Blog Archives
Bukan senang nak cetak baju ni sebenarnya……
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Seperti biasa, saya nak kongsi le ngan korang kan apa2 yang saya tahu pasal bisnes cetak baju ni. Mungkin ada sesetengah korang rasa senang je printing baju ni tapi hakikatnya agak susah jugak le terutamanya kalau jenis yang tak minat printing ni.
Saya bukannya apa…kadang2 ada customer mintak harga yang melampau sangat rendahnya, sedangkan bila nak buat printing baju tu…hanya Tuhan je yang tahu. Biasanya kalau ada customer mintak bajet yang terlampau rendah, saya akan tolak secara diplomasi & akan bagi reason sebab apa tak leh buat dengan harga tu.
Seperti artikel saya sebelum ni, saya ada cakap, biasanya yang harga murah ni kilang je boleh buat tapi kalau betul nak murah, kena order ribu2 lai le. Kalau cam baju kelas nak 20 ke 30 lai, camane saya nak bagi murah.
Ok…saya bagi cara camane saya kira kos sehelai baju tu ye :
1. Design nak print – kalau komplikated atau design dah ada tapi saya kena buat balik supaya senang untuk buat blok, biasanya saya akan caj skit dalam RM30. Kalau design simple je..biasanya saya bagi free. RM30 tu untuk 1 design. Makna kata, kalau order 30 lai, jatuh RM1 selai le sorang.
2. Berapa kaler nak print….kalau design besar A4, 3 kaler…maknanya saya kena buat 3 blok. 1 blok saya caj RM30 kalau kuantiti banyak. Kalau 10 lai ke bawah, saya guna blok murah RM15 satu blok.
Katakan order 30 lai, 3 blok, RM30 satu blok. So, dah jadi, RM90.
RM90 bahagi 30 lai….dah jadi RM3 sehelai.
3. Upah print….biasanya kalau baju cerah, saya ambik RM2 sehelai & baju gelap RM4 sehelai.
4. Harga baju lagi. Harga baju kosong tanpa print boleh download dalam katalog baju kat atas.
So, faham tak? Memang banyak benda saya kena kira sebelum boleh bagi harga. Bukan tak nak bagitau tapi takut korang pening lak. Kadang2 tu, customer bagi 2 ke 3 warna tapi warna yang nak print tu kecik2 je. So, biasanya saya le yang akan bagi harga. Nanti kalau sendiri kira, pening lak nanti.
Saya ada jugak masukkan kos printing untuk rujukan korang kat page atas nun. So, kalau kalau rasa malas nak faham, tak apa. Isi je borang kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ataupun kontek jer kitaorang untuk tanya harga nanti.
So…cam biasa jugak. Hari ni nak kongsi ngan korang baju2 yang kitaorang dah print sebelum ni. Actually, memang bertimbun2 order datang tapi tak sempat nak upload ke komputer lagi gambar2 tu. Ini le antara baju2 tu untuk tatapan korang…
Gambar asal yang dia emel camni…
Ini baju geng kelab fotografi ni. 2 kaler kena buat. Mula2 buat putih, pastu tindih hitam lak. Design simple jer. Semua diaorang buatkan. Saya cuma touch up balik jer.
Kat bawah ni ada lagi design baju tu…
Baju ni diaorang order tak banyak….kalau tak silap dalam bawah 30 lai ke bawah jer. Yang baju putih, saya tak tindih putih, just buat outline hitam je. Senang je.
Gambar ni belum letak nama lagi tu..tu, yang tak cetak lagi tu.
Yang cam bawah ni pun ada…
Yang ini lak, customer nak guna tulisan cam The Avengers. Godek punya godek dalam Google, jumpa font dia. So, jadi le camni. Kalau print depan belakang 1 kaler je hitam, memang cepat. 2 ke 3 hari dah siap tapi kalau buat berkaler2 itu yang ambik masa sampai 2 ke 3 minggu tu. Bukan apa,kadang2 proses nak pecahkan warna untuk jadikan blok ikut warna tu yang ambik masa tu. Kadang2, susah sangat saya upah designer profesional jer.
Selain daripada baju diatas, ada ramai jugak yang nak order baju jersi siap nama ngan nombor belakang. Saya rasa design camni memang antara yang hot jugak kat blog saya ni. Cam kat bawah ni….
Blok untuk nombor biasanya saya dah ada siap. Cuma yang part nama tu, saya ikut pilihan customer. Terpulang pada dia nak stail camane. Lengan pun ada.
Ok…sekali lagi saya paparkan gambar2 yang saya cerita kat atas ni untuk tatapan & rujukan korang. Mana tahu mungkin ada idea nak buat ikut stail cam atas ni..ye tak?
Fuh….kadang2 penat jugak cetak baju ni tapi bercampur2 ngan seronok sebab memang kita minat betul printing baju ni.
So..cam biasa2 jugak. Kalau nak order baju, korang klik pada page “Nak Tahu Harga Tak?” seperti kat atas nun untuk tahu harga selai berapa ikut bajet korang. Takpun korang boleh, emel ke, sms ke, call ke…terpulang. Mana yang selesa.
Ok…jumpa lagi…assalamualaikum & Salam Cetak Baju semua…baiiiii…
Malaysia Boleh! Cetak jersi bola pun boleh…..
Assalamulaikum & Salam 1Malaysia,
HHooohyeey!! Hooohyeey!! akhirnya Malaysia menang jugak bola pingat emas.
Berdebar giler time tengok Malaysia lawan Indon semalam. Kejap tutup muka ngan bantal, kejap buat2 tidur, kejap2 masuk toilet. Tak tentu arah rasanya.
Kadang2 pujuk hati, dapat pingat Perak pun jadilah. Last2 skali tengok gak sampai habis.
Berbaloi gak tengok sampai habis. Menang jugak akhirnya. Hoohyey! HohYey!….
Heheheheh…citer pasal bola ni, hari ni saya nak kongsi ngan semua pasal kebelakangan ni ramai gak yang order baju jersi siap ngan nama diaorang lagi.
Bukan setakat nama ngan nombor, siap nombor kecik kat depan. Pastu ada gak yang letak logo pasukan kat depan & tulisan kat belakang.
Tak caye…..cuba tengok gambar2 baju jersi yang sempat saya ambik sebelum ni…
Baju jersi bola ni diaorang buat satu team. Jersi camni boleh dijadikan kenangan sampai bila2 sebab bila dah berjumpa ngan member2 bila dah tua nanti, kita pasti teringat2 time main bola sama2 nanti.
Semua baju jersi ni diaorang tempah terus ngan kitaorang. Tapi ada gak yang dah ada baju siap, pastu suruh kitaorang cetak jer. Terpulang le kat korang….janji korang bahagia.
Hohyey! Hohyey!….so, korang pun boleh gak nak buat baju jersi ni. Pastu lak, kos pos free jer…tak yah susah2 pikir nak order baju tu sebab satu masalah dah selesai.
Hah..apalagi, kontek le kitaorang seperti nombor hp kat atas ataupun klik jer page “Nak tahu harga tak?” kat atas kalau nak tahu harga baju korang.
Ok…jumpa lagi. Daaaaa…….
Cetak tshirt warna GOLD tuuuuu……
Assalamualaikum,
Pada yang baru singgah blog saya terima kasih diucapkan. Blog ni tak le seberapa sangat tapi mampu le jugak bagi idea kat sape2 yang nak cari baju atau tshirt untuk aktiviti korang.
Kalau nak tshirt untuk kelas, ini le blognya…kalau nak tshirt untuk pertubuhan, ini juga blognya…kalau nak tshirt untuk kumpulan…ini le jugak blognya. Pendek dan panjang kata, kalau sape2 je nak order baju untuk aktiviti korang…ini le blog yang dicari2 sebenarnya.
Ok…saya taknak cakap panjang, cuma nak berkongsi ngan korang (mana tahu ada yang teringin nak buat design lain dr yang lain)…tentang tshirt dengan design warna emas (gold) untuk korang.
Biasanya warna biasa jer tp yang ni spesel skit sebab design dia warna emas.
Actually, budak2 ni buat baju jersi bola sebab siap ada nombor skali tapi design & corak2 dia warna emas.
Contohnya kat bawah ni.
Siap buat lambang nike lagi…kalau kena saman ngan nike tak tahule aku. Kena saman ngan nik tak apa lagi.
Kalau tak silap diaorang order ari tu dalam 20 lai. Semua ada nombor depan belakang. Tapi untuk buat kaler gold ni sesuai kalau baju jersi hitam jer. Baju jersi putih tak tahu le ok ke tak? Ok ke?
Cam gambar2 kat bawah ni, korang boleh tengok hasil kerja tangan isteri saya. (mengecop le tu). Saya tukang buat design ngan blok jer. Orang lain pegi kursus, orang lain lak terer.
- Penuh satu baju dengan design. Separuh putih, separuh gold.
Design baju jersi warna gold ni jarang2 orang buat. Biasa diaorang buat baju warna biasa. Cuma nak bagitau skit yg kos warna gold ni lebih skit dari biasa sebab warna dia spesel.
Kalau korang & the gang rasa nak test buat baju design warna gold ni, boleh le tempah ngan kitaorang.
Call/sms jer kat 0192254028 atau 0193643692. Kalau segan, emel jer kat adminkomisen@gmail.com.
Jangan le malu2 nak kontek kitaorang. Korang pasti puashati, Insya Allah!
Ok…jumpa lagi di artikel seterusnya. Baii……









































































