Monthly Archives: August 2020

Macam2 stail design RARE TShirt dari customer sejak 2010 hingga 2020 ni….

Hai & Salam Cetak Baju Gaisss….

Selamat berjumpa kembali dalam artikel tentang cetak baju online yang setia dengan customer kami sejak 2010 lagi.

Pejam celik pejam celik….macam tak percaya bisnes kitaorang dapat maintain selama 10 tahun sejak 2010 lagi.

Masa kami mula2 buat bisnes ni…sebenarnya kami tak mengharap apa2 pun.

Dah macam2 bisnes kami try tapi tak menjadi.

Tapi Alhamdulillah….dengan bisnes cetak baju ni bukan saje menjadi tapi menjadi2 rupanya.

Mula2 tu just sebab nak tolong wife sebab dia dah kena berhenti kerja & yang pergi kursus cetak baju..saya sebenarnya & bukan wife.

Tapi last2 wife yang terer printing.

Lagipun masa tu saya masih kerja dengan government, so…kalau diingat2kan balik memang huru hara jugak hidup time tu.

Masa start 2010 tu saya start jual area tempat saya je secara offline. Selitkan flyers dalam suratkhabar kat pasar2 tani setiap pagi Ahad.

Time tu orang ramai lagi baca suratkhabar hardcopy. Sekarang semuanya digital.

Masa 2010 tu…Alhamdulillah dapat le siapkan tempahan dalam 200 ke 300 helai sebulan.

Kira ok lah tu untuk newbie macam saya time tu.

Naik 2011…saya start promote bisnes saya dalam internet.

Masa mula2 cipta nama website tu….mohcetakbaju…ingatkan orang Malaysia je yang tengok tapi satu dunia tengok.

Tak sangka jugak tapi sebab yang tengok tu student Malaysia kat luar negara.

Pastu macam tak percaya jugak sebab ada student Malaysia dari Korea order baju muslimah dengan kitaorang beberapa tahun lepas.

Tak caya…tengok gambar bawah ni…

 

Jauh tu baju kitaorang sampai.

Selain tu..ada jugak dari UK, Singapore, Brunei, Poland, Mesir dan beberapa negara lain yang order dengan saya & kebanyakannya student Malaysia yang duduk kat situ.

Ada satu kali tu…saya dapat emel dari satu negara Amerika Tengah…entah apa namanya, nak order baju jugak dengan saya.

Kitaorang sembang dalam English tapi last2 tak jadi order sebab kos pos saje lagi mahal dari harga baju.

Yang call terus pun ada. Ada sekali dari US call….California tak silap tapi saya tak angkat.

Risau jugak takut scam.

Yang di Malaysia saje dah sampai ke ceruk2 kampung mana dah sampai dah.

Ke pedalaman Sabah Sarawak lagi. Macam tak caya je…tapi itulah hakikatnya.

Ada dah sampai Triang, Pahang, Kg Patau2 Labuan dll.

KAT SINI korang boleh baca artikel kitaorang sebelum ni yang dah pos ke ceruk kampung di seluruh Malaysia.

Cuma jangan mintak kitaorang pos ke Israel atau Korea Utara dah.

Takut ooo pos sampai sana….hehehe.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Kalau dikenang2kan….ada macam2 stail design TShirt yang customer pernah order sebelum ni.

Ada yang pelik & ada yang kiut. Semuanya kami print kan untuk customer kami.

Kalau gambar print biasanya tulisan depan atau tulisan belakang je.

So..tak pelik sangat tapi dalam banyak2 TShirt tu ada yang rare sikit & jarang2 kitaorang cetak.

Antara TShirt2 rare yang kitaorang pernah cetak sebelum ni ialah…

 

Macam atas ni…rare kan?

Gambar tangan pegang badan…memang jarang2 orang order baju camni.

Mana ada orang ramai pakai baju camni.

Korang nak order baju camni pun boleh jugak.

Yang ni pun rare bagi saya sebab semua tulisan jawi.

Cuma…design asal ni semua customer yang bagi.

Biasanya print tulisan rumi je tapi ni semua jawi…jarang2 saya terima order camni.

Cantik pun cantik….

Yang ni simple je…bahagian belakang baju lukis gambar tulang belakang je..

Tak ada wording apa pun. Depan ada print sikit.

Tapi pelik sikit le sebab tak pernah dibuat dek orang gambar tulang belakang je camtu….hehehe.

Ni antara design awal2 masa berkecimpung dalam bisnes printing ni.

Gambar earphone kat bahagian depan.

Dulu2 banyak jugak kitaorang dapat order baju camni.

Semua minat design camni masa tu. Memang sempoi.

Ni namanya design doodle.

Bagi saya design camni rare jugak sebab jarang2 customer order.

Memang sempoi sebab kartun2 dia dia lukis tangan je tu.

Kalau nak idea design doodle ni, korang boleh je Google Doodle design atau KLIK SINI untuk contoh design doodle yang kitaorang ada.

 

TShirt ni pun sempoi jugak.

Guna teknik halftone…Mula2 cetak putih, pastu tindih hitam.

Design dia hitam putih je tapi macam gambar asal.

Bawah ni pun teknik halftone jugak tapi 1 kaler print….

Yang ni semua guna teknik halftone atau senang nak faham…design original tapi 1 kaler print.

Selain daripada tu…ada lagi teknik yang kitaorang panggil teknik CMYK (Cyan Magenta Yellow Black).

Bila combine warna tu ikut turutan…akan jadilah satu warna asal yang cantik & nampak macam design asal.

Bila print CMYK tu…ni lah hasilnya.

Yang ni pun bagi saya rare jugak & ada beberapa order print camni.

Selain daripada tu….ada jugak design2 gambar artis Kpop yang kitaorang pernah print sebelum ni.

Macam yang Running man tu..antara contoh design yang kitaorang pernah print pada 2013 dulu.

Black pink tu baru lagi.

Ada jugak BTS dll.

Design ni lagi rare sebab ada 1 customer je order design camni.

Campuran merah & hitam.

Masa print tu…saya letak cat merah kat atas & hitam kat bawah.

Pastu sekali print dua2 warna tu.

Agak mencabar jugak sebab nak dapatkan tone kaler yang bercampur kat tengah2 tu.

Yang ni tak rare sangat sebab ramai yang order teknik sebelum ni.

Teknik emboss…cuma sebab nak kongsi ngan korang antara stail2 design yang customer pernah order sebelum ni.

Teknik design timbul namanya…lain dari print biasa.

Apa yang saya kongsikan dengan korang semua kat atas ni ialah antara TShirt2 rare yang pernah customer order dengan kitaorang sejak 2010 hingga kini.

Alhamdulillah…..sehingga 2020 ni, customer kami masih lagi menyokong kami.

Sempena 10 tahun dalam industri ni kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada korang yang sentiasa menyokong bisnes kami….terima kasih sekali lagi.

Inilah 2 orang pemilik Ainix Resources & http://www.mohcetakbaju.com yang dari dulu hingga sekarang tak jemu2 membantu korang untuk dapatkan TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang.

Ini pembantu kitaorang sebelum ni tapi dah resign sebab dapat tawaran masuk tadika….. :).

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Terima kasih sekali lagi kepada semua bekas pelanggan & pelanggan setia kami.

Hanya gambar & kata2 sahaja yang dapat menggambarkan betapa gembiranya diaorang dengan servis yang kitaorang berikan sebelum ni dari 2010 sehingga kini….

Lihat apa kata mereka?

Dan macam2 lagi kata2 mereka DISINI!!

Kitaorang harap2 korang pula selepas ini yang akan menjadi salah seorang customer HEBAT kitaorang nanti ye!

So…sampai jumpa lagi lain kami. Baaaiiiii…….

Abg Nik & Kak Salina

%d bloggers like this: