Apa kaitan Vaksin Covid 19 dengan cetak TShirt?

 

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Syukur Alhamdulillah….vaksin Covid 19 dah sampai ke Malaysia & dah start suntik dah untuk rakyat Malaysia.

Bagi kitaorang yang buat bisnes selain makanan ni(terutamanya cetak TShirt)..memang seronok sangat & gembira sangat sebab :

  1. Aktiviti manusia akan jadi macam biasa balik seperti sebelum PKP dulu.

  2. Bila dah boleh buat aktiviti…..ramai yang akan tempah TShirt untuk aktiviti diaorang tu.

  3. Manusia lebih berani untuk bergaul sama2 manusia sebab ada vaksin dalam badan.

  4. Bisnes2 selain daripada makanan akan jadi rancak semula

  5. Boleh hidup aman & bebas macam sebelum ni

Harap2nya vaksin ni dapatlah hilangkan atau cegah manusia dari terkena Covid 19 ni.

Bila tengok kawan2 lain yang terpaksa gulung tikar, tutup kedai, berhenti kerja, tunggu bantuan dari orang ramai dan lain2 lagi…sedih sangat rasanya.

Alhamdulillah….keluarga kitaorang tak adalah sampai tahap2 itu sebab kerajaan banyak jugak bantu termasuk boleh buat keluar KWSP.

Lagipun…saya ada saving yang dapat tampung keluarga jugak..so, tak lah terasa sangat.

Bisnes saya pun walaupun PKP, ada je tempahan masuk tapi tak sekencang dulu.

Syukur jugak lah Allah bagi rezeki tak putus2.

Bila kerajaan dah start program vaksin ni…lega sangat2 sebab order pun naik semula sikit2 macam sebelum ni.

Ada beberapa perkara yang saya belajar tentang hidup & bisnes dari Covid 19 ni sebenarnya :

  1. Kalau kita tengah kerja makan gaji…jangan lupa buat simpanan untuk waktu2 kecemasan.Alhamdulillah….masa saya kerja kerajaan dulu, duit bisnes semua saya buat saving & belanja guna duit gaji je.

    Saving tu tak perlu banyak2 pun…RM10 seminggu ke, RM1 sehari ke..terpulang. Janji ada saving.

    Bila waktu kecemasan macam Covid 19 ni…Alhamdulillah…duit saving tu lah yang banyak membantu.

  2. Kalau buat bisnes..buatlah bisnes dengan jujur.Jaga hubungan dengan pelanggan, jaga kualiti & sentiasa ikhlas berniaga.

    Alhamdulillah jugak…time Covid 19 ni, ramai regular customer yang support buat repeat order dengan saya.

    Kalau nak tunggu customer baru, macam slow sikit sebab diaorang tak pernah deal dengan saya.

  3. Jangan cepat give up atau lemah semangat bila ada ujian.Cer korang bayangkan sorang pilot kapalterbang yang diberhentikan kerja akibat Covid 19…gaji diaorang mungkin cecah belas ke puluh ribu sebulan.Kalau diaorang give up atau lemah semangat…habislah diaorang.Begitu juga bisnes…jangan cepat mengalah.Mungkin ada benda yang Allah nak bagi kat kita besar lagi tu kot.

  4. Banyakkan doa & mintak pada Allah.Orang kata sedekah time susah lagi besar ganjaran dari sedekah time senang.Cer try buat.

Sebenarnya kalau ikut kata Syaitan yang dok bisik kat telinga ni….”Tu lah…kenapa berenti kerja hari tu? Kan dah susah hidup…tak ada gaji bulan?”…kalau ikut bisikan ni, itu dah kira salahkan takdir tu.

Perkataan “KALAU” tu patut buang jauh2 sebab kita kena hadap yang sekarang ni.

 

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Mintak maaf banyak2 sebab hari ni meluahkan perasaan sikit.

Harap2 dengan adanya vaksin ni, tempahan customer2 kitaorang naik balik nanti…In Sha Allah.

 

Oklah…apa cerita kita hari ni?

TShirt youtube ni cetak atas baju cotton 100% biasa je.

Semua cetak silkscreen termasuk bendera.

Ni contoh baju Covid 19 yang sempat saya ambik gambar sebelum ni.

Simple je…1 kaler print. Cetak depan belakang & belakang nama & tahun.

Bagi yang nak tempah TShirt Covid 19 ni & tak ada idea nak cetak apa…korang boleh klik kat SINI untuk tengok contoh2 sedia ada ye.

 

Design asal customer ni buat kat Customink.com je. Mudah je….

Korang pun boleh buat kalau nak….tak caya?

Cer klik link bawah ni….

Klik je link atas ni kalau rasa2 nakbuat design sendiri…lain dari yang lain.

Yang ni pun untuk kedai makan jugak.

Cetak 4 kaler depan belakang. Kalau tengok dekat2…sebijik macam stiker. Cantik oooo….

Yang ni pun sama…macam stiker sebab dia guna rubberdye.

Macam tak percaya dia guna printing biasa.

Memang cantik kalau tengok dekat2.

Yang ni printing biasa je 1 warna print. Semuanya design customer yang bagi sendiri & kitaorang tolong editkan bagi nampak cantik sikit.

 

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Oklah….setakat ni dulu buat kali ni ye…

Sampai jumpa lagi……baaaiiiiii…..

 

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 28/02/2021, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: