Pukul 3 pagi call……nak order Tshirt!
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar semua?
Nampaknya kita ber PKP semula macam dulu2.
Dah tak boleh cakap apa dah kecuali sabaaaarrr banyak2.
Tapi walaupun macam tu…bisnes kami masih berjalan macam biasa & sentiasa menerima tempahan dari pelanggan2 kami.
Hari ni saya nak kongsi dengan korang bagaimana kerenah & ragam customer2 kami sebelum2 ini.
Just nak share je sebab bila kita dalam bisnes ni baru kita percaya benda2 macam ni.
Kalau tak…macam tak percaya je ada berlaku macam ni…
CERITA 1
Ada sorang akak ni..dia berniaga kedai makan kat Langkawi. Time sebelum PKP lagi.
Satu hari tu…dia call saya jam 3 pagi sebab nak tempah tshirt.
Bayangkanlah jam 3 pagi..kita tengah seronok tidur & dibuai mimpi.
Biasanya kalau call pagi2 macam ni panggilan kecemasan samada dari keluarga atau sedare mara.
Tapi bila tengok nombor telefon tu..nombor yang saya tak kenal & saya abaikan je.
Lepas tu…dah susah nak tido sebab terkejut tiba2 sebab bunyi telefon tu.
Esoknya…akak tu call balik dalam 10 malam.
Saya cam nombor dia & tanya..dia ke yang call pukul 3 pagi semalam?
Dia mengaku & dia kata dia berniaga kedai makan kat Langkawi & nak order baju.
Apalah yang difikirkan oleh akak ni masa dia call tu ye.
Dia rasa masa call saya tu, kat tempat saya siang agaknya.
Tak terfikir ke dia orang lain tengah tido masa pukul 3 tu…ye lah, dia berniaga time tu.
CERITA 2
Customer yang ni pun jenis yang tak tido malam agaknya.
Dia pun call saya nak order baju pukul 2 pagi.
Masa tu cam biasa….tengah seronok tido & diulit mimpi.
Esok siangnya dia call semula & dia kata nak order baju.
Dia juga ada datang kedai saya untuk deal pasal baju tu & saya ada tanya dia..kenapa call pukul 2 pagi?
Dia tersipu2 malu.
Nasib baik jadi order baju tu.
CERITA 3
Dah nak masuk tido pukul 11 malam…tiba2 handphone berbunyi.
Tengok nombor tak kenal…so, konfem customer nak order TShirt tu.
So..sebab dah tutup lampu & dah landing atas katil, so saya abaikan.
Esoknya dia call lagi nak tempah TShirt.
CERITA 4
Whatsapp pukul 11 ke 12 ke atas tengah malam bagi saya ok lagi.
Tapi biasanya saya tak jawab terus.
Esok pagi baru saya jawab.
Ada yang bagi salam kat Whatsapp pukul 12 tengah malam.
Ada juga yang mesej tanya pasal baju pukul 3 ke 4 pagi.
Mintak maaf lah kalau tak jawab terus sebab tunggu siang baru jawab.
Macam2 ragam customer ni sebenarnya.
CERITA 5
Yang ni bukan cerita pasal call tengah malam tapi ada customer yang tak percaya kita buat bisnes.
Bagi saya tak kisah kalau berhati2 sebab sekarang ni ramai jugak yang jenis penipu dalam online ni.
Tapi masalahnya…yang menipu ni lah yang akan efek bisnes orang yang bisnes jujur ni.
Yang akak ni…sebab takut kena tipu, dia mintak salinan IC saya sebagai gerenti.
Saya pun sebenarnya takut nak bagi IC ni sebab takut ada scammer yang guna IC tu untuk buat loan haram.
So..saya mintak jugak salinan IC dia sebagai gerenti.
Last2 tak nak bagi & tak jadi order.
Sama2 risau sebenarnya…..
Tak caya…cer tengok bukti wasap ni…
CERITA 6
Yang jenis maki hamun kitaorang pun ada.
Ada satu customer tu, dia masukkan saya dalam group chatting diaorang sebab senang nak tanya pasal baju tu.
Tapi saya senyap sekejap dalam group tu sebab drive kereta..terus diaorang mencarut2 & memaki hamun…
Ada yang kata mati eksiden lah, macam2 carut lagi…..padahal bukan sengaja saya senyap.
Saya terus left dari group tu.
CERITA 7
Ada 1 customer ni nak order sehelai je TShirt.
Saya bagitahu…maaf, saya terima 5 helai ke atas je.
Nak tahu apa dia cakap……@#%$&%^%&^^%*…habis dicarutnya saya.
Kenapalah nak dicarutkan…kalau saya tak jual, cari lah orang lain.
Senang benor nak mencarut orang.
Orang camni ada masalah mental kot….teruk betul.
Fuuuhhhhh…..macam2 dugaan buat bisnes ni sebenarnya.
Ada banyak lagi kenangan & dugaan saya tempuh sepanjang buat bisnes online ni.
Tapi Alhamdulillah…dugaan tu buat saya lebih kuat & tabah.
Syukur dapat juga bertahan sehingga kini…10 tahun dalam bisnes ni.
Cuma nak bagitahu..yang masalah camni segelintir je sebenarnya.
Majoriti customer kitaorang yang ok & baik hati sebenarnya.
BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Cuma tahun 2020 ni start dugaan yang sangat besar iaitu Covid 19.
Bukan saya sorang je yang efek tapi semua orang diseluruh dunia.
Saya doakan semoga Covid 19 ni cepat2 lah diangkat & dihapuskan oleh Allah dari muka bumi ni & dapatlah kita buat aktiviti seperti sediakala.
Oklah….apa cerita cetak baju kitaorang hari ni ye?
Alhamdulillah…ni komen dari regular customer kami yang dapat baju dia baru2 ni.
Baju cotton & cetakan gold. Memang naik warna dia kalau print atas baju gelap.
Ini baju2 masa dalam proses printing. Just simple & nice.
Ni just nak kongsi dengan korang tshirt guna stiker.
Bukan kaleng2 stiker tapi stiker kualiti tinggi. Stiker ni kita guna heatpress & ditempah khas dari kilang luar yang specialized dalam pengeluaran stiker.
Kitaorang guna stiker untuk baju yang ada design colourful je.
Tapi kalau kuantiti banyak..biasanya saya guna printing untuk jimat bajet customer.
Ni logo untuk company Airasia. Logo depan sulam & belakang print.
Nak sedikit eksekutif kalau depan buat sulam camtu.
Baju ada 2 jenis tu….cotton & jersi.
Ni baju untuk pomen kampung.
Ada 4 kaler print & memang syok kalau dapat print gambar camni.
Ni gambar asal yang customer tu bagi.
Lepas dah deal harga & dia setuju dengan harga tu, terus dia buat deposit.
Kitaorang pun terus buat design tu & tunjuk kat diaorang.
Dia dah setuju dengan design tu..baru kitaorang start print.
Jadilah camni & depan sulam.
Ni baju untuk syarikat FGV Fertilizer kat Temerloh, Pahang.
Logo guna printing biasa je sebab simple.
Ok…setakat nilah saje buat kali ini.
Bagi yang rasa2 macam nak tempah TShirt dengan kitaorang lepas PKP ni, jangan lupa kontek kitaorang ye.
Sampai jumpa lagi….baaaiiiii….
Abg Nik & Kak Salina
BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Posted on 28/01/2021, in Baju Company, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju kanak-kanak, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju jersi, baju kahwin, baju kelas, baju keluarga, baju murah, baju syarikat, cetak baju, cetak jersi, cetak tshirt, contoh design baju kelas, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, t shirt rewang, tshirt cetak, tshirt group, tshirt keluarga, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0