Daily Archives: 04/08/2024
Customer Cetak Baju dari Tahun 2014 lagi masih in touch dengan kami dan banyak lagi…
Assalam & Salam Cetak Baju semua,
Masa sekarang ni berlalu dengan pantas.
Sekejap je masa…tengok2 dah dalam bulan Ogos dah Tahun 2024 ni.
Lagi 4 bulan nak masuk tahun 2025..
Kalau ikutkan tahun ni dah 14 tahun kitaorang dalam bisnes cetak TShirt ni.
Waktu struggle kitaorang masa mula2 nak buat bisnes ni..antara 2010 ke 2012.
2013 tu baru start nak berkembang & 2014 ke 2017 adalah waktu puncak bisnes kitaorang.
So..baru2 ni ada customer dari Tahun 2014 lagi kontek kitaorang untuk tempah TShirt.
Alhamdulillah…diaorang masih ingat lagi kat kitaorang.
Masa tu dia baru nak kawin..sekarang dah 3 orang dah anak.
Cer tengok conversation Whatsapp kitaorang bawah ni…



Alhamdulillah…tahan betul baju tu. Baju tu diaorang masih pakai lagi sekarang.
Syukur jugak sebab customer2 lama masih ingat lagi kat kitaorang.
Bukan je customer yang lama2 tu ingat tapi ada sesetengahnya memang dah jadi regular customer untuk banyak tahun dah.
Bukan area2 sini je tapi seluruh Malaysia.
Samada diaorang mungkin malas nak cari kat lain atau memang diaorang selesa order dengan kitaorang.
Macam baju atas ni, dari SMK Tagasan, Semporna, Sabah…dah berulang2 kali order dengan kami semenjak beberapa tahun ni.
Mula2 dulu baju ni buat custom made je cotton tapi sebelum ni buat guna microfiber sublimation.
Tahun ni In Sha Allah akan order lagi…
Ni pulak dari sekolah Tabika Parlimen Ketereh, Kelantan.
Ni baju tahun lepas ni..tahun ni customer nak design lain pulak.
Ni baju tahun ni tapi ada isu sikit dengan seluar tapi dah settle dah…Alhamdulillah
Customer ni pun dah masuk tahun ke 3 order dengan kitaorang ni.
Gambar atas ni time kitaorang hantar baju kat customer tahun lepas kalau tak silap.
Customer ni pun dah berapa tahun duk order dengan kitaorang…Alhamdulillah.
Sekali order bukan sikit2..semua ratus2 helai sebab diaorang banyak cawangan.
So…memang berbaloi kalau dapat order diaorang ni.
Semalam kitaorang gi jalan2 kat Sogo, KL & jumpa le dengan kedai makan ni.
Tengok kat staf dia, macam kenal je baju tu…kitaorang yang print rupanya…hehehe.


Yang ini memang betul regular customer kitaorang.
Tak tahu dah berapa kali duk ulang order dengan kitaorang…Alhamdulillah.
Diaorang pun ada banyak cawangan..so, memang akan order TShirt tu setiap masa.



Yang ni customer order 1,000 helai.
Yang ni kalau ikutkan kali ke 3 dah customer ni order.
Sebelum ni, 1,500 helai..pos ke KL.
Semalam saya gi hantar by hand kat customer sambil gi jalan2.
Syukur….kebanyakan besar memang customer selesa & puas hati dengan servis & produk kitaorang.
Tu yang selalu order tu.
So…pada korang yang rasa nak order TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang, boleh Whatsapp kitaorang seperti dibawah ye.
Bagi korang yang nak buat dropship pun boleh try order kat sini.
Nanti kitaorang yang tolong poskan satu2 kat customer korang nanti ye.
So…setakat ni dululah ye.
Sampai jumpa lagi dimasa akan datang…baaiiiii…..
Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbaju.com
























