Daily Archives: 04/08/2023

Kami dah ada TShirt Lengan Panjang untuk budak guys!

Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar guys?

Ramai yang cari TShirt sedondon yang sama warna semua untuk aktiviti diaorang.

Terutamanya TShirt yang ikut grup atau kumpulan masing2 macam TShirt Hari Keluarga, TShirt Sukan Sekolah dll.

TShirt dari budak kecik sampai le dewasa.

Semua nak pakai TShirt sedondon tu supaya nampak lebih meriah.

Cuma sebelum2 ni mana2 budak perempuan terutamanya yang muslimah & nak tutup aurat, pilihan TShirt lengan panjang agak terhad.

Biasanya kitaorag suggest je TShirt lengan pendek budak, pastu pakai handsock.

Itu je lah yang boleh bantu pun.

Tapi sekarang ni, terima kasih banyak2 lah diucapkan kepada supplier TShirt kitaorang iaitu Rightway yang sudi supply TShirt sedondon termasuk TShirt lengan panjang budak tu.

Cuba tengok contoh baju sedondon yang kitaorang supply ni ye…

Ni TShirt Lengan Pendek Roundneck Dewasa

TShirt Lengan Panjang Dewasa

TShirt Lengan Pendek Budak

TShirt Lengan Panjang Budak

Lengan Pendek Berkolar Dewasa

Lengan Panjang Berkolar Dewasa

Baju budak ni start dari saiz 22 untuk budak umur setahun & paling besar untuk extra saiz 7XL.

Memang sesuai sangat untuk group yang ada macam2 saiz tubuh badan.

Pilih je warna yang nak, pastu tambah cetak.

Yang sebenarnya, kitaorang ada macam2 lagi TShirt readymade yang kitaorang supply sebenarnya.

Bagi korang yang nak tengok macam2 lagi jenis baju yang kitaorang ada, boleh try tengok kat sini ye.

  1. TSHIRT ARORASPORT
  2. TSHIRT ENZO
  3. TSHIRT OREN SPORT
  4. TSHIRT RIGHTWAY
  5. TSHIRT GILDAN

Klik je link2 diatas untuk tengok macam2 stail baju yang ada.

Boleh pilih kat situ ikut suka korang ye.

Oklah…hari ni nak dengar cerita apa ye?

Cam biasa, saya kongsikan kat korang antara TShirt yang saya siapkan baru2 ni ye…

Ni TShirt geng2 Team Building pejabat kerajaan kat area kitaorang ni.

Design asal macam kat atas tu, pastu saya transfer ke baju juga macam gambar diatas ni.

Depan 3 kaler print & belakang 1 kaler.

Jauh diaorang berkursus ni..sampai ke Kelantan nun.

Jauh tu….dari Perak ke Kelate…

TShirt yang ni lebih sempoi sebab 1 warna print je ni.

Yang mencabar sikit time nak edit logo kat dada tu yang ambik masa sikit.

Yang lain tu customer nak bagi siap dah.

Cuma logo tu dia bagi tapi blurrr sikit & terpaksa lukis balik untuk lebih sharp.

Bila sharp, nanti senang nak buat blok printing & design lebih cantik.

Ni TShirt kelas & TShirt PASTI.

Logo kat dada tu guna print silkscreen printing tu. Agak mencabar jugak tapi Alhamdulillah staf dah expert…so, mudah le sikit.

Yang ni tshirt tomoi atau muay Thai ni.

Customer dia owner gym untuk geng2 peninju tomoi.

Design depan tu dia buat dalam customink.com je & saya just lukis balik untuk bagi design tu lebih sharp.

Depan kena guna 4 blok printing supaya kena dengan warna2 yang dia nak tu.

Alhamdulillah..kalau masa mula2 bisnes dulu, design camni yang buat saya selalu pening kepala untuk pecahkan warna dia.

Tapi setelah 13 tahun dalam bisnes ni, syukur semuanya mudah & sekejap je siap.

TShirt design ni yang selalu saya terima…tshirt hari keluarga & rewang atau bekwoh.

Design asal semua customer yang bagi…setengah tu pakai google je, pastu bagi kat kitaorang untuk kitaorang edit semula.

Kalau design banyak warna kat depan, biasanya cabarannya ialah untuk pecahkan warna dia untuk mudah buat blok printing.

Contoh macam gambar atas ni, gambar ATV tu saya terpaksa lukis balik sebab design asal pecah.

Lepas dah lukis balik, terus standby untuk pecahkan warna dia.

Hasilnya macam diatas ni.

Oklah..rasanya setakat ni dulu buat kali ni.

Cam biasa…bagi yang plan nak tempah TShirt dari kitaorang, guna je Whatsapp seperti dibawah :

Sampai jumpa lagi ye…

Baaaiiiiii….

Ikhlas Membantu :

Abg Nik & Kak Salina

IKLAN : Kenangan disatu ketika dulu…hehehe..