Cerita DiSebalik Tempahan Cetak TShirt Kami!

Assalam & Salam Cetak Baju,

Tup..tap…tup…tap…lagi beberapa hari nak masuk hujung tahun 2020.

Dulu masa zaman Dr Mahathir…dia buat Wawasan 2020 siap ada kereta boleh terbang lagi.

Tapi tak menjadi lagi kecuali satu peristiwa yang unik lain berlaku dalam 2020 ni.

Mana kita pernah terfikir tentang Covid 19 ni yang jadikan seluruh dunia huru hara awalnya.

Tak pernah kita terfikir masa awal2 PKP dulu….kena duduk rumah, tak boleh kerja, tak boleh bersalam, tak boleh pergi masjid, tak boleh berkumpul ramai2, tak boleh itu tak boleh ini.

 

Lari betul dengan rutin & norma hidup kita yang biasa.

Tapi walau macam tu…ada banyak jugak perkara positif yang kita boleh ambik akibat Covid 19 ni.

Antaranya :

  1. Pencemaran udara berkurang sebab masing2 tak guna kenderaan & kilang2 yang banyak keluarkan asap sebelum ni, semuanya stop production.
  2. Sesetengah keluarga jadi semakin rapat sebab semua duduk kat rumah & jadi lebih kenal ahli keluarga.
  3. Kalau pegi masjid sembahyang Jumaat…tak ada dah jenis orang yang duduk bersembang2 kat luar sebab semua nak book tempat.
  4. Bisnes guna online meningkat mendadak sebab masing2 tak boleh keluar rumah…so, order barang yang nak tu, pastu tunggu je barang tu sampai.Yang ni kami di http://www.mohcetakbaju.com dah praktikkan dari dulu lagi & memang sesuai sangat bagi yang order online ni sebab tak kira dimana saje korang berada, kitaorang boleh poskan baju tu.

Cuma kesian jugak kat yang kerja sendiri & bergantung pada income harian.

Yang bisnes kecil2an le sakit sikit.

Bagi yang buat bisnes kecil2an tu…saya nak kongsikan sikit masa mula2 saya start bisnes ni 10 tahun yang lalu.

 

Inilah yang dikatakan cerita disebalik Tempahan Baju Kami…

  1. Masa saya start bisnes cetak TShirt Online ni pada Oktober 2010, saya masih bekerja dengan kerajaan & isteri baru ditamatkan kontrak di tempat saya kerja.Masa tu saya dah start pening sebab kesian kat isteri tak ada kerja nak buat walaupun ada degree.
  2. Masa ni…saya terjumpa dengan iklan kursus cetak baju kat Kuala Selangor. Ingat lagi Tok Guru saya masa tu..namanya En.Sazlee. Inilah permulaan perjalanan bisnes cetak baju kitaorang.Saya yang pegi kursus tapi wife yang terer printing sebab dia dah full time kat rumah.
  3. Masa mula2 start bisnes ni…saya iklankan flyers dalam suratkhabar kat Pasar minggu area rumah saya.
  4. Time tu…dapatlah jugak 200 ke 300 tempahan sekitar tempat saya ni.Time ni jugak….meja printing belum ada.Samada print atas meja makan atau tercangkung2 print atas lantai rumah.
  5. Start 2011…saya mula buat blog bawah nama http://www.mohcetakbaju.com & start dari sini kitaorang dapat tempahan sekitar 3,000 ke 4,000 tempahan sebulan…Alhamdulillah.
  6. Dalam beberapa tahun, saya terpaksa besarkan bengkel printing sebab tempahan makin meningkat.Time ni belum ambik staf lagi…masih buat berdua suami isteri.
  7. Adakala saya terpaksa tolak job terutamanya yang urgent sebab tak mampu nak siapkan segera.Ada sekali tu..ingat lagi, saya sedekah duit deposit kereta kat mak.Lepas tu, mencurah2 order masuk & terpaksa stopkan order selama sebulan sebab nak siapkan order yang mencurah2 masuk tu.
  8. Adakalanya jugak…kena marah & maki dengan pelanggan.Kadang2 benda boleh dibuat bincang tapi manusia ni perangainya macam2 jenis…sabar jelah.
  9. Ada beberapa kali tu..saya tersilap print..customer nak sulam.Terpaksa pulang balik duit & baju yang dah siap print tu kena lah jualkan sikit2 atau sedekahkan kat sedare mara yang datang ke rumah.
  10. Tahun 2013…saya syukur sangat2 sebab mampu bawak satu keluarga termasuk mak ayah mertua buat umrah.Semua tu guna duit bisnes kitaorang. 5 bulan kemudian, saya dapat cover balik kos pegi umrah tu.
  11. Tahun 2016..saya ambik cuti tanpa gaji selama setahun untuk tumpu pada bisnes & test tengok boleh survive tak hanya dengan duit bisnes tu.
  12. Tahun 2017.. setelah 15 tahun dalam kerajaan sebagai pegawai audit, saya nekad untuk berhenti kerja & buat bisnes cetak baju ni online.
  13. Tahun 2020….Alhamdulillah, kitaorang masih lagi hidup & bernyawa dalam bisnes cetak TShirt online ni selepas 10 tahun bersusah payah (dengan rekod 125,000+- helai tempahan baju yang disiapkan sehingga kini)Ditambah lagi dengan bantuan 2 orang staf yang hebat yang bantu kitaorang dalam printing & designing.Lega lah sikit…

So…inilah antara cerita serba ringkas disebalik tabir dalam kehidupan kitaorang sebagai peniaga & pencetak baju online ni.

