Cetak TShirt Design Sendiri….Salah Satu CARA Untuk Dapat Income Sampingan Time PKPP ni!

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar korang semua? Sihat2 le hendaknya selalu ye…

Di Malaysia sekarang ni (seluruh dunia boleh tengok blog www.mohcetakbaju.com ni) tengah PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan start dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Alhamdulillah….pesakit Covid 19 makin berkurangan dari sehari ke sehari & saya doakan supaya kuman Covid 19 ni terhapus terus dari muka bumi ni dengan segera.

Dapat lah manusia atas muka bumi ni dapat buat aktiviti diaorang macam sebelum PKP hari tu dengan bebas sikit kan….

Mungkin ada sesetengah korang rasa macam banyak jugak benda yang terbantut nak buat sebab PKPP ni tapi bukan semua benda yang kita tak boleh buat…

Mana yang nak tempah baju tu…mesti rasa susah hati sebab mungkin diaorang rasa…..

  1. Nak buat family day tak boleh sebab tak boleh berkumpul ramai2.

  2. Nak buat TShirt Kelas tak boleh sebab kelas pun tak start2 lagi.

  3. Nak buat TShirt Batch korang kat U atau Kolej pun tak boleh sebab Universiti & Kolej semua tutup lagi.

  4. Nak buat baju rewang untuk kahwin pun tak boleh lagi sebab nak buat jamuan kahwin pun tak dapat.

  5. Nak buat baju konvoi pun tak dapat sebab nak kumpul ramai2 tak boleh lagi.

  6. Nak buat baju pejabat tak boleh lagi sebab bukan ada aktiviti apa yang nak dibuat pun dengan baju tu.

  7. Nak buat duit sampingan atau untuk sara hidup sebab dah kena buang kerja tapi tak tahu bisnes apa yang korang boleh start untuk buat duit tu.

 

Tapi korang silap sebenarnya sebab arahan untuk berkumpul atau buat majlis yang libatkan ramai orang akan dibenarkan dalam masa terdekat ni & arahan tak boleh berkumpul tu bukannya arahan selama2nya…

Ianya arahan sementara je….

So…bagi yang nak buat TShirt Design Sendiri korang….ni IDEA yang saya boleh bagi kat korang….

  1. TShirt Family Day – Sebelum sekolah dibukak ni….korang masih lagi berpeluang untuk buat Family Day secara kecil2an bersama keluarga.Bila dah start sekolah nanti….susah sikit nak buat hari keluarga tu sebab anak2 semua dah start sekolah.Susah nak berkumpul dengan semua ahli keluarga nanti.

    So…time belum start sekolah ni lah peluang korang untuk buat Hari Keluarga korang ni.

  2. TShirt Kelas – Kenapa susah hati sangat nak buat TShirt Kelas korang?Bukan ke masing2 ada grup Whatsapp atau Telegram masing2.So…gunakanlah group tu untuk bincang pasal TShirt kelas masing2.

    Kalau rasa susah nak agihkan baju tu kawan semua kawan2 sekelas, kitaorang ada sediakan servis untuk pos ke setiap pelajar kelas korang.

    So…tak perlulah pening kepala memikirkan camane nak agihkan baju tu.

    Hanya tambah RM5 sehelai untuk kos pos setiap baju & tahu2…baju tu dah sampai dah kat tangan diaorang.

    Bukak sekolah nanti tak ke bangga sebab dah ada TShirt kelas sedondon nanti.

  3. TShirt Batch – TShirt Batch ni biasanya TShirt yang gambarkan satu2 tempat tu bagi setiap orang contohnya TShirt pelajar UiTM.So…semua student UiTM seluruh Malaysia boleh order baju tu sebagai kenangan.Contoh macam baju bawah ni.


    Ini contoh baju hoodie yang saya print untuk sorang customer ni.

    Dia mungkin promote baju ni dalam Instagram atau Facebook dia & sape2 yang berminat boleh dapatkan baju ni dengan dia.

    Sama jugak macam baju kelas….kalau rasa susah nak poskan, kami boleh tolong poskan untuk semua customer korang tu serendah RM5 je sehelai untuk setiap kos pos tu.

    Customer ni baru2 ni ada buat tempahan baru untuk pelajar UM pulak.

    Memang bijak IDEA dia. Buat 1 design yang dapat bagi kenangan kat pemakai dia.

  4.  TShirt Rewang/ Kahwin/ Bekwoh – Dalam beberapa hari lagi (daripada hari artikel ni ditulis), kerajaan dah setuju benarkan untuk orang ramai buat majlis yang libatkan paling kurang 200 orang.So…ni berita baik untuk semua orang yang nak buat majlis terutamanya majlis pernikahan dll.Kalau camtu…sape2 yang berhajat nak buat design baju rewang tu, korang dah boleh start order dengan kami dah.

    Kalau rasa macam buntu nak buat design apa atas baju tu, kitaorang ada macam2 contoh yang korang boleh pilih….

    Cer klik link bawah ni untuk tengok design apa yang kitaorang ada tu….

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

5.  TShirt Konvoi ~ Saya rasa dah ramai team2 konvoi yang panas punggung sebab tak dapat buat konvoi time PKP ni.

Nampaknya….cita2 korang akan berhasil tak lama lagi.

So…sementara duk pakat2 nak pegi konvoi ke mana tahun ni…boleh le korang selitkan sekali TShirt Konvoi untuk ahli group korang nanti.

6.  TShirt Pejabat / TShirt Buat Kerja ~ Dalam PKPP ni, orang ramai dah start masuk kerja balik dah sebab dah lama terperap kat rumah.

Baru2 ni saya ada terima order daripada customer untuk buat TShirt untuk staf kat tempat kerja diaorang.

Alhamdulillah…..dalam PKPP ni pun ada jugak customer camni order dengan kami.

So…bagi yang dah start bekerja & mungkin nak buat kenangan dengan TShirt korang dalam Tahun 2020 ni…ni lah masanya.

Sebab Tahun 2020 ni special sangat2….memang tak pernah jadi seumur hidup perkara yang berlaku dalam Tahun 2020 ni.

So…memang sesuai sangat untuk korang buat TShirt KHAS sebagai kenangan seumur hidup korang.

Macam TShirt dibawah ni.

Diaorang tempah KHAS yang ada tulis Covid 19 ni sebab tahun2 akan datang diaorang pasti akan teringat2 masa bertugas time PKP tahun 2020 ni.

 

Bagi yang saje2 nak buat kenangan dengan Covid 19 dalam Tahun 2020 ni…kitaorang ada jugak sediakan TShirt KHAS yang bercetak Covid 19 macam bawah ni.

Just saje2 dipakai sebagai kenangan seumur hidup korang…

Ni contoh design yang customer dah order sebelum ni.

Kitaorang jugak ada design2 lain kalau korang nak pilih ye….

Kalau korang rasa tak berkenan dengan design yang kitaorang ada ni…korang boleh buat sendiri kalau nak & bagitau je kitaorang untuk saya bagi harga ye.

7.  Bagi yang nak menjana duit sampingan sebab kena buang kerja, hilang kerja atau nak dapat duit sampingan….inilah antara bisnes yang korang boleh try sebab incomenya agak lumayan.

Biasanya baju camni orang tak order sikit2…diaorang akan order banyak2 sekali sebab design TShirt tu kita buat sendiri.

Lagipun TShirt ni manusia pakai dari kecik sampai besar & memang manusia akan cari TShirt walau macamana pun.

So…macam2 jenis baju yang korang boleh pilih…jangan risau.

Walaupun PKP ni tempahan kitaorang macam ada sangkut sikit tapi Alhamdulillah….ada jugak customer yang order dengan kami & doakan semga bisnes kitaorang ni akan lancar semula lepas PKPP ni ye…

Antara cetak baju yang kitaorang sempat siapkan sebelum ni….

TShirt ni sebenarnya customer order sebelum PKP lagi…dalam bulan Mac camtu tapi baru sekarang baru boleh print.

Tu pun customer mintak tukar design lain. Alhamdulillah….bila dah tukar design tu, ni lah hasilnya.

Guna baju jenis microfiber atau jersi.

Cetak warna GOLD & PUTIH.

Design ni guna stiker HIGH QUALITY yang bahagian depan & print biasa bahagian belakang.

So…simple je. Lagipun 5 helai je…guna TShirt Gildan budak warna light blue.

Walaupun time PKPP ni…ada jugak customer order untuk budak sekolah.

Guna track suit & tshirt raglan.

Bukan dekat2 ni….area Beluran, Sabah ni. Jauh bah ni…..

Nanti dah bukak sekolah..budak2 tu terus boleh pakai.

Ni tshirt buat kerja ni. Dah masuk PKPP ni…kerja2 dah start balik. So..tu yang customer ni order untuk pekerja dia ni.

guna baju brand Enzo jenis microfiber. Sejuk je bila pakai walaupun time outdoor.

Ini tempahan regular customer saya dari Kedah. Thanks Salika.

Dia boleh dikatakan setiap bulan ada buat order dengan saya.

Terima kasih ye sebab sudi support bisnes kami ye.

 

So…itu je lah buat setakat ni ye.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Sampai jumpa lagi…baaiiiii…..

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 28/06/2020, in Baju Company, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: