Stiker DTF…sebijik macam cetak TShirt guna Silkscreen printing..

Salam Cetak Baju guys,

Hari ni dah masuk tengah bulan 8 dah…maknanya ada 4 bulan lagi nak habis tahun 2023 ni.

So..apa perancangan korang untuk group korang tahun ni?

Tak kan tak ada apa2 kenangan kot…

Kebiasaannya time2 nak masuk hujung tahun ni lah ramai yang order TShirt untuk :

  1. Hari Keluarga
  2. Rewang/ Bekwoh
  3. Konvoi
  4. Tshirt Kelas
  5. TShirt Cenderamata untuk ahli persatuan
  6. TShirt Batch
  7. TShirt Sukan

Dan macam2 lagi…

At least korang ada le something yang boleh diingat dalam tahun 2023 ni kan….

Oklah…hari ni saya nak kongsi ngan korang cerita pasal print jenis Stiker atau kitaorang panggil DTF Stiker.

Apa itu Stiker DTF?

DTF stand for Direct Transfer.

Kalau biasanya stiker yang kita guna sebelum2 ni dibuat dari plastik & kemudian kita tampal atas TShirt guna heat press.

Yang tu kita panggil Print & Cut Sticker.

Tapi untuk stiker DTF ni, bahan yang digunakan lebih kurang sama macam bahan untuk print silkscreen printing.

Bahan dia macam cat yang boleh serap terus dalam baju.

Cara nak lekatkan kat baju pun sama je macam stiker biasa.

Still guna mesin heatpress.

Nak mudah…tengok video bawah ni.

DTF stiker ni sesuai untuk sape2 yang nak cetak banyak kaler print sebab proses dia sangat mudah & cepat.

Cuma nak inform awal2..stiker DTF ni saya order dari kilang di Shah Alam.

So, kualitinya sangat tinggi.

Dia bukan stiker yang cikai2 yang biasa print kat printer rumah je.

Kualitinya memang A++ terutamanya dari segi ketahanan (durable) & performance dia.

Ni antara contoh TShirt yang saya pernah guna teknik stiker DTF ni sebelum ni.

Kalau stiker biasa…ketahanan dia macam ragu2 sikit sebab dia guna plastik.

Tapi DTF ni saya boleh confident boleh tahan lama sebab bahan yang digunakan tu macam cat & finishing dia sebijik macam silkscreen printing.

Kalau tengok dari jauh pun, tak perasan itu stiker tapi macam printing biasa.

So..bagi sape2 yang nak try stiker DTF ni, korang boleh je start order dengan kitaorang ye.

Apa cerita cetak TShirt minggu ni ye?

TShirt ni simple je sebenarnya tapi part nak bancuh warna untuk printing tu ambik masa sikit.

Sebab customer ni nak sebijik warna cam kat baju tu.

Pastu kat belakang ada nama sorang2 lagi.

Simple & sempoi.

Tengok kat video lagi syok.

Depan guna stiker DTF & belakang silkscreen printing.

Belakang ambik masa sikit nak print sebab 4 kaler print (4 layer print).

Disebabkan staf saya ni dah expert, so sekejap dia print belakang tu.

Customer pulak mintak warna tu bagi sebijik macam asal…so, terpaksalah staf saya mengorek ilmu alam yang dia ada untuk bagi warna tu sebijik macam asal.

Alhamdulillah…kalau tengok design tu memang sebijik macam asal.

Yang ni merupakan regular customer saya yang repeat order semenjak 2021 lagi.

Design pun tak banyak berubah.

Nama pun still kena print kat lengan jugak macam dulu.

Yang ni cetak logo felcra atas baju warna royal blue.

Kalau jauh tak berapa clear sangat tapi still naik warna dia.

Antara TShirt yang banyak dapat sambutan dari customer kitaorang ialah TShirt sukan sekolah.

Pilih je design mana yang nak & letak je atas TShirt korang macam design atas ni.

Ok..rasanya sampai setakat ni dulu lah ye.

Bagi korang yang rasa nak order TShirt dengan kitaorang sambil buat duit sampingan, boleh join jugak.

Macam biasa…order dengan Whatsapp dengan kitaorang lebih mudah.

Selamat Hari Merdeka 31 Ogos 1957

Baaaiiiiii…

Dari :

Abg Nik & Kak Salina

Unknown's avatar

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 20/08/2023, in Umum and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?