Category Archives: Umum

Bila Customer Puashati Dengan Cetak Tshirt Kami…

Salam Cetak Baju semua,

Fuhh…lama dah rasanya saya tak update dalam blog ni.

Agak sibuk sikit kebelakangan ni…syukur rezeki cetak baju tak putus2 dari customer kitaorang.

Biasanya hujung2 tahun camni, kitaorang banyak terima order dari sekolah2 atau syarikat2 yang nak habiskan bajet pejabat masing2.

Untuk cerita kali ni, saya nak kongsikan dengan korang gambar2 customer yang tersengih gembira dapat baju dari mohcetakbaju.com…

At least, gambar2 ni jadi bukti yang customer2 kitaorang memang puashati sangat dengan servis kitaorang.

Mana taknya…ada yang dah ulang tempah dah beberapa tahun dah semenjak kitaorang dalam bisnes online ni dari 2011 lagi.

Jom saya ceritakan sikit….

Ni gambar customer Team Pengurusan Jenazah yang tempah TShirt Sublimation dengan kitaorang…

Mula2 customer bagi je design yang diambik dari internet macam atas ni.

Pastu designer kitaorang edit balik supaya sesuai dengan design asal.

Dah siap design…jadi le camni.

Design camni, kitaorang ambik 30 helai ke atas je sebenarnya tapi boleh nego lagi kalau nak bawah 30 tu….

Hebat Team Pengurusan Jenazah sekarang…siap ada baju seragam sendiri dah….

2. TShirt Sublimation SRAR

Yang ni pun TShirt sublimation untuk Sekolah Rendah Agama Rakyat kat area rumah kitaorang.

Design asal diaorang Google je…lepas tu designer kitaorang lukis balik untuk dapatkan design sejibik camtu.

Biasanya kalau sekolah2 ni…kuantiti minimum pun dalam 100 helai camtu.

So..sape2 yang rasa nak buat duit dengan TShirt ni…sangat2 dialu2kan…

3. TShirt Hari Keluarga

Kat2 hujung tahun camni…TShirt Hari Keluarga antara yang banyak kitaorang terima tempahan.

Macam atas ni…nampak je simple tapi 2 kaler print jugak tu.

Ni design asal & lepas print macam bawah ni, terus jadi macam gambar atas nun.

4. TShirt Kelas

Adik yang order baju ni memang hebat…budak pandai ni kot sebab semua dia yang uruskan, daripada order sampai le terima baju tu.

Seronok kitaorang bila tengok customer pun seronok bila pakai baju tu.

Pakai baju readymade je & tambah print je.

5. Baju Program Pertukaran Pelajar

Jauh baju ni berjalan…sampai ke Jepun dah ni.

Kakak order untuk group anak dia yang buat pertukaran pelajar ke Jepun.

Bangga ooooo….

Ni antara gambar2 customer yang saya sempat ambik & kalau ikutkan banyak lagi yang belum upload sini tapi kalau banyak2 nanti boring lak kang.

Selain daripada TShirt, kitaorang pun ada jugak dapat tempahan selain TShirt.

Antaranya :

  1. Beg sekolah..print nama sekolah atas logo Adidas tu.

Simple je…guna silkscreen printing je.

2. Cetak payung guna stiker DTF.

3. Cetak Non Woven Beg

Yang ni simple je…1 kaler print je. So..mudah je lah.

Ok…setakat ni jelah dulu buat kali ni ye.

Kalau rasa ada sape2 nak tempah TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang, kontek je kitaorang kat Whatsapp kami je cam bawah…

Sampai jumpa lagi guyss!!!!

Baaaiiii…

Abg Nik – 0192254028
Kak Salina – 0193643692

Nak Cari Cetak TShirt Yang Murah2 ke?

Salam Cetak Baju semua,

Di satu ketika, disebuah pejabat swasta….

Boss : Din, tahun ni syarikat nak buat program Hari Keluarga Syarikat le…

Din : Oo ye ke boss..ok lah tu, seronok sikit staf kita nanti.

Boss : Ingat nak buat TShirt le tahun ni tapi bajet macam terhad sikit…Kau tahu tak Din mana nak cari TShirt Hari Keluarga yang ok sikit tapi harga tak mahal sangat?

Din : Oo ada2 boss…kat mohcetakbaju.com ada buat boss. Diaorang dah establish sejak 2010 lagi & dah macam2 jenis baju dah diaorang buat boss…

Boss : Ok Din….Tolong uruskan ye..

Din : Baik boss

Dialog macam atas ni selalu je kita dengar..kat mana2 je.

Boss nak buat TShirt untuk staff diaorang tapi mungkin bajet agak terhad….so, diaorang akan cari company yang boleh bagi harga yang berpatutan tapi kualiti still ok.

Kitaorang di http://www.mohcetakbaju.com dah terima macam2 jenis customer sejak 2010 lagi.

Ada yang sanggup bayar mahal asal kualiti ok.

Ada yang nak tshirt murah tapi kualiti nak ok.

Ada jugak yang nak murah & tak kisah kualiti macamane…

Kami di http://www.mohcetakbaju.com biasanya tak akan jual tshirt macam yang customer ke 3 tu nak…

Biasanya paling kurang pun macam customer ke 2 tu…murah tapi kualiti still ok.

Sebelum customer nak order TShirt yang bajet murah tu…saya try tunjuk pilihan jenis2 baju yang kitaorang ada yang harga tak mahal & tak murah sangat ye…

  1. TSHIRT RIGHTWAY

Brand ni majoriti customer order kalau nak bajet yang murah.

Walaupun harga dia agak murah sikit tapi kualiti masih ok & selesa dipakai.

Kitaorang terima 5 helai ke atas.

Order sikit mahal & order banyak murah.

Biasanya kalau cetak saiz A4 & 1 warna je 1 side….harga belas2 je sehelai.

2. BRAND ENZO (COTTON TC RAGLAN)

Baju camni pun cantik kalau bagi sape2 yang nak bajet murah sikit.

Just tambah je printing…sehelai tak sampai pun RM20 kalau cetak 1 warna…In Sha Allah.

Tapi kena dengan kuantitinya nanti.

3. BRAND ENZO (COTTON)

Baju ni pun sesuai jugak untuk 1 family atau untuk pejabat yang nak bajet murah sikit.

Jenis sambung kain tapi cotton.

Kalau ikutkan banyak je stail baju yang harga dia agak reasonable dan tak mahal sangat.

Kata orang…harga masih mampu.

Tu lah sebabnya…tagline kitaorang…KEDAI KAMPUNG TAPI POS SELURUH DUNIA….

Kitaorang ni boleh bagi harga yang agak murah sikit sebab :

  1. Kedai tak payah sewa…buat tepi rumah je.
  2. Bil elektrik tak kuat sangat & campur dengan bil rumah.
  3. Bil air pun sama.
  4. Staf sorang je yang buat printing & blok
  5. Kerja2 sampingan lain semua saya sendiri buat….macam buat design, promosi, marketing, urus duit, order baju semua dll.
  6. Wife & anak tolong lipat baju & packing baju

So..boleh dikatakan semuanya sendiri & tak perlu kos yang besar…tu yang mampu bagi harga yang berpatutan tu.

Jadi..kalau nak tahu berapa harga baju yang korang nak order tu, bagitahu detail & nanti saya bagi harga nanti ye.

Kat bawah ni saya bagi contoh stail baju2 yang harga berpatutan & agak murah berdasarkan kuantiti tempahan & jenis printing ye. Biasanya yang 1 warna print.

Ni kitaorang consider design simple je & boleh dapat murah kalau kena dengan kuantiti & jenis baju.

Biasanya untuk harga yang lebih murah…kitaorang suggest guna cetakan jenis silkscreen printing.

Buat banyak warna pun murah & sikit warna pun murah berbanding kalau guna sulam, stiker DTF atau sublimation.

Antara contoh baju yang kitaorang guna silkscreen printing untuk banyak warna…camni…

Kalau tengok dekat2 sebijik macam stiker ooo…memang kagum.

Tapi kitaorang guna silscreen printing je sebenarnya.

Kalau cetak camni rasanya kat 7 ke 8 warna print jugak ni rasanya…

Walaupun banyak warna print tapi bila kena dengan kuantiti tempahan…biasanya tak mahal pun.

Harga masih lagi reasonable.

Walaupun guna silkscreen printing tapi hasil dia macam stiker je…memang puashati.

Yang ni kita panggil halftone.

Cetak guna silkscreen printing tapi guna gambar asal…memang cantik.

Ni lah antara teknik2 cetakan yang kita panggil silkscreen printing.

Kos dia still consider murah & affordable walaupun banyak guna warna.

Nak order ke?

Whatsapp je kitaorang ye….

Nanti kita sembang lagi kat blog seterusnya ye…..baaaiiiiii…

Nik & Salina
0192254028/0193643692

Inilah Namanya TShirt Sublimation ye Tuan2 Dan Puan2…..

Salam Cetak Baju Guys,

Apa khabar semua? Harap korang semua sihat selalu lah hendaknya ye disamping orang tersayang.

Saya nak kongsikan sikit sini pasal TShirt Sublimation ye..

Sebelum tu..nak tanya, semua tahu ke apa itu TSHIRT SUBLIMATION?

Mungkin ada yang dah tahu…mungkin juga ada yang tergaru2 kepala…TShirt apakah itu?

Ok..x apa. Nak senang…saya tunjuk gambar dulu kat sini untuk korang dapat sedikit IDEA.

Pendek cerita…TShirt Sublimation ni kita boleh cetak apa sahaja design yang terlintas dikepala kita.

No Limit Of Imagination…Janji masih dalam batas agama & tidak langgar adab norma sebagai manusia.

Selain daripada tu, kami ada jugak TShirt Sublimation Korporat yang mungkin ramai lagi tak pernah order & pakai sebelum ni….

Mungkin jugak ada yang tak tahu pun yang TShirt korporat pun boleh buat sublimation…

Ni sebahagian contoh yang ada…terpulang pada korang sendiri samada nak guna design sedia ada atau design sendiri.

Kalau korang ada Baju Korporat Sublimation ni…konfem ramai yang jeles sebab design dia lain dari yang lain.

Kelebihan TShirt Sublimation ni macam saya bagitahu sebelum ni….IDEA & IMAGINATION TAK ADA LIMIT.

Boleh je nak buat design apa pun.

Boleh try kalau nak ye….

Cuma kalau nak order TShirt sublimation ni…dia ada MOQ & ambik masa sikit nak siapkan sebab kena jahit lain.

Kalau nak segera….boleh try cetak guna silkscreen atas TShirt Readymade ye…

Jom tempah hanya guna Whatsapp je…macam di bawah ni…

Macam biasa..jom saya kongsi sikit tempahan yang dah kami siapkan baru2 ni…

Ni TShirt untuk LHDNM Ipoh…ada program untuk 200 orang jugak ni.

Depan guna stiker DTF yang tahan lama..belakang 4 warna print (biru, kuning, putih & merah)

Ni simple je print…cetak hitam & baju putih.

Yang ni pun sama…cetak 1 warna je depan belakang…so, simple je macam sebelum ni.

Yang ni seronok sikit sebab logo tu kitaorang buat silkscreen printing.

Bila siap tu tengok sebijik macam stiker…memang cantiiikkkk oooo.

Belakang cetak 1 warna je…

Yang ni TShirt Motivasi belakang cetak 2 warna & depan guna stiker.

Yang ni lagi cetak 1 warna…ni regular customer jugak ni.

So..ni je dulu kisah cetak TShirt kitaorang hari ni yang saya boleh kongsi.

Banyak lagi sebenarnya tapi panjang2 kan boring pulak nanti.

Ok..setakat ni je lah dulu ye…

Nak order, Ingat ye…ikut je step bawah ni ye…

Jumpa lagi…baaiiiii….

Nik & Salina
http://www.mohcetakbaju.com

Jenis2 Cetak TShirt Yang Kami Sediakan Untuk Korang (Siap design readymade lagi)!

Assalam semua & Salam Cetak Baju guys,

Sepanjang kitaorang dalam bisnes TShirt ni, ada baaaaanyak jenis TShirt cetak design sendiri yang customer order sebelum ni.

Kalau masa bisnes kitaorang tengah PEAK atau KEMUNCAK dulu dalam tahun 2014 & 2015, kebanyakan besar customer order TShirt kelas & TShirt Hari Keluarga.

Masa tu saya tengah kerja kerajaan lagi tapi wife yang uruskan bisnes.

Masa tu jugak kitaorang terpaksa stopkan order kat 2,3 minggu jugak sebab kena siapkan order yang masuk non stop.

Tapi sampai sekarang…bukan TShirt Kelas & TShirt Hari Keluarga je yang banyak customer order…TShirt jenis lain pun banyak..

Okay…jom saya share, apa jenis2 cetak TShirt yang kitaorang banyak dapat tempahan start dari kitaorang bisnes Tahun 2010 sehingga sekarang..

1. TShirt Kelas

Mostly design TShirt Kelas ni customer yang beri tapi ada jugak yang diaorang ambik dari design readymade kitaorang.

Kalau rasa nak pilih design yang kitaorang ada, boleh klik link bawah ni….

Yang selalu jadi kenangan untuk budak2 ialah TShirt Kelas yang ada nama ramai2 kat belakang baju.

Siap ada nama cikgu skali.

Bila dah keluar sekolah nanti…bila tengok balik design baju tu…teringat balik zaman sekolah tu nanti.

2. TShirt Hari Keluarga

TShirt Hari Keluarga ni jugak memang non stop kitaorang terima tempahan setiap bulan.

Biasanya TShirt Hari Keluarga ni diaorang tempah sebelum cuti sekolah sebab dalam cuti sekolah le biasanya keluarga berkumpul.

TShirt Hari Keluarga ni boleh dikatakan TShirt Favorite customer kitaorang jugak sebenarnya.

Selain daripada design2 sendiri, customer selalu jugak pilih design2 readymade yang kitaorang ada…yang sebenarnya lebih mudah untuk customer.

Korang boleh je pilih design2 readymade kitaorang kat link bawah ni…

TShirt Hari Keluarga ni paling favorite ialah bila letak gambar keluarga atau mak ayah kat TShirt tu.

Yang tu yang memang jadi kenangan betul.

Cam bawah ni….

Walaupun just 1 warna je…tapi memang mengimbau kenangan betul.

3. TShirt Rewang/Bekwoh/Kahwin

Selain TShirt Kelas & Hari Keluarga…tshirt rewang pun antara yang kitaorang banyak dapat tempahan jugak.

Sama macam TShirt Hari Keluarga, TShirt Rewang ni biasanya time nak cuti sekolah biasanya banyak dapat tempahan…

Kebanyakan besar design TShirt ni…customer sendiri yang bagi.

Tapi cam biasa…kalau rasa nak guna design kitaorang, pilih je kat link bawah ni…

4. TShirt Company / Syarikat

Biasanya bila dah lepas separuh tahun, ada jugak customer akan tempah TShirt untuk staf diaorang.

Biasanya untuk habiskan bajet tahunan.

Design TShirt Company ni biasanya bergantung pada company masing2.

Yang ni tak ada yang readymade…maknanya customer sendiri yang create & bagi kat kitaorang untuk print.

Sebagai contohnya….

Bagi yang nak bajet tak mahal & tak murah…kitaorang suggest cetak Silkscreen Printing je.

Terpulang pada masing2….

5. TShirt Sublimation

Era sekarang ni macam dah jadi trend customer tempah TShirt Sublimation ni.

Walaupun harganya agak mahal sikit berbanding TShirt printing biasa tapi TShirt Sublimation ni customer boleh cetak apa sahaja atas baju tu.

Hampir semua design yang customer nak boleh cetak atas baju tu..

Ni antara contoh deisgn baju sublimation tu ye…

Kalau ikutkan banyak lagi contoh design baju ni…nanti saya akan sediakan design readymade untuk customer mudah pilih nanti.

Cumanya baju sublimation ni…cadangan saya, kena tempah 30 helai ke atas je.

Kalau sikit, nanti mahal nanti.

Okay….selain daripada TShirt2 yang saya bagitahu kat atas ni…ada macam2 lagi contoh TShirt yang korang boleh tempah guys!!!

Pendekata..kalau rasa nak tempah TShirt untuk aktiviti korang, bagitahu je kitaorang ye.

Alahhh…apa susah, Whatsapp je kat kitaorang & In Sha Allah, cepat je saya bagitahu nanti…

Apa nak pening2…jangan pening2…janji dapat pakai TShirt ramai2,,,seronok ooooo…macam customer kitaorang bawah ni.

Nak bagi konfiden lagi, KLIK SINI untuk tengok apa kata customer sendiri pasal kitaorang!

Ok…sampai jumpa lagi ye…baaaaiiiiiiii…..

Abg Nik & Kak Salina
0192254028 / 0193643692

Sambutan Cetak TShirt Korban Luar Biasa Tahun Ni…Meriah betul!!!

Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar semua bakal customer, customer & ex customer mohcetakbaju.com?

Nampaknya kita dah masuk pertengahan tahun 2025 dah…skjp je masa berlalu.

Hari ni nak kongsi ngan korang pasal sambutan TShirt Raya Korban yang kitaorang siapkan baru2 ni.

Alhamdulillah…tak sangka dapat sambutan luar biasa sikit tahun ni.

Bukan setakat tempahan di kawasan dekat2 sini tapi dari luar pun banyak jugak yang dapat.

Ada macam2 stail order yang customer tempah.

Ada jugak yang tak nak print apa2…nak kosong je. Senang nak buat gi jalan..kata diaorang.

Ni antara gambar2 baju TShirt korban & suasana raya korban yang kitaorang sempat masukkan dalam ni…

TShirt korban kuning atas ni rasanya kali ke 2 dah customer ni order tahun ni.

Jauh datang ni…dari Kedah. Alhamdulillah…syukur diaorang puashati dengan baju2 tu.

Dah siap2 nak book kat kitaorang untuk TShirt akan datang.

Seronok kitaorang bila customer seronok.

Design atas ni pun rasanya kalau tak silap, dah kali ke 3 order dengan kitaorang.

Yang ni jauh sikit, dari Terengganu.

Bendera Ganu mesti nak kena ada..tahun lepas rasanya diaorang buat korban kat Istana Terengganu, tempah kat kitaorang jugak.

Yang ni area sini je tapi ada 2 tempahan…satu untuk petugas & satu untuk AJK.

Memang meriah betul diaorang…dapatlah buat berjalan2 sambil pakai baju korban tu nanti.

Baju ni jauh jugak tempahan ni…dari Segambut Dalam.

Cetak belakang je tapi 3 warna print…depan kosong.

Ni customer first time…tapi Alhamdulillah, mudah je urusan semua.

TShirt korban atas ni untuk Sekolah Agama Rakyat area sini.

Ustaz tu nak lain sikit…so, saya tambah je corak sikit kat depan.

Harga pun bajet je…harga mampu untuk sekolah agama tapi still cantekk…

TShirt korban Taman Melur Teluk Intan…seronok betul depa.

Ini pun kali ke berapa ntah dah order…regular customer jugak ni.

Yang ni kat hujung2 nak raya jugak order ni tapi kat2 sini je saya tak risau.

Design dia cantik yang ni…baju hitam & cetak gold.

Memang naik kaler dia…baju pun jenis microfiber, sesuai untuk aktiviti outdoor.

Ada satu customer tu..regular customer jugak…mula2 dia bagi design ni, nampak macam senang je nak trace dalam Ai…so, saya buat kan lah.

Sebab customer nak 1 warna je….so, saya tukar jadi camni.

Transfer ke baju…jadi le camni. Saya tengok pun puashati…memang cantik.

TShirt warna khaki. Memang naik kalau cetak hitam tu.

Nak tengok yang real…boleh tengok video bawah ni.

Sini saya kongsikan semua tempahan2 yang saya terima sebelum ni ye…semoga korang dapat lebih yakin untuk tempah TShirt dengan kitaorang nanti ye…

Semua TShirt atas ni antara TShirt2 yang kitaorang dapat tempahan sebelum raya sebelum ni.

Bagi korang yang rasa nak tempah tu…jangan segan & jangan malu, Whatsapp je kitaorang seperti dibawah ni ye…

Semua jenis TShirt korang boleh tempah ye…

Ok..kami menunggu anda ye…

Sampai sini dulu…jumpa lagi…baaaiiiiii….

Abg Nik & Kak Salina

Tshirt Raya Puasa dah….Cetak TShirt Korban lah pulak….

Salam Cetak Baju semua,

Alhamdulillah….raya puasa dah selesai & sekarang nak masuk raya korban pulak.

Macam biasa….setiap tahun, bila masuk je raya korban, kami antara yang orang paling sibuk nanti.

Bukan sebab nak uruskan lembu atau unta untuk korban tapi nak siapkan baju untuk raya korban orang yang uruskan korban tu.

Biasanya bukan sikit2 diaorang order…sampai beratus2 helai.

Ada sesetengah tu sambil buat TShirt korban, sambil tu buat TShirt Hari Keluarga sekali.

Ya lah….masa raya puasa hari tu, diaorang tak sempat nak berkumpul….time korban ni pulak ada masanya.

Orang yang tempah TShirt korban ni biasanya tempah untuk petugas2 korban.

Yang kebiasaannya dibuat kat masjid2 atau surau2 setempat.

Kalau kat tempat saya, tahun lepas banyak jugak diaorang buat korban.

So…bila banyak lembu nak korban….banyak le petugas kena bertugas.

Ada yang tolong pegang lembu, ada yang kena jatuhkan lembu, ada yang kena lapah lembu & ada yang perhati je dari jauh sebab takut (tshirt pun dia dapat jugak…..hehehe)

Jadi…kesimpulannya…bagi yang nak tempah TShirt korban ni, jangan risau kalau tempat korang tak ada buat sebab kitaorang boleh buatkan & pos walau dimana korang berada.

Janji kena tempah awal supaya sempat pakai time raya korban nanti.

Cuba tengok gambar2 bawah ni…betapa seronoknya diaorang & betapa sedihnya lembu selepas dikorbankan…..

Bagi yang buntu nak cari design untuk TShirt korban tu…jangan risau & jangan bimbang, sebab kitaorang dah ada sediakan design readymade….cuma tinggal pilih & tukar wording je.

Klik link bawah ni utk tengok detail design baju korban yang kami ada.

Kalau jadi nak order, korang boleh terus tanya kat Whatsapp kitaorang dibawah ye…

Kami menunggu tempahan korang ye…..

Ok…selain daripada TShirt korban, kitaorang ada banyak jugak siapkan TShirt2 lain.

Antaranya :

TShirt2 ni semua dari 2010 lagi kitaorang siapkan untuk customer kitaorang & kalau dikira2kan dah lebih 130K helai yang kitaorang siapkan hingga sekarang.

Ok…jom kita tengok TShirt apa yang kitaorang siapkan baru2 ni….

Yang ni almost every year order dgn saya…dari Sipitang Sabah.

Depan ada logo sekolah & blkg print macam atas ni.

Ni lah baju yang diaorang ada sejak beberapa tahun dulu.

Ini untuk satu kedai makan yang agak glamer kat Perak…Atter.

Dia pun dah beberapa kali tempah untuk staf diaorang.

Mungkin diaorang rasa selesa kot baju tu…tu yang order lagi tu.

Customer ni bukan order banyak pun tapi sebelum ni dia ada order baju lain dulu.

Kali ni dia memang buat khas untuk anak2 keluarga terdekat je.

TShirt kaler maroon & cetak warna krim…memang sesuai & sepadan.

Yang ni bagi saya simple & mudah je sebab cetak 1 kaler hitam je.

Belakang wording Family & depan nama sorang2.

Satu lagi regular customer….lama tak order, tengok2 order semula.

Tempahan untuk pelajar2…1 kaler depan belakang.

Design dah ada…tinggal buat blok printing baru je.

Yang ni mula2 tu ingat nak guna stiker je bahagian logo tu tapi sebab simple je…guna silkscreen printing lah.

Tak susah pun..yang ambik masa tu just masa nak masukkan baju je.

Alhamdulillah….ni antara tempahan2 yang saya sempat masukkan dalam blog ni.

Kalau ikutkan, ada banyak lagi nak masukkan tapi takut nanti boring pulak.

Ok..bagi sape2 yang nak tempah TShirt korban atau apa sahaja Tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang, tempah je ikut dibawah ye….

Ok…sampai jumpa lagi, baaaiiiiii…..

Ikhlas Dari :

Abg Nik & Kak Salina

Order TShirt Time Puasa, Pakai Lepas Raya….

Cetak Laju laju laju laju……..

Salam cetak baju semua,

Selamat menyambut Ramadan 1446H buat semua umat muslimin dan muslimat.

Time2 puasa ni biasa jarang2 orang berkumpul untuk buat aktiviti kecuali customer tempah TShirt samada untuk guna lepas raya atau untuk certain aktiviti masa puasa.

Kalau order sekarang masa puasa ni…lepas raya je boleh terus guna.

Kalau order dan suntuk, takut tak sempat nak guna nanti.

Kalau ikutkan, banyak jenis baju yang boleh customer order time bulan puasa ni.

Antaranya ialah :

1. TShirt sukan Sekolah

TShirt Sukan Sekolah ni antara yang paling banyak dapat sambutan time puasa sebelum2 ni sebab bila lepas raya je…sekolah dah start acara2 sukan diaorang.

2. TShirt Company

TShirt company ni pun banyak dapat sambutan time puasa ni.

Selain dapat pakai time puasa ni….lepas raya pun boleh pakai jugak.

Just standby terus kalau ada program penting lepas raya ni…

3. TShirt Hari Keluarga

Mungkin ada antara korang yang plan nak berkumpul adik beradik atau anak beranak time raya ni.

Boleh standby untuk buat TShirt Hari Keluarga jugak.

Mungkin ada yang pakai baju raya & mungkin boleh try TShirt Hari Keluarga pulak.

Bagi nampak sedondon. Seronok jugak.

4. TShirt Program Puasa

Seperti tahun2 lepas, ada beberapa NGO yang buat program bagi makan buka puasa kat orang susah, siap buat TShirt lagi.

Bagi korang yang nak buat program untuk anak yatim ke, anak mualaf ke atau apa sahaja aktiviti dalam bulan puasa ni..comey jugak kalau buat TShirt utk program tu.

At least boleh jadi kenangan untuk tahun2 akan datang.

5. TShirt Konvoi

Biasanya kalau dalam bulan puasa jarang orang gi berkonvoi tapi lepas raya, konfem ramai gi berkonvoi.

Kalau berkonvoi, selalunya kena pakai baju sedondon baru seronok.

So…order sekarang, lepas raya terus boleh pakai.

Tak yah pening2 dah nak order last2 minit.

Dan macam2 lagi jenis TShirt yang korang boleh tempah untuk aktiviti lepas raya ni.

Standby sekarang….lepas raya tak payah pening2 dah nak cari design, nak cari tempat dll.

Mari kita tengok…contoh2 baju yang korang boleh tempah untuk kegunaan lepas raya ni…

Kalau korang nak rasa lebih konfiden, dengar apa kata customer ni pasal tempahan TShirt kitaorang ni ye….

APA KATA MEREKA?

KLIK SINI UNTUK LIHAT DETAIL TESTIMONI YE!

So…sape2 yang nak tempah TShirt dengan kitaorang, Whatsapp je terus ikut no phone bawah ni ye….

Cetak TShirt Design Sendiri BOLEH ikut bajet masing-masing…(kalau boleh….)

Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar? Tengah buat apa tu?

Mesti tengah baca blog ni kan…..hehehe…

Sekejap je masa berlalu…pejam celik pejam celik dan masuk bulan 2 dah.

Rasanya baru je cuti sekolah, jap lagi bukak sekolah pulak…

Bila bukak je sekolah ni…ada macam2 aktiviti yang sekolah akan anjurkan nanti.

Bila ada program penting…rasanya tak sah kalau tak ada tshirt untuk dipakai time program tu.

Ada sesetengah regular customer kitaorang, diaorang standby tshirt tu awal2 lagi.

Maknanya bukak je sekolah…semua dah standby dah termasuk tshirt pelajar.

Tapi ramai jugak customer yang tunggu student dah register, baru order TShirt sebab kalau nak order awal, nanti tak tahu nak bajet berapa orang & saiz apa yang diaorang pakai.

So..bagi yang tunggu student register dulu baru order, kitaorang expect dalam minggu ke 2 sekolah mungkin ada dah yang start order.

Time tu jugak mungkin sekolah atau pusat pengajian dah ada bajet masing2.

Bagi cikgu2 yang menguruskan pasal baju tu, biasanya saya akan tanya jugak pasal bajet masing2.

Kebiasaannya kalau bajet sehelai yang cikgu bagi tu, kitaorang masih boleh dapat untung, kitaorang proceed je terus.

Tapi kalau bajetnya ciput dan bila kira2 memang kitaorang tak dapat untung apa2 pun…mungkin kitaorang akan rejek dengan sopan santun.

Pastu mungkin kitaorang akan suggest bajet yang up sikit supaya kitaorang masih boleh dapat untung dengan bajet tu.

Biasanya harga yang nak bajet murah sikit ni kalau sekolah tu tak ada bajet yang besar & mak ayah budak yang tanggung sendiri beli baju tu.

Ikut jugak pada kuantiti tempahan…kalau banyak2, boleh lah kitaorang adjust sikit untung atas sehelai.

Kalau yang kuantiti sikit tapi nak bajet murah…yang tu susah sikit sebenarnya.

Sebab bila kuantiti sikit & kitaorang bagi harga murah…untungnya pasti akan jadi lebih nipis.

Jadi kesimpulannya…kitaorang akan cuba ikut bajet masing2 selagi ada untung dipihak kitaorang.

Ok..jom kita tengok antara jenis baju yang dapat tempahan yang banyak sebelum ni & mostly ikut bajet masing2…

Ni antara contoh2 baju yang customer order sebelum ni dalam kuantiti yang besar & mengikut bajet masing2.

Ok lah….jom saya share apa cerita cetak baju minggu ni….

Ni TShirt Teambuilding ni.

Biasanya customer nak yang bajet2 biasa je..so, simple je.

TShirt hitam cetak putih. Design semua diaorang sediakan dah.

TShirt untuk budak Tadika & Taska adalah antara TShirt yang paling banyak kitaorang dapat tempahan cuti baru2 ni.

Ni antara gambar yang sempat kitaorang ambik sebelum ni.

Bagi customer yang just nak bajet murah tapi nak kualiti ok…kitaorang boleh suggest TShirt plain biasa je & tambah cetak.

Pastu seluar guna seluar tricot yang readymade.

Kalau custom nnti mahal sikit & lambat siap nanti.

Selain TShirt untuk sekolah….ada jugak TShirt untuk company.

Semuanya guna TShirt readymade je.

Ada yang regular customer yang dah berulang2 kali tempah dengan kitaorang.

Macam2 adaaaa….

Yang ni agak special sikit sebab biasanya lencana kitaorang guna stiker je tapi yang ni guna silkscreen printing.

Almaklumlah staf kitaorang ni dah expert dah..tahun ni dah tahun ke 7 dengan kitaorang…Alhamdulillah.

Memang expert…cetak silkscreen sebijik macam stiker.

Selain daripada Tshirt, kitaorang ada jugak terima order lain macam payung, apron, beg dll.

Konsepnya sama je…cuma macam beg memang agak susah sikit nak print sebab kena letak papan lapik betul2 supaya cat dia tak bertakung lepas print.

Ok..rasanya takat tu dulu ye.

Rasanya dah panjang lebar dah kitaorang cerita hari ni.

So..pada sape2 yang rasa nak order TShirt ikut bajet masing2..boleh orderv guna Whatsapp je ye….

Ok..sampai jumpa lagi..Baaiiiii….

Abg Nik & Kak Salina

Tahun 2025…Join Kitaorang Buat Duit Sampingan Dengan Cetak TShirt…NAK TAK?

Assalam & Salam Cetak baju semua,

Cuba korang bayangkanlah…korang ada group kelas seramai 30 orang 1 kelas.

Hari ni plan nak buat TShirt untuk kelas korang…harga dah dapat dalam RM15 sehelai.

Ok..katakan korang ambik untung RM5 sehelai untuk baju tu sebab korang yang uruskan semua.

So..korang caj budak2 kelas korang RM20 sehelai lah kan?

Ini bermakna busuk2 pun korang dapat je untung atas angin sebanyak RM150 (RM5 X 30 org).

RM150 ni untuk 1 kelas..bagi korang yang masih sekolah, besar jugak untung ni.

Contoh ke 2….

Katakan ada group dalam family korang nak buat TShirt Hari Keluarga…dalam 20 orang.

Katakan korang dapat harga RM15 jugak & korang jual kan kat group tu RM20..Untung RM5 jugak..

So…free2 je atas angin korang dapat RM100 (RM5 X 20 helai)

Contoh 3…

Korang memang aktif berpersatuan kat sekolah korang.

Satu hari tu, cikgu nak buat TShirt asrama dalam 150 helai & korang pun rekemen le TShirt kat cikgu tu.

Cam biasa bila kuantiti banyak, kitaorang boleh bagi murah sikit.

Katakan saya bagi RM12 sehelai & korang jual RM18 sehelai..maknanya untung dalam RM6 sehelai.

So…paling cikai pun korang dapat untung atas angin jugak RM900 (RM6 X 150 helai)..

Giller…RM900 tu kalau untuk korang yang masih belajar, kita besar jugak tu…

Korang rasa boleh ke buat duit banyak camtu…

Saya just nak throwback balik cerita masa tahun 2017 kalau tak silap..

Ada satu budak asrama penuh, dia buat TShirt batch & promote ke semua sekolah asrama penuh seluruh negara..

Bayangkanlah masa tu dia mampu dapat order sekita 3,500 helai seluruh negara.

Katakan saya jual kat dia RM12 sehelai siap print & dia jual kat customer dia dalam RM20 sehelai…

Maknanya untung kasar yang dia dapat dalam RM28,000 untuk 3,500 helai tu…

Budak tu baru Form 4 masa tu tapi dapat untung kasar sampai RM28K…gilo apo…

Korang tak payah le mimpi nak 1,000 helai camtu untuk permulaan ni…cukup sekadar puluh2 helai dulu pun tak apa, janji ada order masuk…

Ni artikel yang saya ceritakan tu. KLIK LINK BAWAH NI UNTUK BACA ARTIKEL NI SELANJUTNYA YE!

Mungkin ada antara korang yang tak percaya kot tapi DEMI ALLAH…ni memang betul2 customer ni order masa tahun 2017 hari tu.

Lepas2 tu ada lagi yang buat tapi tak sampai ribu, setakat ratus2 je tapi still diaorang boleh buat duit banyak jugak.

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Untuk pengetahuan korang, TShirt Batch ni adalah jenis TShirt yang paling best kalau nak buat duit banyak.

Sebabnya Tshirt Batch ni akan melibatkan ramai2 peserta sebab 1 batch yang terlibat.

Contohnya :

  1. Batch Murid2 Sekolah Asrama Penuh Seluruh Malaysia Tahun 2025
  2. Batch Pelajar Akaun Universiti Seluruh Malaysia Tahun 2025
  3. Batch Pelajar Matrikulasi Tahun 2025 Seluruh Malaysia
  4. Batch Pelajar SPM Tahun 2025
  5. Batch Pelajar Kolej MARA Seluruh Malaysia Tahun 2025
  6. Batch Pelajar MRSM Seluruh Malaysia Tahun 2025
  7. Batch Pekerja Grab Seluruh Malaysia Tahun 2025
  8. Batch Pelajar Universiti Seluruh Malaysia Tahun 2025
  9. Batch Pelajar Sekolah Agama Seluruh Malaysia Tahun 2025
  10. Batch Budak STPM Tahun 2025

Dan macam2 lagi Tshirt Batch yang korang boleh buat untuk buat duit…

Nampak macam susah tapi zaman sekarang bila dah ada Tik Tok, Youtube, Facebook & Instagram…sebenarnya mudah je kalau nak viralkan.

Ini antara contoh2 TShirt Batch yang kami siapkan sebelum ni…

Ni antara contoh2 baju yang pernah siapkan sebelum ni…

Kebiasaannya Tshirt batch ni nak kena ada Tahun Lahir atau Tahun sekarang batch diaorang untuk jadi kenangan.

Kalau yang baju sekolah asrama penuh 3K helai tu diaorang letak semua nama asrama penuh seluruh Malaysia.

Ni contoh baju yang customer tu tempah.

Korang yang rasa nak buat duit dengan Tshirt camni…boleh le ambik IDEA ni.

Memang sempoi…

So..pada korang yang nak tempah TShirt design sendiri korang, boleh Whatsapp macam di bawah…

Ok…sampai jumpa lagi…baaaiiiii….

Abg Nik & Kak Salina

Rezeki Cetak TShirt Akhir Tahun 2024…1,000++ helai SIAAPPPPPP!!!

Salam Cetak Baju sahabat2 semua,

Nampaknya lagi beberapa hari artikel ni di tulis akan masuk Tahun 2025.

Atau mungkin masa korang baca artikel ni, dah masuk tahun 2025 dah.

Cepat betul masa berlalu dari setahun ke setahun.

Tahun ni kalau dikirakan, Ainix Resources atau http://www.mohcetakbaju.com dah ada dalam industri cetak baju masuk ke tahun ke 15 dah.

Maknanya dah 15 tahun dah kitaorang bisnes cetak TShirt ni.

Dalam 15 tahun ni..macam2 kisah naik turun yang kitaorang dah tempuh.

Sedih ada seronok pun ada. Kalaulah dulu kitaorang give up masa ada masalah bisnes, mungkin tak sampai ke tahap ni dah kot.

Malas lah nak cerita yang tak seronok ni…kita cerita yang seronok je ye…

Alhamdulillah…nak masuk Tahun 2025 ni dapat pulak rezeki lebih 1,000++ helai.

Syukur sangat2 sebab rezeki kitaorang masih maintain sampai le sekarang walaupun dah 7 tahun berenti kerja makan gaji.

Ni antara tempahan2 kalau di jumlahkan lebih dari 1,000 helai untuk bulan Disember sahaja.

Yang ni kitaorang dapat 1,000++helai tempahan dari customer.

Syukur sangat2…mana yang nak guna awal tu memang kitaorang siapkan on time.

Cumanya masa nak siapkan tu jenuh jugak sebenarnya…siang staf print & malam bos lak print.

Kalau tak buat camtu, rasanya lambat jugak siap tu.

Tapi tengok le betapa seronoknya diaorang masa program tu pakai baju tu sedondon ramai2.

Hanya gambar je yang boleh menggambarkan betapa seronok nya diaorang tu…korang yang lain bila lagi?

Tshirt rewang pun ada jugak kami terima.

Yang ni customer sendiri bagi design…so, mudah le sikit kerja kitaorang.

Print out terus dari design asal & print atas baju…so, simple.

Yang ni pulak TShirt untuk geng team building.

Sebab bajet tak mahal, diaorang hanya cetak 1 warna je atas baju putih.

Tapi walaupun 1 warna je…still cantik sebab guna warna merah “wine red”(arak merah).

Nampak menyerlah jugak….

Yang ni kakak saya yang order untuk kelas anak dia.

Bulan 1, 2025 ni diaorang ada program kat Jepun.

So..tempah le TShirt yang nampak ada gambar peta Jepun untuk kenangan budak2 tu.

Yang tempahan ni kan…customer ni order untuk homestay dia.

Pastu dia kata nak ambik gambar masa kat Korea tapi sampai Korea cuaca sejuk giller.

So…tak banyak gambar yang ada baju tu sebab sejuk nak bukak baju.

Tapi tak apalah…janji TShirt kitaorang dah 2 kali sampai ke Korea.

Yang ni satu lagi TShirt kitaorang sampai kat oversea…yang ni kat UK pulak.

Jauh oooo tshirt kitaorang berjalan.

Ingatkan jalan2 dalam Malaysia je…nohhhh..sampai ke UK nun.

Bangga ooo…Alhamdulillah.

Bila cuti sekolah ni biasanya ramai yang tempah TShirt untuk Hari Keluarga.

Nanti akhir bulan Januari & awal bulan Februari ada pulak cuti sekolah sebulan.

So…time tu pada yang nak tempah TShirt Hari Keluarga atau apa sahaja TShirt korang, sekarang dah boleh dah.

Ini lagi gambar2 TShirt yang sempat saya siapkan sebelum ni….

Ada macam2 tempahan yang masuk….company pun banyak.

Last sekali ada tempahan beg 100 buah untuk customer.

Ni kita panggil non woven beg untuk program customer.

Semua kami print ikut kehendak customer.

So..kalau dicampur2kan semua tempahan Bulan Disember sahaja, Alhamdulillah…lebih 1000 helai jugak kami dah siapkan.

So…setakat ni dulu ye cerita kitaorang yang boleh kitaorang kongsi.

Macam biasa…kalau ada sape2 nak tempah TShirt untuk apa sahaja program korang, senang je…Whatsapp kitaorang seperti dibawah ye….

Sampai jumpa lagii….baaiiiiiii….

Ikhlas Dari :

Abg Nik 0192254028

Kak Salina 0193643692