in the dark tu tapi bila saya ambik gambar dalam gelap, design dia tak nampak pun bercahaya tapi pada mata kasar saya memang baju tu bercahaya. So, tak tahu le camane saya nak buktikan tentang dye tu.

Satu lagi, dye glow in the dark ni mahal skit dari dye biasa sebab dia kena guna powder khas yang harga dia agak mahal skit dari harga dye biasa. Tapi memang berbaloi sebab lain dari yang lain. Cer tengok gambar baju yang saya print design glow in the dark tu kat bawah ni…..

cetak baju

Design ni le yang saya buat glow in the dark tu. Cuma supplier dye kata, kalau nak buat glow in the dark, hanya untuk design kaler putih je. Diaorang kata kalau kaler lain rasanya tak naik sangat kalau buat glow in the dark tu.

Kat bawah ni bukti saya ambik gambar baju tu dalam gelap tanpa flash. Mana tahu nampak dalam kamera. Tapi gelap gelita je. Kalau ikut mata kasar saya memang nampak bercahaya design tu dalam gelap.

So, terpulang pada korang le nak percaya ke tak tapi saya cakap betul ni…memang nampak design tu dalam gelap.

 

baju cetak

Last2 sekali saya ambik gak dalam gelap tu guna flash. Hasilnya, habis semua nampak. So, tak tahu le camane nak buktikannya lagi. Harap2 korang percaya ye le…..

Ok…kita beralih ke cerita baju kelas lak. Memang kebelakangan ni, padat ngan tempahan baju kelas ni. Cer tengok…

baju kelas

 

Simple & sempoi je. Kartun tu diaorang lukiskan sendiri pastu saya scan & buat balik dalam Adobe Illustrator. Memang 100% idea diaorang sendiri. Siap nama lagi kat bawah baju tu.

baju kelas

 

tshirt kelas

 

tshirt kelas

 

Kalau print 1 kaler atas baju cotton memang cepat…kalau dalam 20 lai, tak sampai 1 hari dah boleh siap dah.

Tapi untuk pengetahuan korang lah kan….time nak buat design & buat blok memang ambik masa yang lama. Kadang2 jeles lak kat isteri sebab dia tukang print. Kejap je dia print. Kita ni berhempas pulas siapkan blok & design nak print tu.

Cam baru2 ni, saya terpaksa siapkan 20 lebih blok 1 hari. Punya le lama nak buat tapi time dia print, cepat je.

Kat bawah ni gambar blok2 yang saya siapkan hari tu…

cetak baju

Ini yang kat luar rumah ni. Kat dalam ada lagi. Memang kalau sape2 yang jenis tak minat atau kurang komitmen dengan bisnes camni, memang tak tahan lama bisnes diaorang. Macam saya, sebab nak pastikan order dapat on time, saya akan kerja lebih dari 8 jam sehari. Selalunya sampai ke malam le tapi memang berbaloi dengan ganjaran & minat kita.

Last, sebelum saya stop…ini ada satu lagi cerita tempahan pasal design warna gold yang orang tempah sebelum ni.

cetak design gold

 

Baju yang diaorang pilih jenis jersi. Kalau diikutkan agak susah skit nak print sebenarnya tapi berkat pengalaman orang rumah merangkap bos, bagi dia mudah je tu…heheheh.

tshirt gold

 

cetak baju

 

Kalau diikutkan print depan belakang sebenarnya tapi yang belakang tak sempat nak upload.

So…setakat ni dulu le ye.

Bagi korang yang kreatif & inovatif, silakanlah emelkan design baju kelas korang kat saya. Insya Allah, saya akan buat blog spesel untuk baju kelas lak lepas ni.

Macam biasa jugak….kalau ada yang berminat nak order, tolong isikan maklumat kat form “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun. Tolong jangan guna komen dibawah untuk order baju sebab saya susah skit nak jawab kat situ.

Takpun korang emel, call atau sms jer kalau nak terus order ngan saya.

Sampai jumpa lagi ye….baiiiiii……

Sape nak buat duit dengan design baju kelas? Angkat tangan…..

Hai & Salam Cetak Baju pada semua,

design baju kelas

Sape dia yang kreatif & nak buat duit ngan design baju kelas? SILA BACA CERITA KAT BAWAH DENGAN DETAIL….

Mesti korang konfius kan…tetiba lak offer nak bagi duit kan?

Untuk pengetahuan korang, sampai saat saya tulis artikel ni, tempahan baju kelas paling banyak saya terima. Pastu pulak, yang nak tempah tu pulak masih tercari2 design nak print atas baju tu. Ada gak yang tak ada idea, ambik idea kitaorang kat dalam blog ni.

Lagi satu…kalau yang tak ada design tu, jenuh le saya nak lukis balik design yang diaorang nak sebab ramai gak yang lukis tangan. Maknanya, saya akan ambik masa yang lama untuk touch up balik design tu.

