Category Archives: Umum

Jenis2 Cetak TShirt Yang Kami Sediakan Untuk Korang (Siap design readymade lagi)!

Assalam semua & Salam Cetak Baju guys,

Sepanjang kitaorang dalam bisnes TShirt ni, ada baaaaanyak jenis TShirt cetak design sendiri yang customer order sebelum ni.

Kalau masa bisnes kitaorang tengah PEAK atau KEMUNCAK dulu dalam tahun 2014 & 2015, kebanyakan besar customer order TShirt kelas & TShirt Hari Keluarga.

Masa tu saya tengah kerja kerajaan lagi tapi wife yang uruskan bisnes.

Masa tu jugak kitaorang terpaksa stopkan order kat 2,3 minggu jugak sebab kena siapkan order yang masuk non stop.

Tapi sampai sekarang…bukan TShirt Kelas & TShirt Hari Keluarga je yang banyak customer order…TShirt jenis lain pun banyak..

Okay…jom saya share, apa jenis2 cetak TShirt yang kitaorang banyak dapat tempahan start dari kitaorang bisnes Tahun 2010 sehingga sekarang..

1. TShirt Kelas

Mostly design TShirt Kelas ni customer yang beri tapi ada jugak yang diaorang ambik dari design readymade kitaorang.

Kalau rasa nak pilih design yang kitaorang ada, boleh klik link bawah ni….

Yang selalu jadi kenangan untuk budak2 ialah TShirt Kelas yang ada nama ramai2 kat belakang baju.

Siap ada nama cikgu skali.

Bila dah keluar sekolah nanti…bila tengok balik design baju tu…teringat balik zaman sekolah tu nanti.

2. TShirt Hari Keluarga

TShirt Hari Keluarga ni jugak memang non stop kitaorang terima tempahan setiap bulan.

Biasanya TShirt Hari Keluarga ni diaorang tempah sebelum cuti sekolah sebab dalam cuti sekolah le biasanya keluarga berkumpul.

TShirt Hari Keluarga ni boleh dikatakan TShirt Favorite customer kitaorang jugak sebenarnya.

Selain daripada design2 sendiri, customer selalu jugak pilih design2 readymade yang kitaorang ada…yang sebenarnya lebih mudah untuk customer.

Korang boleh je pilih design2 readymade kitaorang kat link bawah ni…

TShirt Hari Keluarga ni paling favorite ialah bila letak gambar keluarga atau mak ayah kat TShirt tu.

Yang tu yang memang jadi kenangan betul.

Cam bawah ni….

Walaupun just 1 warna je…tapi memang mengimbau kenangan betul.

3. TShirt Rewang/Bekwoh/Kahwin

Selain TShirt Kelas & Hari Keluarga…tshirt rewang pun antara yang kitaorang banyak dapat tempahan jugak.

Sama macam TShirt Hari Keluarga, TShirt Rewang ni biasanya time nak cuti sekolah biasanya banyak dapat tempahan…

Kebanyakan besar design TShirt ni…customer sendiri yang bagi.

Tapi cam biasa…kalau rasa nak guna design kitaorang, pilih je kat link bawah ni…

4. TShirt Company / Syarikat

Biasanya bila dah lepas separuh tahun, ada jugak customer akan tempah TShirt untuk staf diaorang.

Biasanya untuk habiskan bajet tahunan.

Design TShirt Company ni biasanya bergantung pada company masing2.

Yang ni tak ada yang readymade…maknanya customer sendiri yang create & bagi kat kitaorang untuk print.

Sebagai contohnya….

Bagi yang nak bajet tak mahal & tak murah…kitaorang suggest cetak Silkscreen Printing je.

Terpulang pada masing2….

5. TShirt Sublimation

Era sekarang ni macam dah jadi trend customer tempah TShirt Sublimation ni.

Walaupun harganya agak mahal sikit berbanding TShirt printing biasa tapi TShirt Sublimation ni customer boleh cetak apa sahaja atas baju tu.

