Monthly Archives: March 2024

Ooo ni rupanya sebab Cikgu sekolah sakan tempah TShirt untuk sekolah diaorang sekarang ni…..

Camni le rupanya staf saya cetak baju tu…oooo baru tahu ni!

Salam Cetak Baju kepada semua peminat & penggemar TShirt,

Apa khabar semua?

Masa artikel ni ditulis, puasa bergerak laju je & dah sampai ke pertengahan puasa dah.

Sekejap je masa berlalu & macam rasa baru lagi puasa hari pertama hari tu.

Cuma kebiasaannya…dalam bulan puasa ni, tak banyak aktiviti outdoor yang boleh dibuat oleh student muslim.

Boleh je kalau nak buat tapi yang ringan2 mungkin boleh.

Kalau buat yang berat…mau berbuka semua budak2 tu.

Dalam bulan puasa ni, kebiasaanya order agak slow sikit tapi tahun ni Alhamdulillah, agak sakan jugak cikgu2 ni tempah TShirt dengan kitaorang.

Apa sebabnya?

  1. Bulan lepas kan cuti sekolah, so bulan ni baru budak2 masuk sekolah untuk sesi baru tahun ni.

    So, bila budak2 dah masuk baru tahu berapa anggaran berapa helai nak order baju tu.


  2. Ada sekolah yang tak ada bajet nak order awal.

    So, bila sekolah buka baru dapat bayaran dari mak ayah. So, baru boleh start order baju tu.


  3. Bulan puasa ni sekolah muslim biasanya tak buat aktiviti luar, so sementara belum ada sukan ni, tu yang pakat order time ni tu.


  4. Macam yang saya bagitahu sebelum ni, time cuti sekolah tak dapat nak bincang design baju semua.

    Bila bukak sekolah baru boleh bincang dengan cikgu2 lain untuk buat design camane.


  5. Bukak sekolah ni jugak baru dapat bajet sebenar dari sekolah.

    Berapa nak tanggung & berapa mak ayah bayar. Dah dapat semua tu, baru boleh start tempah.

Biasanya ada macam2 jenis TShirt untuk sekolah yang cikgu tempah.

Antaranya :

  1. TShirt Rumah Sukan

    Yang ni antara yang paling banyak customer order sekarang sebab biasanya tengah tahun banyak aktiviti sukan sekolah dibuat.

    Kalau order awal senang sikit. Tak adalah terkejar2 time nak dah dekat dengan event nanti.

    Takut ada macam2 masalah nanti.

    Kalau dapat siap on time..ok je.

    Takut2 kena scam..jenuh jugak nak cari baju untuk cover balik nanti.

    Ada beberapa kes yang datang kat saya lepas kena tipu dengan supplier lain.

    Kata boleh siap on time..tapi last2 minit bagitahu tak sempat siap. Tak naya tu…

    Kesian kat customer.


  2. TShirt Pendidikan Jasmani Sekolah

    TShirt camni untuk hari2 tertentu yang boleh pakai kat sekolah.

    Sekarang ni kan cuaca panas, pakai TShirt yang casual sikit tak adalah rasa panas sangat.

    TShirt camni budak sekolah pun suka pakai sebab simple.

    Setiap sekolah ada identiti sendiri & boleh tahu kalau pakai TShirt ni dari sekolah mana.

    Biasanya TShirt camni koperasi sekolah yang uruskan.


  3. TShirt Asrama

    Biasanya TShirt camni, samada warden yang tempah atau student sendiri yang order.

    Kebanyakan sekarang student ramai yang order baju sublimation.

    TShirt yang ikut sukan nak letak apa atas baju tu.

    Budak2 sekarang suka sangat TShirt camni sebab boleh cetak apa je diaorang nak atas baju tu.


  4. TShirt Kelas

    TShirt kelas ni ada 2 jenis.

    Yang cikgu tolong tempah untuk anak murid diaorang & yang pelajar order sendiri.

    Mana2 cikgu yang ajar kelas Tahun 6 yang dah last sekolah tahun tu, biasanya diaorang buat TShirt untuk kelas diaorang.

    Mana2 budak yang aktif sikit, dia akan uruskan TShirt sendiri.

    Kalau tak ada idea…kitaorang ada sediakan. Tunggu nak pilih je.


  5. TShirt Persatuan/Kelab

    Yang ni pun biasanya cikgu atau student sendiri yang tempah.

    Samada collect duit sendiri atau guna duit kelab.

    Design pun simple2 je atau boleh guna sublimation.


  6. TShirt Pra Sekolah/Tadika/Taska/Tabika

    Kebanyakan customer yang order, nak satu set sekali dengan seluar.

    Ada yang nak baju putih seluar tricot atau track.

    Ada yang nak baju sublimation.

    Macam2 stail ada. Semuanya ikut bajet masing2.

    Kalau bajet mahal sikit, boleh buat TShirt sublimation.

    Kalau bajet biasa2 je…ambik je TShirt plain & tambah print.

    Semuanya bisa diaturrrr….


Itu antara contoh design TShirt sekolah yang customer banyak order sekarang ni.

So…kalau nak order, cam biasa. Follow je step bawah ni…

Oklah…apa cerita pasal cetak TShirt kita hari ni ye???

Cetak atas baju korporat…jarang dibuat.

Biasanya atas baju cotton & microfiber je.

So, customer ni mintak tolong kami cetak atas TShirt Korporat macam gambar atas ni.

Tapi kat bahagian depan customer nak sulam macam atas ni.

Selain TShirt, ada jugak apron yang diaorang tempah.

Apron ni guna silkscreen printing je.

Ini antara TShirt2 syarikat yang kitaorang siapkan baru2 ni.

Ada banyak jugak yang regular customer atau yang ulang cetak.

Diaorang still lagi order dengan kitaorang……Alhamdulillah.

Ini antara contoh2 baju budak tadika & budak prasekolah yang saya siapkan jugak sebelum ni.

Bukan je TShirt, siap satu set yang customer order kitaorang siapkan.

Bagi yang nak buat TShirt sekolah lepas raya ni, bagitahu je kitaorang nanti.

Ok…sampai jumpa lagi ye.

Abg Nik & Kak Salina