Tahun 2023…almost 13 tahun dalam bisnes cetak baju. Syukurrrrrr…..
Salam Cetak Baju semua,
Pertama2nya syukur sangat2 sebab masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk teruskan bisnes cetak TShirt ni secara online & offline.
Tahun 2023 ni genap 13 tahun kitaorang dalam bisnes cetak TShirt ni walaupun masa mula2 buat bisnes ni hanya sebagai part time je.
Tak sangka dapat maintain sejauh ini…Alhamdulillah sekali lagi.
Ada beberapa fakta yang saya nak kongsikan dengan korang tentang perjalanan bisnes TShirt kitaorang dalam umur 13 tahun ni.
Masa mula2 nak order TShirt dengan supplier kami iaitu OREN SPORT, saya ada tanya diaorang…beberapa minimum helai yang membolehkan kitaorang dapat harga ejen?
Saya ingat lagi, time tu dekat traffic light kat bandar Teluk Intan.
Diaorang kata 500 helai ke atas baru dapat harga ejen.
Pastu saya sengih sorang sebab rasa macam tak mungkin boleh capai 500 helai time tu.
Tapi Alhamdulillah….sekarang dah lebih 125,000 helai saya siapkan order customer semenjak 2010 lagi.
Masa mula2 belajar printing TShirt (kursus cetak TShirt) kat Sungai Besar dengan Tok Guru saya Tuan Fazli, hanya saya sorang yang pegi.
Wife tak pegi pun & saya target buat part time je untuk bantu isteri yang baru tamat kontrak kerja time tu.
Tapi last2 wife yang expert printing TShirt dari saya walaupun saya pergi kursus tu.
Masa 2010 tu saya masih kerja hakiki sebagai Pegawai Audit di LHDN.
Setiap hari pergi kerja & balik kerja saya berdoa untuk bisnes ni berjaya & saya boleh berhenti kerja. Buat full time.
2013..kami 1 keluarga dapat peluang gi umrah. Kat sana doa lagi.
Alhamdulillah…2016 ambik cuti tanpa gaji setahun & 2017 berhenti kerja. Buat full time.
Masa mula2 printing dulu..ingat lagi..terpaksa printing atas lantai sebab tak ada meja printing yang proper masa tu.
Kat rumah mak, printing atas meja makan je..itu pun 2 helai baju sekali print.
Tak caya…cuba tengok bukti bawah ni.
Tapi sekarang…Alhamdulillah, boleh lah print banyak2 sekali jalan.
Masa kerja hakiki dulu, saya sebagai Ketua Unit.
Selalu masuk meeting, pastu time tu lah customer call nak order baju.
Sekali sekala terpaksa keluar bilik meeting jap sebab customer nak jugak cakap dengan saya.
Bos2 pun dah jeling lain macam dah.
Itu lah antara sebab saya nekad berhenti kerja. Takut makan duit tak berkat.
Masa kerja hakiki dulu jugak…masa sangatlah padat.
Bayangkanlah…balik kerja pukul 6 petang, sambung duduk depan komputer kat rumah untuk jawab emel & buat design.
Time tu buat bisnes berdua je dengan wife.
Blok printing pun saya jugak yang buat.
Sampai ke malam belum habis lagi.
Lepas subuh esoknya, sebelum pegi kerja..mengadap lagi depan komputer untuk jawab soalan customer & ambik order.
Hakikatnya..time kerja hakiki dulu2 memang struggle betul dengan bisnes ni sebenarnya.
Sekarang ni…masalah masa dah tak jadi masalah dah sebab full time buat bisnes ni.
Cuma sekarang ni sebab baru lepas PKP & Covid 19, tempahan baru nak naik balik.
Tapi Alhamdulillah….setakat ni order masih non-stop.
Dulu kalau bab2 printing & bancuh2 warna ni kitaorang main hentam je sebab tak ada ilmu.
Tapi sekarang sebab ada staf sorang yang ada degree Seni Halus dari UiTM, so, semua serah kat dia.
Dia memang expert bab2 campur2 warna ni. Lega sikit kitaorang.
Order paling banyak untuk sorang customer kitaorang pernah terima tak silap tahun 2018 hari tu.
Sorang customer baru Tingkatan 4 order lebih 3,000++ helai untuk sekolah asrama penuh seluruh Malaysia.
Dia sapu semua sekolah asrama penuh untuk dia jual TShirt tu.
Bayangkanlah..kalau dia just ambik RM5 sehelai je untung atas setiap baju…so, dia dah dapat RM15K untuk tempahan baju tu.
Amaun yang sangat besar untuk seorang budak sekolah macam dia.
Dari 2010 hingga 2023..ada macam2 kenangan pahit & manis yang kita orangdah lalui.
Kitaorang pernah kena maki, kena carut, kena marah (segelintir customer).
Kitaorang kena tipu pun ada. Tak bayar2 lagi baki. Tak tahu lah diaorang ni.
Yang terkini pun ada…tapi silap saya jugak, baju dah pos tapi duit tak bayar2 lagi.
Yang silap pun ada..customer nak sulam, saya pegi print (1 customer).
Yang pulang balik baju pun ada sebab tak puashati tang printing (1 customer)
Tapi Alhamdulillah…yang banyak nya yang puashati dengan servis kitaorang.
Biasalah…hero pun ada kalah jugak.
Kami tak sempurna.
So..itu antara 10 fakta menarik pasal kami yang kami tempuh semenjak 2010 hingga 2023 ni.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kitaorang untuk menghadapi cabaran akan datang.














Atas ni contoh gambar masa awal2 kitaorang dalam bisnes TShirt dulu.
Bayangkanlah…..dulu tak ada meja printing yang proper.
Setiap kali nak printing, kena masukkan baju dalam papan satu2.
Pastu dah siap print, sidai tepi2 katil atau meja nak bagi cepat kering.
Itu teknik yang saya guna dulu2.












Dulu, kini & selamanya….
















Orang kata…gambar menunjukkan 1000 perkataan (picture shows thousand words).
Hanya dengan tunjuk gambar je..korang boleh bayangkan bisnes kitaorang ni kan…
Kalau tokey kedai sendiri bagitahu pasal TShirt dia..mungkin susah nak percaya tapi kalau tunjuk gambar, customer lebih percaya.
Ni antara gambar2 testimoni kami dari 2011 lagi.
So..cam biasa…kalau nak order baju…
Bagi yang tak biasa dengan blog kitaorang, nak bagitahu ni….kitaorang terima order untuk macam2 jenis TShirt.
Antaranya :
Ok…sampai jumpa lagi ye….baaaaaiiiiiii…
Abg Nik & Kak Salina
Posted on 09/01/2023, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0