5 Cara Paling BERKESAN Buat Duit Dengan Bisnes TShirt Time PKP ni….
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar semua?
Harap semua sihat2 selalu lah ye & bersabarlah dengan dugaan yang melanda negara kita sekarang ni ye.
Bukan kita je yang terkesan…semua terkesan terutamanya peniaga2 & mereka yang makan gaji tapi telah dibuang kerja akibat PKP ni.
Korang rasa2 lah kan…bisnes TShirt ni memang betul2 boleh buat duit ke time PKP camni?
Jujur saya bagitahu lah ye…saya tak tahu orang lain tapi saya cerita pasal saya je ye….Alhamdulillah, walaupun PKP ni, kitaorang dapat banyak jugak tempahan TShirt sebenarnya.
Baru2 ni saje….rasanya kat 1,000 helai jugak saya dapat tempahan TShirt ni.
Mostly yang order dari syarikat & grup kecil2an.
So..kalau nak kata bisnes TShirt ni macam kurang orang order..tak adalah kurang sangat..tapi adalah jugak yang order sebenarnya.
Cuma dari segi pertanyaan tu slow sikit sebab mungkin orang semua duduk kat rumah & tak ada aktiviti berkumpulan yang diaorang nak buat.
TAPI….kalau difikir2kan ada je grup2 kumpulan manusia yang kalau kita buat promosi betul2 kat diaorang..In Sha Allah kita boleh buat duit nanti.
Tambahan lagi…Tahun 2020 ni memang UNIK sikit berbanding tahun2 sebelum2 ni.
So..apa salahnya korang ada sedikit kenangan yang boleh korang ingat dalam Tahun ni.
BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
TAPI……Sebelum saya cerita lebih lanjut..cer baca ni dulu untuk BUKTI SEBENAR sorang student mampu buat duit sebanyak RM53,925 untuk 1 tempahan dengan kami…
Hari ni saya just nak throwback balik tempahan yang kitaorang pernah terima sebelum ni pada 17/05/2017 iaitu 3 tahun lepas di mana hanya seorang budak Form 4 time tu…mampu buat duit sampai RM54K dengan menjual TShirt batch asrama penuh seluruh Malaysia.
Artikel penuh dia anda boleh baca DISINI.
Cuma apa yang saya nak kongsikan disini ialah bisnes TShirt design sendiri ni memang betul2 boleh buat duit.
Kalau diikutkan selain dari budak ni, ada ramai lagi yang buat duit hanya dengan jual TShirt secara online tapi budak ni special sikit sebab hanya dia sorang yang mampu jual sampai 3K helai sekali order.
Katakanlah saya tolak baju tu RM10 sehelai kat dia & dia jual dalam RM15 sehelai.
So, jumlah baju katakanlah 3K helai darab dengan RM10 = RM30,000 untuk kos sahaja.
Dia jual RM15…so, untung yang dia dapat RM5 X 3K = RM15K.
So…mungkin tolak sikit duit komisyen kat wakil asrama yang diaorang order tu..so, busuk2 pun dapat dalam RM10K +-.
Bagi seorang student Form 4…besar jugak tu amaun tu.
Itu kalau dia ambik untung dalam RM5 sehelai. Kalau lebih lagi….?
Yang saya ingat hari tu, kalau tak silap, saya jual baju tu kat dia dalam RM17 sehelai & dia jual RM30 sehelai..untung sehelai dalam RM13.
RM13 darab 3K helai = RM39K untung kasar je.
Huiyooo….tak ke seronok tu dapat duit banyak tu time tengah student lagi.
So…anda pun boleh buat sebenarnya.
Zaman sekarang guna teknologi canggih..ada FB, Instagram, Twitter dan macam2 lagi.
So..mudah sangat nak cari pelanggan tu.
Apa ditunggu lagi…budak ni boleh buat, anda apa lagi!
Anda boleh KLIK SINI untuk baca artikel tu selanjutnya & untuk belajar camane budak ni mampu buat duit sebanyak tu!
Ok….kita sambung balik pasal TShirt Kenangan tu ye…….
Salah satu kenangan yang korang boleh ingat sampai bila2 ialah dengan TSHIRT CETAK DESIGN SENDIRI.
