Sambutan Cetak TShirt Korban Luar Biasa Tahun Ni…Meriah betul!!!

Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar semua bakal customer, customer & ex customer mohcetakbaju.com?

Nampaknya kita dah masuk pertengahan tahun 2025 dah…skjp je masa berlalu.

Hari ni nak kongsi ngan korang pasal sambutan TShirt Raya Korban yang kitaorang siapkan baru2 ni.

Alhamdulillah…tak sangka dapat sambutan luar biasa sikit tahun ni.

Bukan setakat tempahan di kawasan dekat2 sini tapi dari luar pun banyak jugak yang dapat.

Ada macam2 stail order yang customer tempah.

Ada jugak yang tak nak print apa2…nak kosong je. Senang nak buat gi jalan..kata diaorang.

Ni antara gambar2 baju TShirt korban & suasana raya korban yang kitaorang sempat masukkan dalam ni…

TShirt korban kuning atas ni rasanya kali ke 2 dah customer ni order tahun ni.

Jauh datang ni…dari Kedah. Alhamdulillah…syukur diaorang puashati dengan baju2 tu.

Dah siap2 nak book kat kitaorang untuk TShirt akan datang.

Seronok kitaorang bila customer seronok.

Design atas ni pun rasanya kalau tak silap, dah kali ke 3 order dengan kitaorang.

Yang ni jauh sikit, dari Terengganu.

Bendera Ganu mesti nak kena ada..tahun lepas rasanya diaorang buat korban kat Istana Terengganu, tempah kat kitaorang jugak.

Yang ni area sini je tapi ada 2 tempahan…satu untuk petugas & satu untuk AJK.

Memang meriah betul diaorang…dapatlah buat berjalan2 sambil pakai baju korban tu nanti.

Baju ni jauh jugak tempahan ni…dari Segambut Dalam.

Cetak belakang je tapi 3 warna print…depan kosong.

Ni customer first time…tapi Alhamdulillah, mudah je urusan semua.

TShirt korban atas ni untuk Sekolah Agama Rakyat area sini.

Ustaz tu nak lain sikit…so, saya tambah je corak sikit kat depan.

Harga pun bajet je…harga mampu untuk sekolah agama tapi still cantekk…

TShirt korban Taman Melur Teluk Intan…seronok betul depa.

Ini pun kali ke berapa ntah dah order…regular customer jugak ni.

Yang ni kat hujung2 nak raya jugak order ni tapi kat2 sini je saya tak risau.

Design dia cantik yang ni…baju hitam & cetak gold.

Memang naik kaler dia…baju pun jenis microfiber, sesuai untuk aktiviti outdoor.

Ada satu customer tu..regular customer jugak…mula2 dia bagi design ni, nampak macam senang je nak trace dalam Ai…so, saya buat kan lah.

Sebab customer nak 1 warna je….so, saya tukar jadi camni.

Transfer ke baju…jadi le camni. Saya tengok pun puashati…memang cantik.

TShirt warna khaki. Memang naik kalau cetak hitam tu.

Nak tengok yang real…boleh tengok video bawah ni.

Sini saya kongsikan semua tempahan2 yang saya terima sebelum ni ye…semoga korang dapat lebih yakin untuk tempah TShirt dengan kitaorang nanti ye…

Semua TShirt atas ni antara TShirt2 yang kitaorang dapat tempahan sebelum raya sebelum ni.

Bagi korang yang rasa nak tempah tu…jangan segan & jangan malu, Whatsapp je kitaorang seperti dibawah ni ye…

Semua jenis TShirt korang boleh tempah ye…

Ok..kami menunggu anda ye…

Sampai sini dulu…jumpa lagi…baaaiiiiii….

Abg Nik & Kak Salina

Unknown's avatar

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 14/06/2025, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?