Dah nak bukak sekolah ni…Cetak TShirt Sukan Sekolah jadi tumpuan cikgu2 sekarang ni…
Salam cetak baju semua,
Setakat saya tulis artikel ni, lagi seminggu cuti sekolah berakhir & penggal sekolah baru akan dibuka.
Time ni le cikgu2 sekolah berduyun2 nak order TShirt sukan, TShirt Sekolah & TShirt Asrama diaorang.
Bila bukak je sekolah…TShirt2 untuk aktiviti diaorang dah siap sedia dah.
Kebiasaannya yang datang order dengan kitaorang ialah regular customer yang dah beberapa tahun order TShirt dengan kitaorang.
Diaorang duk ulang order dengan kuantiti yang besar…mungkin puashati dengan servis & produk kami kot.
Walaupun ada beberapa kali harga terpaksa dinaikkan sedikit sebab harga material pun dah naik, tapi diaorang still order dengan kitaorang jugak.
Mari nak cerita sikit pasal tempahan TShirt untuk sekolah ni.
Kebiasaannya time cuti sekolah panjang terutamanya hujung tahun nak masuk tahun baru….kitaorang memang pack dengan tempahan TShirt untuk aktiviti sukan sekolah seluruh Malaysia.
Biasanya pihak sekolah akan caj harga TShirt2 ni dalam yuran sekolah budak2 nanti.
Tu yang diaorang berpusu2 order time awal bukak sekolah tu.
Kitaorang ada sediakan beberapa pilihan TShirt Sukan, TShirt Sekolah & TShirt asrama untuk sekolah ni….
Antaranya…
TSHIRT PLAIN
Kalau cikgu2 nak tempah TShirt tapi bajet diaorang tak besar, saya suggest guna baju plain camni je.
Pastu tambah cetak. Harga pun tak mahal sangat & masih lagi mampu milik.





Contoh macam gambar atas ni…sempoi je.
Kain pun sedap dipakai & still boleh bawak pergi jalan2 jugak.
TSHIRT YANG SAMBUNG KAIN ATAU RAGLAN
Kalau yang cotton kitaorang ada dari saiz budak2 sampai dewasa.
Cantik jugak kalau nak order baju camni untuk aktiviti sekolah
Ada lengan pendek & panjang. Sesuai sangat untuk aktiviti yang berkaitan rumah sukan.
TShirt yang ni antara yang paling banyak dapat sambutan dari sekolah sebab kain dia ok & kombinasi warna yang menarik.










Budak2 suka sangat guna TShirt ni sebab kain dia lembut & design dia cantik.
Just tambah design nak print je.
TSHIRT CUSTOM MADE
Yang ni pun banyak kitaorang terima tempahan tapi masalahnya lambat siap.
Masa saya tulis artikel ni, TShirt custom made ni dalam 1.5 ke 2 bulan baru boleh siap.
Ada supplier yang cepat siap tapi harga mahal sikit.
Tak apa…korang bagitahu je dulu detail kat kitaorang, nanti kitaorang tanya supplier dulu nanti.
Kebanyakan besar customer yang buat custom made ni ialah customer yang duk ulang banyak kali order dengan kitaorang.
Ada yang dah 7 ke 8 tahun deal dengan kitaorang, setiap tahun diaorang order dengan kitaorang.







TSHIRT SUBLIMATION
Selain daripada TShirt kat atas ni, ada satu lagi jenis TShirt yang dapat sambutan hangat dari pelanggan iaitu TShirt Sublimation.
TShirt sublimation ni mesti kain jenis microfiber. Jenis cotton saya tak buat.
Saya terima 30 helai ke atas untuk baju sublimation ni sebab kena jahit lain.
TShirt sublimation ni special sebab kita boleh cetak apa je atas baju tu ikut kehendak kita.
Beza dengan TShirt readymade, tak semua jenis stail printing boleh buat macam baju sublimation.
Contohnya camni….










So..cikgu2 sekolah yang nakkan kelainan, boleh try tempah TShirt sublimation ni nanti.
Lain dari yang lain & boleh cetak apa sahaja design yang terlintas kat kepala (selagi tak melampaui batas).
Oklah….hari ni cam biasa, saya nak kongsikan contoh2 tempahan yang saya siapkan sebelum ni.
Oooppsss sori….iklan jap…hehehe.
Bukak2 kotak, keluar lak kepala 2 ekor anak bulus ni. Jadi le buat hiburan kat kedai.












Sebelum cuti sekolah hari tu, kitaorang banyak dapat order TShirt Hari Keluarga.
Cetak pun simple je….1 kaler print.
Design semua pilih & buat sendiri. Kitaorang transfer je ke TShirt.




Yang ni TShirt company ni…
Semua regular customer ni…dah beberapa kali order dengan kitaorang. Senang sikit sebab design semua dah ada.
Tak payah susah2 nak lukis balik sebab semua dah ada.
TShirt yang ni kan….hari tu kitaorang ada siapkan dalam beberapa ratus helai jugak.
Pastu, pakat dengan wife gi hantar sendiri kat KL sebab nak jimat kos pos.
Pastu jugak, minggu lepas gi jalan2 kat Sogo KL dengan anak2. Jumpa dengan branch dia…tak lepas peluang, gi ambik gambar sebagai bukti.
Bangga jugak buat TShirt tu hari tu…hehehehe.


Yang ni khas untuk kem motivasi remaja kat Johor.
Jauh terbang tu…dari Perak ke Johor.
Seronok betul diaorang dapat pakai baju tu sambil bermotivasi.
Terima kasih ustaz Herman..nak order lagi bagitau ye!
Ok…setakat ni dululah ye.
Bagi yang nak order TShirt dengan kitaorang,,just follow je step ni…
BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ok..jumpa lagi dilain hari…baaaaaiiiiiiiiii….
Ikhlas :
Abg Nik & Kak Salina
Bila Customer Cetak Baju Kami Seronok Dapat Baju Mereka…..
Salam cetak baju semua,
Selamat berjumpa kembali dalam blog mohcetakbaju.com.
Kalau masa blog ni dimasukkan dalam online, artikel kitaorang sebulan ada beberapa kali kami keluarkan cerita.
Tapi sekarang ni…sebulan sekali ke 2 kali je keluar cerita.
Almaklumlah…umur makin meningkat termasuk umur blog kitaorang.
Tapi kalau ikutkan, masa mula2 blog kitaorang ni wujud, saya masih lagi kerja full time dengan kerajaan.
So, bayangkanlah…dengan kesibukan kerja hakiki setiap hari, saya masih sempat tulis artikel dalam blog ni 4 ke 5 kali sebulan.
Untuk pengetahuan korang, saya start tulis blog & promote blog ni secara online sejak 2011 lagi.
Dan start dari 2011 tu lah, customer saya bertebaran seluruh Malaysia & dunia.
Memang tak disangka2.
Ada macam2 feedback dari customer kitaorang dalam & luar negeri pasal servis cetak baju kitaorang.
So..hari ni saya nak kongsikan dengan korang gambar2 & caption2 yang customer kitaorang bagi sebagai tanda terima kasih diaorang sebab siapkan baju diaorang tu.
Jauh customer ni order ni…dari Korea Selatan.
Bukan kaleng2 tu…
Actually diaorang student Malaysia kat Korea & nak cari TShirt Muslimah tapi kat tempat diaorang tak ada.
Tu yang order dengan kitaorang time tu.
Yang ni customer ni masih belajar kat Mesir masa dia order baju tu.
Tapi sebab guna Whatsapp je order, so urusan nak deal harga semua jadi mudah.
Dah siap, kitaorang pos ke Semenanjung je. Urusan nak tanya harga semua tu je guna online.
Yang tempah dengan kitaorang ni bukan orang tempatan Malaysia je, orang Indon yang kerja kat Malaysia pun ada.
Cer tengok gambar atas ni…kemain lagi. Siap ada gambar sorang2 atas baju tu.
Semua ni geng2 diaorang yang kerja satu tempat kat Malaysia ni.
Selain daripada customer2 biasa, kebanyakan besarnya kitaorang punya customer ialah customer dalam group ramai2.
Mostly yang order TShirt secara ramai2 macam TShirt Family Day camtu.
Ni antara gambar2 customer yang seronok benor dapat baju masing2 tu.






Selain daripada TShirt biasa, ada jugak TShirt sublimation yang customer kitaorang order.
Cer tengok geng2 bomba ni punya baju….
Ni namanya TShirt sublimation. TShirt print terus atas kain kosong & ini lah hasilnya…
Nah..cuba tengok lagi testimoni2 kami yang sempat customer2 saya kongsikan sebelum ni….












Ini hanyalah sebahagian daripada beribu2 gambar yang customer kongsikan dengan kitaorag.
Orang kata gambar boleh menjelaskan seribu perkataan.
So…hanya dengan gambar2 ni, korang boleh naikkan keyakinan korang dengan servis kami ni kan….
KLIK DISINI UNTUK LIHAT BANYAK LAGI TESTIMONI ATAU CUSTOMER YANG PUASHATI DENGAN TSHIRT DIAORANG!
Oklah…hari ni cam biasa, saya nak kongsikan dengan korang antara job2 yang dah kitaorang siapkan sebelum ni ye…
TShirt Syarikat….antara TShirt yang banyak jugak dapat sambutan dari customer kitaorang….















Ni antara TShirt Syarikat yang saya siapkan sebelum ni. Alhamdulillah…meriah betul.
Order setakat ni non-stop. Semuanya rezeki dari Allah.




Ni pulak TShirt Hari Keluarga. Actually ada lagi gambar baju Hari Keluarga ni tapi ni je yang sempat di upload hari ni.
Ni TShirt Kelas. TShirt kelabu & cetak gold.
Memang naik warna dia.
Sesuai sangat untuk kenangan budak2 sekolah