Hampir semua design yang customer nak boleh cetak atas baju tu..

Ni antara contoh deisgn baju sublimation tu ye…

Kalau ikutkan banyak lagi contoh design baju ni…nanti saya akan sediakan design readymade untuk customer mudah pilih nanti.

Cumanya baju sublimation ni…cadangan saya, kena tempah 30 helai ke atas je.

Kalau sikit, nanti mahal nanti.

Okay….selain daripada TShirt2 yang saya bagitahu kat atas ni…ada macam2 lagi contoh TShirt yang korang boleh tempah guys!!!

Pendekata..kalau rasa nak tempah TShirt untuk aktiviti korang, bagitahu je kitaorang ye.

Alahhh…apa susah, Whatsapp je kat kitaorang & In Sha Allah, cepat je saya bagitahu nanti…

Apa nak pening2…jangan pening2…janji dapat pakai TShirt ramai2,,,seronok ooooo…macam customer kitaorang bawah ni.

Nak bagi konfiden lagi, KLIK SINI untuk tengok apa kata customer sendiri pasal kitaorang!

Ok…sampai jumpa lagi ye…baaaaiiiiiiii…..

Abg Nik & Kak Salina
0192254028 / 0193643692

Sambutan Cetak TShirt Korban Luar Biasa Tahun Ni…Meriah betul!!!

Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar semua bakal customer, customer & ex customer mohcetakbaju.com?

Nampaknya kita dah masuk pertengahan tahun 2025 dah…skjp je masa berlalu.

Hari ni nak kongsi ngan korang pasal sambutan TShirt Raya Korban yang kitaorang siapkan baru2 ni.

Alhamdulillah…tak sangka dapat sambutan luar biasa sikit tahun ni.

Bukan setakat tempahan di kawasan dekat2 sini tapi dari luar pun banyak jugak yang dapat.

Ada macam2 stail order yang customer tempah.

Ada jugak yang tak nak print apa2…nak kosong je. Senang nak buat gi jalan..kata diaorang.

Ni antara gambar2 baju TShirt korban & suasana raya korban yang kitaorang sempat masukkan dalam ni…

TShirt korban kuning atas ni rasanya kali ke 2 dah customer ni order tahun ni.

Jauh datang ni…dari Kedah. Alhamdulillah…syukur diaorang puashati dengan baju2 tu.

Dah siap2 nak book kat kitaorang untuk TShirt akan datang.

Seronok kitaorang bila customer seronok.

Design atas ni pun rasanya kalau tak silap, dah kali ke 3 order dengan kitaorang.

Yang ni jauh sikit, dari Terengganu.

Bendera Ganu mesti nak kena ada..tahun lepas rasanya diaorang buat korban kat Istana Terengganu, tempah kat kitaorang jugak.

Yang ni area sini je tapi ada 2 tempahan…satu untuk petugas & satu untuk AJK.

Memang meriah betul diaorang…dapatlah buat berjalan2 sambil pakai baju korban tu nanti.

Baju ni jauh jugak tempahan ni…dari Segambut Dalam.

Cetak belakang je tapi 3 warna print…depan kosong.

Ni customer first time…tapi Alhamdulillah, mudah je urusan semua.

TShirt korban atas ni untuk Sekolah Agama Rakyat area sini.

Ustaz tu nak lain sikit…so, saya tambah je corak sikit kat depan.

Harga pun bajet je…harga mampu untuk sekolah agama tapi still cantekk…

TShirt korban Taman Melur Teluk Intan…seronok betul depa.

Ini pun kali ke berapa ntah dah order…regular customer jugak ni.

Yang ni kat hujung2 nak raya jugak order ni tapi kat2 sini je saya tak risau.

Design dia cantik yang ni…baju hitam & cetak gold.

Memang naik kaler dia…baju pun jenis microfiber, sesuai untuk aktiviti outdoor.

Ada satu customer tu..regular customer jugak…mula2 dia bagi design ni, nampak macam senang je nak trace dalam Ai…so, saya buat kan lah.

Sebab customer nak 1 warna je….so, saya tukar jadi camni.

Transfer ke baju…jadi le camni. Saya tengok pun puashati…memang cantik.

TShirt warna khaki. Memang naik kalau cetak hitam tu.

Nak tengok yang real…boleh tengok video bawah ni.

Sini saya kongsikan semua tempahan2 yang saya terima sebelum ni ye…semoga korang dapat lebih yakin untuk tempah TShirt dengan kitaorang nanti ye…

Semua TShirt atas ni antara TShirt2 yang kitaorang dapat tempahan sebelum raya sebelum ni.

Bagi korang yang rasa nak tempah tu…jangan segan & jangan malu, Whatsapp je kitaorang seperti dibawah ni ye…

Semua jenis TShirt korang boleh tempah ye…

Ok..kami menunggu anda ye…

Sampai sini dulu…jumpa lagi…baaaiiiiii….

Abg Nik & Kak Salina

Tshirt Raya Puasa dah….Cetak TShirt Korban lah pulak….

Salam Cetak Baju semua,

Alhamdulillah….raya puasa dah selesai & sekarang nak masuk raya korban pulak.

Macam biasa….setiap tahun, bila masuk je raya korban, kami antara yang orang paling sibuk nanti.

Bukan sebab nak uruskan lembu atau unta untuk korban tapi nak siapkan baju untuk raya korban orang yang uruskan korban tu.

Biasanya bukan sikit2 diaorang order…sampai beratus2 helai.

Ada sesetengah tu sambil buat TShirt korban, sambil tu buat TShirt Hari Keluarga sekali.

Ya lah….masa raya puasa hari tu, diaorang tak sempat nak berkumpul….time korban ni pulak ada masanya.

Orang yang tempah TShirt korban ni biasanya tempah untuk petugas2 korban.

Yang kebiasaannya dibuat kat masjid2 atau surau2 setempat.

Kalau kat tempat saya, tahun lepas banyak jugak diaorang buat korban.

So…bila banyak lembu nak korban….banyak le petugas kena bertugas.

Ada yang tolong pegang lembu, ada yang kena jatuhkan lembu, ada yang kena lapah lembu & ada yang perhati je dari jauh sebab takut (tshirt pun dia dapat jugak…..hehehe)

Jadi…kesimpulannya…bagi yang nak tempah TShirt korban ni, jangan risau kalau tempat korang tak ada buat sebab kitaorang boleh buatkan & pos walau dimana korang berada.

Janji kena tempah awal supaya sempat pakai time raya korban nanti.

Cuba tengok gambar2 bawah ni…betapa seronoknya diaorang & betapa sedihnya lembu selepas dikorbankan…..

Bagi yang buntu nak cari design untuk TShirt korban tu…jangan risau & jangan bimbang, sebab kitaorang dah ada sediakan design readymade….cuma tinggal pilih & tukar wording je.

Klik link bawah ni utk tengok detail design baju korban yang kami ada.

Kalau jadi nak order, korang boleh terus tanya kat Whatsapp kitaorang dibawah ye…

Kami menunggu tempahan korang ye…..

Ok…selain daripada TShirt korban, kitaorang ada banyak jugak siapkan TShirt2 lain.

Antaranya :

TShirt2 ni semua dari 2010 lagi kitaorang siapkan untuk customer kitaorang & kalau dikira2kan dah lebih 130K helai yang kitaorang siapkan hingga sekarang.

Ok…jom kita tengok TShirt apa yang kitaorang siapkan baru2 ni….

Yang ni almost every year order dgn saya…dari Sipitang Sabah.

Depan ada logo sekolah & blkg print macam atas ni.

Ni lah baju yang diaorang ada sejak beberapa tahun dulu.

