Bila Customer Puashati Dengan Cetak Tshirt Kami…

Salam Cetak Baju semua,

Fuhh…lama dah rasanya saya tak update dalam blog ni.

Agak sibuk sikit kebelakangan ni…syukur rezeki cetak baju tak putus2 dari customer kitaorang.

Biasanya hujung2 tahun camni, kitaorang banyak terima order dari sekolah2 atau syarikat2 yang nak habiskan bajet pejabat masing2.

Untuk cerita kali ni, saya nak kongsikan dengan korang gambar2 customer yang tersengih gembira dapat baju dari mohcetakbaju.com…

At least, gambar2 ni jadi bukti yang customer2 kitaorang memang puashati sangat dengan servis kitaorang.

Mana taknya…ada yang dah ulang tempah dah beberapa tahun dah semenjak kitaorang dalam bisnes online ni dari 2011 lagi.

Jom saya ceritakan sikit….

Ni gambar customer Team Pengurusan Jenazah yang tempah TShirt Sublimation dengan kitaorang…

Mula2 customer bagi je design yang diambik dari internet macam atas ni.

Pastu designer kitaorang edit balik supaya sesuai dengan design asal.

Dah siap design…jadi le camni.

Design camni, kitaorang ambik 30 helai ke atas je sebenarnya tapi boleh nego lagi kalau nak bawah 30 tu….

Hebat Team Pengurusan Jenazah sekarang…siap ada baju seragam sendiri dah….

2. TShirt Sublimation SRAR

Yang ni pun TShirt sublimation untuk Sekolah Rendah Agama Rakyat kat area rumah kitaorang.

Design asal diaorang Google je…lepas tu designer kitaorang lukis balik untuk dapatkan design sejibik camtu.

Biasanya kalau sekolah2 ni…kuantiti minimum pun dalam 100 helai camtu.

So..sape2 yang rasa nak buat duit dengan TShirt ni…sangat2 dialu2kan…

3. TShirt Hari Keluarga

Kat2 hujung tahun camni…TShirt Hari Keluarga antara yang banyak kitaorang terima tempahan.

Macam atas ni…nampak je simple tapi 2 kaler print jugak tu.

Ni design asal & lepas print macam bawah ni, terus jadi macam gambar atas nun.

4. TShirt Kelas

Adik yang order baju ni memang hebat…budak pandai ni kot sebab semua dia yang uruskan, daripada order sampai le terima baju tu.

Seronok kitaorang bila tengok customer pun seronok bila pakai baju tu.

Pakai baju readymade je & tambah print je.

5. Baju Program Pertukaran Pelajar

Jauh baju ni berjalan…sampai ke Jepun dah ni.

Kakak order untuk group anak dia yang buat pertukaran pelajar ke Jepun.

Bangga ooooo….

Ni antara gambar2 customer yang saya sempat ambik & kalau ikutkan banyak lagi yang belum upload sini tapi kalau banyak2 nanti boring lak kang.

Selain daripada TShirt, kitaorang pun ada jugak dapat tempahan selain TShirt.

Antaranya :

  1. Beg sekolah..print nama sekolah atas logo Adidas tu.

Simple je…guna silkscreen printing je.

2. Cetak payung guna stiker DTF.

3. Cetak Non Woven Beg

Yang ni simple je…1 kaler print je. So..mudah je lah.

Ok…setakat ni jelah dulu buat kali ni ye.

Kalau rasa ada sape2 nak tempah TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang, kontek je kitaorang kat Whatsapp kami je cam bawah…

Sampai jumpa lagi guyss!!!!

Baaaiiii…

Abg Nik – 0192254028
Kak Salina – 0193643692

Unknown's avatar

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 20/12/2025, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kelas, Baju Sublimation, Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?