So…..siapa kumpulan manusia yang kita boleh target untuk buat duit dengan bisnes TShirt tu nanti?
- TShirt Kelas
- TShirt Batch
- TShirt jual secara DROPSHIP
- TShirt Syarikat
- TShirt Tema Covid 19
- TShirt untuk frontliners
- TShirt Grup
- TShirt Sukan Sekolah Tahun Depan
So..bagaimana korang nak promote kat target pelanggan2 ni untuk korang betul2 buat duit nanti?
Hari ni saya nak kongsikan dengan korang 5 CARA PALING BERKESAN untuk korang betul2 buat duit dengan bisnes TShirt ni (kecuali korang bagi macam2 alasan…yang tu saya tak boleh nak tolong lah ye!)
- Untuk TShirt Kelas tu…..start dengan kelas korang sendiri dulu.
Korang mesti ada grup Whatsapp atau grup sendiri yang boleh berhubung kan?
So..cadangkanlah kepada grup kelas korang…jenis TShirt, design nak print, kuantiti & apa sahaja berkaitan TShirt tu.
Bagi yang duduk berjauhan…kitaorang ada sediakan servis DROPSHIP iaitu pos ke customer sehelai2 tapi untuk 30 helai ke atas je.
Bagi yang duduk dekat2…boleh je pos setempat nanti.
Start je dulu dengan grup kelas sendiri.
Bila dah berjaya….beralih pulak ke grup kelas sebelah atau kawan2 yang lain.
Tak ada IDEA..jangan risau, pilih je design TShirt kelas yang kitaorang ada dibanner atas ye..
Semua ni In Sha Allah memang betul2 boleh buat duit kalau korang usaha betul2.
Kalau duduk diam je & macam2 alasan keluar…yang tu saya tak boleh nak cakap apa lah ye…. - Bagi yang duduk pejabat….time ni lah korang nak tengok ofis korang tu kedekut ke tak(sori bos…hehehe)?
Kalau sale lebih kurang je tapi kursus semua dibatalkan, pasti income banyak yang lebih.
Apa kata korang bagi cadangan kat ofis untuk buat TShirt sebagai cenderamata kat staf untuk Tahun 2020 ni.
Kalau jadi…korang boleh tolong orderkan & boleh le buat duit sikit nanti. - Kalau korang Cikgu Sekolah….boleh start buat TShirt kelas untuk anak2 murid cikgu.
Apa salahnya bantu anak2 murid cikgu untuk buat TShirt tu.
Lagipun Tahun 2020 ni..rasanya berapa bulan je budak2 sekolah tu bersekolah.
So…time ni lah cikgu kontek anak2 murid cikgu tu untuk buat TShirt kelas tu.
Mesti anak2 murid cikgu seronok giller dapat baju tu nanti.
Dah order untuk anak murid sendiri…promote lak kat cikgu kelas sebelah.
Time ni lah cikgu nak buat duit nanti..mark up le sikit sebab bukan senang cikgu nak deal untuk order baju tu kan… - Kalau korang pelajar IPT, kolej atau institusi pengajian tinggi….korang boleh promote baju tempat belajar korang kat FB atau IG.
Contoh..macam baju hoodie UUM & UiTM bawah ni.
Customer baju ni promote dalam IG & FB je…pastu customer dia yang berkenan & nak beli baju tu, kontek dia je.
So terpulang…nak pos terus kat customer ataupun korang poskan nanti.
Kalau katakanlah….saya tolak dengan korang RM50 sehelai & korang jual dalam RM60 sehelai & customer tanggung kos pos..so, korang dah dapat untung atas angin RM10 sehelai atas baju tu.
Kalau 10 orang order, dah dapat RM100..kalau 20 orang, dah RM200…tak ke senang buat duit tu…. 🙂
5. Jual TShirt yang ada kaitan dengan Covid 19 atau untuk frontliners.
Sesetengah orang nak buat kenangan seumur hidup pasal Covid 19 tapi tak tahu bagaimana caranya.
Kita boleh suggest untuk buat kenangan tu dengan gunakan TShirt.
Jual TShirt pasal Covid 19…bukan kita suka Covid tu tapi at least ada something yang boleh jadikan kenangan bila kita tengok TShirt tu nanti.
