Style Sekarang Ramai Yang Tempah TShirt Sublimation!!

Salam Cetak Baju guys,

Semenjak dua tiga menjak ni..ramai customer yang suka tempah TShirt sublimation untuk group diaorang.

TShirt sublimation ni kalau nak tempah memang cantik sebab kita boleh cetak apa sahaja yang kita nak atas baju tu.

Tapi masalahnya TShirt camni kena order dalam kuantiti banyak & harga mungkin agak mahal sikit berbanding print silkscreen.

Mungkin ada yang tak tahu camane rupanya TShirt sublimation tu….

Camni contoh2 baju tu..Ni lah yang dikatakan TShirt sublimation…

Design baju sublimation ni dia mahal sikit sebab kena buat custom made.

Mula2 kena print atas kain putih & pastu potong jadi baju.

Lepas potong, jahit jadi baju macam gambar atas.

Jom saya kongsikan beberapa tempahan baju sublimation yang customer tempah baru2 ni ye….

Ni tempahan baju group kitaorang ni.

Untuk lelaki berkolar dan lengan panjang perempuan.

Grad hari tu tahun 1999 dan 2026 baru buat TShirt group ni.

Dah 26 tahun, baru sempat buat TShirt ni. Masing2 dah 50an dah.

Tapi tak apa lambat pun..janji masih sempat nak pakai ramai2 nanti.

Ini tempahan dari regular customer kitaorang baru2 ni.

Kuantiti 500 helai..Alhamdulillah, dalam 2 minggu siap.

Memang cepat betul. Tahu2 dah nak pos dah.

Tailor bagitahu, baju dah siap & dah hantar depan rumah customer.

Mantap betul le….

Ini pun TShirt sublimation untuk sukan kebangsaan dekat area kitaorang.

Seminggu je siap dah. Hantar ke mari pun naik bas je sebab kalau guna courier takut lambat sampai.

Alhamdulillah…customer boleh le guna on time.

Memang biasa dah kalau urgent, tailor pos guna bas je sebab kalau courier takut risiko tak sampai on time.

Mengamuk customer nanti.

Yang ni tempahan dari geng UPSI untuk program larian diaorang.

Order ni pun agak urgent jugak ni. Customer terpaksa ambik kat RNR Tanjung Malim masa tu guna bas.

Alasan yang sama jugak..takut tak sampai on time.

Syukur…Alhamdulillah.

Design yang ni masa saya tulis artikel ni…customer belum order baju ni tapi dia kata tengah kumpul order.

So..saya just nak share kat korang gambar baju ni sebab nampak cantik betul untuk memancing.

Design pun tak susah nak buat sebab guna chatgpt je pun.

Sekarang mudah sangat nak buat design TShirt sekarang ni.

Ok…itu lah antara tempahan TShirt sublimation yang kitaorang dapat bulan lepas.

Tempahan TShirt silkscreen printing pun still ada jugak.

Antaranya……

Kalau cetak TShirt silkscreen 1 warna camni depan belakang…harga murah sikit berbanding sublimation.

Design pun customer create dalam chatgpt je…tak payah pening2.

Apa sahaja idea kita…chatgpt boleh cuba buatkan.

Antara TShirt yang banyak dapat sambutan ialah TShirt Hari Keluarga.

Biasanya customer cari yang bajet biasa2 je..tak lah mahal sangat.

Just 1 warna print je macam atas ni.

Design…korang boleh buat sendiri atau boleh pilih design readymade yang kitaorang ada kat LINK ni.

Kalau hari keluarga korang bajet mahal…boleh ambik TShirt yang ok sikit.

Kalau biasa2 je…so, baju pun biasa2 je tapi still cantik & tahan lama.

Oklah..rasanya setakat ni dululah ye.

Macam biasa..kalau rasa berkenan nak tempah dengan kitaorang…guna Whatsapp je ye.

Bagi korang yang nak tempah TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang…boleh sangat2.

Kami ada macam2 jenis aktiviti yang korang boleh pilih….

Sampai jumpa lagi ye….baiiii….

Ikhlas Membantu :

Nik & Salina

Unknown's avatar

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 07/10/2026, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?