So….kitaorang ada cadangan nak buat satu blog khas untuk cetak baju kelas je. Nama blog masih dalam perancangan. Nanti dah dapat design2 dari korang, baru saya buat blog tu.

Antara sebab kitaorang nak buat blog khas cetak baju kelas ni sebab :

1.  Sape2 yang nak order baju kelas, ada banyak pilihan design untuk dibuat.

2.  Tak payah pening nak buat design sendiri.

3.  Cepat skit nak print sebab blok & design dah siap dah.

4.  Dapat jimat masa. Kalau ada yang nak segera, dapat buat cepat.

5.  Dapat berkongsi idea ngan korang kat luar sana. Lagi banyak idea, lagi banyak pilihan customer kitaorang nanti.
APA KORANG DAPAT NANTI?

1.  Saya tak akan terima semua design tu. Kami akan tapis dulu. Mana yang betul2 kami berkenan je, kami terima. Nanti korang boleh tengok kat blog baru nanti, kalau kami terima.

2.  Insya Allah….setiap design yang customer order, korang akan dapat dalam RM1 ke RM2 sehelai. Untuk pengetahuan korang, saya terima order untuk baju kelas dalam 30 ke 40 lai sekali order. Kalau design korang cantik & banyak order mungkin korang dapat banyak duit nanti.

3.  Untuk pengetahuan korang juga, purata tempahan sebulan dalam 1,000 helai setakat ni. Kalau korang buat design cantik, Insya Allah boleh buat duit tu.

CAMANE NAK HANTAR DESIGN?

1.  Saya hanya terima design yang SIMPLE & TAK BANYAK KALER. MAKSIMUM 3 KALER JE.

2. Tolong buat dalam jpeg dulu. Jangan hantar dalam Illustrator atau Photoshop dulu sbb saya nak view dulu sebelum saya boleh terima.

3.  Kalau boleh, tak ada lencana full kaler sebab susah nak print. Untuk lencana tu, tunggu permintaan dari customer dulu. Yang penting design tu saya nak tengok dulu.

4.  Satu lagi….jangan buat design sampai ke line tepi baju sebab kebanyakan baju yg saya jual adalah readymade. Kalau nak buat sampai ke tepi tak cantik. Cuba study skit design2 baju kat dalam blog saya sebelum ni. Buat camtu..cuma saya nak design lain dari yang lain & menarik.

5.  Mesti detail…..font jenis apa & kaler apa.

6.  Kalau lukis tangan, pastikan design terang, cerah & tak terlalu susah untuk diprint.

7. Kalau rasa konfius, boleh emelkan ke saya di adminkomisen@gmail.com.

6. Pastikan tajuk emel ialah “Buat Duit Dengan Design Baju Kelas”.
BAYARAN CAMANE?

1. Saya hanya akan buat bayaran selepas selesai bayaran dibuat oleh customer saya.

2.  Korang yang hantar design perlu PERCAYA kepada saya untuk tujuan bayaran tu. Insya Allah, setakat ni Allah masih kurniakan lagi kewarasan iman kat kami untuk buat bisnes ni. Kami berpegang kepada jujur & amanah dalam membuat bisnes sebab kami tahu, kalau menipu orang, sekejap sahaja Allah akan bagi balasan kat kami nanti. So, percayalah.

3.  Kepada yang saya dah berkenan design dia, saya akan mintak beberapa maklumat termasuk nombor hp & akaun bank nanti untuk proses bayaran.
So, apalagi ditunggu……bagi sape2 yang rasa diri dia kreatif & banyak idea + nak buat duit…..emelkan design korang kat emel kitaorang di adminkomisen@gmail.com untuk kami pilih nanti. Selamat melukis!!!

Cam biasa, hari ni ada lagi nak kongsi ngan korang tentang tempahan baju yang kami terima sebelum ni ye. Cer tengok cerita kat bawah.

baju kelas
Ni design baju kelas ni. Design diaorang sendiri. Ada bunga kat tepi tu guna blok sedia ada. Kadang2 customer ni, memang tak ada idea sangat masa nak order baju. So, diaorang fikir2 sendiri je corak yang rasa macam cantik je kalau print. Tu le sebab saya nak mintak design dari korang tu. Kalau dah ada banyak pilihan design baju, kang senang nak buat…ye tak?

baju kelas

Ni design baju belakang. Diaorang bagi dalam format jpeg, pastu saya kena adjust balik. So, ambik masa skit le time nak buat blok tu. Nampak je simple tapi sebab nak bagi nampak tulisan dia sharp, saya kena buat balik dalam Illustrator. Kalau guna jpeg, gambar dia pecah2.

tshirt kelas

design tshirt kelas

Kat lengan siap ada nama masing2 lagi. Jenis tulisan, diaorang pilih sendiri kat page Jenis Tulisan kat bahagian atas nun.

Ini ada lagi tempahan yang kitaorang terima. Baju muslimah. Memang antara tempahan yang paling banyak kami terima.

baju muslimah

Corak belah kanan tu memang dah sedia ada. Cuma kami tambah gambar rama2 & nama tu je.

baju muslimah

Customer ni order dalam 52 lai baju jenis ni. Pastu ada lagi tambahan order tapi lain2 jenis printing. Design tu pun kami kena touch up balik nak bagi sharp skit design dia. Kalau ikutkan design asal, diaorang lukis pakai pensil je. Tu yang kena masuk dalam Illustrator untuk buat balik design dia tu.

baju muslimah

baju muslimah

Kat bahagian tepi dinding tu blok nama yang kitaorang guna untuk print nama. Ini le rupanya tempat printing kami. Dah macam tongkang pecah je..heheheh.

Bahagian belakang ada lagi sebenarnya tapi tak sempat upload dalam blog ni.

So, kalau korang rasa2 nak order baju untuk apa sahaja aktiviti korang…jangan segan & jangan silu, korang isi le form kat page “Nak Tahu Harga Tak?’ kat bahagian atas nun.

Kalau tanya bahagian komen, lambat skit le kitaorang jawab.  Apa2 hal pun, boleh kontek kitaorang terus kalau nak.

Macam yang saya cerita kat atas nun, kalau sape2 rasa diri dia kreatif, emelkan design korang depan belakang untuk kitaorang pilih jadi design baju dalam blog khas baju kelas kami nanti.

Jumpa lagi……baiiii…..

Kenapa baju kelas boleh jadi kenangan korang sampai bila2?

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Hari2 yang berlalu memang cepat. Rasanya baru je sembahyang raya. Sekarang ni dah 2 minggu dah masuk bulan Syawal. Umur pun makin meningkat. Tapi apa boleh buat. Itu semuanya kerja Allah, betul tak?

Hari ini saya nak berkongsi ngan korang, apa pentingnya T Shirt kelas untuk dijadikan kenangan korang.

Mungkin masa kat sekolah tu, ada yang tak nampak lagi apa pentingnya baju kelas nak jadi kenangan kan? Tapi bila dah berumur cam saya (remaja tua…hehehehe), bila kita belek2 balik baju kelas yang ada nama kengkawan kita masa sekolah dulu, rasanya macam sayu jer. Macam nak masuk skolah balik jer sebab seronok bila diingat2kan balik time sekolah dulu.

Kalau ada gambar kartun atau karikatur masing2, lagi senang nak ingat. Bila dah berpisah, kalau nak ingat balik muka kengkawan sebelum ni, belek je balik baju korang tu.

Contohnya camni…dalam kelas kita tu, ada le mamat ke minah ke, yang syok kat kita atau kita syok kat dia. Bila kita tengok balik nama dia kat baju tu, rasa teringat2 je kenangan time tu. Mungkin teringat camane korang ngorat dia time tu ke atau dia ngorat korang….ala2 mat bunga gitu.

Ataupun, ada budak kelas korang time tu yang suka nyakat korang. Bila tengok balik baju tu, teringat balik time dia nyakat korang. Rasa cam nak putar balik je masa tu.

Saya pun ada kenangan gak dengan baju kelas ni. Masa tu kat Universiti. Sebenarnya ada satu baju ni, kami dah buat time matrikulasi lagi. Baju team2 kitaorang je sebenarnya. Baju tu siap ada nama ngan nombor kat belakang.

Nak dijadikan cerita, masa grad kat Universiti (badan saya tak naik2, maintain jer sampai final year, tu yang masih boleh pakai baju tu tu)…masa tu konvokesyen orang rumah saya. Masa tu tengah berkawan lagi, belum kapel lagi. Dia punya berpusing2 cari saya, nak ajak bergambar & jumpa keluarga. Last2 skali adik dia perasan baju saya yang ada nama tu, terus dia tegur saya. Dipendekkan cerita, dengan sebab baju tu jugak saya berjaya bertemu jodoh ngan dia. Maknanya kalau tak jumpa hari tu, konfem saya kawin ngan orang lain kot…heheheh. Jangan bagitau dia ye. Rahsia ni….heheheh.

So, itu le cerita serba sedikit tentang kenangan baju kelas ni. Kalau korang nak jadikan kenangan boleh, dengan syarat mesti simpan sampai bila2 tau. Baru le kenangan namanya.

Oklah…cam biasa jugak, hari ni saya nak berkongsi ngan korang tentang baju yang kitaorang terima tempahan time puasa hari tu. Cer tengok ni….

baju kelas

Design baju ni diaorang reka sendiri ni. Mana yang agak terer skit komputer tu, diaorang pakat2 buat. Saya pun senang nak copy balik untuk buat printing. Font tulisan pun diaorang bagi sekali. So, senang skit kerja kitaorang. Cuma download je jenis tulisan yang diaorang nak tu.

