Monthly Archives: July 2023

Ada Macam2 Stail Cetak TShirt Design Sendiri Yang Customer Tempah Sejak 2010 Lagi!!

Salam Cetak Baju semua,

Tik Tok Tik Tok…cepat betul masa berlalu.

Sedar tak sedar nampaknya dah 7 bulan kita dalam Tahun 2023 ni.

Kalau dikira2 kan…Tahun 2023 ni dah masuk 13 tahun kitaorang dalam bisnes cetak TShirt secara online ni.

Kalau dikira2kan jugak….dah lebih dari 125,000 ++ helai TShirt yang dah ditempah oleh customer kitaorang sejak 2010 lagi.

Dan semenjak itu jugak, ada maaaaacam2 stail design TShirt yang customer order dengan kitaorang.

Semua tu diambil dari pelbagai sumber.

Ada yang perah guna idea sendiri, ada yang ambik kat Google, ada yang buat kat design TShirt Maker, ada yang ambik dari design sedia ada yang kitaorang sediakan dan macam2 lagi cara diaorang ambik design tu.

Tak kisah le camane diaorang dapatkan design tu…janji senang & mudah untuk saya print kat atas baju tu.

Satu lagi..janji tak melanggar batas agama, akhlak & moral sebagai seorang manusia & hamba Allah.

Meh saya tunjukkan kat korang..antara design2 yang saya anggap lain dari yang lain yang ditempah oleh customer kitaorang.

Design camni tak lah pelik sangat tapi jarang2 kitaorang guna teknik ni untuk print design ni.

Dah lama dah tak cetak guna teknik ni.

Design ni kitaorang panggil Teknik CMYK (Cyan Magenta Yellow Black).

Teknik tindihan 4 warna atas ni & jadi lah seperti design kat atas ni.

Biasanya teknik CMYK ni, design dia akan nampak dot dot dot kat gambar dia.

Walaupun ada dot dot dot tapi bila tengok dari jauh, nampak macam real je.

Bagi yang nak tempah design camni, korang di alu2 kan ye.

Yang ni pun lain dari yang lain.

Siap ada muka sorang2 kat atas baju tu.

Biasanya sahabat dari Indon yang suka design baju camni.

Bangga je bila dapat pakai baju yang ada muka masing2 camni.

Ni le specialnya design cetak design sendiri.

Boleh buat ikut sukahati kita je.

Cetak tulisan jawi juga bagi saya sangat special sebab bukan senang nak cetak tulisan jawi ni.

Biasanya cetakan jawi ni customer sendiri bagi wording yang diaorang nak cetak tu.

Tapi kalau nak, kitaorang buatkan boleh.

Mana2 je.

Macam design tulisan jawi atas ni. Memang cantik & special.

Ni satu lagi contoh design yang agak special yang gunakan tulisan jawi tapi kali ni siap buat bentuk nombor macam diatas.

Yang ni kita panggil teknik halftone.

Teknik yang nampak sebijik macam design asal bila kita print.

Yang ni pun ada dot dot dot macam teknik CMYK sebelum ni.

Lama dah teknik ni customer tak order.

Kalau ada yang nak…boleh je kitaorang buat.

Yang ni tak pelik tapi juga special bagi saya.

Sebab bukan senang nak letak nama sorang2 kat dalam nombor macam atas ni.

Boleh jadi kenangan terindah untuk semua student dalam 1 kelas.

Boleh jadi kenangan bila kita imbas semula nama2 kat baju tu. Seronok ooooo….

Yang ni special printing ni.

Kita panggil EMBOSS PRINTING.

Jenis cetakan timbul. Bila kita raba design tu, rasa design tu timbul.

Memang special…lain dari yang lain.

Teknik still guna Silkscreen Printing tapi jenis emboss.

Nak order?? Whatsapp je kitaorang ye…

Ni antara design2 yang customer tempah sebelum2 ni.

Agak rare daripada design lain.

Ada yang mintak lukis tulang belakang saje pun ada. memang pelik betul.

Yang gambar orang & bulldozer tu macam yang saya bagitahu sebelum ni guna teknik HALFTONE.

Yang ABJAD corak bunga tu guna stiker (Heat Press).

Kebanyakan design2 ni customer sendiri yang sediakan.

Dan kebanyakan besarnya, semua design ni kitaorang boleh buat.

Tapi kalau tak boleh buat, saya akan bagitahu awal2.

Oklah…rasanya setakat ni dululah buat kali ni ye.

Cam biasa….kalau nak tempah TShirt korang, sila Whatsapp macam bawah ni.

Bagi korang yang sedang mencari TShirt Design sendiri, http://www.mohcetakbaju.com ada sediakan macam2 jenis TShirt mengikut aktiviti korang.

Korang boleh Whatsapp kitaorang untuk tanya terus kalau nak.

Kalau nak buat duit dengan bisnes TShirt design sendiri ni pun boleh jugak.

Ok..korang. Jumpa lagi. Baaaiiiii..

Abg Nik & Kak Salina

Upah cetak TShirt Tak Payah Bayar pun KALAU……

Salam Cetak Baju semua bakal2 pelanggan,

Alhamdulillah….settle dah TShirt Hari Raya korban baru2 ni.

Memang pulun sakan siapkan baju tu. Nasib baik sempat.

Ni antara gambar2 TShirt korban yang diaorang pakai baru2 ni yang saya sempat kongsikan dengan korang.

Ok…hari ni saya nak share dengan korang pasal design yang nak print atas TShirt korang.

Kebanyakan besar masalah customer yang agak kritikal time nak order baju ialah design yang nak print atas baju tu.

Yang sebenarnya…tak susah pun.

Ada macam2 cara untuk kita letak design yang korang nak tu atas baju tu.

Antaranya…

Google kat Google Image design yang nak diprint tu.

Ramai jugak customer yang guna kaedah ni sebab senang nak cari.

Dah dapat design tu…snap & Whatsapp bersama detail nak order tu kat kitaorang.

Boleh guna link ni untuk letak design yang nak print. Guna www.customink.com. Mudah je.

Lepas dah siap buat design tu, boleh snap gambar tu atau emelkan ke emel saya di adminkomisen@gmail.com.

Kalau korang ada design spesifik nak buat, boleh try design2 readymade yang kitaorang ada kat bawah ni.

a. TSHIRT HARI KELUARGA <<KLIK SINI>>

b. TSHIRT REWANG/BEKWOH/KAHWIN <<KLIK SINI>>

c. TSHIRT KELAS <<KLIK SINI>>

d. TSHIRT DOODLE <<KLIK SINI>>

Kalau terer lagi boleh je guna Adobe Illustrator atau Adobe Photoshop untuk buatkan design tu.

Dah siap, tunjuk kat kitaorang nanti time nak dapatkan harga nanti.

So..terpulang camane korang nak bagi design tu kat kitaorang nanti.
Janji senang nak tengok & bagi harga nanti.

So..camane nak dapat FREE atas UPAH DESIGN tu?

KORANG MESTI ORDER DALAM KUANTITI YANG BESAR ATAU BANYAK…BARU KITAORANG CONSIDER UNTUK BAGI FREE UPAH DESIGN TU.

Contohnya….kalau korang order 100 helai ke atas & cetak hanya 1 design & 1 warna je, katakan harga baju tu RM15 sehelai kosong, so, kitaorang nanti caj RM15 je sehelai.

Tak ada kos tambahan untuk upah cetak dikenakan.

Tapi tak semua yang kuantiti besar tu kitaorang bagi FREE upah design tu.

Adakalanya, kitaorang terpaksa caj jugak tapi dengan harga yang paling minima.

Contohnya…design korang tu kitaorang kena edit balik sebab komplikated, so, kitaorang akan caj sikit supaya sesuai dengan kesusahan untuk edit semula design tu.

Itulah caranya kalau korang nak dapatkan upah design tu free je ye.

Harap2 korang dapat ambik kesempatan ini sekarang sebelum kitaorang berubah fikiran nanti ye.

Ok…seperti biasa, saya akan kongsikan antara tempahan2 yang kitaorang siapkan sebelum raya baru2 ni ye.

Ini nak kata TShirt gengster bukan…hehehe.

Sebab tengok customer lembut je…

Semua design ni customer bagi kat Whatsapp je. Saya just edit balik untuk bagi senang nak cetak.

Yang ni macam biasa…TShirt Hari Keluarga.

Design ni semua customer yang sediakan. So, saya akan edit semula untuk bagi nampak sharp masa print nanti.

Alhamdulillah..pengalaman 10 tahun ni walaupun tak ada basic kelas komputer tapi dapat juga edit sama sebijik macam customer nak.

Ni antara TShirt company yang sempat disiapkan sebelum raya haji hari tu.

Tak kira korang Doktor ke, korang cikgu ke, korang tokey cafe ke…..semua boleh buat baju ikut design korang sendiri.

Sediakan je design tu..nanti pandai2 le kitaorang edit nanti.

Macam design baju atas ni.

Ni salah satu jenis TShirt yang selalu dapat sambutan dari customer.

TShirt budak sekolah Tadika, Taska, PASTI, Tabika dll.

Siap boleh order 1 set dengan seluar lagi kalau nak.

Yang ni hari tu kitaorang buat untuk Tabika KEMAS KETEREH Kelantan dalam 1300 helai.

Seronok diaorang dapat pakai baju tu ramai2.

Ini TShirt korban yang kitaorang siapkan untuk raya haji baru2 ni.

Alhamdulillah…selamat siap on time semuanya.

Alhamdulillah..macam biasa, kalau nak order TShirt dengan kitaorang, follow je detail atas ni.

Nanti kitaorang Reply ye…In Sha Allah.

Sampai jumpa lagi ye….baaaiiii…

Abg Nik & Kak Salina