Kenali supplier2 TShirt Kami dari dulu lagi…

Assalam & Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar semua? Harap semua sihat selalu terutamanya time 3rd wave Covid 19 ni ye.
Walaupun kes covid 19 sekarang agak membimbangkan tapi Alhamdulillah kes2 tu kebanyakan besarnya hanya berada dalam kawasan penjara je.
Harap2 kes ni akan terus berkurangan lagi….boleh le nanti korang buat macam2 aktiviti guna Tshirt nanti kan…
Hari ni saya nak kongsi dengan korang..antara supplier2 TShirt kitaorang yang dah deal lama dah…sejak 2010 lagi.
Saya ingat lagi masa mula2 nak buat bisnes TShirt ni…company Oren Sport bagitau saya, kalau order 500 helai ke atas, baru diaorang bagi harga ejen.
Masa tu ingat lagi, saya call dalam kereta on the way ke pekan kat traffic light.
Tergelak jugak saya masa tu sebab rasa macam yakin tak yakin je dapat order 500 helai tu…
Tapi Alhamdulillah….sekarang ni dah masuk tahun 2020 (10 tahun dalam bisnes cetak baju online ni) total tempahan tshirt +-125,000 helai dah.
Bila2 ingat2 balik time tu…memang tak mustahil untuk capai sesuatu tu kalau kita bersungguh2.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Sekarang ni…ada beberapa supplier yang saya setia sampai sekarang.
Saya ni bukan jenis yang senang nak setia dengan orang sebenarnya tapi ada beberapa sebab kenapa saya still maintain order dengan company2 ni….Tahu tak kenapa? Sebab……
1. Stok baju beratus ribu hingga juta. So..tak pernah sekalipun saya ada masalah dengan stok baju kecuali baju tu dah stop production ataupun stok habis tapi restock balik dalam seminggu dua.
————————————————————————————————————–2. Supplier ni memang profesional. Sebab saya regular customer diaorang, so memang diaorang jaga betul2…kalau ada masalah, in Sha Allah diaorang settle cepat.
Ada beberapa kali baju yang saya order tu ada defect(koyak atau jahitan tak betul) diaorang terus ganti tanpa banyak soal.—————————————————————————————————————-
3. Packing & delivery pun cepat. Hari ni order, In Sha Allah esok sampai dah.
Cuma kadang2 ada masalah courier tapi tu pun masalah kecik je.—————————————————————————————————————-
4. Setiap tahun diaorang akan perkenalkan design baru supaya customer tak boring dengan design tu.
Ada je katalog baru keluar bila masuk tahun baru.
So..regular customer saya pun rasa excited nak order baju tu.—————————————————————————————————————-
5. Banyak pilihan baju…dari cotton ke microfiber.
Ada yang saiz besar & budak2.
Ada yang berkolar, roundneck, sublimation, plain dan macam2 lagi.
Tu yang seronok dengan supplier2 ni.
Inilah antara sebab kenapa saya masih setia dengan diaorang ni walaupun dah bertahun2 order dengan diaorang.
So..mari saya ceritakan sikit pasal supplier2 yang saya pernah order sebelum ni…
1. ENZO <<KLIK SINI UNTUK DETAIL>>
Enzo ni adalah antara brand baju yang saya deal sejak saya start buat bisnes ni. Lebih kurang dalam tahun 2011 camtu.
Saya suka deal dengan Enzo ni sebab kain dia kualiti tinggi, kerja cepat, stok banyak & sentiasa layan kitaorang first class.
Most of custom made juga saya buat dengan Enzo sebab hasil dia memang ramai customer puji.
Saya pernah pergi ke kilang diaorang kat Batu Pahat sekali.
Yang kelakornya…dah 10 tahun deal dengan diaorang…sekali tu je lah gi kilang diaorang & jumpa bos dia.
Time nak order semua pakai wasap & online je.
Setiap tahun diaorang ada keluarkan TShirt baru & design dia selalu customer order.
Selain TShirt biasa, Enzo ada jugak sediakan banyak pilihan baju muslimah.
Yang bestnya….baju muslimah dia sampai saiz yang besar pun ada (sampai 6XL).
So, pada yang nak cari baju untuk aktiviti diaorang yang sedondon, memang biasanya customer akan cari brand Enzo sebelum ni.
2. OREN SPORT <<KLIK SINI UNTUK DETAIL>>
Brand Oren Sport adalah brand ke 2 yang banyak saya tempah.
Juga sejak 2011 kalau tak silap.
Oren Sport ni memang dah terkenal lama dah tapi mula2 tu saya takut jugak nak order sebab dia dah establish & macam yang saya cerita sebelum ni….kalau tak dapat 500 helai ke atas, tak dapat harga ejen.
Oren Sport ni dia punya pilihan lagi banyak dari Enzo & stok memang ada je setiap hari.
Brand Oren Sport memang dah lama dikenali terutamanya printer2 TShirt sebab diaorang memang supply baju2 kosong untuk dicetak.
Cer tengok kat bawah ni untuk contoh baju Oren Sport yang kitaorang jual & print….


- 3. 4SQUARE <<KLIK SINI UNTUK DETAIL>>
Brand ni saya sediakan just standby untuk customer nak order tapi nak harga murah sikit.
Tapi walaupun harga dia murah sikit…kualiti still mantap sebab banyak TShirt yang saya sendiri pakai start dari saya buat bisnes ni guna 4Square…Alhamdulillah, masih ok lagi sampai sekarang.
Customer baju 4square ni biasanya customer yang nak buat baju untuk guna ramai2 tapi nak yang murah.
Contohnya…untuk Family Day, Rewang(kahwin), TShirt kelas, reunion, grup kawan2 dan macam2 lagi.
Semua jenis nak yang bajet punya.
Cer tengok contoh baju 4square yang biasa customer kitaorang order bawah ni….



4. GILDAN <<KLIK SINI UNTUK DETAIL>>

Ni gambar kitaorang ambik time ada pameran kat PWTC dalam Tahun 2019 ni.
Gildan ni brand US tapi dibuat di Bangladesh.
Walaupun dibuat di Bangladesh tapi kualiti still OK sebab orang US pentingkan kualiti.
Diaorang buat kat Bangladesh ni sebab kos buruh kat sana murah sikit.
So..bolehlah diaorang jual baju dengan harga murah sikit.
Gildan ni pun sama macam Enzo & Oren Sport sebab kualiti yang bagus & stok diaorang bertimbun2.
Biasanya kalau order hari ni…In Sha Allah, esok sampai sebab stok diaorang maintain je.
Macam jugak brand2 lain….sebab kitaorang dah bertahun2 order dengan diaorang, kitaorang mesti dapat layanan first class punya.
Masa Tahun 2016 sebelum ni..bos Gildan Malaysia Mr Justin ada melawat kitaorang kat tempat kitaorang.
Balik tu dia tuliskan pasal kitaorang dalam Facebook diaorang cam bawah ni.
Boleh baca kat link sini jugak…..

Ni antara contoh2 baju Gildan yang saya jual dalam blog ni…

5. ARORASPORT <<KLIK SINI UNTUK DETAIL>>
Arorasport ni banyak jual baju sukan jenis microfiber.
Baju cotton ada jugak tapi tak sebanyak baju microfiber.
Bagi yang mencari baju sublimation (baju sukan yang bercorak2 tu)…macam bawah ni, memang ada banyak pilihan.
Brand ni pun saya dah lama deal & setakat ni tak menghampakan.
Cuma brand ni diaorang banyak keluarkan design baru & kadang2 setahun sekali dah berubah design baju tu.
Mana yang banyak dapat sambutan, diaorang still maintain lagi jual baju tu.
Ni antara brand baju yang saya sempat upload kat blog saya hari ni…
Bagi yang berminat nak tempah TShirt beserta cetakan, korang pilih je mana2 baju yang korang rasa berkenan & sediakan sekali design nak print tu. Nanti saya bagi harga ye…
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ok…apa cerita cetak baju kitaorang hari ni ye?


Yang ni design kartun. Nampak macam simple tapi yang banyak kaler tu, saya kena guna 6 blok printing jugak tu.
Kartun asal customer sediakan & cuma edit sikit untuk bagi design nampak lebih sharp.
Tak susah pun sebab staf pun terer bab editing ni…Alhamdulillah.
Yang ni jauh pos ni…sampai ke Sandakan, Sabah.
Kebetulan masa customer ni order, PKPD kat area sana belum dibuat lagi.
Tapi pos pun ambik masa jugak sebab masa tu dah ada sikit2 dah kes Covid 19 tu.
Alhamdulillah…seminggu sampai baju tu kat customer.
Yang ni semua guna heatpress atau stiker ni.
Termasuk tulisan tu sekali. Memandangkan customer order 5 helai je…so, lebih mudah buat semua stiker.
Tak perlu buat blok printing…jimat sikit.
Cetakan jawi pun kami boleh buat.
Tapi design asal ni customer sendiri yang buatkan. So, tak banyak kerja sangat.
Termasuk nama belakang tu…semua customer yang berikan. Cepat sikit siap….
Yang ni design family day yang customer pilih sendiri dari design yang kitaorang sediakan.
So…mudahlah sikit nak print semula.
Just edit semula wording je…yang lain semula ikut yang asal.
Cer KLIK SINI untuk tengok macam2 lagi contoh design Hari Keluarga yang kami sendiri sediakan…just tunggu nak pilih je.
Yang ni semua saya nak tunjuk contoh baju print Gold.
Tapi bukan gold shining tapi gold biasa (campuran warna & jadilah gold).
Kalau tengok memang sebijik warna gold & harga murah sikit dari guna stiker atau vynil.

Yang bawah tu contoh design asal yang customer bagi.
Yang atas tu hasil lepas dicetak atas baju.
Belakang tu ada jugak campuran warna gold. So…memang cantik & naik warna dia.
Yang ni kalau tak silap 6 ke 8 kaler print ni.
Tak perlu pakai stiker tapi pakai printing silkscreen biasa je.
Tapi design still cantik & menawan…customer pun puji. Alhamdulillah.


Ok…rasanya itu saje buat hari ni.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Saya doakan & harapkan supaya pemyakit Covid 19 ni cepat2lah lenyap atas muka bumi ni.
So…dapatlah kita buat apa sahaja aktiviti yang terbantut sepanjang PKP ni…Amin.
Sampai jumpa lagi ye….baaaiiiii….
Abg Nik & Kak Salina


Posted on 10/10/2020, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0