Kalau baju cotton memang senang skit nak print. Kat bawah ni ada lagi gambar dia.

cetak baju kelas

design baju kelas

cetak baju

Bukan setakat diaorang nak print depan belakang. Lengan pun ada gak. Diaorang nak kaler hitam ngan kelabu. Memang sempoi.

baju kelas

baju kelas

Selain daripada baju kelas, time puasa hari tu baju family day pun banyak kitaorang terima tempahan. Ada yang nak guna raya kedua ngan ketiga. So, pulun habis-habisan le untuk siapkan baju tu on time. Kalau tak siap, alamat marah le customer. Kalau baju kelas, ok lagi sebab tak ada due date. Ini kang baju family day. Kalau terlepas, rugi le diaorang. Cer tengok kat bawah ni…..

baju hari keluarga

Ni design bahagian depan sebelah kanan baju ni. 2 kaler. Kuning ngan putih. Cantik gak. Bawah ni ada lagi…

tshirt hari keluarga

hari keluarga cetak baju

Yang atas ni bahagian belakang. Simple. Satu kaler je. Design diaorang bagi yang lain tapi saya adjust balik ikut kehendak customer.

Ini ada lagi tempahan baju hari keluarga untuk tatapan korang…

baju hari keluarga

Customer ni nak print depan jer. Diaorang emelkan gambar asal satu family, pastu saya touch up balik buat kaler hitam putih untuk senang saya print. Kalau gambar asal memang tak boleh buat sebab saya guna silkscreen. Kalau guna heat press, boleh buat gambar ori.

baju family day

tshirt hari keluarga

Kalau printing hitam memang cepat. Dalam sejam pun dah boleh siap, 20 ke 30 lai. Satu hari kadang2 saya boleh siapkan beberapa ratus lai untuk print kaler hitam atas baju cerah. Kalau print putih ambik masa skit sebab kena tindih 2 kali supaya warna dia naik. Kalau sape2 yang biasa baca blog kitaorang sebelum ni, perasan kot tentang perkara ni.

Ini satu lagi last punya cerita baju family day untuk saya kongsikan ngan korang. Cer tengok….

baju family day

Siap gambar mak ayah lagi. Sejuk perut ibu mengandung kalau buat gambar camni. Mesti mak ayah diaorang excited tengok gambar diaorang kat baju tu.

tshirt family day

hari keluarga tshirt

cetak baju hari keluarga

Siap nama masing2 lagi kat bahagian bawah & kiri baju tu. Apa yang diaorang buat hari tu, diaorang emel gambar mak ayah diaorang untuk saya touch up balik. Sama ngan design baju yang sebelum ni. Kitaorang buat balik dalam Photoshop. Kalau design camni murah skit sebab 1 kaler je. Simple & sempoi.

Ok..takat ni dulu le ye. Kalau diikutkan, bertimbun2 baju yang kitaorang dah siapkan tapi kang padat lak blog saya hari ni.  Kat bawah ni, saya paparkan balik baju2 yang saya dah siapkan sebelum ni untuk tatapan korang.

So, cam biasa….nak order baju ngan kitaorang, senang je. Korang emel je maklumat tempahan kat kitaorang.

PERINGATAN!!! JANGAN ORDER BAJU MELALUI KOMEN DIBAWAH. DIULANGI!!!JANGAN ORDER BAJU MELALUI KOMEN DIBAWAH SEBAB KEMUNGKINAN TEMPAHAN KORANG LAMBAT DAPAT FEEDBACK.

Apa yang korang boleh buat ialah samada emel maklumat tempahan kat kitaorang ataupun isi je form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun.

Takpun, call terus kitaorang kalau nak rasa lagi konfiden.

Jumpa lagi dilain masa…..baiiiii….

Tempahan baju masih lagi padat selepas raya ni…..

Hai & Selamat Hari Raya semua,

Kepada rakan2 yang melawat blog saya, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin diucapkan. Ada apa2 yang terasa sepanjang saya kendalikan blog saya ni, harap dimaafkan.

Untuk maklumat korang, bisnes cetak baju kitaorang terpaksa dihentikan sementara dari 18/08 sampai semalam, 26/08. Almaklum le…nak beraya sakan.

Tapi dalam duk stop bisnes tu pun, ada gak emel masuk skit2 tanya pasal baju. Mana yang saya sempat jawab saya jawab, mana yang tak sempat tu, mintak maaf le banyak2.

Raya pertama ngan kedua, raya kat Perak. Rumah orang tua isteri. Raya ketiga dah balik kampung kat Kemaman, Terengganu. Pastu, pegi lak berjalan raya kat rumah sedare kat KT. Tu yang terpaksa stopkan bisnes tu dulu.

Lepas balik raya ni, senarai panjang tempahan menunggu. Banyak yang tshirt kawin dah setel. Yang banyak kiu sekarang ni, tshirt kelas. So, camanepun, kena pulun segera le sebab dah janji ngan customer hari tu.

So, pada korang yang nak baju cepat, saya nak mintak maaf awal2 le sbb memang tak mampu saya tunaikan. Sekarang ni, kalau nak guna dalam 2 ke 3 minggu lepas buat tempahan, Insya Allah boleh ditunaikan.

Hari ni tak nak berceloteh panjang le sebab masa agak terhad.

Cam biasa, saya nak berkongsi ngan korang tempahan2 yang dah setel sebelum raya hari tu. Cer tengok.

cetak baju kelas

 

Design baju kelas cam ni kitaorang pernah buat untuk tempahan sebelum ni. Ada customer yang berkenan nak buat sama gak camtu tapi bezanya ada logo lencana sekolah & nama kelas kat belakang.

tshirt kelas

tshirt kelas

baju kelas

Biasanya kalau print 1 kaler memang cepat & senang skit. Lagi satu, kain pun main peranan jugak. Kalau print silkscreen banyak kaler atas baju jersi, saya memang tak sanggup buat. Pernah buat dulu tapi kaler dia tak naik. Kalau 1 kaler ok lagi. Tapi kalau baju cotton, buat banyak kaler memang cantik.

So, sape2 yang nak print banyak kaler atas baju kain jersi, saya mintak maaf le ye sebab saya tak sanggup buat & tak sanggup tanggung rugi. Baik saya mengaku awal2 sebab takut ada yang mengharap nanti.

Ini ada satu lagi cerita printing. Cer tengok kat bawah…

baju grup cetak

Baju ni design dia simple je. Kaler kuning, pastu tindih hitam. Print lak atas kain cotton, so mudah skit le.

baju kumpulan

baju group

tshirt cetak grup

Siap ada nama masing2 lagi kat bawah design tu. Bahagian depan kosong. Baju ni jauh tempahan ni. Dari Sabah bah.

Ini lak baju kawin. Gambar depan lupa nak ambik. Kat depan tu ada gambar gak…

baju rewang

baju rewang

Ini je gambar baju yang sempat saya ambik. Nanti yang lain2, saya cerita dalam artikel akan datang nanti. Baju kawin camni biasanya customer buat design sendiri ataupun diaorang pilih dalam blog saya sendiri. Mana yang tak ada idea tu, diaorang suruh ikut je design yang dah ada & touch up skit2 nak bagi cantik.

So, korang pun kalau berkenan nak tempah, apalagi….isi je maklumat tempahan korang kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun. Takpun korang sms, call atau emel jer. Terpulang pada korang.

Bagi yang rasa kurang konfiden skit dengan tawaran kitaorang, cuba baca apa kata bekas pelanggan2 kitaorang kat page “Testimoni” kat atas nun. Terpulang pada diri sendiri.

So, setakat ni dulu le ye….Selamat Hari Raya sekali lagi & maaf zahir batin. Baiiii……

Banyak gak tempahan baju kelas kitaorang terima……

Hai & Salam Ramadhan & Salam Cetak Baju semua….

Kepada yang beragama Islam, Selamat Berpuasa kat korang…hari ni dah 10 hari berpuasa. Rasa cam baru lagi niat puasa.

Tahniah le pada yang maintain…mana yang culas tu, belajar2 le bersyukur. Cuba  pikir jap…udara kita sedut dari sape? Darah mengalir dalam badan sape buat? Dapat hidup aman, sape bagi? Dapat macam2 nikmat, sape yang kurnia? Korang pikir jelah. Kalau dah udara nak sedut pun Allah yang bagi pastu tak ikut arahan Dia, tak tahu le nak cakap apa…lu pikir le sendiri..kata Nabil.

Hari ni saya tak nak membebel panjang sebab bulan Ramadhan ni ingatkan tak banyak order tapi tak putus2 lak masuk. So, agak sibuk le skit. Ini pun curi2 masa skit untuk upload beberapa gambar tempahan baju yang kitaorang dah siapkan sebelum ni.

Hari ni saya nak kongsi ngan korang tempahan baju kelas yang semakin menjadi2 kebelakangan ni (apa yang menjadi2 tu tak tahu le). Memang orang kata, tak putus le tempahan yang masuk. Cuba tengok cerita baju kelas kat bawah ni…

cetak baju kelas

Ok…asalnya customer ni nak baju design cam atas ni. Masa mula2 deal hari tu, dia bagi design cam ni dalam bentuk jpeg. So, bila dah setuju dengan harga yang kitaorang offer, saya pun start le buat design dia.

Saya tanya dia, ada tak design kat atas dalam format Photoshop atau Illustrator sebab senang saya nak print out & pecahkan kaler dia tapi dia kata orang yang buat design tu dah pindah. So, ini je le yang ada.

Maknanya kalau ada customer bagi design cam atas ni, saya akan caj skit untuk saya touch up balik design kat atas ni.

