Monthly Archives: July 2022

Sekarang kita pulun cetak TShirt sukan pulak….

Salam Cetak Baju semua,

Alhamdulillah….syukur. Baru je habis berhempas pulas siapkan baju untuk orang buat korban.

Syukur jugak sebab dah beberapa tahun kita dalam PKP & tak dapat buat majlis korban pun sebelum ni.

Ada yang boleh buat tapi SOP nya maakk aaii….ketat betul.

So..tahun ni lebih bebas sikit & lebih ramai yang dapat join.

Cer tengok gambar2 bawah ni..betapa meriahnya diaorang pakai TShirt korban sambil melapah daging lembu tu….

Hensem betul kerbau kat depan tu…hehehe. Kesian dia…

Yang order pulak bukan dekat2 sini je….satu Malaysia order.

Dapatlah diaorang merasa pakai baju korban tu tahun ni setelah beberapa tahun terperap dirumah.

So….raya korban & pulun cetak TShirt korban dah lepas dah.

Sekarang ni berdesup2 pulak masuk tempahan TShirt sukan sekolah.

Ada yang order untuk rumah sukan, ada yang order untuk satu set team bola sepak, netball, bola baling dll.

Ada jugak yang order untuk kanak2 sekolah Tadika, TASKA, PASTI dll.

Alhamdulillah…tempahan ni jugak bukan datang sekitar sini je…sampai Sabah Sarawak pun ada.

Bertalu2 masuk.

Bawah ni antara contoh2 baju yang sempat saya upload dalam blog ni hari ni (masih banyak lagi gambar yang belum diupload).

Ni antara baju yang saya sempat ambik gambar.

Kalau ikutkan time pertengahan tahun camni memang TShirt sukan sekolah banyak dapat sambutan.

Lagi2 daripada cikgu koperasi sekolah masing2.

Yang nak order untuk kanak2 TADIKA, TASKA & PASTI pun ada jugak.

Kitaorang ada supply TShirt Readymade jugak untuk yang nak segera.

Just tambah cetak je atas baju tu nanti.

Antaranya….

TShirt Microfiber Budak
TShirt Cotton Budak

Seluar tricot atau track warna hitam & navy.

Ini antara baju2 budak readymade yang korang boleh pilih.

Tambah je cetakan apa yang korang nak.

Bagi kitaorang detail nak order…nanati saya bagi harga nanti.

Sampai jumpa lagi ya….baaaiiiiii….

Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbaju.com

%d bloggers like this: