Budak Ni Buat Duit Tepi (RM53,925) Dengan Cetak TShirt Dan Pos Seluruh Malaysia Atas Angin Jer!
Hai dan Salam Cetak Baju semua,
Pada satu hari di bulan Mei, 2017 yang lalu..ada satu student ni baru Form 4, dapat menjana jualan kasar hanya dengan 1order tapi pos ke seluruh Malaysia sebanyak RM53,925. Banyak tu kalau nak dibandingkan dengan taraf seorang student sekolah je.
Apa yang dia jual sampai dapat banyak tu sekali?
Pada Mei, 2017 tu…ada seorang student Form 4 ni dia kontek kitaorang masa tu untuk tempah TShirt untuk projek diaorang.
Mula2 tu rasa macam tempahan biasa je lah tapi bila dah deal, baru tahu yang dia nak tempah TShirt untuk semua student ASRAMA PENUH seluruh Malaysia.
Idea dia memang bijak. Kat baju tu tulis semua nama sekolah Asrama Penuh di Seluruh Malaysia.
So, bayangkanlah…berdasarkan maklumat dari ChatGPT. ada sebanyak 69 buat Sekolah Berasrama Penuh atau SBP di seluruh Malaysia.
Dengan bilangan pelajar seramai 38,259 orang pelajar pada Tahun 2017.
Budak ni hanya dapat market 10% sahaja dari keseluruhan pelajar iaitu seramai 3,000 ++ pelajar yang tempah TShirt dengan dia.
Katakan dia dapat jual baju tu dalam RM25 sehelai dengan kos RM17. Maknanya untung dia dalam RM8 sehelai.
RM8 X 3,000 pelajar = RM24,000 untung kasar dia.
RM24,000 bagi seorang student Form 4 besar sangat2 dah tu.
Itu baru seorang student. Ada lagi student MRSM lepas itu, order banyak jugak..anggaran 700 helai.
Untung jugak tu.
So, kesimpulannya….kalau korang pandai promote, In Sha Allah senang2 je buat duit tepi sambil2 tu.
APA YANG KORANG PERLU BUAT?!
- Jika anda seorang student macam pelajar diatas, anda hanya perlu ada IDEA DESIGN dan promotekan kat pelajar2 sekolah yang sama.
- Cari sape2 dari setiap2 sekolah tu untuk jadi wakil & berikan komisyen kepada mereka.
- Sekolah atau institusi pendidikan apa yang anda boleh promotekan?
- SBP (SEKOLAH ASRAMA PENUH)
- MRSM
- POLITEKNIK
- MATRIKULASI
- KOLEJ MARA
- POLITEKNIK
- SEKOLAH VOKASIONAL
- SEKOLAH PONDOK
- UNIVERSITI
- KOLEJ KOMUNITI
- IPG (INSTITUT PERGURUAN)
- DAN MACAM2 LAGI
Tak semestinya anda dapatkan wakil dari setiap sekolah atau institusi tu TAPI kami boleh pos sehelai2 ke setiap pelajar yang tempah TSHIRT tu nanti.ITU NAMANYA “DROP SHIP”.
Ok..kami menunggu tempahan dari anda ye.
Apa cerita cetak TShirt kami bulan ini ye?
Ni cetak TShirt sukan sekolah agama sini.
Kat dada ada logo guna DTF & tulisan print silkcreen. Simple je.
TShirt ni regular customer kami sediakan.
Kitaorang tukang print je. Guna 5 kaler print.
Memang nampak sebijik macam stiker oooo.
Mantap printer teman….hehehe.
Ni heat logo IPG kat dada je.
Kalau sikit2 saya biasanya guna stiker je sebab nak buat printing biasa takut rugi blok.
Yang ni kan….asalnya customer guna chatgpt je buat design.
Pastu, saya edit semula design tu supaya mudah nak print dan hasilnya seperti gambar pertama tadi.
Cetak nombor ni pun banyak jugak dapat sambutan.
Blok print kebetulan dah ada siap…just print je.
Customer pun tak cerewet nak nombor yang bentuk lain.
So, guna je yang sedia ada.
Cepat sikit siap.
Oklah…setakat ni sajalah dulu buat kali ini ye.
Macam biasa….
Sampai jumpa lagi…baaaiiiii…..
Abg Nik & Kak Salina
Posted on 06/09/2026, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

























Leave a comment
Comments 0