Untuk pengetahuan you all, saya kena pecahkan kaler ikut warna yang ada sebab saya guna silkscreen. 1 blok silkscreen, 1 kaler. Design atas ni besar A3 ni. So, saya kena pecahkan kaler2 tu sebesar A3 semuanya.

Dipendekkan cerita, design yang dia nak print tu, saya berjaya buat atas baju…Cuba tengok gambar kat bawah ni…

cetak baju kelas

Ini le hasilnya…memang puashati sebab design tu boleh dikatakan komplikated jugak tu sebenarnya. Bawah ni ada lagi gambar baju tu…

cetak baju kelas

baju kelas

baju kelas

Ini le gambar2 baju kelas 3B dari Sarawak yang saya sempat ambik. Memang puas hati.

Ini lak cerita kedua baju kelas untuk tatapan korang…

cetak baju kelas

Ini satu lagi cerita pasal baju kelas. Kalau design camni memang banyak kena guna dye. Harga pun mahal skit. Untuk yang design kotak hijau tu, biasanya kitaorang buat base putih dulu sebab baju gelap. Pastu tindih lak kaler hijau tua, hijau muda & last sekali hitam untuk nama.

baju kelas

Yang ini design bahagian depan ni…atas tadi design belakang. Ini pun 2 kali tindih gak sebab nak bagi hijau dia shining skit. Kalau tak tindih putih, takut hijau tu tenggelam dalam kain. Tak cantik nanti.

Cer tengok gambar dia lagi…..

baju kelas

Ni baju Enzo ni….kolar warna hijau, lengan panjang…sekerat hitam  & sekerat ijau. Cantik gak kalau buat cam ni.

contoh design baju kelas

tshirt kelas

baju kelas

Ini pun tempahan dari Sarawak ni. Memang boleh tahan jugak order dari Sabah Sarawak ni. Mungkin harga dia berbaloi kot. Ntah le..hanya orang Sabah & Sarawak sendiri yang tahu menilainya.

Kalau diikutkan banyak lagi tempahan baju kelas yang kitaorang terima tapi yang ini jer yang sempat kitaorang cerita hari ni…

So…setakat ni dulu. Macam yang saya pesan dalam artikel2 sebelum2 ni..kalau sape2 nak order, saya mintak sangat2 utk korang isi maklumat kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ataupun korang boleh pilih untuk nak emel ke adminkomisen@gmail.com, sms atau call kitaorang.

Pada sesiapa yang rasa macam tak konfiden jer, betul ke mamat ni jual baju printing ni, saya bagi beberapa pilihan :

1.  Boleh call saya terus untuk dengar suara saya atau isteri. Mungkin boleh rasa konfiden skit.

2.  Cuba emel atau isi page “Nak Tahu Harga Tak?”…biasanya saya akan jawab semua emel dalam 24 jam lepas dapat emel dari korang. Pastu, Insya Allah akan cuba berbalas2 emel jika ingin maklumat lanjut.

3.  Klik kat sini http://mohcetakbaju.com/testimoni/ untuk lihat apa kata testimoni2 yang dah deal ngan kitaorang. Page testimoni tu baru letak 2,3 hari lepas tu…itu yang tak banyak testimoni yang dapat dimasukkan tu.

Tapi kalau tak konfiden jugak, saya tak boleh buat apa…terpulang pada korang sendiri. Allah dah tetapkan rezeki saya diatas sana, so maknanya kalau ada rezeki saya, Alhamdulillah le jawabnya. Kalau tak ada, saya redha dengan ketentuanNya.

So, jumpa lagi….bai….

Lagi cerita pasal cetak baju……

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Selamat Hari Pekerja pada yang bekerja…korang yang student pun, Selamat jugak sebab tak yah pegi kelas hari ni sebab cikgu pun pekerja gak…heheheh. Selamat le korang.

Hari ni saya cuti (saya kerja full time) & orang rumah yang buat full time. Saya bantu dia dari segi buat design & blok. Printing dia yang buat. Itu le. Saya yang pegi kursus, dia yang terer. Kalau ikutkan dia ada degree Ekonomi kat UKM tapi rezeki untuk bekerja tak ada, alih2 Tuhan bagi rezeki ke sini rupanya.

Alhamdulillah le sebab kalau bisnes dari rumah ni, banyak kelebihannya. Boleh jaga anak, boleh tengok anak membesar, boleh rehat bila2 masa nak rehat, boleh tengok citer Korea ke, Indon ke, Mexico ke sambil buat printing & macam2 lagi le. Tapi kalau nak bersosial tu, susah skit le sbb kalau kerja pejabat ada kawan2. Kat rumah ni berkawan ngan anak, suami, mak ayah & jiran2 je lah. Tapi bagi saya, kerja kat rumah ni memang best.

Ok..rasanya baru lagi citer pasal baju, so hari ni nak tambah lagi cerita pasal baju2 tu sebab dah banyak tempahan yang kitaorang dapat. Takut tak sempat nak masuk dalam blog ni.

