Daily Archives: 31/10/2024

Cetak TShirt Sukan Sekolah Untuk Tahun Depan Pulak Guys!!!

Assalam semua & Salam Cetak Baju,

Dalam banyak2 TShirt cetak design sendiri, tempahan TShirt sukan dan sekolah adalah antara yang banyak kami dapat sambutan bila nak akhir tahun ni.

Kebiasaannya regular customer kami akan tempah awal untuk student diaorang tahun depan.

Bukan setakat TShirt sekolah tapi TShirt Tadika, Taska, Tabika, Pasti dan yang sama waktu dengannya memang biasanya tengah rancak customer order sekarang ni.

Lagi2 lah kalau pelanggan tetap kitaorang yang dah start order dengan kitaorang semenjak beberapa tahun lepas…setiap tahun tak pernah miss order. Alhamdulillah.

Antara customer yang tak pernah miss order dengan kita orang ialah Tadika Cleverland dari KL.

Ini yang baru kami siapkan baru2 ni..kat 500 helai jugak tu. Alhamdulillah.

Selain daripada tu, ada jugak TShirt sublimation siap seluar sekali dari Tabika Parlimen Ketereh yang juga regular customer kami.

Rasanya tahun ni tahun ke 3 dah order dengan kitaorang.

Kebiasaannya mesti order 1,000 helai ke atas punya…Alhamdulillah.

Cantik betul…lain dari yang lain.

Macam saya bagitahu dalam artikel lepas2..yang ni dari SMK Tagasan, Sabah dah beberapa tahun order dengan kitaorang…untuk budak Form 6.

Ni antara customer2 yang dah jadi regular customer dengan kitaorang.

Kalau ikutkan ramai lagi yang duk ulang2 order sebenarnya…syukur mungkin diaorang serasi dengan kitaorang kot.

So…bagi cikgu2 atau student yang nak buat tempahan untuk group diaorang tahun ni atau tahun depan, korang dah boleh standby order ye.

Lambat2 takut tak sempat nak bergaya bersama2 nanti… 🙂

Ok lah..cam biasa..cerita cetak TShirt Hari ni guys!

Baru2 ni dapat order dalam 50 helai design diatas.

Mula2 suggest kat customer guna stiker DTF sebab banyak warna nak print…dapat murah sikit tapi customer nak silkscreen jugak.

So..jadilah hasil seperti diatas…6 ke 7 warna depan & 8 warna belakang.

Nak urgent lak tu…nasib baik printer kitaorang hebat, dapatlah siap on time..Alhamdulillah.

Ini antara baju Hari Keluarga yang kitaorang siapkan jugak baru2 ni.

Nampak simple tapi ambik masa sikit masa nak designkan tu…time print sekejap je.

Ada yang design readymade yang kitaorang sediakan & ada yang buat sendiri.

Alhamdulillah…ada jugak kenangan diaorang tahun ni.

Yang ni tak salah TShirt sukaneka atau TShirt sukan sekolah ni.

Biasanya bajet cikgu2 ni agak murah je tapi walaupun bajet diaorang murah, saya cuba buatkan design yang dahsyat sikit,,,biar nampak gah walaupun murah.

Yang ni kita cetak atas beg ni.

Nampak agak komplikated sebab kena letak papan dalam poket beg tu supaya masa print tu smooth je printing dia.

Kalau tak letak papan, naya nanti sebab nanti senang tulisan dia lari.

Customer tshirt jawi atas ni dah kali ke 3 order dengan kitaorang….Alhamdulillah.

Sebelum ni Shah Alam, yang ni Perak & Selangor pulak.

Siap daftar cop copyright lagi.

Semoga berjaya tuan Haji.

Selain dari TShirt kelas, asrama & sukan sekolah….cikgu2 yang in charge game ada jugak order TShirt bernombor camni kat kitaoarng.

Kalau ada sukan peringkat sekolah, daerah atau Negeri, mesti diaorang order baju camni.

Oklah..setakat ni saje dulu kisah cetak TShirt kitaorang baru2 ni.

Pada sape2 yang nak tempah TShirt ngan kitaorang, jangan malu & jangan segan ye, follow je Whatsapp bawah ni ye…

Sampai jumpa lagi…baaiiiii….

Abg Nik & Kak Salina