Bila tokey TShirt sendiri buat TShirt Hari Keluarga…..

 

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Lama dah saya tak pos cerita dalam blog ni.

Apa khabar semua? Didoakan semoga semua sihat bersama orang tersayang.

Hari ni saya nak kongsikan dengan korang pasal TShirt Hari Keluarga yang kitaorang sendiri buat setiap kali Hari Keluarga kitaorang sendiri.

Cer tengok sendiri gambar2 bawah ni…..betapa seronoknya masing2 santai ditepi pantai sambil pakai TShirt sedondon semua orang.

Hari keluarga ni kitaorang buat semasa cuti Raya Korban baru2 ni kat Kg Cherok Paloh, Kuantan.

Memang seronok betul sebab setahun sekali je dapat jumpa camni sambil pakai baju sedondon.

Bonda orang yang paling happy bila tengok gelagat anak2 & cucu2 sebab jarang2 dapat berkumpul ramai2 camni.

Sekali dapat berkumpul memang happening & pening sekali…..hehehe.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Selain daripada Hari Keluarga sendiri, ada jugak kawan2 yang buat hari keluarga diaorang & TShirt pun order dengan kami.

Macam Hari Keluarga kawan bawah ni….

Yang ni diaorang buat kat Cherating ni…sama jugak time raya korban baru2 ni.

Memang sempoi & sape2 pun boleh tempah kalau nak.

Akhir tahun cuti sekolah ni time yang ok sangat kalau nak buat hari keluarga tu.

Tapi jangan tempah lambat sangat…takut nanti dah suntuk sangat takut tak sempat nak buat baju tu.

Bagi yang rasa buntu nak buat design TShirt Hari Keluarga tu….jangan lah risau sebab kitaorang ada sediakan macam2 jenis TShirt & macam2 jenis design Hari Keluarga yang korang boleh pilih.

Klik je kat gambar bawah ni & korang boleh pilih macam2 stail design yang korang nak….tak perlu dah sakit kepala nak designkan baju tu sendiri.

Nasihat saya…pakat lah segera dengan family korang sebelum terlambat ye.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Selain daripada TShirt Hari Keluarga, kami jugak banyak dapat tempahan TShirt lain…

Jom tengok TShirt apa yang kami dah siapkan sebelum ni….

Ni pun baju Hari Keluarga yang sempat customer kitaorang order sebelum ni.

Baju dewasa guna baju kain jersi & budak cotton. Baju muslimah guna baju kain jersi brand enzo.

Memang sempoi….

Ada beberapa lagi baju Hari Raya Korban yang kitaorang buat tapi tak sempat nak ambik gambar.

Kebanyakannya untuk geng2 melapah lembu korban.

Yang atas ni je yang sempat kitaorang ambik gambar.

Ni satu lagi contoh baju Hari Keluarga untuk tatapan korang.

Ni baju Hari Keluarga pejabat ni. Kat 200 helai jugak diaorang order baru2 ni.

Termasuklah lengan panjang, pendek & budak. Semua sedondon satu warna.

Ni pulak TShirt Hari Kemerdekaan Indonesia. Ada beberapa customer jugak yang order baju camni tapi yang ni antara yang sempat saya ambik gambar.

Yang ni satu lagi untuk warga Indon tapi order yang ini sakit hati sikit sebab customer ni nak saya pos dulu baru bayar baki.

Macam2 bukti dah saya tunjuk…sampai sekarang masih belum bayar baki tu.

Rasanya kalau dia tak bayar dalam tempoh sebulan ni, saya nak jual baju ni nanti….just nak cover kos je.

Cer korang tengok…punya cantik design tu tapi tak pastilah apa masalah customer ni.

Ni TShirt geng Sukan Tahunan ni. Guna baju kain jersi brand Enzo & cetak logo kat dada je.

Simple & sweet. Semua jenis TShirt kitaorang sediakan & tak perlu pening dah nak cari TShirt2 tu kat luar.

Ni pun sama untuk team sukan bowling.

Jauh datang ni…dari Kelantan lagi. Ada lagi baju yang diaorang order tapi tak sempat nak ambik gambar jugak.

Yang ni TShirt untuk program Robotik…

Ni cetak warna gold biasa & bukan gold yang shining.

Cetak camni pun dah cantik & harga macam print warna biasa.

Kalau gold yang shining kitaorang guna vynil & mahal lagi harga dia.

So…setakat ni saje untuk tatapan korang.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Sila godek2 blog saya ni untuk korang lihat macam2 benda yang kami tawarkan…..dari TShirt kosong hinggalah kepada ebook special! Semua ada.

Jumpa lagi……baaaiiiii……

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 24/08/2019, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: