Monthly Archives: October 2021

Tempahan Cetak TShirt kami sentiasa dibuka & tak pernah tutup sejak 2010 lagi…In Sha Allah!

Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar semua pengunjung mohcetakbaju.com?

Saya harap semua dalam keadaan sihat walafiat & sentiasa dijauhi dari wabak Covid 19.

Alhamdulillah……kerajaan dah benarkan merentas negeri dah.

Syukur…nampaknya keadaan negara kita akan kembali seperti sebelum ni. Cumanya ada rutin2 harian yang berubah sikit macam kena jaga SOP dan lain2.

Dalam 2 tahun Covid ni memang bukan saya je yang struggle untuk maintain dalam bisnes tapi semua orang kat Malaysia ni.

Memang semua terkesan sebab manusia semuanya tak dapat buat aktiviti macam biasa kecuali bisnes yang berkaitan makanan.

Tapi Alhamdulillah…kalau ada orang lain yang terpaksa jual barang2 printing diaorang & ada yang dah bankrap sebab tak boleh nak bayar hutang…kami kat sini masih maintain non stop.

Cumanya order tu naik turun & sangat berbeza dengan sebelum Covid.

Bayangkanlah kalau sebelum Covid 19 dapat 2,000 ke 3,000 order sebulan, bila Covid…tak sampai separuh customer order.

Begitulah kuatnya penangan Covid 19 ni.

Dalam pada tu…kitaorang jugak mampu bayar gaji 2 orang staf kitaorang.

Itu yang penting sebenarnya.

Dalam masa covid ni…antara niat & doa saya ialah supaya Allah tak putuskan rezeki saya supaya bukan saya je dapat makan tapi staf saya ni pun dapat makan jugak.

Mungkin disebabkan doa tu jugak, Allah sentiasa bagi rezeki tempahan TShirt walaupun dalam Covid ni.

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

So…bagi korang yang nak tempah TShirt korang, terutamanya TShirt Family Day yang nak balik kampung & berkumpul ramai2….silakan.

Tempahan kami sentiasa dibuka untuk anda. Non stop…In Sha Allah.

Bagi korang yang nak tempah TShirt Family Day tapi masih tak ada IDEA…korang boleh pilih gambar2 design sedia ada yang kitaorang ada ni.

KLIK KAT GAMBAR BAWAH untuk tengok design yang kami ada…

Kat sini ada macam2 contoh TShirt Family Day atau Hari Keluarga yang saya pernah print sebelum ni.

Ni adalah sebahagian sahaja gambar yang saya boleh tunjuk tapi ada baaaanyak lagi sebenarnya gambar TShirt Hari Keluarga yang saya dah buat sejak 2010 lagi.

Kalau tak……..penuh page ni kalau saya letak semua sekali gambar2 tu.

Ni pulak antara baju2 yang saya siapkan baru2 ni untuk tatapan semua.

Baju ni memang sempoi. Kitaorang sponsor cikgu Romie ni TShirt untuk dipakai masa kelas diaorang.

Kelas PDPR tapi cikgu ni ajar seluruh Malaysia. Seronok tgk dia pakai baju tu.

Ala ala marketing camtu….Terima kasih Cikgu Romie.

Ni baju untuk budak2 PPKI sekolah menengah kat area rumah saya. Cetak lencana sekolah untuk baju muslimah & baju biasa.

Khas buat budak2 istimewa.

Kitaorang bukan je buat TShirt…tapi beg pun kitaorang print sekali.

Beg ni semua kami yang sediakan jugak. Cetak 1 warna je atas beg tu.

Beg yang berkualiti tinggi & memang sesuai untuk budak2.

Time2 covid & PKP sebelum ni..kami juga ada terima TShirt kelas.

Baju ni cikgu kelas yang tolong uruskan & tolong belikan untuk anak2 murid dia.

Belakang ada nama sorang2. Buat kenang2an untuk kelas tahun ni.

Selain TShirt…beg kain jugak kami ada ambik tempahan jugak.

Macam design atas ni. Semua saya sediakan…tambah print je.

Sape2 yang rasa nak 1 set dengan beg ni pun boleh tempah sekali.

Selain TShirt kelas….banyak jugak saya terima order TShirt company.

Walaupun dalam PKP ni…ramai jugak buat TShirt untuk staf diaorang.

Ni lepas dapat rentas negeri ni…In Sha Allah..order makin naik lagi lepas ni, In Sha Allah!

Ni antara TShirt2 company yang sempat saya siapkan sebelum ni.

Alhamdulilah…syukur sebab rezeki kami dengan bisnes TShirt online ni tak putus2 sejak 2010 lagi.

Kalu ikutkan dari segi perkembangan syarikat kami, Tahun 2014 adalah kemuncak dia & sampai satu ketika boleh capai hampir sales RM100K sebulan.

Cuma bila tahun 2020 ni & Covid pulak tu, memang semua yang terasa kesan dia.

Cumanya bisnes saya ni tak berhenti2…ada je orang order tapi permintaannya kurang separuh dari biasa.

Tak apalah….lepas Allah bagi nikmat, Allah nak uji kita pulak.

Harap2 lepas ni sambutan TShirt akan kembali cam biasa…In Sha Allah.

So..sape2 nak order TShirt Design Sendiri korang, bagitau je kitaorang ye…

%d bloggers like this: