Category Archives: Baju Sublimation

Macam2 IDEA Boleh Buat Design TShirt Sendiri…Dari TShirt Biasa ke Sublimation!

Assalam & Salam Cetak Baju semua,

Di kesempatan ni saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir batin kepada semua bekas pelanggan, pelanggan & pelawat blog ni.

Semoga korang semua sentiasa sihat dan dijauhi dari malapetaka bencana terutamanya dari penyakit Covid 19 yang melanda kita sekarang.

Doa2kanlah biar cepat Covid 19 ni dihapuskan & diangkat oleh Allah supaya kita semua dapat buat aktiviti macam biasa macam sebelum2 ni.

Nampaknya kita masih lagi dalam PKP & banyak jugak efek orang ramai yang nak buat aktiviti masing2.

Kalau cetak TShirt ni..kebiasaannya kitaorang dapat tempahan daripada grup2 yang nak buat aktiviti beramai2 macam Hari Keluarga, Konvoi, Baju Rewang, TShirt kelas, batch dan lain2.

Tapi bila kena PKP & pandemik Covid 19 ni, macam terbantut sikit semua aktiviti tu.

Ye lah…masing2 takut 2 perkara…Takut kena jangkitan Covid 19 & takut kena saman dengan polis sebab tak ikut SOP.

Tapi walaupun macam tu, ini tak bermakna korang tak boleh tempah TShirt dengan kitaorang sebab tak boleh buat aktiviti2 tu.

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Setakat ni…saya masih lagi banyak dapat tempahan dari orang2 tertentu yang standby nak pakai lepas PKP nanti.

Antara tempahan yang banyak saya terima ialah baju sukan sekolah (baju rumah sukan) & baju asrama.

Ada juga tempahan yang saya terima daripada dropshippers yang order banyak2 dengan kitaorang & kitaorang tolong poskan satu2 baju tu kepada setiap pelanggan diaorang.

Ada jugak yang still order baju kelas diaorang sebagai kenangan tahun ni.

Semua tempahan ni tengah berjalan sekarang ni.

Kebelakangan ni pulak….banyak pulak saya terima TShirt Sublimation.

TShirt Sublimation ni jenis kain jersi & korang boleh buat apa sahaja design yang terbayang kat otak korang.

Ni antara contoh2 baju sublimation yang saya terima tempahan baru2 ni….

Ni design asal baju tu sebelum betul2 jadi baju

Yang atas ni bila dah masing2 dapat & sempat berkonvoi sebelum PKP.

Design baju2 ni bukan semuanya customer yang buat sendiri. Kebanyakannya diaorang bagi je design dalam Google, pastu bagitahu je nak edit apa & nak tambah apa atas baju tu.

Macam yang bawah ni….ini yang customer sendiri buat tapi designer saya edit semula supaya lebih mudah nak print & tailor nak jahit.

Ini design asal yang customer dah setuju

Kalau korang rasa pening nak buat design tu…jangan risau, korang cari je dalam Google & designer kitaorang tolong editkan nanti.

Takpun…korang godek2 katalog baju sublimation readymade kat blog saya ni & tiru je design yang ada kat situ.

KLIK SINI kalau nak tengok contoh baju sublimation yang kitaorang ada.

Macam contoh baju bawah ni…yang ni customer tiru je design yang ada dalam katalog baju saya.

Yang ni kod baju yang asal brand Arorasport
Lepas tu designer saya lukis balik & tambah logo2 yang customer nak mintak letak atas baju tu

So…mudah je sekarang ni. Tak payah dah nak pikir2 camane nak buat design tu.

Cuma satu je nak bagitahu….baju camni kena buat kain jersi je, Kain cotton saya tak buat camni.

Actually ada beberapa lagi tempahan baju sublimation yang saya terima tapi hari ni saya kongsikan 3 tempahan ni je dulu.

Mana tahu ada yang berkenan nak buat baju camni…bagitau kitaorang ye.

Selain dari baju sublimation, tempahan printing biasa pun ada jugak kitaorang terima.

Antaranya camni…..

Jauh datang tempahan baju ni…dari Sipitang, Sabah.

Ni antara regular customer ni. Dah beberapa kali tempah dengan kitaorang.

Walaupun jauh, diaorang tetap order dengan kitaorang. Terima kasih banyak2 cikgu.

Yang ni kitaorang guna highgrade stiker untuk logo bulat depan blkg tu & tulisan print macam biasa.

Ini pun regular customer saya dari Kedah. Dia selalu je tempah dengan saya walaupun dalam PKP ni. Terima kasih banyak Salika sebab sentiasa sokong kitaorang.

Yang gambar bawah tu design asal sebelum jadi baju.

Customer ni guna baju microfiber brand Oren Sport. Design simple je sebab 1 warna print.

Diaorang standby untuk naik gunung lepas dah clear PKP ni kot.

Yang ni bukan TShirt tapi apron untuk Kolej Komuniti.

Print simple je & 1 hari siap. Semuanya kitaorang boleh sediakan & siapkan kalau korang nak.

Inilah antara tempahan2 baju & apron yang sempat saya masukkan dalam blog mohcetakbaju.com hari ni.

Semoga apa yang saya kongsikan kat sini dapat bantu korang untuk buat keputusan kalau2 nak tempah TShirt dengan kitaorang nanti ye.

Bagi yang rasa2 nak jadi ejen kitaorang pun boleh.