Bagi korang yang ingin mulakan bisnes dari zero…korang kena baca artikel ini sebagai ubat motivasi korang.

Kita kena berani & fikir positif selalu bahawa apa sahaja yang kita impikan tak mustahil untuk kita capai sebenarnya.

Apa yang korang perlu ada ialah :

  1. Usaha keras…sekeras2nya…biasanya usaha keras ni dalam 2 ke 3 tahun pertama je, lepas tu kita dah biasa dengan try & error tu, pastu dah jadi biasa dah.
  2. Jangan sekali2 putus asa.Gagal tu bila korang stop buat apa yang korang impikan.Tapi kalau korang gagal & still teruskan…itu bukanlah gagal tapi itu ialah adjustment untuk berjaya.
  3. Berani buat & berani tanggung.Kadang2 manusia ni nak perfect dulu baru nak start buat.Buatlah sikit2 dulu..kalau ada masalah adjust lah masa tu.
  4. Jangan terlalu dengar cakap orang.Kalau orang bagi motivasi..boleh je dengar.Yang negatif ni jangan le dengar sangat.Kadang2 diaorang jeles tengok kita berjaya atau memang dia jenis camtu.
  5. Orang lain boleh buat..kenapa kita tidak.
  6. Jangan bagi terlalu banyak alasan…itu tak boleh, ini tak boleh.Belum buat lagi dah macam2 alasan bagi….saya tak suka orang camtu.
  7. Banyakkan berdoa, berdoa & berdoa sebab usaha gila2 pun kalau Dia tak makbulkan tak boleh jugak.

Selain tu…ni antara cerita disebalik tempahan TShirt yang kitaorang terima sebelum ni & bagaimana diaorang start tempah dengan kitaorang sampailah diaorang sakan bergaya dengan baju tu.

 

Cerita 1

TShirt Sublimation

Baru2 ni ada customer kitaorang yang order TShirt Sublimation

Mula2 customer ni bagi gambar ni untuk dapatkan harga.

Kemudian saya mintak kuantiti tempahan semua & dia bagi.

Pastu…dah kira2 tolak campur semua, saya terus bagi harga kat dia.

Alhamdulillah…dia setuju & terus buat deposit.

Lepas dapat softcopy & saiz baju, terus saya proceed.

Dalam beberapa minggu, baju tu siap & bawah ni adalah hasilnya.

 

Bila dah siap tu…saya upload gambar baju tu & tunjuk kat customer.

Dalam masa sama tunjuk sekali bil & tracking number.

Dah selesai bayaran baki, terus saya pos.

Dapat je kat diaorang..terus dia sakan bergaya abang2 bomba ni.

Seronok kan main diaorang dapat baju tu…

Nampak macho bangat tu..terima kasih tuan Ridzuan sebab sudi order dengan kami.

Cerita 2

Yang ni pulak cerita dari rakan kita dari Indonesia tapi kerja di Malaysia.

Ni kali kedua dah dia order dengan saya.

Mula2 tu dia ada bagi gambar macam bawah ni untuk tahu harga.

Dia kata nak design lain2 bahagian depan sebab 1 baju 1 gambar & belakang semua sama.

Ok..lepas dah bagi harga semua & dia setuju, terus dia buat deposit & bagi semua gambar depan ikut saiz.

Untuk pengetahuan korang, kalau design lain2 setiap baju camni, saya rekemen guna stiker atau heatpress sebab lebih murah & jimat sikit.

Dipendekkan cerita, bawah ni gambar baju dah siap heat.

Bila dah siap semua, saya upload gambar ni kat wasap customer tu & terus dia buat bayaran baki.

Senang deal dengan customer ni sebab sebelum ni dia pernah deal dengan saya.

So…memang dia dah percaya kat saya & dah bayar terus saya pos.

Hasilnya bila dah dapat……..

Ni lah hasilnya….terima kasih Candra.

Mau tempah lagi bagitau ye…. 🙂

Cerita 3

Customer yang ni dah banyak kali order dengan kami.

Rasanya dari 2017 rasanya & dah jadi regular customer kitaorang dah.

Masa mula2 tu dia bagi design yang nak tempah tu..

Dia sebenarnya bagi logo depan & tulisan belakang je…pastu saya edit letak atas baju macam atas ni.

Dah setuju dengan harga semua..terus dia buat deposit.

Dah buat deposit, terus saya order baju ikut saiz & kod baju yang dia nak.

Dah dapat baju dia terus je start print & jadilah macam bawah ni…

Dah siap terus saya upload dalam wasap & dia terus bayar baki.

Dah bayar baki terus saya bagi nombor tracking & terus pos.

Hasilnya…..

Ni lah hasilnya…customer kitaorang sejak dulu lagi.

Inilah antara 3 cerita pasal tempahan TShirt yang saya sempat share hari ni.

Cerita2 lain saya kongsi kat artikel akan datang ye..guys!

 

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Sampai sini dulu ye, geng!

Jumpa lagi di lain artikel…baaiiii…..

Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbaju.com

Established Since 2010

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 20/12/2020, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: