Monthly Archives: March 2026

Harga Minyak Naik Tapi Cetak TShirt Kami Maintain Lagi Setakat Ni….

Assalam semua & Salam Cetak Baju semua,

Masa artikel ni ditulis…Syawal dah masuk 8 hari dah. So, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.

Sekejap je masa berlalu…sama macam Ramadhan sebelum ni.

Cuma raya tahun ni….sakit sikit sebab start Perang Iran.

Harga minyak mencanak2 naik…bayangkan dalam 2 minggu 3 kali harga minyak diesel naik (Naik RM2.40)

Tapi setakat ni…kitaorang masih maintainkan lagi harga cetak baju tu.

Maknanya selagi kitaorang mampu tanggung…selagi tu harga still maintain lagi.

In Sha Allah…semoga dipermudahkan oleh Allah.

TSHIRT KORBAN….DAH BOLEH START ORDER DAH NI….

Cam biasa..bila raya puasa dah lepas, tiba giliran raya korban pulak.

Bagi korang yang plan nak tempah awal TShirt Raya Korban…dah boleh dah slow2 tempah dengan kitaorang sebab ada beberapa customer dah start order dah TShirt korban time puasa hari tu.

Seronok ooo bila pakai TShirt korban sedondon tu ramai2.

Nampak machoo je….

Meh saya kongsikan gambar2 TShirt korban yang pernah buat tahun2 sebelum ni.

TShirt korban ni biasanya customer order TShirt yang biasa2 je.

Jenis yang tak mahal sangat….yang mampu milik.

Kalau baju korban ni..mana yang nak harga biasa2 je, biasanya saya suggest TShirt brand Rightway je.

Cam bawah ni….

Ini untuk pilihan warna roundneck jersi

Ini untuk berkolar

Ni Muslimah Rightway

Kalau korang order baju ni…kami order baju kosong & tambah cetak je nanti.

Design kitaorang ada sediakan….KLIK LINK NI UNTUK TENGOK CONTOH YE!

TSHIRT SUBLIMATION KORBAN PUN ADA!

Selain dari TShirt Plain Readymade..kitaorang ada jugak sediakan TShirt Sublimation.

Kalau korang rasa mampu bayar lebih sikit…boleh order jugak.

Macam customer bawah ni…

Ni gambar yang ori lepas dah siap print & jahit.

So…terpulang pada korang nak yang mana satu ye.

Kalau rasa nak tempah TShirt…Whatsapp je kitaorang macam bawah ni ye….

Ok…sampai sini dulu ye.

Kami tunggu jawapan dari korang ye.

Nik & Salina
www.mohcetakbaju.com

Tahu Tak Korang..Kami ada jugak jual TShirt Jenis Sublimation – Readymade & Custom Made tau!

Salam Cetak Baju pada semua,

Alhamdulillah…masa artikel ni ditulis, kita tengah puasa Ramadan ni.

Biasanya tempahan time2 camni agak slow sikit (bukan saya je tapi semua printer2 seluruh Malaysia) tapi Alhamdulillah…ada je order2 dari regular customer kitaorang.

Hari ni saya nak kongsi sikit dengan semua pasal TShirt jenis sublimation.

TShirt Sublimation ni antara TShirt yang paling banyak kitaorang dapat order kebelakangan ni.

Tahu tak apa tu TShirt Sublimation?

Contohnya macam bawah ni….

TShirt Sublimation ni ramai cari sekarang sebab kita boleh letak apa sahaja design yang kita nak atas satu baju tu.

Beza dengan TShirt yang kita cetak guna silkscreen printing.

Silkscreen printing ni biasanya terhad pada design atas baju readymade sahaja.

Kita tak boleh print sampai ke tepi2 baju macam TShirt Sublimation tu.

Bagi korang yang nak tempah TShirt Sublimation ni….kitaorang sediakan 2 jenis TShirt.

  1. TShirt Sublimation READYMADE (Dah siap jahit)
  2. TShirt Sublimation CUSTOM MADE (Belum jahit & kena jahit)

Kat sini saya ada contoh2 TShirt Sublimation READYMADE yang korang boleh order terus tanpa tunggu lama untuk siap.

<<KLIK SINI UNTUK TENGOK CONTOH BAJU SUBLIMATION READYMADE YANG LAIN YE>>

Ni range harga kalau nak order TShirt SUBLIMATION CUSTOM MADE :

TShirt Sublimation yang readymade tu…kitaorang print guna silkscreen atau stiker DTF nanti.

Contoh macam dibawah ni….

Yang ni ikutkan baju sublimation readymade & tulisan belakang tu kitaorang print guna silkscreen printing je.

Yang ni logo depan guna print silkscreen jugak…sebijik macam stiker.

Yang ni sama macam gambar atas tadi…still guna silkscreen printing.

Yang ni tambah nama je sorang2…so, mudah je lah.

Ni antara baju2 sublimation yang kitaorang print guna silkscreen printing je.

So..terpulang masing2…nak yang readymade atau custom made, terpulang.

Ni antara gambar2 baju sublimation yang kitaorang pernah siapkan untuk customer sebelum ni ye….

Ok..setakat ni dulu lah ye untuk hari ni.

Kami menunggu jawapan dari anda semua ye…

Jumpa lagi….baaaiiiiiii….

Abg Nik & Kak Salina