Yang ni nak cerita sikit…Alhamdulillah dapat order dalam 800 helai baru2 ni.
Pastu kebetulan gi KL, hantar sendiri terus kat company tu.
Penuh 1 bonet Ford Ranger tu. Syukur.
So, bagi korang yang nak tempah TShirt dengan kotaorang, jangan segan & jangan silu ye.
Kontek je terus kitaorang untuk dapatkan sebutharga.
In Sha Allah, kaitaorang cuba bagi harga yang agak berpatutan untuk korang semua ye.
Oklah…rasanya setakat ni dulu buat kali ni.
Cam biasa….kalau nak order TShirt, boleh Whatsapp kitaorang macam bawah ni…
Sampai jumpa lagi ye,
Ikhlas dari,
Abang Nik & Kak Salina
Tahun 2023…almost 13 tahun dalam bisnes cetak baju. Syukurrrrrr…..
Salam Cetak Baju semua,
Pertama2nya syukur sangat2 sebab masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk teruskan bisnes cetak TShirt ni secara online & offline.
Tahun 2023 ni genap 13 tahun kitaorang dalam bisnes cetak TShirt ni walaupun masa mula2 buat bisnes ni hanya sebagai part time je.
Tak sangka dapat maintain sejauh ini…Alhamdulillah sekali lagi.
Ada beberapa fakta yang saya nak kongsikan dengan korang tentang perjalanan bisnes TShirt kitaorang dalam umur 13 tahun ni.
Masa mula2 nak order TShirt dengan supplier kami iaitu OREN SPORT, saya ada tanya diaorang…beberapa minimum helai yang membolehkan kitaorang dapat harga ejen?
Saya ingat lagi, time tu dekat traffic light kat bandar Teluk Intan.
Diaorang kata 500 helai ke atas baru dapat harga ejen.
Pastu saya sengih sorang sebab rasa macam tak mungkin boleh capai 500 helai time tu.
Tapi Alhamdulillah….sekarang dah lebih 125,000 helai saya siapkan order customer semenjak 2010 lagi.
Masa mula2 belajar printing TShirt (kursus cetak TShirt) kat Sungai Besar dengan Tok Guru saya Tuan Fazli, hanya saya sorang yang pegi.
Wife tak pegi pun & saya target buat part time je untuk bantu isteri yang baru tamat kontrak kerja time tu.
Tapi last2 wife yang expert printing TShirt dari saya walaupun saya pergi kursus tu.
Masa 2010 tu saya masih kerja hakiki sebagai Pegawai Audit di LHDN.
Setiap hari pergi kerja & balik kerja saya berdoa untuk bisnes ni berjaya & saya boleh berhenti kerja. Buat full time.
2013..kami 1 keluarga dapat peluang gi umrah. Kat sana doa lagi.
Alhamdulillah…2016 ambik cuti tanpa gaji setahun & 2017 berhenti kerja. Buat full time.
Masa mula2 printing dulu..ingat lagi..terpaksa printing atas lantai sebab tak ada meja printing yang proper masa tu.
Kat rumah mak, printing atas meja makan je..itu pun 2 helai baju sekali print.
Tak caya…cuba tengok bukti bawah ni.
Tapi sekarang…Alhamdulillah, boleh lah print banyak2 sekali jalan.
Masa kerja hakiki dulu, saya sebagai Ketua Unit.
Selalu masuk meeting, pastu time tu lah customer call nak order baju.
Sekali sekala terpaksa keluar bilik meeting jap sebab customer nak jugak cakap dengan saya.
Bos2 pun dah jeling lain macam dah.
Itu lah antara sebab saya nekad berhenti kerja. Takut makan duit tak berkat.
Masa kerja hakiki dulu jugak…masa sangatlah padat.
Bayangkanlah…balik kerja pukul 6 petang, sambung duduk depan komputer kat rumah untuk jawab emel & buat design.
Time tu buat bisnes berdua je dengan wife.
Blok printing pun saya jugak yang buat.
Sampai ke malam belum habis lagi.
Lepas subuh esoknya, sebelum pegi kerja..mengadap lagi depan komputer untuk jawab soalan customer & ambik order.
Hakikatnya..time kerja hakiki dulu2 memang struggle betul dengan bisnes ni sebenarnya.
Sekarang ni…masalah masa dah tak jadi masalah dah sebab full time buat bisnes ni.
Cuma sekarang ni sebab baru lepas PKP & Covid 19, tempahan baru nak naik balik.
Tapi Alhamdulillah….setakat ni order masih non-stop.
Dulu kalau bab2 printing & bancuh2 warna ni kitaorang main hentam je sebab tak ada ilmu.
Tapi sekarang sebab ada staf sorang yang ada degree Seni Halus dari UiTM, so, semua serah kat dia.
Dia memang expert bab2 campur2 warna ni. Lega sikit kitaorang.
Order paling banyak untuk sorang customer kitaorang pernah terima tak silap tahun 2018 hari tu.
Sorang customer baru Tingkatan 4 order lebih 3,000++ helai untuk sekolah asrama penuh seluruh Malaysia.
Dia sapu semua sekolah asrama penuh untuk dia jual TShirt tu.
Bayangkanlah..kalau dia just ambik RM5 sehelai je untung atas setiap baju…so, dia dah dapat RM15K untuk tempahan baju tu.
Amaun yang sangat besar untuk seorang budak sekolah macam dia.
Dari 2010 hingga 2023..ada macam2 kenangan pahit & manis yang kita orangdah lalui.
Kitaorang pernah kena maki, kena carut, kena marah (segelintir customer).
Kitaorang kena tipu pun ada. Tak bayar2 lagi baki. Tak tahu lah diaorang ni.
Yang terkini pun ada…tapi silap saya jugak, baju dah pos tapi duit tak bayar2 lagi.
Yang silap pun ada..customer nak sulam, saya pegi print (1 customer).
Yang pulang balik baju pun ada sebab tak puashati tang printing (1 customer)
Tapi Alhamdulillah…yang banyak nya yang puashati dengan servis kitaorang.
Biasalah…hero pun ada kalah jugak.
Kami tak sempurna.
So..itu antara 10 fakta menarik pasal kami yang kami tempuh semenjak 2010 hingga 2023 ni.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kitaorang untuk menghadapi cabaran akan datang.














Atas ni contoh gambar masa awal2 kitaorang dalam bisnes TShirt dulu.
Bayangkanlah…..dulu tak ada meja printing yang proper.
Setiap kali nak printing, kena masukkan baju dalam papan satu2.
Pastu dah siap print, sidai tepi2 katil atau meja nak bagi cepat kering.
Itu teknik yang saya guna dulu2.












Dulu, kini & selamanya….
















Orang kata…gambar menunjukkan 1000 perkataan (picture shows thousand words).
Hanya dengan tunjuk gambar je..korang boleh bayangkan bisnes kitaorang ni kan…
Kalau tokey kedai sendiri bagitahu pasal TShirt dia..mungkin susah nak percaya tapi kalau tunjuk gambar, customer lebih percaya.
Ni antara gambar2 testimoni kami dari 2011 lagi.
So..cam biasa…kalau nak order baju…
Bagi yang tak biasa dengan blog kitaorang, nak bagitahu ni….kitaorang terima order untuk macam2 jenis TShirt.
Antaranya :
Ok…sampai jumpa lagi ye….baaaaaiiiiiii…
Abg Nik & Kak Salina
Bagaimana nak letak design atas TShirt especially TShirt Hari Keluarga, TShirt Kelas & TShirt Kahwin/Rewang?
Assalam semua & Salam Cetak Baju,
Apa cerita Bro & Sis?
Tengah pening cari tempat nak buat TShirt group korang ke?
Bukan setakat pening nak cari tempat untuk cetak TShirt tapi IDEA nak designkan atas TShirt pun tak ada lagi ni….
Kalau zaman dulu2 masa tak ada handphone…memang lagi pening nak buat TShirt design sendiri sebab bukan semua tempat yang boleh buat TShirt tu kalau order sikit2.
Dolu2 mana ada kilang terima nak tempah TShirt design sendiri kalau just 5 helai je…
Susah jugak dulu2 kalau nak tengok ramai2 pakai TShirt sedondon sama je semua kalau tak dalam group yang besar macam sekolah, universiti dll.
Tapi zaman teknologi sekarang…Alhamdulillah, semua benda dah boleh buat.
Setakat 5 orang je pakai sedondon untuk group santai pun kita boleh buat.
Kalau ramai2 order lagiiiii lah boleh nya…..
Zaman dulu dengan zaman sekarang memang jauh sangat bezanya…
Salah satu perbezaannya ialah camane korang boleh letak sendiri design atas baju tu untuk kami cetak.
Kalau tak nak letak sendiri pun…sekurang2nya ada IDEA untuk tunjuk kat kami camane rupa design yang nak print atas baju tu nanti.
Dulu2…jangan harap le ada apps atau website yang kita boleh designkan sendiri ikut kepala kita.
Kalau dulu…mungkin just lukis tangan je kot.
Kalau nak guna komputer…staf kilang je yang boleh buatkan sebab kosnya mahal untuk lukis guna komputer tu.
Tapi kalau sekarang ni…malaslah nak citerr…semua pun dah tahu dah kot.
Camane korang nak tahu kat mana nak pindahkan IDEA design korang tu kat atas TShirt nanti? Ni antara cara2nya….
- Just GOOGLE je “TSHIRT DESIGN ONLINE FREE”
Nanti bersusun website untuk design TShirt tu keluar nanti.
Kebanyakannya website dari luar Malaysia tapi still boleh buat design secara FREE je. Tak perlu bayar apa2.
Pastu..bila korang dah buat design tu…just snap & follow instruction bawah ni untuk dapatkan harga nanti.
Semua pakai online je….
2. Tapi biasanya saya guna http://www.customink.com.
Website ni simple je…boleh create macam2 design atas baju tu depan & belakang.
Cer KLIK SINI kalau nak tahu lanjut!
Sama jugak dengan website lain….kalau dah designkan, just snap je gambar tu & whatsapp kat kitaorang untuk detail lanjut.
3. Kalau guna handphone lagi senang.
Ada macam2 apps yang korang boleh install.
Just cari je kat Google Playstore “TSHIRT DESIGN MAKER”..ada macam2 jenis app keluar.
Pilih je mana yang sesuai & selesa dengan korang.
Cam design2 lain jugak…just snap gambar design kat hp korang tu & Whatsapp kat kitaorang detail dia untuk dapatkan harga.
4. TSHIRT HARI KELUARGA / TSHIRT FAMILY DAY
TShirt Hari Keluarga ni antara TShirt yang paling banyak dapat sambutan tapi kebiasaanya customer pening jugak nak buat design atas baju tu.
So..mana nak cari design TShirt Family Day tu.
Selain daripada korang boleh ambik dari Google Image, korang boleh jugak dapatkan design yang dah ready kat website kitaorang.
Kami dah lama sediakan design2 ni & most of the customers akan pilih je design2 kat sini sebab tak nak pening kepala.
Cer korang klik gambar bawah ni untuk lihat design2 yang kitaorang sediakan….
Apa yang korang boleh buat ialah….klik button diatas & pilih kod mana yang nak.
Lepas tu…follow instruction bawah ni….
Ni antara gambar2 baju Hari Keluarga yang kitaorang pernah siapkan sebelum ni….










5. TSHIRT KELAS/BATCH
Dah dekat2 hujung tahun ni….antara TShirt yang paling banyak dapat sambutan jugak ialah TShirt Kelas atau Batch kat pusat pengajian tinggi.
Sama jugak dengan design2 TShirt lain, nak buat design TShirt Kelas ni pun ramai yang pening.
Sebab tu lah saya sediakan satu tempat untuk korang pilih sendiri design TShirt kelas tu kalau korang nak.
Cer tengok sini…..
Apa itu TSHIRT BATCH?
TShirt Batch ialah TShirt yang sama semua untuk satu2 batch…tak kira kat sekolah ke, kolej ke, universiti ke, sekolah asrama penuh ke, MRSM ke, politeknik ke dan lain2 lagi.
Untung ke buat TShirt Batch ni?
Cuba korang baca cerita bawah ni daripada student Form 4 yang buat bisnes TShirt asrama penuh seluruh Malaysia sebelum ni….

KLIK SINI UNTUK BACA LANJUT!
Budak ni hanya buat design simple je tapi boleh jual seluruh Malaysia.
Ni antara contoh design TShirt Kelas & batch yang korang boleh tiru untuk group korang.


















6. TSHIRT KAHWIN ATAU REWANG ATAU BEKWOH
Cer teka…TShirt apa paling popular kalau time2 cuti sekolah?
TShirt apalagi…TShirt kahwin le.
Orang pantai barat panggil TShirt Rewang.
Orang belah Pantai Timur nun panggil TShirt Bekwoh.
Tak payah2 pening kepala nak cari design untuk TShirt Kahwin ni….kitaorang pun ada standby jugak design ready yang korang boleh pilih.

TShirt rewang ni tak perlu komplikated sangat design dia.
Cukup sekadar cetak design 1 side je pun ok je…
Ni antara contoh design TShirt rewang yang kitaorang pernah siapkan sebelum ni….















Simple & sempoi je…just untuk kenangan dimasa akan datang.
7. TSHIRT DOODLE
Selain daripada design2 di atas, customer2 kitaorang terutamanya budak2 sekolah suka sangat dengan kartun doodle.
Alah…kartun yang ada banyak2 bentuk tu..cam bawah ni….












Kalau sape2 nak buat design doodle ni tapi tak ada IDEA, korang boleh klik kat link bawah ni & pilih kartun doodle yang korang nak….
Macam2 stail ada oooo….pilih je….
8. TSHIRT I AM
TShirt yang ni memang dapat sambutan yang banyak satu masa dulu.
Pastu slow sikit, pastu ada balik…
Dia on & off…
Tapi kalau sape2 nak, boleh je order.
Design dia camni….












TShirt I AM ni sesuai sangat kalau buat untuk family day sebab boleh kenal nama sorang2 nanti.
Kalau keluarga besar mungkin mak sedare tak kenal anak sedare…anak sedare tak kenal bapak sedare..
So..dengan ada nama masing2 kat baju tu, sekurang2 nya boleh le kenal dengan lebih rapat lagi nanti.
9. TSHIRT NOMBOR SUKAN
TShirt jenis ni memang tak putus2 kitaorang terima order.
Ada je yang order samada untuk sekolah, untuk santai2 group masing2 atau untuk team sukan masing2.
















Kelebihan buat design TShirt sendiri ni, korang boleh pilih design ikut kepala korang je & bukan macam kat Pasaraya nun.
Kalau kat pasaraya, design TShirt tu walaupun banyak pilihan tapi tak ekslusif macam yang kita sendiri designkan.
So, mari lah sama2 korang tempah TShirt untuk group korang hasil kreativiti korang sendiri.
Bangga ooo bila kita tengok design sendiri kat atas baju tu.
So..ingat ye. SAPE2 NAK ORDER TSHIRT DIAORANG, FOLLOW JE ARAHAN BAWAH NI YE :
SO..KESIMPULANNYA………………
Sampai jumpa lagi lain artikel ye…baaaiiii…
Yang IKHLAS,
Abg Nik & Kak Salina
Cetak TShirt dan PRU…tak pernah berpisah dari dulu lagi!
Assalam & Salam Cetak Baju semua,
Haaa…buat apa tu? Mesti le tengah baca blog kan?
Harap2 korang sentiasa sihat walafiat bersama yang tersayang.
Nampaknya PRU datang lagi…5 tahun sekali dia datang.
Kalau PRU atau Pilihanraya Umum ni datang maknanya TShirt wajib ada.
Setiap kali PRU…setiap kali tu lah kitaorang dapat order TShirt untuk pilihanraya.
Biasanya parti2 yang bertanding ni akan bagi free TShirt kat bakal2 pengundi kat tempat diaorang.
TShirt ni ibarat macam promosi atau marketing bagi calon2 yang bertanding sebab bila dah ramai pakai baju tu kat tempat diaorang, maka orang yang nak mengundi akan teringat2 kat TShirt yang ramai2 pakai tu.
Lagi lah bagi mereka yang masih atas pagar atau tak tahu nak pilih calon yang mana….so, susah2 sangat undi je calon yang kita tengok ramai pakai TShirt dia.
Tapi saya tunjuk gambar TShirt Barisan Nasional ni tak semestinya saya ambik order untuk parti tertentu je…untuk bisnes semua kita pulun.
Yang mana boleh buat duit…semua kita sapu.
Orang berniaga ni kena neutral tapi tang mengundi…undi adalah rahsia….
Masa Tahun 2013 hari tu, saya ada jugak bercerita pasal mengundi time tu.
Ini tahun 2013 ni…sekarang 2022..dah 9 tahun dah.
Tahun ni nak mengundi lagi. Sekejap je masa berjalan.
Selain daripada TShirt untuk PRU, kitaorang pun sentiasa sibuk dengan tempahan TShirt2 lain.
Antara yang baru masuk baru2 ni…TShirt sekolah Tadika…










Ni antara TShirt tadika, pasti & Taska yang saya siapkan baru2 ni.
Ada yang tempah siap dengan seluar sekali untuk budak tadika.
Pos bukan setakat Semenanjung je…ada yang tempah nun jauh dari Kota Kinabalu pun ada.
Makasih ye semua….
Selain TShirt tadika, kat akhir tahun ni…TShirt untuk syarikat pun banyak.
Biasanya diaorang nak habiskan bajet tahunan…tu yang biasanya diaorang buat TShirt untuk cenderamata pada staf.









Kalau tak TShirt untuk syarikat..ada jugak yang tempah untuk aktiviti sukan diaorang.
Ada yang cetak nombor & ada jugak yang cetak nama team.
Macam2 stail diaorang ni tempah…ikut je idea masing2.



BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ini lah antara tempahan TShirt yang saya sempat upload untuk hari ni.
Bagi korang yang nak tempah TShirt tu…jangan malu & jangan segan.
Follow je step bawah ni atau atas ni…
Walau sesibuk mana pun kami, customer is always No.1.
Kami menunggu tempahan korang ye!
Yang Ikhlas,
Abg Nik & Kak Salina
0192254028 / 0193643692
Cetak TShirt Kami ada TShirt cotton..ada TShirt microfiber…macam2 adaaa!!
Assalam semua pelawat mohcetakbaju.com,
Sihat ke semua? Harap2 korang sentiasa sihat bersama yang tersayang.
Pejam celik pejam celik….kejap je dah bulan 10..lagi 2 bulan dah masuk akhir tahun dah.
Bagi yang masih lagi mencari2 tempat nak cetak baju korang dari awal tahun lagi….cer singgah2 kat sini.
Bagi regular customer kami, nama Ainix Resources memang dah meniti je atas jari diaorang.
Sebab nak bagitahu ni…yang banyak order TShirt dengan kitaorang ialah regular customer kitaorang.
Ada yang setiap tahun order baju yang sama & dengan asbab musabab diaorang le bisnes kitaorang masih maintain sejak dulu lagi….Alhamdulillah.
Ok…hari ni saya nak kongsi dengan korang jenis2 TShirt yang kitaorang supply kat blog kitaorang.
Kitaorang bukan sediakan servis cetak baju je tapi ada jugak supply TShirt sedia ada yang korang boleh pilih terus nak yang mana…
Antara contoh TShirt yang kitaorang ada ialah :
- TShirt Cotton
TShirt cotton yang kitaorang supply ni ada 2 jenis…100% cotton & cotton TC.
Cotton TC atau Tetra Cotton bagi saya material dia lebih tahan dari 100% cotton.
TShirt yang guna material ni ialah….
Brand Enzo…cer tengok contoh bawah ni…






Ni antara pattern2 baju yang gunakan material cotton TC.
Cotton TC ni kelebihan dia anti-shrink atau susah nak kembang atau kecut lepas basuh.
Baju raya saya banyak guna baju jenis ni sebab tahan lama oooo…
Kalau yang 100% cotton..selain enzo macam Oren Sport, rightway, gildan dll..semua guna material 100% cotton.
Contohnya macam ni….




Ni brand oren sport



Yang ni brand Rightway




Yang atas ni lak brand Gildan…
Actually ada macam2 jenis TShirt yang kitaorang sediakan.
Tunggu korang pilih je….
Selain cotton, ramai jugak yang berminat dengan TShirt jenis microfiber.
Microfiber atau nama lain dia kain jersi atau quickdry, boleh digunakan untuk aktiviti outdoor & indoor.
Kalau ada yang tanya…TShirt microfiber tu TShirt yang macamane?
Senang je….cer tengok pemain2 sukan pakai TShirt terutamanya pemain bola.
Camtu lah jenis bajunya….
Tapi baju microfiber ni bukan je untuk main sukan, untuk santai2 pun boleh jugak.
Ni antara contoh TShirt microfiber yang ada…










Yang ni jenis bercorak atau sublimation.
Ada jugak yang plain.






Ada macam2 stail TShirt yang korang boleh pilih sebenarnya.
Just tanya je kitaorang nanti….nanti kitaorang tunjuk contoh tshirt yang ada nanti ye….
Ok lah…macam biasa, saya nak kongsi dengan korang antara tempahan yang kitaorang siapkan baru2 ni…
Order dari anak jati Johor tapi duduk kat Perak.
Baju kenang-kenangan JDT juara FA 2022. Bukan senang ooo nak cari baju camni.
Kena order khas baru dapat…hehehe.
Design baju ni memang sempoi…semua customer bagi.
Kitaorang print je…mudah kerja.
Guna baju jenis microfiber brand rightway..memang sesuai dengan design baju tu.


Jauh betul customer order ni…dari New York tu…hehehe.
Acah je…ni customer Malaysia je tapi cetak New York. 1 jenis baju 1 warna baju. Memang cantik.




Cetak TShirt Hari Keluarga ni memang tak putus2 setiap bulan.
Dalam sebulan mesti ada tempahan TShirt Hari Keluarga camni.
Seronok betul diaorang dapat pakai TShirt sedondon setiap kali berkumpul kan….
Ada jugak customer yang request untuk buat logo kat baju diaorang.
Biasanya kitaorang bagi 2 pilihan…guna stiker (kualiti tinggi) atau print tapi kalau banyak warna…mesti print biasa lagi mahal dari stiker.
Tapi stiker yang kitaorang guna ni bukan stiker beshe2…kilang punya stiker ni.
So..mesti yang high quality supaya customer lebih puas hati.


Satu lagi TShirt yang banyak dapat sambutan ialah TShirt Tadika atau Taska.
Tempahan yang camni memang kadang2 tak menang tangan nak siapkan.
Biasanya kalau nak segera & cepat…kena ambik TShirt readymade macam atas ni.
Kalau custom made boleh buat tapi makan masa sikit nak siapkan sebab kena jahit lain.
Ok..rasanya setakat ini dululah cerita kita kali ni.
So…bagi yang nak tempah TShirt kitaorang…just Whatsapp atau Call pun boleh…
In Sha Allah..kitaorang akan layan korang sebaik2nya….
Baaaiiii…jumpa lagi.
Yang benar2 benar,
Abg Nik & Kak Salina
Lepas cetak TShirt sukan…pulun TShirt Hari Keluarga pulakkkk….!!!
Assalam semua,
Alhamdulillah…jumpa lagi kita dalam blog mohcetakbaju.com ni.
Syukur sangat2 sebab kalau diikutkan tahun ni kalau nak dikirakan..dah 11 tahun dah mohcetakbaju.com dalam online & 12 tahun dalam industri cetak baju ni.
Syukur sangat2 jugak sebab dapat maintain bisnes ni walaupun hari tu dilanda covid 2 tahun.
Mungkin bisnes2 lain dah tutup kedai tapi syukur sebab bisnes kitaorang masih maintain sampai sekarang.
Kalau diikutkan hati….memang sakit jugak hari tu tapi rezeki Allah tu luas.
Dia nak uji kitaorang tengok tahap mana sabar kitaorang hari tu & sampai tahap mana kitaorang bertahan kot.
Satu lagi…syukur & terima kasih banyak2 kat regular customer kitaorang yang maintain order dengan kitaorang sejak bertahun2 lagi.
Ada yang sebelum order dengan orang lain lepas tu kena tipu, datang semula dekat kitaorang.
Ada yang lost contact sejak 2014 masa dia masih student lagi, cari2 jumpa balik mohcetakbaju.com.
Ada yang buat TShirt sama je dah bertahun2 dengan kitaorang terutamanya TShirt sukan sekolah & asrama sekolah.
Ada yang order banyak kali dengan kitaorang…lambat sikit siap dah merajuk…hehehehe. Tapi dia tetap jadi regular customer kami. Hari yang dia merajuk tu jugak saya siapkan baju dia…..
Ada yang order dengan saya sebab just nak tolong saya..baru2 ni dia bawak masuk order 1000 biji topi, 120 tshirt merdeka, 50 helai tshirt usahawan & sebelum tu ada order TShirt korban lagi tapi satu sen pun tak ambik untung.
Ada customer yang nak order sehelai je TShirt tapi saya bgtau saya terima 5 helai ke atas je….pastu saya dicarutkannya & marah2. Saya kata tak payah marah…google je tempat lain. (Macam2 hal…)
Ada macam2 jenis customer kitaorang ni….Alhamdulillah diaorang lah jadi penyebab bisnes kitaorang maintain lagi sampai sekarang.
Cuba tengok bawah ni apakata diaorang pasal bisnes kitaorang ni…..

Okay..habis bab customer tu, kita masuk pulak bab tempahan TShirt yang sedang “in” sekarang ni.
Kalau diikutkan sekarang ni ada macam2 jenis TShirt yang customer tengah order sekarang tapi yang banyaknya sekarang ni TShirt Hari Keluarga.
Mungkin dah nak start cuti sekolah ni kot.
Ada jugak yang order untuk akhir tahun ni. Dah siap2 order…senang order awal. Tak payah nak kejar2 nanti.
Macam customer bawah ni….bulan 12 nak pakai tapi sekarang dah standby order baju tu.
Sebahagian dah pos kat dia untuk buat sample. So…tunggu lagi untuk next batch punya order.
Yang ni dari customer walk in je. Design simple 1 warna je. Tak payah pening2…customer ni pilih design sedia ada dalam blog kitaorang je…
Korang kalau nak pilih pun…boleh try tengok kat sini.
Klik je link atas ni untuk tengok contoh2 design TShirt Hari Keluarga yang dah ready untuk dipilih je.
Selain dari TShirt, kitaorang ada jugak siapkan tempahan lain seperti topi.
Baru2 ni siapkan dalam 1000 biji topi untuk merdeka.
Sempena merdeka ni jugak ada jugak TShirt yang guna stiker kitaorang siapkan sebelum ni.





Alhamdulillah syukur….semua ni rezeki dari Allah.
Selain TShirt Hari Keluarga & Merdeka, ada jugak TShirt lain yang kitaorang terima tempahan.
Antaranya….
















Ada macam2 lagi design TShirt yang kitaorang siapkan baru2 ni tapi nak sempat nak ambik gambar.
So..kalau korang rasa nak order, just ambik je langkah macam bawah ni ye…
Sampai jumpa lagi ye…
Baaaiiiii….
Abg Nik & Kak Salina
0192254028 / 0193643692
Sekarang kita pulun cetak TShirt sukan pulak….
Salam Cetak Baju semua,
Alhamdulillah….syukur. Baru je habis berhempas pulas siapkan baju untuk orang buat korban.
Syukur jugak sebab dah beberapa tahun kita dalam PKP & tak dapat buat majlis korban pun sebelum ni.
Ada yang boleh buat tapi SOP nya maakk aaii….ketat betul.
So..tahun ni lebih bebas sikit & lebih ramai yang dapat join.
Cer tengok gambar2 bawah ni..betapa meriahnya diaorang pakai TShirt korban sambil melapah daging lembu tu….






Hensem betul kerbau kat depan tu…hehehe. Kesian dia…
Yang order pulak bukan dekat2 sini je….satu Malaysia order.
Dapatlah diaorang merasa pakai baju korban tu tahun ni setelah beberapa tahun terperap dirumah.
So….raya korban & pulun cetak TShirt korban dah lepas dah.
Sekarang ni berdesup2 pulak masuk tempahan TShirt sukan sekolah.
Ada yang order untuk rumah sukan, ada yang order untuk satu set team bola sepak, netball, bola baling dll.
Ada jugak yang order untuk kanak2 sekolah Tadika, TASKA, PASTI dll.
Alhamdulillah…tempahan ni jugak bukan datang sekitar sini je…sampai Sabah Sarawak pun ada.
Bertalu2 masuk.
Bawah ni antara contoh2 baju yang sempat saya upload dalam blog ni hari ni (masih banyak lagi gambar yang belum diupload).












Ni antara baju yang saya sempat ambik gambar.
Kalau ikutkan time pertengahan tahun camni memang TShirt sukan sekolah banyak dapat sambutan.
Lagi2 daripada cikgu koperasi sekolah masing2.
Yang nak order untuk kanak2 TADIKA, TASKA & PASTI pun ada jugak.
Kitaorang ada supply TShirt Readymade jugak untuk yang nak segera.
Just tambah cetak je atas baju tu nanti.
Antaranya….
Seluar tricot atau track warna hitam & navy.
Ini antara baju2 budak readymade yang korang boleh pilih.
Tambah je cetakan apa yang korang nak.
Bagi kitaorang detail nak order…nanati saya bagi harga nanti.
Sampai jumpa lagi ya….baaaiiiiii….
Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbaju.com
Tempah TShirt Korban di Tahun 2022 ni….
Assalam semua peminat blog kami,
Apa khabar semua? Tengah buat apa tu?
Mesti ada yang tengah mencari2 TShirt nak buat korban tahun 2022 ni kan?
Ye lah…dah 2 tahun lebih tak boleh buat korban dengan sempurna…Alhamdulillah tahun ni dapat le join buat korban dengan sempurna sikit.
Walaupun 2 tahun ni agak struggle sikit tapi syukur ada jugak yang order TShirt korban ni sebenarnya tahun lepas.
Walaupun tak sebanyak tahun2 sebelum pandemik ni, sekurang2 nya ada jugak yang sudi tempah dengan kitaorang.
Macam contoh tahun lepas…ada beberapa orang customer yang sudi order dengan saya walaupun masa tu syarat untuk sembelih korban agak ketat.
Macam tempahan customer ni. Tahun lepas dia buat program korban kat area taman kat rumah saya ni, so dia pun ada tempah jugak dengan saya.
Bukan apa…bila dah ramai2 pakai baju sedondon ni, seronok sikit depa nanti.
Nak lapah daging lembu pun bersemangat sikit.
Ada lagi tahun lepas yang order tapi lupa nak ambik gambar.
Ni antara gambar baju korban yang saya pernah buat sebelum ni.
Lihat jugak betapa meriahnya diaorang ni melapah lembu sambil pakai baju korban diaorang sebelum ni.









Just pilih yang mana berkenan & kitaorang akan print ikut sama macam yang korang nak tu nanti.
Ini antara pilihan design yang ada….




Ada macam2 stail baju yang korang boleh pilih.
Nak yang roundneck, muslimah atau kolar…semua kitaorang ada jual.
Pilih je salah satu design diatas & bagitau kami detail2 lain seperti kuantiti & jenis baju.
Nanti saya bagi harga ye.
Bagi yang rasa nak tempah tu, jangan malu2 & jangan segan2…kontek je kitaorang.
Jangan lambat2 sangat order..takut tak sempat pakai time raya Haji nanti.
Jumpa lagi ye…baaaiii….
Abg Nik & Kak Salina
Cerita best & tak best pasal cetak TShirt lepas raya ni…..
Assalam & Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar semua & Selamat Hari Raya Aidilfitri kalau belum terlambat.
Nampaknya dah masuk 4 minggu dah kita selamat berhari raya (masa artikel ni ditulis).
Mungkin ramai tertanya2…apa cerita bisnes TShirt lepas raya & dah masuk endemik ni.
Terus terang saya nak bagitahu…ada macam2 cerita pasal bisnes cetak baju lepas raya ni.
Ada cerita best & ada jugak cerita tak best yang korang malas nak dengar….
Apa cerita bestnya???
- Time endemik ni ramai dah boleh berkumpul macam2 dulu2.
So, maknanya….apa yang kita boleh buat sebelum PKP dulu, kita boleh buat semula time ni. - Bila dah dibenarkan berkumpul ramai2…maknanya korang boleh order TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang macam dulu2 jugak.
- Bila dah dibenarkan buat aktiviti beramai2..maknanya itu semua duit bagi korang.
Korang pun boleh start buat balik duit dengan bisnes TShirt ni macam customer2 kitaorang pernah buat dulu. - Bila dah boleh buat duit dengan bisnes TShirt ni…maknanya income korang akan bertambah sikit berbanding time PKP dulu.
Proses order semua still sama..just ambik untung atas angin je.
Tak perlu nak susah payah nak print atau fikir pasal cetak2 baju tu semua.
Semuanya kitaorang yang akan buat & fikirkan untuk korang.
Ni antara yang bestnya bisnes TShirt lepas raya ni…..
Apa pulak yang kurang bestnya dengan bisnes TShirt lepas raya ni????
- Banyak kos TShirt naik harga lepas raya ni….harga barang cetak pun banyak yang naik.
So…harga barang untuk cetak TShirt pun terpaksa dinaikkan jugak…memang tak boleh elak.
Kalau tak dinaikkan, sama macam kitaorang bagi sedekah je kat korang nanti. - Kalau order TShirt custom made…akan ambik masa sikit untuk siap sebab ramai staf dah berhenti time PKP hari tu.
Kalau readymade..In Sha Allah tak jadi masalah sebab semuanya kitaorang yang akan uruskan nanti.
Rasanya yang tak bestnya lepas raya ni..itu je lah.
Yang bab naik harga tu yang kitaorang susah hati sikit sebab benda luar kawalan kitaorang.
Contoh macam TShirt readymade…ada yang kena import dari luar negara, so pihak luar negara memang dah upkan harga, so supplier tempatan kenalah naikkan jugak kalau tak nak rugi.
Bende2 lain still sama macam dulu2 jugak.
Cara nak order, cara nak buat bayaran & semua proses tempahan still sama..tak ada perubahan.
Order guna Whatsapp lebih mudah…follow je step bawah ni…
Bagi korang yang sedang cari peluang untuk tempah TShirt atau buat duit dengan bisnes TShirt kitaorang, kat sini saya ada beberapa IDEA yang korang boleh gunakan…
- Lepas raya ni…sekolah banyak start buat sukan sekolah.
Sekarang ni dah ramai cikgu2 sekolah & cikgu2 koperasi kontek kitaorang untuk buat TShirt Sukan Sekolah.
Rasanya dalam bulan 6 atau 7 ni, sukan sekolah start kot.
So..bagi cikgu2 yang rasa nak buat duit sampingan, boleh try order TShirt sukan sekolah dengan kitaorang. - TShirt Kelas….sekolah sekarang pun dah boleh belajar secara bersemuka.
Maknanya…student dah boleh berkumpul buat aktiviti fizikal sama macam sebelum PKP dulu.
Time ni lah kalau nak buat TShirt kelas sebagai kenangan memang sesuai sangat2. - TShirt Rewang/Bekwoh…bagi yang cadang nak adakan majlis kahwin cuti sekolah ni, salah satu perkara penting yang patut ada ialah TShirt kahwin atau rewang.
TShirt rewang..salah satu kenangan seumur hidup untuk semua pengantin atas muka bumi ni. - TShirt Konvoi…..bila dah boleh berkumpul ni, salah satu aktiviti yang orang suka ialah berkonvoi ramai2 naik kereta atau motor.
Pastu, kenalah pakai TShirt sedondon ramai2 time berkonvoi tu…best ooooo… - TShirt Hari Keluarga…..Ramai tertunggu2 nak berkumpul adik-beradik & sedare mare dah 2 tahun dah.
Bila masuk fasa endemik ni, seronok lah sebab dah boleh kumpul ramai2 balik.
Tapi kalau buat hari keluarga, tak ada TShirt sedondon memang tak sah.
TShirt tu lah yang buat Hari Keluarga tu lebih meriah sebenarnya.
Kalau Hari Keluarga tapi pakai TShirt biasa je masing2….feel tu tak ada.
Macam berkumpul biasa2 je.
So..TShirt keluarga penting untuk kenangan seumur hidup korang nanti.
Itu antara cadangan yang kitaorang boleh suggest untuk aktiviti lepas raya ni.
Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh guna TShirt sebenarnya seperti TShirt Company, TShirt Memancing, TShirt Group, TShirt Batch dll.
Terpulang pada korang. Janji ada kenangan untuk korang ingat untuk setiap aktiviti tu. Barulah syoookkkk!!!
APA KATA CUSTOMER KITAORANG?!!
Hari ni cam biasa…nak kongsi ngan korang, apa TShirt kitaorang dah siapkan sebelum ni?
TShirt Hari Guru hari tu. Simple je sebab design 1 kaler warna gold. Baju microfiber oren sport.
Yang ni pun TShirt Hari Keluarga ni. Cetak depan biasa & kat lengan ada nama masing2.
Senang sikit nak ingat nama nanti. Takut ada anak sedare tak tahu nama pak sedarenya nanti. Ada nama sorang2 tu…senang sikit boleh kenal.
Yang ni saya suka sebab memang cantik design jawi dia.
Kena pulak background dia hitam, memang naik betul.
Tempahan yang ni baru je siap dalam 1,000 helai. Alhamdulillah.
Untuk student2 bawah tajaan Yayasan Felda & juga staf Yayasan Felda jugak.
Siap ada kod yang kita boleh scan kat lengan tu. Alahhh…macam kod untuk mysejahtera tu.
Tapi bila scan keluar website Yayasan Felda tu..memang sempoi.
Yang ni TShirt kelas ni. Logo tu pun kitaorang print guna silkscreen printing.
4 ke 5 kaler kalau tak silap. Cikgu cikgi yang nak tempah TShirt untuk kelas masing2 dialu-alukan sangat kalau nak tempah TShirt kelas camni.
Kitaorang pun ada design TShirt kelas sendiri kalau korang nak tengok.
Tempahan ni untuk family day. Kitaorang terima order ni time last2 puasa kat nak raya hari tu.
Mula2 customer ni nak gi main bowling masa raya pertama tu tapi tiba2 raya mengejut hari Isnin.
So..tak jadi le main bowling tu hari raya pertama, terpaksa main raya kedua hari selasa tu.
Tak kisah lah…janji dapat pakai time family day tu. Alhamdulillah…
Oklah…setakat ni dulu buat kali ni.
Nanti kita jumpa lagi di lain siaran ye…
Cam biasa….
Kalau nak order, follow je step bawah ni…