Monthly Archives: July 2014

Adusss!!! baru bukak balik order seminggu, dah penuh tempahan dah…….

Assalamualaikum & Salam Cetak Baju semua,

Adusss!!! jangan terkejut dengan tajuk kat atas nun & jangan ingat saya saje2 buat tajuk camtu sebab nak tarik pelanggan tapi benar2 berlaku.

Kalau ikutkan minggu lepas baru je saya bukak balik tempahan setelah sebulan tutup order sebab order datang mencurah2. Ni baru seminggu bukak balik order, dah penuh balik order.

Alhamdulillah….berkat Ramadan gamaknya. Kebanyakan customer nak sebelum raya. Tu yang pening tu. Takut tak sempat siap je.

Bayangkan TShirt I AM tu saje sorang2 order berpuluh2 helai. Kalau sorang order berpuluh lai, saya takut nak sampai ke Raya nanti tak sempat nak siap je.

So, pada yang rasa2 nak order Tshirt kitaorang tapi nak sebelum raya, pikir2kanlah balik ye.

Kalau tak ada event apa2 tak apa. Kalau yang ada event yang saya risaukan.

Masa mula2 bukak balik order hari tu…mencurah2 SMS, Whatsapp, emel, call masuk. Tiap2 hari kena jawab sebab kalau boleh saya tak nak jadi macam sesetengah peniaga kita, sekali mesej….tak berjawab2.

Saya taknak macam tu tapi bila dah semua berjawab, tak menang tangan lak nak handle. Memang rezeki Allah tu berlebih sikit Ramadan ni…Alhamdulillah lagi.

Jadi, pada korang yang masih berminat nak order, saya masih menerima tempahan sebenarnya tapi tarikh siap tu bergantung pada tempahan yang tengah ada sekarang ni.

TShirt I AM copy

 

Ok….kalau berminat nak order, tolong emelkan detail nak order iaitu :

1. Kuantiti tempahan

2. Jenis baju

3.  Kaler baju

4. Design nak print

Emelkan semua detail ni kat emel saya di adminkomisen@gmail.com untuk saya bagi harga ye.

Hari ni rasanya agak penat sebab duk pulun buat blok printing dari pagi tadi lagi.

Nak rehat jap & saya akan jawab semua persoalan korang, bila saya free nanti ye.

Hari ni jugak malas skit nak kongsi cerita pasal tempahan. Actually bertimbun2 dah gambar dalam kamera tapi tak sempat nak upload lagi. Pastu, dengan order yang mencurah2 ni.

Tak cukup tangan dah teman.

So, terima kasih pada korang yang bagi sokongan. Kami akan berikan servis & layanan terbaik pada korang nanti, In Sha Allah.

Sampai jumpa lagi….baiiii….

Dari pondok kami,

Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com

<span>%d</span> bloggers like this: