Daily Archives: 01/02/2026
2026….15 tahun KENANGAN dalam bisnes Cetak Baju Online dan Offline! Antaranya bila regular customer BATAL 1,000++ helai TShirt….
Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar? Terima kasih sebab sudi menjenguk2 ke blog kami yang tak seberapa ni.
Untuk makluman korang, tahun 2026 ni dah masuk 15 tahun dah kitaorang dalam bisnes cetak baju ni guys!
Maknanya kalau manusia tu….dah Tingkatan 3 dah kitaorang.
Dalam 15 tahun tu…tak payah cerita lah…macam2 kenangan seronok & tak seronok yang kitaorang tempuh sebelum ni.
Nak sampai ke tahap mohcetakbaju sekarang…bukan senang sebenarnya.
Mari saya cerita sikit apa kenangan yang kitaorang tak boleh lupa sampai sekarang.
- Kenangan pahit terkini bila regular customer kami yang dah selalu order dengan kuantiti 1000 helai ke atas
sejak 3,4 tahun lepas, terpaksa batalkan order tahun ni sebab nak cari pembekal lain.
Mula2 tu rasa frust menonggeng jugak tapi bila fikir2 balik, rezeki tu milik Allah.
Redha je lah…mintak2 Allah ganti dengan rezeki yang besar lagi.- Kena marah dengan customer sampai menangis.
Ada satu customer tu, dia tak puashati sebab saya lambat bagitahu yang stok baju tak ada.
Dia punya marah..sampai menangis wife kita.
Tapi lepas tu saya deal dengan orang lain untuk baju yang sama..ok je.
Tak tahu le apa angin dia masa tu.- Cetak atas lantai rumah.
Ni masa mula2 start print dulu masa tahun 2010 dulu.
Meja printing & bengkel belum ada.
Nak senang…cetak je atas lantai.
Tapi sakit belakang ooo…terbongkok2.
Alhamdulillah…sekarang dah ada staf dah sorang tukang print.- Kena tipu dengan customer.
Sebelum2 ni ada beberapa kali, saya pos baju tanpa tunggu customer bayar baki dulu.
Ada beberapa customer tu, scam kitaorang.
Baki belum bayar tapi saya dah pos…tapi lepas tu senyap je.
Whatsapp banyak kali pun dia tak Reply.
Sampai ke sudah tak bayar. Macam2 hal diaorang ni.- Tunggu bas bawak stiker sampai 12 malam,
Dulu….kitaorang order stiker dari KL.
Pastu ada satu customer tu nak urgent…so, kena pos guna bas.
Jadi..malam tu lepas order, malam kita tunggu kat satu tempat ni untuk ambik stiker tu.
Sampai 12 malam baru bas tu sampai.
Memang kenangan betul le.- Hantar barang sendiri ke tempat customer.
Biasanya kalau order dalam kuantiti besar & destinasi tak jauh..kitaorang gi pos sendiri je.
Kadang2 sambil berjalan bawak budak2 kitaorang pos baju tu.- Customer pulang balik baju…banyak jugak.
Dah siap cetak dah tapi jenis cerewet.
1 helai je yang senget tapi semua dia pulang balik.
Sabar je lah.- Customer dah buat deposit tapi bila dah siap..tak nak ambik pulak.
Macam2 jenis manusia ni ye.
Deposit dah buat..pastu bila dah siap, saya tunjuk le gambar tapi customer tak nak ambik pulak.
Banyak kali Whatsapp pun…senyap jugak.
Tak tahu le apa masalah dia. Duit baki tak cukup kot…Entah le.- Kena scam
Yang ni ada beberapa kali jugak kena sejak 2010..tak silap 3 kali jugak.
Buat website cetak baju..upah designer dari India..last2 senyap terus lepas tu separuh jalan.
Belas ribu jugak rugi tu.
Ada sekali orang tu cakap dia ada mesin cetak baju & mintak kitaorang deposit dulu.
Apa ke bingai je…saya ikut je. Last2 scammer rupanya.
Baru2 ni dari UM tapi yang ni hampir2 kena scam (Alhamdulillah selamat).
Kalau tak lesap kat RM12K…syukur ada isteri & anak yang sedarkan.
Kena pukau kot.- Ada juga silap dari kitaorang sendiri…customer mintak baju warna lain, kitaorang order warna lain.
Tapi ni memang salah saya sendiri sebab sebelum ni customer ni dah order baju camtu.
Dia just ulang order je. Patut saya ikut je detail sebeum ni.
Last2 kena ganti..banyak jugak tu.
Yang lebih tu ada simpan lagi kat kedai & jual murah2 kat customer.- Yang last ni saya rasa dua2 pihak salah.
Customer sebelum ni dah order baju & seluar ikut saiz budak.
Tapi minggu depan tu dia order lagi tapi kali ni dia bagi saiz besar.
So, saya ingat memang dia nak saiz besar.
Rupanya dia nak saiz budak macam minggu lepas.
Baju seluar semua dah siap print..aduuhhh!! dia ni regular customer.
Terpaksa le saya ganti & baju yang silap tu ada lagi simpan kat kedai.
Macam2 hal.
Ini antara kenangan2 semenjak 15 tahun lepas yang kitaorang tempuh & jadi kenangan yang tak dapat dilupakan.
Tapi bila dah berniaga ni…redha tu sangat penting sebab Allah je yang bagi rezeki kat kita.
Kita hanya usaha je & tawakal pada Allah.
In Sha Allah…ada le bahagian kita nanti.
Ok…apa cerita pasal cetak TShirt kita hari ni?




TShirt Sublimation dari cikgu2 MSSD area kitaorang.
Asalnya camni…design ambik yang ready je.
Alhamdulillah..siap sebelum program.
Sempat le guna.


Jauh ni customer order ni…dari Kudat, Sabah.
Ni antara regular customer kitaorang jugak ni.
Sepasang seluar & baju untuk budak Tadika.








Antara yang glamernya ialah TShirt Hari Keluarga.
Yang ni memang banyak dapat order time2 hujung tahun.
Keluarga sendiri ada, keluarga orang pun ada….








Selain TShirt Hari Keluarga, TShirt Company pun banyak jugak kami dapat order.
Bila hujung tahun…syarikat2 biasanya habiskan bajet pejabat masing2.
Ni antara gambar baju yang sempat saya ambik baru2 ni.


Yang ni pulak…TShirt untuk sukan sekolah budak2.
Siap ada nombor & nama group lagi.
Sape2 yang nak order..bagitahu je nanti ye.
Sorry…selit sikit sekor makhluk Allah ni.
Comey je duk atas batu….hehehe.
Ok..bagi sape2 yang nak order baju untuk apa sahaja aktiviti korang…bagitahu ye.
Sampai jumpa lagi ye….baaaaaiiiiiii!!!
Yang Ikhlas,
Abg Nik & Kak Salina














