Monthly Archives: June 2024

Mencari IDEA nak buat TShirt design sendiri ni susah ke?…..

CONTOH IDEA UNTUK DESIGN TSHIRT HARI KELUARGA!!!

Salam Cetak Baju semua,

Alhamdulillah…..settle dah kitaorang kerjakan TShirt korban yang masuk bertalu2 baru2 ni….

Memang tak sangka tahun ni….ramai jugak yang tempah TShirt korban tu.

Tak macam2 tahun2 sebelum2 ni…tahun ni memang luar jangkaan betul.

Memang tak menang tangan sampai le ke last minit nak sambut raya tu.

Nasib baik le sempat siap ontime semua…kalau tak jenuh jugak menjawab dengan customer & dengan lembu korban… 🙂

Naahh…saya tunjukkan gambar2 tshirt korban & para petugas penumbang lembu yang berdedikasi untuk tatapan semua…

Ni lagi..contoh TShirt korban tu….

Ini adalah sebahagian contoh TShirt korban yang saya siapkan sebelum ni untuk tatapan semua.

Syukur sangat2 sebab kalau diingat2kan dulu masa covid, semua orang nak buat korban pun tak boleh.

Bila korban tak boleh buat, orang tak dapat berkumpul.

Bila orang tak dapat berkumpul, tak ada le tshirt korban.

So..time tu, lembu pun selamat & kitaorang yang cetak tshirt ni kurang le sikit masyuuukkk.

Ok lah…refer kepada tajuk kita sebelum ni.

Rasanya ramai jugak customer yang pening & susah nak cari IDEA untuk buat design TShirt diaorang tu.

Di http://www.mohcetakbaju.com, kiraorang ada jugak sediakan contoh design atau template untuk beberapa jenis aktiviti.

So…dengan adanya contoh design sedia ada, so, customer boleh pilih ikut suka nak design camane…

Kalau buat sendiri nanti kang, pening kepala pulak.

So…dengan template sedia ada ni….korang just pilih je kod mana yang nak & cuma tukar wording je nanti.

Antara contoh template atau design sedia ada yang kitaorang sedaiakan ialah :

  1. DESIGN TSHIRT HARI KELUARGA

    Design TShirt Hari Keluarga ni adalah design TShirt yang agak kritikal kepada customer.

    Banyak kali customer kontek kitaorang mintak idea atau design untuk TShirt Hari Keluarga ni.

    So…susah2 sangat saya bagi je template design sedia ada. Lagi senang & tak payah tergaru2 kepala nak cari design tu lagi.

    Boleh tengok kat link kat bawah ni ye…

Tapi kalau rasa macam tak ada yang berkenan dengan design yang saya ada tu, korang boleh je cari design sendiri yang lain.

No hal lah….macam design2 baju atas ni, bukan semua design diaorang ambik dari template kitaorang.

Banyak jugak yang dapat kat google…terpulang.

2. DESIGN TSHIRT KELAS

Biasanya cikgu2 & anak2 murid yang excited nak buat TShirt kelas ni.

Mungkin budak2 atau cikgu sibuk nak pikir camane nak buat design tu, dengan adanya template ni, mudah sangat2.

Pilih je dari IDEA2 yang kitaorang ada ni…

Antara kenangan terindah bersama kawan2 satu kelas ialah bila ada TShirt sedondon untuk semua satu kelas.

Nak lagi hebat…letak nama2 semua orang satu kelas kat bahagian belakang baju tu…memang awesome.

Bila ada nama ramai2 kat belakang tu….bila kita tengok balik baju tu satu hari nanti..pasti kenangan satu kelas tu mengimbau nanti…seronot woooo….

3. DESIGN TSHIRT REWANG/KAHWIN/BEKWOH

Orang pantai barat panggil rewang.

Orang pantai timur gelar Bekwoh atau BIG WORK… 🙂

So..TShirt jenis ni ramai jugak yang cari tapi IDEA tak ada.

Naahhh…saya tunjukkan beberapa contoh design readymade yang kitaorang ada & boleh tiru je.

Just tukar je dia punya wording…

Ada macam2 stail boleh pilih.

Tapi kalau tak nak pilih design readymade kitaorang pun tak apa….cari je design sendiri & forward kat kitaorang untuk kitaorang bagi harga.

Ok…itu antara design2 untuk aktiviti yang korang tak yah pening2 nak cari IDEA untuk buat.

Tapi terpulang pada korang sebab TShirt tu korang punya.

Kalau saya boleh buat saya bgtau..kalau tak boleh saya bagitau jugak nanti.

Kalau diikutkan ada macam2 jenis aktiviti yang korang boleh cetak atas baju tu…

Antaranya….

Ok..s.etakat ni je lah dulu ye…

Nanti jumpa lagi dilain artikel ye..

Kami menunggu tempahan anda ye…baaaiiiii….

Abg Nik & Kak Salina