Korang boleh jugak suggest TShirt untuk frontliners macam TShirt untuk nurse ke, sukarelawan ke, polis ke, askar ke…dll
Sekurang2nya korang ada sedikit IDEA bagaimana nak buat duit dengan bisnes TShirt time PKP ni.
Kalau nak pilih design kitaorang yang sedia ada pun boleh..cer tengok bawah ni..
Ni lah antara 5 CARA PALING BERKESAN kalau korang ikut betul2 & buat betul2…In Sha Allah boleh buat duit dengan bisnes TShirt ni time PKP camni.
Hanya yang suka bagi alasan je yang akan kata semua ni mustahil nak buat…kan?
So..terpulang pada korang.
IDEA saya dah bagi..usahakan sikit je untuk jadikan ia kenangan nanti.
Kalau korang masih tak percaya yang dalam PKP ni pun still ada orang tempah TShirt tu…cer tengok tempahan2 yang saya siapkan baru2 ni…
Yang ni TShirt grup silat…guna baju jenis microfiber.
Walaupun dalam PKP tapi grup ni tetap jugak order baju ni dengan kitaorang.
Kalau diikutkan banyak kali jugak kitaorang edit design depan tu sebab yang asal lain tapi last2 dia nak macam atas ni.
Alhamdulillah…last sekali dia terima & diaorang puji lagi servis kitaorang.
Terima kasih banyak2.

Yang bawah sekali tu design asal yang diaorang nak.
Yang ni guna baju microfiber Oren Sport warna Forest Green..cetak kuning.
Memang kaler dia naik menyerlah.
Dan..sape kata tak ada orang order TShirt cetak design sendiri time PKP ni..
Alhamdulillah…rezeki Allah tak pernah salah alamat.
Baju cotton & lacoste warna Royal blue brand Oren Sport.
Cetak 3 kaler depan belakang.
Depan tu pun guna silkscreen printing jugak macam belakang.
Tak perlu guna stiker…
Memang sempoi.
Yang ni jauh order ni…dari Sabah bah…
Yang ni special sikit sebab dia nak ada tag label sendiri.
So..yang ni saya guna heatpress untuk label dalam baju & kat luar.
Label asal saya akan potong & heat label sendiri ikut saiz baju.
Korang kalau nak order camni pun boleh jugak.
Walaupun kes Covid 19 Sabah paling tinggi di Malaysia tapi customer ni tetap order jugak dengan kitaorang.
Apa ada hal…courier kan ada.
Semua ceruk tempat diaorang boleh hantarkan.
Yang ni customer dekat2 tempat kitaorang je.
Disebabkan yang tukang print tu dah berpengalaman…tak sampai setengah hari, dah siap dah baju ni.
Siapa ada nama sorang2 lagi.
Pagi print…tengahari siap.
Yang ni special sikit sebab depan sulam & belakang print 2 kaler.
Tapi tak sangka pulak customer order 400 helai untuk baju ni saje.
Alhamdulillah…syukur sangat2 walaupun time Covid camni.
Untuk sulam tu je ambik masa sikit & separuh baju tu saya terpaksa mintak tolong kawan untuk sulamkan sebab kalau buat semua sekali ..rasanya tak sempat siap awal.
Syukur sangat2.
BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
So..inilah antara bukti2 yang saya boleh kongsikan bagaimana time2 PKP camni pun order tetap berjalan.
Bolehlah kami bertahan & bayar hutang2 yang ada.
So..bagi korang yang rasa nak buat duit tambahan time PKP ni, jom join kami untuk betul2 buat duit dengan bisnes TShirt design sendiri ni.
Korang tak perlu pening2 kepala nak pikir pasal nak cetak semua sebab semua tu kitaorang yang akan uruskan.
Just buat marketing & promosi je.
Kalau nak bantuan…bagitau je kitaorang nanti ye.
Bagi yang korang yang nak jadi ejen kitaorang..klik je button dibawah ni ye..
Posted on 15/11/2020, in Umum and tagged cetak baju, cetak jersi, cetak t shirt, cetak t shirt muslimah, cetak tshirt, cetak tshirt kartun. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0