Kali ni nak citer pasal beberapa design baju yang agak sempoi yang kitaorang dah buat sebelum ni. Salah satunya, design baju kat bawah ni. Ramai jugak yang suka tempah baju I Love…ni.

cetak t shirt

cetak baju

Sebelum ni pun dah banyak yang customer dah order. Untuk design I Love(bentuk love) tu memang saya dah ada blok dia. Cuma tambah tulisan atau gambar je lepas I love tu. Korang yang berminat, boleh le nak order kalau nak.

Ada satu lagi design yang agak cantik untuk dikongsikan. Design gambar orang betul tapi 1 kaler jer cam kat bawah ni.

cetak baju

Design baju camni senang je. Customer bagi gambar original kat saya pastu saya tukar ke design kat atas ni guna Photoshop. Sonang je. Tapi kalau nak print gambar original, saya surrender awal2 sebab saya print guna Silkscreen, bukannya Heat Press. Kalau Heat Press memang boleh kalau nak buat design original. Cuma saya tak buat heat press ni. Printer rosak.

Kat bawah ni ada lagi baju2 tu untuk tatapan korang….

print baju keluarga

t shirt kartun

Sempoi kan. Kalau sape berminat nak buat camni, korang isi je maklumat kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun & emel sekali gambar korang yang nak diprint tu. Peringatan…harga baju base on kuantiti. Kalau order sikit, mahal le skit harga dia. Saya harap korang paham le ye.

Yang gambar kat bawah ni lak, customer bagi dah complete camtu…lagi senang saya nak print. Yang ini saya buat saiz A3. Kalau besar nampak cantik skit.

cetak baju

cetak t shirt

Gambar yang ini lak, jauh tempahannya. Dari Sabah bah…geng2 Forensik hospital kat Sabah.

Yang ini pun, design diaorang bagi. Oleh sebab, design dia agak complicated, saya kena upah designer profesional untuk touch up balik untuk sesuai dibuat silkscreen. Mana tak susahnya…cer tengok gambar kedua tu. Tak ke pening kalau nak print tu.

cetak tshirt group

cetak baju group

Nak buat design ni sebenanya bukan mudah….saya hanya boleh touch up design basic jer. Kat universiti dulu belajar akaun, tak belajar grafik pun. So, terpaksalah saya upah designer luar untuk buat balik design tu.

Itu le…kalau customer bagi design yang pelik2 tu, saya pening gak. Kalau yang betul2 susah nak buat, saya akan bagitau terus saya tak leh buat sebab kalau saya kata boleh buat, nanti pelanggan tu mengharap.Mana yang boleh buat, saya akan cuba usahakan sebaik mungkin untuk buat.

Ok..kat bawah ni saya masukkan semua gambar yang sempat saya ambik sebelum ni. Ada jugak baju yang saya tak cerita kata atas ni. So, korang tengok le ye…mana yang berkenan boleh tiru…ye tak?

So…sempena Hari Pekerja 1 Mei hari ni, ini jelah dulu yang boleh saya kongsi ngan korang.

Cam biasa, kalau sape2 nak order baju untuk apa sahaja aktiviti korang, jangan malu & jangan segan, kontek je kitaorang samada dengan isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, sms/call atau emel je ke adminkomisen@gmail.com.

Kalau nak tahu harga baju & nak tengok baju, klik jer kat bahagian katalog kat atas nun….ok!!

So, see you soon….baiiiii….

T Shirt group Reunion – antara cetak T Shirt yang agak mencabar!

Hai & Salam Cetak Baju,

Masih bercuti lagi hari ni. Walaupun kitaorang dalam bercuti raya cina tapi tempahan t shirt tetap dibuka.

Cuma nak bagitahu jer…kalau sape2 nak urgent, susah le sikit sebab supplier kitaorang semua cuti raya sakan seminggu. Kalau nak urgent, guna baju sendiri, Insya Allah! kitaorang boleh buatkan. Isnin depan supplier bukak kedai.

Kepada sape2 yang rasa2 nak order baju, cuma nak ingatkan…..saya tak boleh bagi harga tepat sehelai tanpa design yg nak diletak kat atas baju tu. Kalau tak ada design, paling kurang pun bagitahu berapa warna, berapa design, baju jenis apa & berapa lai nak order. Maklumat ni membantu skit kalau nak tahu harga selai yg kitaorang boleh bagi.

Kalau design banyak warna, pastu besar lak tu…sebesar baju, kitaorang caj lebih skit daripada biasa sebab mengambilkira kesusahan masa nak siapkan baju tu..

Macam cerita yg saya nak kongsi hari ni yang saya dah janji nak citer sebelum ni. Design, jenis baju & kuantiti memang diaorang dah set dah semua. Pada awalnya, diaorang emelkan gambar design yng nak dicetak kat atas baju tu seperti kat bawah ni….

Cetak t shirt group

Cer tengok, betapa berapa warna yang saya kena buat & berapa besar design yang saya perlu buat. Tapi oleh kerana customer setuju dengan harga yang saya letak, so no problem, kitaorang boleh buat punya….

Kalau diikutkan saya kena buat 6 blok cetak. Saya kena buat 4 blok saiz A3 & 2 blok saiz A4 untuk dapatkan design cam kat atas ni. Cer tengok gambar blok yang saya kena buat tu….

cetak tshirt group

Dan cuba tengok lak macamana saya kena pecahkan warna design tu ikut warna masing2. Kalau tak macamana nak print atas baju nanti. Setiap blok kat atas ni, mewakili setiap warna dalam design tu. Cer tengok lak camane saya kena pisahkan warna design tersebut untuk dimasukkan pada blok. Kat 2 hari jugak saya terpaksa pisahkan design tu…

cetak t shirt group

Daripada 1 design, saya kena pecahkan ke 5 design ikut warna. 1 design untuk belakang. Memandangkan dia tempah design tu dari atas bahu sampai ke baju bhagian bawah, so saya kena guna blok saiz A3. Tu yang mahal skit tu. Dye pun banyak guna gak.

Ok….bila proses pisahkan warna dah siap. Pening gak nak pisahkan warna tu tapi customer punya pasal, no problem punya. Lagipun dia dah bayar separuh, camane pun kena buat le jugak. Lagi satu, dia nak guna 21/01/2012(semalam), so memang kena siapkan cepat.

Hah….ini lak langkah2 yang saya nak citer time print baju tu lak. Dari awal baju tu kosong sampai le siap print habis semua. Memandangkan isteriku yang tercinta dah expert print baju ni, so bagi dia tak ada masalah le.

Camni le kitaorang print baju tu….

t shirt group

Susun dulu baju atas meja..siap letakkan pelapik dalam baju nak bagi print nampak cantik skit.

cetak tshirt

Mula2 kena buat base putih dulu...baru warna dia menyerlah skit. 2 kali tindih ni sbb nak bagi sharp skit warna dia.

cetak baju

Tindih dulu ngan warna kelabu...ikut design asal. Warna lain blum lagi.Kena buat satu2..ini le sebenarnya yg kami buat kalau banyak warna.

cetak  baju kelas

Pastu tindih lak warna untuk tulisan....tulisan ni 2 warna ni. Blok pun saya kena asingkan ikut warna dia.

t shirt kelas

Dipendekkan citer....siap le satu baju ikut design yang customer nak tu. Gambar blur skit sebab ambik gambar tak pakai flash, takut tak nampak gambar.

So….nampak tak proses dia. Saya bukan apa, saje nak citer pada u all yang rasa2 nak buat t shirt tapi tak nampak proses dia. Langkah2 ni le antara yang beri efek pada harga selai baju.

Mungkin nampak cam senang jer tapi kalau betul2 memang agak susah skit ler, senang citer.

Tapi kalau kuantiti banyak, kitaorang tak kisah sebab bila kuantiti banyak, untung yang kitaorang dapat tu berbaloi dengan hasil kerja kitaorang tu.

Ini pulak gambar untuk bahagian belakang lak….

cetak baju group

Design ni kejap kitaorang buat sebab 1 warna jer.Kalau 1 warna, insya Allah! 500 lai pun dapat siap 1 hari jer.

Kadang2 yang ambik masa lama tu, kalau kena tindih2 warna cam kat atas tadi tu. Dah siap satu layer, kena bagi kering dulu pastu baru tindih warna lain.

So…citer saya hari ni harap2 customer & bakal customer saya faham le camane prosesnya tu. Bukan saya tak boleh buat sehelai kalau banyak warna tapi prosesnya agak rumit. Kalau setakat 3 warna ke bawah, Insya Allah kitaorang boleh siap cepat & harga pun tak mahal sangat.

Rasanya takat ni dulu le kali ni. Lepas ni, saya nak kongsi lak citer pasal beza kalau kilang print & kalau company kecil-kecilan cam kitaorang kalau buat bisnes. Memang banyak bezanya.

Okay…..cam biasa. Sape2 yang berminat nak order t shirt group ke, kelas ke, company ke atau aaaaaaaaapa saje aktiviti korang, jangan segan & jangan malu, boleh kontek kitaorang.

Biasanya isi maklumat tempahan korang kat page “Nak tahu harga tak?” kat bahagian atas nun.

Takpun call pun boleh, sms boleh hatta emel lagi le buleh. Insya Allah! kita orang pasti jawab soalan korang. Tapi bila kitaorang dah jawab tu, paham2 jelah, tolong le bg feedback. Kebanyakannya senyap jer bila kitaorang bg feedback. Bantu le kami untuk membantu anda…chewah!!!

Jumpa lagi…baaaiiiii….assalamualaikum!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 198 other followers

%d bloggers like this: