Cetak TShirt Design Sendiri BOLEH ikut bajet masing-masing…(kalau boleh….)
Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar? Tengah buat apa tu?
Mesti tengah baca blog ni kan…..hehehe…
Sekejap je masa berlalu…pejam celik pejam celik dan masuk bulan 2 dah.
Rasanya baru je cuti sekolah, jap lagi bukak sekolah pulak…
Bila bukak je sekolah ni…ada macam2 aktiviti yang sekolah akan anjurkan nanti.
Bila ada program penting…rasanya tak sah kalau tak ada tshirt untuk dipakai time program tu.
Ada sesetengah regular customer kitaorang, diaorang standby tshirt tu awal2 lagi.
Maknanya bukak je sekolah…semua dah standby dah termasuk tshirt pelajar.
Tapi ramai jugak customer yang tunggu student dah register, baru order TShirt sebab kalau nak order awal, nanti tak tahu nak bajet berapa orang & saiz apa yang diaorang pakai.
So..bagi yang tunggu student register dulu baru order, kitaorang expect dalam minggu ke 2 sekolah mungkin ada dah yang start order.
Time tu jugak mungkin sekolah atau pusat pengajian dah ada bajet masing2.
Bagi cikgu2 yang menguruskan pasal baju tu, biasanya saya akan tanya jugak pasal bajet masing2.
Kebiasaannya kalau bajet sehelai yang cikgu bagi tu, kitaorang masih boleh dapat untung, kitaorang proceed je terus.
Tapi kalau bajetnya ciput dan bila kira2 memang kitaorang tak dapat untung apa2 pun…mungkin kitaorang akan rejek dengan sopan santun.
Pastu mungkin kitaorang akan suggest bajet yang up sikit supaya kitaorang masih boleh dapat untung dengan bajet tu.
Biasanya harga yang nak bajet murah sikit ni kalau sekolah tu tak ada bajet yang besar & mak ayah budak yang tanggung sendiri beli baju tu.
Ikut jugak pada kuantiti tempahan…kalau banyak2, boleh lah kitaorang adjust sikit untung atas sehelai.
Kalau yang kuantiti sikit tapi nak bajet murah…yang tu susah sikit sebenarnya.
Sebab bila kuantiti sikit & kitaorang bagi harga murah…untungnya pasti akan jadi lebih nipis.
Jadi kesimpulannya…kitaorang akan cuba ikut bajet masing2 selagi ada untung dipihak kitaorang.
Ok..jom kita tengok antara jenis baju yang dapat tempahan yang banyak sebelum ni & mostly ikut bajet masing2…
Ni antara contoh2 baju yang customer order sebelum ni dalam kuantiti yang besar & mengikut bajet masing2.
Ok lah….jom saya share apa cerita cetak baju minggu ni….
Ni TShirt Teambuilding ni.
Biasanya customer nak yang bajet2 biasa je..so, simple je.
TShirt hitam cetak putih. Design semua diaorang sediakan dah.












TShirt untuk budak Tadika & Taska adalah antara TShirt yang paling banyak kitaorang dapat tempahan cuti baru2 ni.
Ni antara gambar yang sempat kitaorang ambik sebelum ni.
Bagi customer yang just nak bajet murah tapi nak kualiti ok…kitaorang boleh suggest TShirt plain biasa je & tambah cetak.
Pastu seluar guna seluar tricot yang readymade.
Kalau custom nnti mahal sikit & lambat siap nanti.












Selain TShirt untuk sekolah….ada jugak TShirt untuk company.
Semuanya guna TShirt readymade je.
Ada yang regular customer yang dah berulang2 kali tempah dengan kitaorang.
Macam2 adaaaa….



Yang ni agak special sikit sebab biasanya lencana kitaorang guna stiker je tapi yang ni guna silkscreen printing.
Almaklumlah staf kitaorang ni dah expert dah..tahun ni dah tahun ke 7 dengan kitaorang…Alhamdulillah.
Memang expert…cetak silkscreen sebijik macam stiker.





Selain daripada Tshirt, kitaorang ada jugak terima order lain macam payung, apron, beg dll.
Konsepnya sama je…cuma macam beg memang agak susah sikit nak print sebab kena letak papan lapik betul2 supaya cat dia tak bertakung lepas print.

Ok..rasanya takat tu dulu ye.
Rasanya dah panjang lebar dah kitaorang cerita hari ni.
So..pada sape2 yang rasa nak order TShirt ikut bajet masing2..boleh orderv guna Whatsapp je ye….
Ok..sampai jumpa lagi..Baaiiiii….
Abg Nik & Kak Salina
Posted on 18/02/2025, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.



















Leave a comment
Comments 0