Category Archives: Baju jersi

Pelbagai design baju jersi sukan

Macam2 IDEA Boleh Buat Design TShirt Sendiri…Dari TShirt Biasa ke Sublimation!

Assalam & Salam Cetak Baju semua,

Di kesempatan ni saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir batin kepada semua bekas pelanggan, pelanggan & pelawat blog ni.

Semoga korang semua sentiasa sihat dan dijauhi dari malapetaka bencana terutamanya dari penyakit Covid 19 yang melanda kita sekarang.

Doa2kanlah biar cepat Covid 19 ni dihapuskan & diangkat oleh Allah supaya kita semua dapat buat aktiviti macam biasa macam sebelum2 ni.

Nampaknya kita masih lagi dalam PKP & banyak jugak efek orang ramai yang nak buat aktiviti masing2.

Kalau cetak TShirt ni..kebiasaannya kitaorang dapat tempahan daripada grup2 yang nak buat aktiviti beramai2 macam Hari Keluarga, Konvoi, Baju Rewang, TShirt kelas, batch dan lain2.

Tapi bila kena PKP & pandemik Covid 19 ni, macam terbantut sikit semua aktiviti tu.

Ye lah…masing2 takut 2 perkara…Takut kena jangkitan Covid 19 & takut kena saman dengan polis sebab tak ikut SOP.

Tapi walaupun macam tu, ini tak bermakna korang tak boleh tempah TShirt dengan kitaorang sebab tak boleh buat aktiviti2 tu.

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Setakat ni…saya masih lagi banyak dapat tempahan dari orang2 tertentu yang standby nak pakai lepas PKP nanti.

Antara tempahan yang banyak saya terima ialah baju sukan sekolah (baju rumah sukan) & baju asrama.

Ada juga tempahan yang saya terima daripada dropshippers yang order banyak2 dengan kitaorang & kitaorang tolong poskan satu2 baju tu kepada setiap pelanggan diaorang.

Ada jugak yang still order baju kelas diaorang sebagai kenangan tahun ni.

Semua tempahan ni tengah berjalan sekarang ni.

Kebelakangan ni pulak….banyak pulak saya terima TShirt Sublimation.

TShirt Sublimation ni jenis kain jersi & korang boleh buat apa sahaja design yang terbayang kat otak korang.

Ni antara contoh2 baju sublimation yang saya terima tempahan baru2 ni….

Ni design asal baju tu sebelum betul2 jadi baju

Yang atas ni bila dah masing2 dapat & sempat berkonvoi sebelum PKP.

Design baju2 ni bukan semuanya customer yang buat sendiri. Kebanyakannya diaorang bagi je design dalam Google, pastu bagitahu je nak edit apa & nak tambah apa atas baju tu.

Macam yang bawah ni….ini yang customer sendiri buat tapi designer saya edit semula supaya lebih mudah nak print & tailor nak jahit.

Ini design asal yang customer dah setuju

Kalau korang rasa pening nak buat design tu…jangan risau, korang cari je dalam Google & designer kitaorang tolong editkan nanti.

Takpun…korang godek2 katalog baju sublimation readymade kat blog saya ni & tiru je design yang ada kat situ.

KLIK SINI kalau nak tengok contoh baju sublimation yang kitaorang ada.

Macam contoh baju bawah ni…yang ni customer tiru je design yang ada dalam katalog baju saya.

Yang ni kod baju yang asal brand Arorasport
Lepas tu designer saya lukis balik & tambah logo2 yang customer nak mintak letak atas baju tu

So…mudah je sekarang ni. Tak payah dah nak pikir2 camane nak buat design tu.

Cuma satu je nak bagitahu….baju camni kena buat kain jersi je, Kain cotton saya tak buat camni.

Actually ada beberapa lagi tempahan baju sublimation yang saya terima tapi hari ni saya kongsikan 3 tempahan ni je dulu.

Mana tahu ada yang berkenan nak buat baju camni…bagitau kitaorang ye.

Selain dari baju sublimation, tempahan printing biasa pun ada jugak kitaorang terima.

Antaranya camni…..

Jauh datang tempahan baju ni…dari Sipitang, Sabah.

Ni antara regular customer ni. Dah beberapa kali tempah dengan kitaorang.

Walaupun jauh, diaorang tetap order dengan kitaorang. Terima kasih banyak2 cikgu.

Yang ni kitaorang guna highgrade stiker untuk logo bulat depan blkg tu & tulisan print macam biasa.

Ini pun regular customer saya dari Kedah. Dia selalu je tempah dengan saya walaupun dalam PKP ni. Terima kasih banyak Salika sebab sentiasa sokong kitaorang.

Yang gambar bawah tu design asal sebelum jadi baju.

Customer ni guna baju microfiber brand Oren Sport. Design simple je sebab 1 warna print.

Diaorang standby untuk naik gunung lepas dah clear PKP ni kot.

Yang ni bukan TShirt tapi apron untuk Kolej Komuniti.

Print simple je & 1 hari siap. Semuanya kitaorang boleh sediakan & siapkan kalau korang nak.

Inilah antara tempahan2 baju & apron yang sempat saya masukkan dalam blog mohcetakbaju.com hari ni.

Semoga apa yang saya kongsikan kat sini dapat bantu korang untuk buat keputusan kalau2 nak tempah TShirt dengan kitaorang nanti ye.

Bagi yang rasa2 nak jadi ejen kitaorang pun boleh.

THROWBACK : Student Form 4 buat RM53K jual 3K helai TShirt SBP Seluruh Malaysia

Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar semua? Saya doakan semoga semua dalam keadaan sihat selalu.

Alhamdulillah……nampaknya budak2 sekolah rendah & sekolah menengah dah start masuk sekolah dah.

Time2 camni…biasanya budak2 sekolah akan start dapat kawan baru & persekitaran baru.

Bila dah masuk kelas & dapat kawan baru, biasanya diaorang akan start bincang untuk buat TShirt sekolah atau TShirt kelas sendiri.

Bagi cikgu2…time ni lah semua sibuk nak buat baju untuk sukan sekolah, untuk asrama, untuk persatuan, untuk prep pelajar asrama dan lain2 lagi.

Cuba tengok contoh2 baju yang biasanya cikgu2 sekolah buat untuk pelajar2.

Ni antara contoh2 tempahan yang pelajar buat sebelum ni.

Bukan setakat pelajar tapi cikgu2 pun ramai yang tempah dengan kami.

Ramai jugak yang seronok dengan tempahan diaorang.

Kebiasaanya bila start je tahun baru…berpusu2 cikgu2 sekolah & pelajar buat TShirt untuk aktiviti masing2.

Saya suka nak kongsi dengan korang tentang sorang pelajar Tingkatan 4 ni…dia memang bijak & brilliant.

Bayangkanlah…dia boleh terfikir nak buat TShirt untuk seluruh pelajar SBP atau Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia.

Kat baju tu ada tulis nama semua sekolah SBP kat Malaysia ni.

Dan sape2 yang beli dengan dia ni…mesti rasa bangga sebab dapat jadikan kenangan seumur hidup dengan baju tu.

Ni contoh list tempahan baju yang budak tu buat sebelum ni.

Total sales RM53,925.00 dengan 3,232 helai baju yang ditempah time tu.

Bayangkanlah kalau dia ambik untung RM5 sehelai pun….dia dapat untung RM5 X 3,232 helai = RM16,160.00 untung je.

Bagi budak Tingkatan 4…dapat duit lebih RM10K dah besar dah tu sebenarnya.

Cuma dari RM16K tu dia akan tolak lagi untuk bayar komisyen wakil setiap sekolah nanti.

Bayangkanlah…itu kalau dia ambik untung RM5 je sehelai..kalau dia ambik untung RM10 sehelai….fuuuhh!!! kayoo pakcikkk.

Ada jugak lagi lepas2 tu student2 lain yang buat camni tapi kuantiti tempahan tak sebanyak budak ni.

Cam bawah ni…..

Ini students MRSM pulak ni…diaorang pun pernah order sebanyak ini.

Memang boleh buat duit kalau pandai cari market camni.

Ok last saya tunjuk bukti ye…

Yang ni UiTM kalau tak silap. Uitm seluruh Malaysia.

So..samada nak buat TShirt secara umum untuk semua student U berkenaan atau ambik course yang berkenaan je.

Tapi kalau dapt buat camni…memang massyyuuukkkk.

Disini saya kongsikan cara & idea bagaimana korang nak start buat duit dengan TShirt guna kaedah camni.

IDEA NAK BUAT TSHIRT :

  1. Seluruh Sekolah Berasrama Penuh Seluruh Malaysia (SBP)
  2. MRSM
  3. Sekolah Agama Negeri
  4. Politeknik
  5. Sekolah Vokasional/Kolej Vokasional
  6. Universiti Seluruh Malaysia
  7. Kursus2 tertentu Dalam Universiti
  8. Sekolah2 Pondok / Madrasah Seluruh Malaysia
  9. Persatuan2 yang sama di seluruh Universiti dalam Malaysia
  10. Kelab2 sukan sekolah/universiti/ kolej seluruh Malaysia

Ni antara contoh2 yang korang boleh buat untuk buat duit dengan lebih besar sebab libatkan pelajar seluruh Malaysia.

CAMANE NAK START?

Cari kawan2 yang nak join buat projek besar ni & yang sanggup kerja sikit untuk lancarkan perjalanan projek.

Jangan buat sorang2…takut stress gila nanti.

Bincangkan dulu…….design baju, jenis baju, warna baju dll yang berkaitan dengan baju.

Buat list…..sekolah atau universiti mana yang kita nak market.

Dah ada detail pasal baju & anggaran berapa helai nak order…tunjukkan kepada saya untuk proses letak harga.

Dah dapat harga daripada saya..tentukan harga nak jual.

Dah ada harga baju nak jual…..start cari wakil setiap sekolah atau universiti bagi tujuan untuk collect duit & list nak order.

Yang budak form 4 yang dapat jual 3K helai tu…dia guna IG je untuk promote & dia buat ayat promosi “SAPE NAK BUAT DUIT DENGAN JUAL TSHIRT SBP SELURUH MALAYSIA” & ” WAKIL SBP UNTUK JUAL TSHIRT BATCH”.

Lebih kurang macam tu lah..yang detail sangat saya tak pasti.

Tapi dah ada ramai2 tu…macam2 idea keluar nanti.

Bila dah ada wakil setiap sekolah atau universiti tu…bincangkan jugak komisyen yang patut mereka dapat bagi setiap helai tu.

Bila dah ada list pelanggan yang nak tempah…tolong buat list macam yang saya tunjuk kat atas tadi.

Senaraikan sekali nama wakil & alamat sekolah atau universiti yang nak dipos tu.

Pihak kami akan cetak & dah siap saya akan tunjuk dulu baju tu kat wakil asal atau penganjur.
Dah bayar baki..baru saya pos kat alamat yang diberikan.

Nanti dah dapat baju tu, wakil2 akan agihkan kepada pelanggan masing2.

Ini adalah step2 secara ringkas yang korang boleh follow.

Nampak macam susah sikit tapi kalau buat dengan group & korang memang sungguh2 nak buat…In Sha Allah akan berjaya.

Bagi yang perlu buat projek usahawan…IDEA ini juga boleh dipraktikkan.

Sape tahu….lepas2 ni nak tempah tshirt lagi dan lagi, mudah je.


Kalau ada sape2 yang rasa konfius & nak tanya apa2…..boleh je tanya kitaorang terus..

Call/Whatsapp ke 0192254028 (Abg Nik) atau emelkan ke adminkomisen@gmail.com

Ok……..Hari ni nak kongsi dengan korang antara gambar2 baju kelas & batch yang pernah saya siapkan sebelum2 ni.

Ni antara2 contoh baju batch atau kelas yang saya pernah buat sebelum ni.

Kalau diaorang boleh buat….korang pun boleh jugak kan…..

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Jika korang rasa macam nak start buat projek bisnes ni tapi tak tahu camane nak start…korang boleh je kontek kitaorang ye.

Apa yang saya kongsikan kat atas2 tadi adalah bukti sebenar pelajar2 seluruh Malaysia yang berani & bijak untuk ambik peluang hebat ni.

Bayangkanlah kalau kita dapat tempahan TShirt dari seluruh Malaysia.

Mungkin ini adalah permulaan & kita tak tahu lepas2 ni mungkin korang akan jadi peniaga yang berjaya nanti.

Ada orang yang tengah plan nak buat projek usahawan untuk kursus masing2 pun boleh try idea ni.

Bukan setakat income yang sikit2 tapi banyak dari yang disangka.

Ini lagi contoh baju yang korang mungkin dapat sikit idea daripadanya.

Macam pelajar ni jual baju hoodie untuk pelajar UM & UiTM.

Biasanya pelajar2 akan sanggup bayar mahal sikit jika baju tu berkualiti & boleh jadi kenangan untuk diaorang.

So..inilah antara cara korang betul2 nak buat duit tahun ni.

Saya hanya bagi idea je tapi last2 korang sendiri yang buat keputusan nanti.

So…setakat ni sajelah dulu buat kali ni.

Kami tunggu tempahan anda ye….baaaiiiii…

Pukul 3 pagi call……nak order Tshirt!

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar semua?

Nampaknya kita ber PKP semula macam dulu2.

Dah tak boleh cakap apa dah kecuali sabaaaarrr banyak2.

Tapi walaupun macam tu…bisnes kami masih berjalan macam biasa & sentiasa menerima tempahan dari pelanggan2 kami.

Hari ni saya nak kongsi dengan korang bagaimana kerenah & ragam customer2 kami sebelum2 ini.

Just nak share je sebab bila kita dalam bisnes ni baru kita percaya benda2 macam ni.

Kalau tak…macam tak percaya je ada berlaku macam ni…

 

CERITA 1

Ada sorang akak ni..dia berniaga kedai makan kat Langkawi. Time sebelum PKP lagi.

Satu hari tu…dia call saya jam 3 pagi sebab nak tempah tshirt.

Bayangkanlah jam 3 pagi..kita tengah seronok tidur & dibuai mimpi.

Biasanya kalau call pagi2 macam ni panggilan kecemasan samada dari keluarga atau sedare mara.

Tapi bila tengok nombor telefon tu..nombor yang saya tak kenal & saya abaikan je.

Lepas tu…dah susah nak tido sebab terkejut tiba2 sebab bunyi telefon tu.

Esoknya…akak tu call balik dalam 10 malam.

Saya cam nombor dia & tanya..dia ke yang call pukul 3 pagi semalam?

Dia mengaku & dia kata dia berniaga kedai makan kat Langkawi & nak order baju.

Apalah yang difikirkan oleh akak ni masa dia call tu ye.

Dia rasa masa call saya tu, kat tempat saya siang agaknya.

Tak terfikir ke dia orang lain tengah tido masa pukul 3 tu…ye lah, dia berniaga time tu.

 

CERITA 2

Customer yang ni pun jenis yang tak tido malam agaknya.

Dia pun call saya nak order baju pukul 2 pagi.

Masa tu cam biasa….tengah seronok tido & diulit mimpi.

Esok siangnya dia call semula & dia kata nak order baju.

Dia juga ada datang kedai saya untuk deal pasal baju tu & saya ada tanya dia..kenapa call pukul 2 pagi?

Dia tersipu2 malu.

Nasib baik jadi order baju tu.

 

CERITA 3

Dah nak masuk tido pukul 11 malam…tiba2 handphone berbunyi.

Tengok nombor tak kenal…so, konfem customer nak order TShirt tu.

So..sebab dah tutup lampu & dah landing atas katil, so saya abaikan.

Esoknya dia call lagi nak tempah TShirt.

 

CERITA 4

Whatsapp pukul 11 ke 12 ke atas tengah malam bagi saya ok lagi.

Tapi biasanya saya tak jawab terus.

Esok pagi baru saya jawab.

Ada yang bagi salam kat Whatsapp pukul 12 tengah malam.

Ada juga yang mesej tanya pasal baju pukul 3 ke 4 pagi.

Mintak maaf lah kalau tak jawab terus sebab tunggu siang baru jawab.

Macam2 ragam customer ni sebenarnya.

 

CERITA 5

Yang ni bukan cerita pasal call tengah malam tapi ada customer yang tak percaya kita buat bisnes.

Bagi saya tak kisah kalau berhati2 sebab sekarang ni ramai jugak yang jenis penipu dalam online ni.

Tapi masalahnya…yang menipu ni lah yang akan efek bisnes orang yang bisnes jujur ni.

Yang akak ni…sebab takut kena tipu, dia mintak salinan IC saya sebagai gerenti.

Saya pun sebenarnya takut nak bagi IC ni sebab takut ada scammer yang guna IC tu untuk buat loan haram.

So..saya mintak jugak salinan IC dia sebagai gerenti.

Last2 tak nak bagi & tak jadi order.

Sama2 risau sebenarnya…..

Tak caya…cer tengok bukti wasap ni…

 

CERITA 6

Yang jenis maki hamun kitaorang pun ada.

Ada satu customer tu, dia masukkan saya dalam group chatting diaorang sebab senang nak tanya pasal baju tu.

Tapi saya senyap sekejap dalam group tu sebab drive kereta..terus diaorang mencarut2 & memaki hamun…

Ada yang kata mati eksiden lah, macam2 carut lagi…..padahal bukan sengaja saya senyap.

Saya terus left dari group tu.

 

CERITA 7

Ada 1 customer ni nak order sehelai je TShirt.

Saya bagitahu…maaf, saya terima 5 helai ke atas je.

Nak tahu apa dia cakap……@#%$&%^%&^^%*…habis dicarutnya saya.

Kenapalah nak dicarutkan…kalau saya tak jual, cari lah orang lain.

Senang benor nak mencarut orang.

Orang camni ada masalah mental kot….teruk betul.

 

Fuuuhhhhh…..macam2 dugaan buat bisnes ni sebenarnya.

Ada banyak lagi kenangan & dugaan saya tempuh sepanjang buat bisnes online ni.

Tapi Alhamdulillah…dugaan tu buat saya lebih kuat & tabah.

Syukur dapat juga bertahan sehingga kini…10 tahun dalam bisnes ni.

Cuma nak bagitahu..yang masalah camni segelintir je sebenarnya.

Majoriti customer kitaorang yang ok & baik hati sebenarnya.

 

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Cuma tahun 2020 ni start dugaan yang sangat besar iaitu Covid 19.

Bukan saya sorang je yang efek tapi semua orang diseluruh dunia.

 

Saya doakan semoga Covid 19 ni cepat2 lah diangkat & dihapuskan oleh Allah dari muka bumi ni & dapatlah kita buat aktiviti seperti sediakala.

Oklah….apa cerita cetak baju kitaorang hari ni ye?

Alhamdulillah…ni komen dari regular customer kami yang dapat baju dia baru2 ni.

Baju cotton & cetakan gold. Memang naik warna dia kalau print atas baju gelap.

Ini baju2 masa dalam proses printing. Just simple & nice.

 

Ni just nak kongsi dengan korang tshirt guna stiker.

Bukan kaleng2 stiker tapi stiker kualiti tinggi. Stiker ni kita guna heatpress & ditempah khas dari kilang luar yang specialized dalam pengeluaran stiker.

Kitaorang guna stiker untuk baju yang ada design colourful je.

Tapi kalau kuantiti banyak..biasanya saya guna printing untuk jimat bajet customer.

 

Ni logo untuk company Airasia. Logo depan sulam & belakang print.

Nak sedikit eksekutif kalau depan buat sulam camtu.

Baju ada 2 jenis tu….cotton & jersi.

Ni baju untuk pomen kampung.

Ada 4 kaler print & memang syok kalau dapat print gambar camni.

Ni gambar asal yang customer tu bagi.

Lepas dah deal harga & dia setuju dengan harga tu, terus dia buat deposit.

Kitaorang pun terus buat design tu & tunjuk kat diaorang.

Dia dah setuju dengan design tu..baru kitaorang start print.

Jadilah camni & depan sulam.

Ni baju untuk syarikat FGV Fertilizer kat Temerloh, Pahang.

Logo guna printing biasa je sebab simple.

 

 

Ok…setakat nilah saje buat kali ini.

Bagi yang rasa2 macam nak tempah TShirt dengan kitaorang lepas PKP ni, jangan lupa kontek kitaorang ye.

Sampai jumpa lagi….baaaiiiii….

Abg Nik & Kak Salina

 

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Tahun 2021…tempahan cetak TShirt mula berkembang semula!

Assalam & Salam Cetak baju semua,

Alhamdulillah…..dah masuk Tahun 2021 dah kita.

Ini bermakna..tahun ni, http://www.mohcetakbaju.com dah masuk umur 10 tahun secara online & 11 tahun secara offline.

Kalau manusia…dah masuk darjah 5 dah.

Tahun 2020 yang lepas..ada macam2 dugaan yang kita semua hadapi iaitu Covid 19.

Harap2 tahun ni ada sinar sedikit terutamanya apabila penggunaan vaksin start pada awal tahun ni.

Maknanya….kalau dah cucuk vaksin tu, kebarangkalian untuk dapat jangkitan penyakit Covid 19 agak tipis.

So..In Sha Allah, semua aktiviti kita masa sebelum PKP bulan Mac tahun lepas akan kembali macam biasa.

Kalau dah kembali macam biasa, maknanya juga korang akan kembali dapat berkumpul beramai2 untuk adakan aktiviti.

Bila dah boleh kumpul ramai2 ni…boleh lah order TShirt ikut aktiviti korang nanti.

Antaranya seperti…hari keluarga, baju rewang, tshirt kelas, tshirt group dll.

Time ni lah korang nak balas dendam masa time PKP sebelum ni.

Dulu time PKP semua aktiviti kena sekat.

Tahun 2021 ni…harap2 semua dapat pulih & korang akan dapat start order baju macam tahun2 sebelum ni ye.

 

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Mari saya tunjuk gambar2 customer kitaorang yang pernah order sebelum PKP dulu.

Masa ni tak ada lagi SOP lagi & semua orang bebas lagi time tu.

Rindu sangat2 time ni nak bebas camni….

Ini antara gambar2 yang saya dapat kongsikan dengan korang bagaimana seronoknya diaorang bergambar dengan baju yang diaorang tempah dengan kitaorang.

Time ni belum PKP lagi. So, masih tak ada penjarakan sosial semua.

Masa ni seronok je sebab bebas nak berkumpul semua.

Harap2 tahun 2021 akan kembali macam ni semula, In Sha Allah.

 

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Bagi korang yang sedang mencari2 baju untuk aktiviti Tahun 2021 ni, disini saya ada beberapa cadangan untuk mudahkan korang buat keputusan nanti.

Bagi yang mencari TShirt yang bajet murah, saya cadangkan guna baju 4square macam bawah ni…

Biasanya customer yang pilih baju 4square ni, adalah untuk baju hari keluarga, baju rewang dan apa sahaja aktiviti yang perlukan bajet murah sikit.

Tapi walaupun murah, kualiti tetap ok sebab saya pakai dah bertahun2 pun, kain dia still ok.

Ada jugak customer yang nak baju berkolar.

Kalau yang berkolar ni, samada saya cadangkan baju brand Oren Sport atau Enzo.

Ni baru sebahagian daripada contoh2 baju berkolar yang kitaorang ada.

Ada banyak lagi stail baju yang korang boleh pilih & ada macam2 stail lagi.

Nak senang…cer klik kat setiap brand baju kat bawah ni. Pastu tengok jenis TShirt pilihan korang kat situ ye :

  1.  KATALOG 4SQUARE

  2. KATALOG OREN SPORT

  3. KATALOG ENZO

  4. KATALOG ARORASPORT

  5. KATALOG GILDAN

  6. KATALOG RIGHTWAY

 

Selain daripada TShirt2 biasa, kitaorang jugak ada TShirt2 lain…antaranya….

TSHIRT RAGLAN….TShirt Lengan Warna Lain & Body Warna Lain.

 

TSHIRT MUSLIMAH….khas untuk muslimah2 sejati.

 

TSHIRT SUBLIMATION…..untuk yang suka TShirt bercorak2.

KLIK SINI!

 

Bagi yang nak buat design tapi tak ada IDEA, kat sini saya suggest beberapa IDEA design ikut aktiviti korang tu ye!

  1. TSHIRT KELAS

2.  TSHIRT REWANG

 

 

3.  TSHIRT HARI KELUARGA

KLIK SINI!

 

4.  TSHIRT DOODLE

5.  TSHIRT ADA NOMBOR (UNTUK SUKAN)

 

6.  DESIGN HALFTONE

 

7.  DESIGN JAWI

 

Pendek kata…kat http://www.mohcetakbaju.com complete semua ada untuk TShirt korang.

 

Kalau korang tak berkenan dengan design2 yang kitaorang sediakan tu, korang boleh buat sendiri jugak.

Cer try kat bawah ni….

 

Semua korang boleh try & tempah kat sini.

Nak jadi ejen kami pun boleh jugak….

 

Apa yang saya tunjukkan semua diatas ni aialah apa yang kitaorang tawarkan kepada pelanggan2 kitaorang sejak 2010 lagi & sehingga sekarang tawaran masih sama.

Saya masih lagi terima 5 helai ke atas tapi sejak 2018, kos pos FREE (Semenanjung) hanya untuk 30 helai ke atas je.

29 helai ke bawah still kena caj kos pos.

Kitaorang harap2 sangat semoga Tahun 2021 memberi sinar baru kepada semua & korang sebagai pelanggan & bakal pelanggan juga akan sama2 dapat buat aktiviti yang kita rindukan sebelum ni ye.

Kami sentiasa menunggu tempahan korang ye…

 

Jumpa lagi dilain artikel…baaaaiiii…

Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbaju.com

Cerita DiSebalik Tempahan Cetak TShirt Kami!

Assalam & Salam Cetak Baju,

Tup..tap…tup…tap…lagi beberapa hari nak masuk hujung tahun 2020.

Dulu masa zaman Dr Mahathir…dia buat Wawasan 2020 siap ada kereta boleh terbang lagi.

Tapi tak menjadi lagi kecuali satu peristiwa yang unik lain berlaku dalam 2020 ni.

Mana kita pernah terfikir tentang Covid 19 ni yang jadikan seluruh dunia huru hara awalnya.

Tak pernah kita terfikir masa awal2 PKP dulu….kena duduk rumah, tak boleh kerja, tak boleh bersalam, tak boleh pergi masjid, tak boleh berkumpul ramai2, tak boleh itu tak boleh ini.

 

Lari betul dengan rutin & norma hidup kita yang biasa.

Tapi walau macam tu…ada banyak jugak perkara positif yang kita boleh ambik akibat Covid 19 ni.

Antaranya :

  1. Pencemaran udara berkurang sebab masing2 tak guna kenderaan & kilang2 yang banyak keluarkan asap sebelum ni, semuanya stop production.
  2. Sesetengah keluarga jadi semakin rapat sebab semua duduk kat rumah & jadi lebih kenal ahli keluarga.
  3. Kalau pegi masjid sembahyang Jumaat…tak ada dah jenis orang yang duduk bersembang2 kat luar sebab semua nak book tempat.
  4. Bisnes guna online meningkat mendadak sebab masing2 tak boleh keluar rumah…so, order barang yang nak tu, pastu tunggu je barang tu sampai.Yang ni kami di http://www.mohcetakbaju.com dah praktikkan dari dulu lagi & memang sesuai sangat bagi yang order online ni sebab tak kira dimana saje korang berada, kitaorang boleh poskan baju tu.

Cuma kesian jugak kat yang kerja sendiri & bergantung pada income harian.

Yang bisnes kecil2an le sakit sikit.

Bagi yang buat bisnes kecil2an tu…saya nak kongsikan sikit masa mula2 saya start bisnes ni 10 tahun yang lalu.

 

Inilah yang dikatakan cerita disebalik Tempahan Baju Kami…

  1. Masa saya start bisnes cetak TShirt Online ni pada Oktober 2010, saya masih bekerja dengan kerajaan & isteri baru ditamatkan kontrak di tempat saya kerja.Masa tu saya dah start pening sebab kesian kat isteri tak ada kerja nak buat walaupun ada degree.
  2. Masa ni…saya terjumpa dengan iklan kursus cetak baju kat Kuala Selangor. Ingat lagi Tok Guru saya masa tu..namanya En.Sazlee. Inilah permulaan perjalanan bisnes cetak baju kitaorang.Saya yang pegi kursus tapi wife yang terer printing sebab dia dah full time kat rumah.
  3. Masa mula2 start bisnes ni…saya iklankan flyers dalam suratkhabar kat Pasar minggu area rumah saya.
  4. Time tu…dapatlah jugak 200 ke 300 tempahan sekitar tempat saya ni.Time ni jugak….meja printing belum ada.Samada print atas meja makan atau tercangkung2 print atas lantai rumah.
  5. Start 2011…saya mula buat blog bawah nama http://www.mohcetakbaju.com & start dari sini kitaorang dapat tempahan sekitar 3,000 ke 4,000 tempahan sebulan…Alhamdulillah.
  6. Dalam beberapa tahun, saya terpaksa besarkan bengkel printing sebab tempahan makin meningkat.Time ni belum ambik staf lagi…masih buat berdua suami isteri.
  7. Adakala saya terpaksa tolak job terutamanya yang urgent sebab tak mampu nak siapkan segera.Ada sekali tu..ingat lagi, saya sedekah duit deposit kereta kat mak.Lepas tu, mencurah2 order masuk & terpaksa stopkan order selama sebulan sebab nak siapkan order yang mencurah2 masuk tu.
  8. Adakalanya jugak…kena marah & maki dengan pelanggan.Kadang2 benda boleh dibuat bincang tapi manusia ni perangainya macam2 jenis…sabar jelah.
  9. Ada beberapa kali tu..saya tersilap print..customer nak sulam.Terpaksa pulang balik duit & baju yang dah siap print tu kena lah jualkan sikit2 atau sedekahkan kat sedare mara yang datang ke rumah.
  10. Tahun 2013…saya syukur sangat2 sebab mampu bawak satu keluarga termasuk mak ayah mertua buat umrah.Semua tu guna duit bisnes kitaorang. 5 bulan kemudian, saya dapat cover balik kos pegi umrah tu.
  11. Tahun 2016..saya ambik cuti tanpa gaji selama setahun untuk tumpu pada bisnes & test tengok boleh survive tak hanya dengan duit bisnes tu.
  12. Tahun 2017.. setelah 15 tahun dalam kerajaan sebagai pegawai audit, saya nekad untuk berhenti kerja & buat bisnes cetak baju ni online.
  13. Tahun 2020….Alhamdulillah, kitaorang masih lagi hidup & bernyawa dalam bisnes cetak TShirt online ni selepas 10 tahun bersusah payah (dengan rekod 125,000+- helai tempahan baju yang disiapkan sehingga kini)Ditambah lagi dengan bantuan 2 orang staf yang hebat yang bantu kitaorang dalam printing & designing.Lega lah sikit…

So…inilah antara cerita serba ringkas disebalik tabir dalam kehidupan kitaorang sebagai peniaga & pencetak baju online ni.

Bagi korang yang ingin mulakan bisnes dari zero…korang kena baca artikel ini sebagai ubat motivasi korang.

Kita kena berani & fikir positif selalu bahawa apa sahaja yang kita impikan tak mustahil untuk kita capai sebenarnya.

Apa yang korang perlu ada ialah :

  1. Usaha keras…sekeras2nya…biasanya usaha keras ni dalam 2 ke 3 tahun pertama je, lepas tu kita dah biasa dengan try & error tu, pastu dah jadi biasa dah.
  2. Jangan sekali2 putus asa.Gagal tu bila korang stop buat apa yang korang impikan.Tapi kalau korang gagal & still teruskan…itu bukanlah gagal tapi itu ialah adjustment untuk berjaya.
  3. Berani buat & berani tanggung.Kadang2 manusia ni nak perfect dulu baru nak start buat.Buatlah sikit2 dulu..kalau ada masalah adjust lah masa tu.
  4. Jangan terlalu dengar cakap orang.Kalau orang bagi motivasi..boleh je dengar.Yang negatif ni jangan le dengar sangat.Kadang2 diaorang jeles tengok kita berjaya atau memang dia jenis camtu.
  5. Orang lain boleh buat..kenapa kita tidak.
  6. Jangan bagi terlalu banyak alasan…itu tak boleh, ini tak boleh.Belum buat lagi dah macam2 alasan bagi….saya tak suka orang camtu.
  7. Banyakkan berdoa, berdoa & berdoa sebab usaha gila2 pun kalau Dia tak makbulkan tak boleh jugak.

Selain tu…ni antara cerita disebalik tempahan TShirt yang kitaorang terima sebelum ni & bagaimana diaorang start tempah dengan kitaorang sampailah diaorang sakan bergaya dengan baju tu.

 

Cerita 1

TShirt Sublimation

Baru2 ni ada customer kitaorang yang order TShirt Sublimation

Mula2 customer ni bagi gambar ni untuk dapatkan harga.

Kemudian saya mintak kuantiti tempahan semua & dia bagi.

Pastu…dah kira2 tolak campur semua, saya terus bagi harga kat dia.

Alhamdulillah…dia setuju & terus buat deposit.

Lepas dapat softcopy & saiz baju, terus saya proceed.

Dalam beberapa minggu, baju tu siap & bawah ni adalah hasilnya.

 

Bila dah siap tu…saya upload gambar baju tu & tunjuk kat customer.

Dalam masa sama tunjuk sekali bil & tracking number.

Dah selesai bayaran baki, terus saya pos.

Dapat je kat diaorang..terus dia sakan bergaya abang2 bomba ni.

Seronok kan main diaorang dapat baju tu…

Nampak macho bangat tu..terima kasih tuan Ridzuan sebab sudi order dengan kami.

Cerita 2

Yang ni pulak cerita dari rakan kita dari Indonesia tapi kerja di Malaysia.

Ni kali kedua dah dia order dengan saya.

Mula2 tu dia ada bagi gambar macam bawah ni untuk tahu harga.

Dia kata nak design lain2 bahagian depan sebab 1 baju 1 gambar & belakang semua sama.

Ok..lepas dah bagi harga semua & dia setuju, terus dia buat deposit & bagi semua gambar depan ikut saiz.

Untuk pengetahuan korang, kalau design lain2 setiap baju camni, saya rekemen guna stiker atau heatpress sebab lebih murah & jimat sikit.

Dipendekkan cerita, bawah ni gambar baju dah siap heat.

Bila dah siap semua, saya upload gambar ni kat wasap customer tu & terus dia buat bayaran baki.

Senang deal dengan customer ni sebab sebelum ni dia pernah deal dengan saya.

So…memang dia dah percaya kat saya & dah bayar terus saya pos.

Hasilnya bila dah dapat……..

Ni lah hasilnya….terima kasih Candra.

Mau tempah lagi bagitau ye…. 🙂

Cerita 3

Customer yang ni dah banyak kali order dengan kami.

Rasanya dari 2017 rasanya & dah jadi regular customer kitaorang dah.

Masa mula2 tu dia bagi design yang nak tempah tu..

Dia sebenarnya bagi logo depan & tulisan belakang je…pastu saya edit letak atas baju macam atas ni.

Dah setuju dengan harga semua..terus dia buat deposit.

Dah buat deposit, terus saya order baju ikut saiz & kod baju yang dia nak.

Dah dapat baju dia terus je start print & jadilah macam bawah ni…

Dah siap terus saya upload dalam wasap & dia terus bayar baki.

Dah bayar baki terus saya bagi nombor tracking & terus pos.

Hasilnya…..

Ni lah hasilnya…customer kitaorang sejak dulu lagi.

Inilah antara 3 cerita pasal tempahan TShirt yang saya sempat share hari ni.

Cerita2 lain saya kongsi kat artikel akan datang ye..guys!

 

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Sampai sini dulu ye, geng!

Jumpa lagi di lain artikel…baaiiii…..

Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbaju.com

Established Since 2010

Macam2 stail design RARE TShirt dari customer sejak 2010 hingga 2020 ni….

Hai & Salam Cetak Baju Gaisss….

Selamat berjumpa kembali dalam artikel tentang cetak baju online yang setia dengan customer kami sejak 2010 lagi.

Pejam celik pejam celik….macam tak percaya bisnes kitaorang dapat maintain selama 10 tahun sejak 2010 lagi.

Masa kami mula2 buat bisnes ni…sebenarnya kami tak mengharap apa2 pun.

Dah macam2 bisnes kami try tapi tak menjadi.

Tapi Alhamdulillah….dengan bisnes cetak baju ni bukan saje menjadi tapi menjadi2 rupanya.

Mula2 tu just sebab nak tolong wife sebab dia dah kena berhenti kerja & yang pergi kursus cetak baju..saya sebenarnya & bukan wife.

Tapi last2 wife yang terer printing.

Lagipun masa tu saya masih kerja dengan government, so…kalau diingat2kan balik memang huru hara jugak hidup time tu.

Masa start 2010 tu saya start jual area tempat saya je secara offline. Selitkan flyers dalam suratkhabar kat pasar2 tani setiap pagi Ahad.

Time tu orang ramai lagi baca suratkhabar hardcopy. Sekarang semuanya digital.

Masa 2010 tu…Alhamdulillah dapat le siapkan tempahan dalam 200 ke 300 helai sebulan.

Kira ok lah tu untuk newbie macam saya time tu.

Naik 2011…saya start promote bisnes saya dalam internet.

Masa mula2 cipta nama website tu….mohcetakbaju…ingatkan orang Malaysia je yang tengok tapi satu dunia tengok.

Tak sangka jugak tapi sebab yang tengok tu student Malaysia kat luar negara.

Pastu macam tak percaya jugak sebab ada student Malaysia dari Korea order baju muslimah dengan kitaorang beberapa tahun lepas.

Tak caya…tengok gambar bawah ni…

 

Jauh tu baju kitaorang sampai.

Selain tu..ada jugak dari UK, Singapore, Brunei, Poland, Mesir dan beberapa negara lain yang order dengan saya & kebanyakannya student Malaysia yang duduk kat situ.

Ada satu kali tu…saya dapat emel dari satu negara Amerika Tengah…entah apa namanya, nak order baju jugak dengan saya.

Kitaorang sembang dalam English tapi last2 tak jadi order sebab kos pos saje lagi mahal dari harga baju.

Yang call terus pun ada. Ada sekali dari US call….California tak silap tapi saya tak angkat.

Risau jugak takut scam.

Yang di Malaysia saje dah sampai ke ceruk2 kampung mana dah sampai dah.

Ke pedalaman Sabah Sarawak lagi. Macam tak caya je…tapi itulah hakikatnya.

Ada dah sampai Triang, Pahang, Kg Patau2 Labuan dll.

KAT SINI korang boleh baca artikel kitaorang sebelum ni yang dah pos ke ceruk kampung di seluruh Malaysia.

Cuma jangan mintak kitaorang pos ke Israel atau Korea Utara dah.

Takut ooo pos sampai sana….hehehe.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Kalau dikenang2kan….ada macam2 stail design TShirt yang customer pernah order sebelum ni.

Ada yang pelik & ada yang kiut. Semuanya kami print kan untuk customer kami.

Kalau gambar print biasanya tulisan depan atau tulisan belakang je.

So..tak pelik sangat tapi dalam banyak2 TShirt tu ada yang rare sikit & jarang2 kitaorang cetak.

Antara TShirt2 rare yang kitaorang pernah cetak sebelum ni ialah…

 

Macam atas ni…rare kan?

Gambar tangan pegang badan…memang jarang2 orang order baju camni.

Mana ada orang ramai pakai baju camni.

Korang nak order baju camni pun boleh jugak.

Yang ni pun rare bagi saya sebab semua tulisan jawi.

Cuma…design asal ni semua customer yang bagi.

Biasanya print tulisan rumi je tapi ni semua jawi…jarang2 saya terima order camni.

Cantik pun cantik….

Yang ni simple je…bahagian belakang baju lukis gambar tulang belakang je..

Tak ada wording apa pun. Depan ada print sikit.

Tapi pelik sikit le sebab tak pernah dibuat dek orang gambar tulang belakang je camtu….hehehe.

Ni antara design awal2 masa berkecimpung dalam bisnes printing ni.

Gambar earphone kat bahagian depan.

Dulu2 banyak jugak kitaorang dapat order baju camni.

Semua minat design camni masa tu. Memang sempoi.

Ni namanya design doodle.

Bagi saya design camni rare jugak sebab jarang2 customer order.

Memang sempoi sebab kartun2 dia dia lukis tangan je tu.

Kalau nak idea design doodle ni, korang boleh je Google Doodle design atau KLIK SINI untuk contoh design doodle yang kitaorang ada.

 

TShirt ni pun sempoi jugak.

Guna teknik halftone…Mula2 cetak putih, pastu tindih hitam.

Design dia hitam putih je tapi macam gambar asal.

Bawah ni pun teknik halftone jugak tapi 1 kaler print….

Yang ni semua guna teknik halftone atau senang nak faham…design original tapi 1 kaler print.

Selain daripada tu…ada lagi teknik yang kitaorang panggil teknik CMYK (Cyan Magenta Yellow Black).

Bila combine warna tu ikut turutan…akan jadilah satu warna asal yang cantik & nampak macam design asal.

Bila print CMYK tu…ni lah hasilnya.

Yang ni pun bagi saya rare jugak & ada beberapa order print camni.

Selain daripada tu….ada jugak design2 gambar artis Kpop yang kitaorang pernah print sebelum ni.

Macam yang Running man tu..antara contoh design yang kitaorang pernah print pada 2013 dulu.

Black pink tu baru lagi.

Ada jugak BTS dll.

Design ni lagi rare sebab ada 1 customer je order design camni.

Campuran merah & hitam.

Masa print tu…saya letak cat merah kat atas & hitam kat bawah.

Pastu sekali print dua2 warna tu.

Agak mencabar jugak sebab nak dapatkan tone kaler yang bercampur kat tengah2 tu.

Yang ni tak rare sangat sebab ramai yang order teknik sebelum ni.

Teknik emboss…cuma sebab nak kongsi ngan korang antara stail2 design yang customer pernah order sebelum ni.

Teknik design timbul namanya…lain dari print biasa.

Apa yang saya kongsikan dengan korang semua kat atas ni ialah antara TShirt2 rare yang pernah customer order dengan kitaorang sejak 2010 hingga kini.

Alhamdulillah…..sehingga 2020 ni, customer kami masih lagi menyokong kami.

Sempena 10 tahun dalam industri ni kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada korang yang sentiasa menyokong bisnes kami….terima kasih sekali lagi.

Inilah 2 orang pemilik Ainix Resources & http://www.mohcetakbaju.com yang dari dulu hingga sekarang tak jemu2 membantu korang untuk dapatkan TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang.

Ini pembantu kitaorang sebelum ni tapi dah resign sebab dapat tawaran masuk tadika….. :).

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Terima kasih sekali lagi kepada semua bekas pelanggan & pelanggan setia kami.

Hanya gambar & kata2 sahaja yang dapat menggambarkan betapa gembiranya diaorang dengan servis yang kitaorang berikan sebelum ni dari 2010 sehingga kini….

Lihat apa kata mereka?

Dan macam2 lagi kata2 mereka DISINI!!

Kitaorang harap2 korang pula selepas ini yang akan menjadi salah seorang customer HEBAT kitaorang nanti ye!

So…sampai jumpa lagi lain kami. Baaaiiiii…….

Abg Nik & Kak Salina

Cetak TShirt Raglan & Sublimation readymade untuk apa sahaja aktiviti anda atas muka bumi ni….

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Pekabo semua? Kami doakan semua sihat selalu hendaknya.

Jumpa lagi kita dalam blog mohcetakbaju.com yang menceritakan macam2 cerita pasal cetak TShirt online anda.

Hari ni saya nak kongsi ngan korang pasal jenis2 TShirt yang korang boleh pilih untuk buat TShirt design sendiri anda walau dimana sahaja anda berada atas muka bumi ni.

 

Biasanya customer pilih baju plain biasa je.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Apakata kalau korang pilih baju jenis Raglan atau sublimation pulak untuk TShirt korang tahun ni.

Baju sublimation ni bukan yang custom made tapi yang jenis readymade punya.

TShirt sublimation readymade ni murah sikit dari sublimation custom made & cepat siap sebab baju dah siap jahit.

Cumanya…saya risau stok je. Mungkin ada yang tak cukup stok.

Ni antara TShirt2 Raglan yang kami ada & korang boleh pilih.

 

Ni namanya TShirt Raglan….body kaler lain & lengan kaler lain.

Kalau nak tengok lagi TShirt lain, klik kat button bawah ni ye.

 

Bawah ni antara contoh2 TShirt Raglan yang kitaorang pernah print sebelum ni.

Memang sesuai sangat untuk korang yang cari baju yang sedikit berkualiti & lain dari yang lain.

 

 

 

 

 

 

TShirt raglan ni ada 2 jenis….cotton & microfiber.

Pilih je mana satu yang korang nak.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Selain daripada TShirt jenis Raglan…kitaorang juga ada sediakan TShirt sublimation readymade yang korang boleh pilih.

Ni antara TShirt sublimation yang kitaorang ada.

 

Ni namanya TShirt sublimation.

Dah ada corak siap & pilih je mana yang berkenan.

Klik link bawah ni untuk pilih TShirt Sublimation yang kami ada.

 

Ni antara contoh2 baju sublimation yang saya pernah buat sebelum ni.

 

 

Ni antara TShirt2 raglan & sublimation yang saya boleh rekemen kat korang untuk buat apa sahaja aktiviti atas muka bumi ni.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Ada apa2 nak tanya..wasap je ikut nombor kat atas ni ye.

Sampai jumpa lagi…

Abg Nik & Kak Salina

Seronok betul kalau dapat pakai TShirt cetak sedondon….

Hai & Salam Cetak Baju pada semua,

Nampaknya hari ni dah masuk hujung bulan 12/2019 dah…

Sekejap je masa berlalu..

Rasanya macam baru lagi hantar surat berhenti kerja 2 tahun lepas.

Tahun 2020 masuklah tahun ke 3 saya letak jawatan sebagai pegawai audit di salah sebuah ageni kerajaan & tunpukan 1000% perhatian kepada bisnes cetak TShirt kami.

Tahun 2020 jugalah…masuk tahun ke 10 kami di http://www.mohcetakbaju.com buat bisnes TShirt secara offline & online.

Daripada cetak atas lantai, ke meja makan, ke meja buffet & hinggalah sekarang ni dah buat ofis baru depan rumah guna kabin atau kontena.

Daripada 200 ke 300 helai sebulan..kini 1 ke 2 ribu helai sebulan.

Daripada kerja berdua dengan orang rumah hinggalah ada 2 orang pembantu.

Dan jugak pembantu kecik sorang….hehehe.

Ni lah pembantu kecik kami yang bantu masukkan baju dalam plastik…kalau kitaorang salah masukkan, mesti kena marah…. :).

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

 

Korang nak tahu tak…..antara keseronokan bila kita dapat berkumpul beramai2 bersama keluarga, saudara mara atau kawan2 ialah bila kita dapat kenal lebih dekat dengan semua orang.

Kita jugak boleh sambung silaturrahim antara keluarga jauh dan dekat.

Tapi boleh ke kita kenal semua orang yang kita jumpa masa perjumpaan tu?

Kita boleh kenal ke nama dia & nak panggil apa nanti.

Salah panggil malu kita nanti.

So…salah satu cara untuk kita lebih kenal dengan mereka ialah dengan menggunakan TShirt.

Ya…dengan memakai TShirt yang ada pengenalan masing2…In Sha Allah..korang akan lebih kenal lagi nanti.

Saya bagi contoh seperti baju dibawah ni…

Macam contoh baju ni….kat depan ada nama initial sorang2 & belakang ada nama ahli keluarga mana.

So..nanti tahulah kita nanti….orang yang pakai baju ni dari keluarga yang mana.

So..hasilnya macam bawah ni….

 

So..jadilah camni.

Kalau tak buat nama tapi cetak biasa2 je pun ok.

Sekurang2nya boleh le seronok sikit sebab boleh pakai baju sedondon tu.

Macam customer kat bawah ni….

Cetak TShirt untuk dipakai masa hari Keluarga, Rewang, time konvoi dll hanya boleh dilihat beberapa tahun kebelakangan ni je.

Sebelum2 ni masa tak ada internet, susah jugak nak pakai TShirt ramai2 camtu sebab bukan semua tempat yang boleh cetak baju camtu.

Kebiasaanya kilang2 besar yang hanya terima 100 helai ke atas je camtu.

Bila dah start pencetak TShirt sederhana & kecil2an macam kami ni, barulah lebih ramai manusia yang boleh pakai TShirt sedondon tu.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Ok..cam biasa..apa cerita cetak baju kita bulan ni?

Ni jauh customer ni order ni..dari Singapore tapi kebetulan dia ada kat Malaysia..so, kami pos kat Malaysia je.

Pastu dia buat balik Singapore.

Baju ni baru semalam siap & pos (26/12/2019). Saya tak pasti dia dah dapat belum baju ni.

Harap2 semuanya ok. Saya pun suka tengok baju ni….baju kain jersi hitam & cetak gold biasa (bukan shining).

Ni baju geng indon yang duduk kat Sabah ni.

Cetak campur2….guna heatpress & print silkscreen.. 4 helai guna TShirt & sehelai guna hoodie.

 

Yang ni just print 1 warna atas baju kain jersi atau microfiber brabd Enzo.

Simple je & cepat sebab customer dah sediakan semua design tu.

Kami just cetak je.

Ni antara contoh2 baju hari keluarga yang kami siapkan sebelum ni.

Dua2 design customer bagi & kami edit balik supaya sama macam yang customer nak.

Alhamdulillah….customer puashati. Itu yang penting sebenarnya.

Yang ni guna baju kain jersi brand Arorasport.

Cer tengok gambar yang ketiga tu….sambil2 print boleh gantung baju yang dah siap untuk dikeringkan.

Last sekali nak tunjuk contoh baju yang gunakan heatpress atau stiker high quality & print silkscreen.

Memang cantik…..

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Oklah…sampai setakat ni dulu ye.

Kalau sape2 nak jadi ejen kitaorang pun boleh….

 

Baiiii…jumpa lagi…

Abg Nik & Kak Salina

Syukur & seronok betul bila customer gembira dengan cetak TShirt masing2….

 

Assalam & Salam Cetak Baju kepada semua,

Apa khabar you all diluar sana?

Terima kasih banyak2 le sebab sudi jenguk blog kami di http://www.mohcetakbaju.com ni ye.

Sebelum saya bercerita tentang kisah hari ni, saya nak maklumkan lagi sekali ni….

Cuti sekolah & hujung Tahun 2019 dah hampir sangat dah.

Ada kurang lebih 2 bulan je lagi…

So…pada korang yang sedang mencari2 TShirt untuk program korang, janganlah lengah & tunggu lagi sebab masa tak akan menunggu kita.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

 

Kalau korang ada niat nak buat kenangan dengan TShirt…time ni lah yang paling elok sebenarnya sebab tahun depan mungkin kawan2 dah ramai berpecah.

Mungkin ada yang sambung belajar nnti & susah dah nak jumpa.

Mungkin ada yang berpindah…dah jarang2 boleh jumpa.

Mungkin ada yang nak kawin tahun depan…tak ada geng dah nak membawang atau membujang.

Tak macam2 lagi.

So…masa tengah bersama ramai2 camni le korang boleh buat kenangan dengan grup korang.

 

Kami ada sediakan macam2 jenis TShirt untuk korang tempah & korang sediakan je design nak print nanti.

Kalau korang tengok camane seronoknya customer2 kitaorang sebelum ni…camtu lah seronoknya kitaorang buat TShirt tu nanti.

Ada macam2 feedback yang kami terima & Alhamdulillah semuanya positif.

Bagi kitaorang…komen customer sangatlah penting sebab komen customer tu lah yang boleh jejaskan bisnes kitaorang & boleh bagi bad record kepada kitaorang.

Bila customer komen positif…kitaorang rasa seronok sangat sebab berjaya puaskan hati diaorang.

Tapi bila ada masalah timbul & customer bagi komen negatif….kitaorang dah start susah hati dah.

Sebab benda ni boleh jadi buah mulut dari sorang ke sorang.

Bila kitaorang buat TShirt & customer tak puas hati, nanti diaorang akan sebarkan kepada orang lain & ia akan jejaskan periuk nasi kitaorang nanti.

Tapi Alhamdulillah….setakat ini ( mulai 2010 lagi) hanya segelintir sahaja (dalam 2% dari 120K helai TShirt kitaorang siapkan) yang tak puashati dengan servis & produk kitaorang.

Dan yang tak puashati ni pulak…biasa kitaorang akan bagi sedikit diskaun atau apa2 offer yang boleh bagi lebih adil kepada diaorang.

Tak pernah sekali pun kitaorang abaikan yang komen negatif atau yang tak puashati tu.

Janji customer rasa terbela atau puashati & kitaorang expect diaorang akan order lagi selepas ni.

Itulah antara prinsip bisnes yang kitaorang pegang sejak dulu lagi.

Alhamdulillah….sehingga kini ramai yang ulang order dengan kitaorang walaupun dah bertahun2 berurusan.

Ada yang terus masukkan duit dalam akaun kitaorang tanpa beritahu.

Tahu2 dia nak order TShirt.

Ada satu kali tu, student dari Labuan, Sabah…bank in RM17,000 ke dalam akaun saya tanpa beritahu nak bank in (walaupun harga dah deal sebelum tu).

Kalau dapat kat penipu…habislah duit diaorang ni.

Selain daripada tu, kitaorang juga ada kongsikan pasal beberapa teknik cetakan seperti cetakan gold & halftone dalam artikel kitaorang pada hari ini.

Cuba baca apa customer ni kata….

Yang lawaknya….abang kakak yang kuat komplen pun suka baju yang diaorang pakai tu.

Alhamdulillah….kami yang tukang cetak baju ni pun tumpang seronok mendengarnya.

 

Yang ni tShirt untuk grup geng takut bini…hehehe.

Memang lawak betullah diaorang ni…..TShirt takut bini pun ada jugak.

Saya just print je. Tapi yang customer ni seronok sangat sebab ni kali ke 2 order dengan kitaorang.

Nak dijadikan cerita……mula2 tu macam tak sempat pos ke Penang (tempat dia) sebab hari tu nak pegi majlis kahwin kawan dia kat Batu Caves.

Last2 saya suggest tukar tempat pos ke Batu Caves….Alhamdulillah sempat pakai masa majlis kawin tu.

Seronok bukan main customer tu….saya pun tumpang seronok jugak.

Ada macam2 lagi style customer kitaorang seronok bila dapat baju tu tapi tak ingat dah kat nombor telefon mana.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

 

Cam biasa…..apa cerita hari ni ye?

Ni hoodie brand Gildan ni. Mula2 tu customer bgtau ada kedai tak boleh print macam bahagian depan tu tapi saya kata ok je.

Dah lepas deal beberapa kali & setelah saya konfidenkan diaorang banyak kali, akhirnya diaorang setuju jugak nak order.

Memang puashati betul diaorang bila dapat baju tu.

Ni cetak warna gold bahagian depan & kat lengan.

Tapi ni bukan gold shining tp gold yang kami bancuhkan warna…last2 jadi warna seakan2 gold camtu.

Tapi warna dia still cantik & hampir macam gold.

Yang ni cetak tulisan jawi. Design asal customer yang bagi & diaorang scan guna komputer.

Lepas dah scan, diaorang emelkan ke emel kitaorang & last sekali ni lah hasilnya.

Depan letak logo stiker yang jenis high quality. Memang sempoi….

 

Yang ni satu lagi contoh TShirt cetak Gold yang kitaorang bancuh & bukan gold yang shining.

Actually…gold shining lagi mahal dari gold yang bancuh ni sebab gold bancuh ni guna dye biasa je.

Kalau gold yang shining tu kena guna serbuk khas untuk nampak shining…tu yang mahal sikit tu.

Macam baju atas ni…walaupun gold bancuh tapi kaler gold dia still menyerlah..habaq hang..

Yang ni pulak customer mintak print camni. Warna bendera Perancis…depan gambar eiffel tower.

Tak tahu lak kenapa print bendera Perancis ni…diaorang ada rombongan sekolah ke Perancis kot…

Fuhhh…hebat betul sekolah diaorang ni…

Satu lagi contoh TShirt cetak gold bancuh….belakang gold & depan putih.

Design asal ni customer dah bagi siap2 dalam Ai…senang sebab terus boleh print.

Tak payah nak mengada2 gi lukis balik pulak…jimat sikit masa.

 

Hahh….yang ni special sikit sebab cetka yang ni kitaorang guna teknik halftone.

Apa tu halftone? Halftone tu ialah teknik cetakan guna design asal & design dia kena tukar ke dot dot dot supaya kekal sebijik macam gambar asal.

Macam gambar atas ni….background kena buat putih..pastu gambar tengah tu gambar blok printing untuk cetak yang warna hitam teknik halftone tu.

Memang akan dapat sebijik macam design asal guna teknik ni.

Yang ni kitaorang bukan cetak atas baju ye…yang ni cetak atas beg galas.

Tulisan asal tu customer tulis atas kertas, diaorang scan pastu emelkan kat kitaorang.

Beg ni yang ada tali tu.

Cuma time nak print tu kena masukkan dalam papan jugak supaya design masa print tu naik & lebih cantik.

 

Oklah korang…setakat ni dulu lah cerita kami buat masa ni.

Bagi korang yang beria2 nak order TShirt dengan kitaorang…hasrat korang tu sangat2 lah dialu2kan…

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

 

# UNTUK PERHATIAN KORANG :

KAMI ADA SEDIAKAN MACAM2 SERVIS CETAK BAJU LAIN SEPERTI :

  1. CETAK SILKSCREEN PRINTING
  2. CETAK HEATPRESS (STICKER HIGH QUALITY)
  3. SULAMAN LOGO, NAMA & WORDING

KAMI JUGA SEDIAKAN PELBAGAI JENIS TSHIRT READYMADE UNTUK KORANG :

  1. BRAND ENZO
  2. BRAND GILDAN
  3. BRAND OREN SPORT
  4. BRAND 4SQUARE
  5. BRAND ARORASPORT
  6. BRAND RIGHTWAY

KAMI JUGA SEDIAKAN DESIGN2 TSHIRT YANG SIAP SEDIA UNTUK KORANG PILIH IAITU :

  1. DESIGN TSHIRT HARI KELUARGA
  2. DESIGN TSHIRT KELAS
  3. DESIGN TSHIRT REWANG/KAHWIN/BEKWOH

SEMUANYA READY & SEDIA UNTUK KORANG ORDER…

So…jumpa lagi dilain siaran…baaaiiiii…

Abg Nik & Kak Salina

Bila tokey TShirt sendiri buat TShirt Hari Keluarga…..

 

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Lama dah saya tak pos cerita dalam blog ni.

Apa khabar semua? Didoakan semoga semua sihat bersama orang tersayang.

Hari ni saya nak kongsikan dengan korang pasal TShirt Hari Keluarga yang kitaorang sendiri buat setiap kali Hari Keluarga kitaorang sendiri.

Cer tengok sendiri gambar2 bawah ni…..betapa seronoknya masing2 santai ditepi pantai sambil pakai TShirt sedondon semua orang.

Hari keluarga ni kitaorang buat semasa cuti Raya Korban baru2 ni kat Kg Cherok Paloh, Kuantan.

Memang seronok betul sebab setahun sekali je dapat jumpa camni sambil pakai baju sedondon.

Bonda orang yang paling happy bila tengok gelagat anak2 & cucu2 sebab jarang2 dapat berkumpul ramai2 camni.

Sekali dapat berkumpul memang happening & pening sekali…..hehehe.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Selain daripada Hari Keluarga sendiri, ada jugak kawan2 yang buat hari keluarga diaorang & TShirt pun order dengan kami.

Macam Hari Keluarga kawan bawah ni….

Yang ni diaorang buat kat Cherating ni…sama jugak time raya korban baru2 ni.

Memang sempoi & sape2 pun boleh tempah kalau nak.

Akhir tahun cuti sekolah ni time yang ok sangat kalau nak buat hari keluarga tu.

Tapi jangan tempah lambat sangat…takut nanti dah suntuk sangat takut tak sempat nak buat baju tu.

Bagi yang rasa buntu nak buat design TShirt Hari Keluarga tu….jangan lah risau sebab kitaorang ada sediakan macam2 jenis TShirt & macam2 jenis design Hari Keluarga yang korang boleh pilih.

Klik je kat gambar bawah ni & korang boleh pilih macam2 stail design yang korang nak….tak perlu dah sakit kepala nak designkan baju tu sendiri.

Nasihat saya…pakat lah segera dengan family korang sebelum terlambat ye.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Selain daripada TShirt Hari Keluarga, kami jugak banyak dapat tempahan TShirt lain…

Jom tengok TShirt apa yang kami dah siapkan sebelum ni….

Ni pun baju Hari Keluarga yang sempat customer kitaorang order sebelum ni.

Baju dewasa guna baju kain jersi & budak cotton. Baju muslimah guna baju kain jersi brand enzo.

Memang sempoi….

Ada beberapa lagi baju Hari Raya Korban yang kitaorang buat tapi tak sempat nak ambik gambar.

Kebanyakannya untuk geng2 melapah lembu korban.

Yang atas ni je yang sempat kitaorang ambik gambar.

Ni satu lagi contoh baju Hari Keluarga untuk tatapan korang.

Ni baju Hari Keluarga pejabat ni. Kat 200 helai jugak diaorang order baru2 ni.

Termasuklah lengan panjang, pendek & budak. Semua sedondon satu warna.

Ni pulak TShirt Hari Kemerdekaan Indonesia. Ada beberapa customer jugak yang order baju camni tapi yang ni antara yang sempat saya ambik gambar.

Yang ni satu lagi untuk warga Indon tapi order yang ini sakit hati sikit sebab customer ni nak saya pos dulu baru bayar baki.

Macam2 bukti dah saya tunjuk…sampai sekarang masih belum bayar baki tu.

Rasanya kalau dia tak bayar dalam tempoh sebulan ni, saya nak jual baju ni nanti….just nak cover kos je.

Cer korang tengok…punya cantik design tu tapi tak pastilah apa masalah customer ni.

Ni TShirt geng Sukan Tahunan ni. Guna baju kain jersi brand Enzo & cetak logo kat dada je.

Simple & sweet. Semua jenis TShirt kitaorang sediakan & tak perlu pening dah nak cari TShirt2 tu kat luar.

Ni pun sama untuk team sukan bowling.

Jauh datang ni…dari Kelantan lagi. Ada lagi baju yang diaorang order tapi tak sempat nak ambik gambar jugak.

Yang ni TShirt untuk program Robotik…

Ni cetak warna gold biasa & bukan gold yang shining.

Cetak camni pun dah cantik & harga macam print warna biasa.

Kalau gold yang shining kitaorang guna vynil & mahal lagi harga dia.

So…setakat ni saje untuk tatapan korang.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Sila godek2 blog saya ni untuk korang lihat macam2 benda yang kami tawarkan…..dari TShirt kosong hinggalah kepada ebook special! Semua ada.

Jumpa lagi……baaaiiiii……

Abg Nik & Kak Salina