Ini untuk satu kedai makan yang agak glamer kat Perak…Atter.

Dia pun dah beberapa kali tempah untuk staf diaorang.

Mungkin diaorang rasa selesa kot baju tu…tu yang order lagi tu.

Customer ni bukan order banyak pun tapi sebelum ni dia ada order baju lain dulu.

Kali ni dia memang buat khas untuk anak2 keluarga terdekat je.

TShirt kaler maroon & cetak warna krim…memang sesuai & sepadan.

Yang ni bagi saya simple & mudah je sebab cetak 1 kaler hitam je.

Belakang wording Family & depan nama sorang2.

Satu lagi regular customer….lama tak order, tengok2 order semula.

Tempahan untuk pelajar2…1 kaler depan belakang.

Design dah ada…tinggal buat blok printing baru je.

Yang ni mula2 tu ingat nak guna stiker je bahagian logo tu tapi sebab simple je…guna silkscreen printing lah.

Tak susah pun..yang ambik masa tu just masa nak masukkan baju je.

Alhamdulillah….ni antara tempahan2 yang saya sempat masukkan dalam blog ni.

Kalau ikutkan, ada banyak lagi nak masukkan tapi takut nanti boring pulak.

Ok..bagi sape2 yang nak tempah TShirt korban atau apa sahaja Tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang, tempah je ikut dibawah ye….

Ok…sampai jumpa lagi, baaaiiiiii…..

Ikhlas Dari :

Abg Nik & Kak Salina

Order TShirt Time Puasa, Pakai Lepas Raya….

Cetak Laju laju laju laju……..

Salam cetak baju semua,

Selamat menyambut Ramadan 1446H buat semua umat muslimin dan muslimat.

Time2 puasa ni biasa jarang2 orang berkumpul untuk buat aktiviti kecuali customer tempah TShirt samada untuk guna lepas raya atau untuk certain aktiviti masa puasa.

Kalau order sekarang masa puasa ni…lepas raya je boleh terus guna.

Kalau order dan suntuk, takut tak sempat nak guna nanti.

Kalau ikutkan, banyak jenis baju yang boleh customer order time bulan puasa ni.

Antaranya ialah :

1. TShirt sukan Sekolah

TShirt Sukan Sekolah ni antara yang paling banyak dapat sambutan time puasa sebelum2 ni sebab bila lepas raya je…sekolah dah start acara2 sukan diaorang.

2. TShirt Company

TShirt company ni pun banyak dapat sambutan time puasa ni.

Selain dapat pakai time puasa ni….lepas raya pun boleh pakai jugak.

Just standby terus kalau ada program penting lepas raya ni…

3. TShirt Hari Keluarga

Mungkin ada antara korang yang plan nak berkumpul adik beradik atau anak beranak time raya ni.

Boleh standby untuk buat TShirt Hari Keluarga jugak.

Mungkin ada yang pakai baju raya & mungkin boleh try TShirt Hari Keluarga pulak.

Bagi nampak sedondon. Seronok jugak.

4. TShirt Program Puasa

Seperti tahun2 lepas, ada beberapa NGO yang buat program bagi makan buka puasa kat orang susah, siap buat TShirt lagi.

Bagi korang yang nak buat program untuk anak yatim ke, anak mualaf ke atau apa sahaja aktiviti dalam bulan puasa ni..comey jugak kalau buat TShirt utk program tu.

At least boleh jadi kenangan untuk tahun2 akan datang.

5. TShirt Konvoi

Biasanya kalau dalam bulan puasa jarang orang gi berkonvoi tapi lepas raya, konfem ramai gi berkonvoi.

Kalau berkonvoi, selalunya kena pakai baju sedondon baru seronok.

So…order sekarang, lepas raya terus boleh pakai.

Tak yah pening2 dah nak order last2 minit.

Dan macam2 lagi jenis TShirt yang korang boleh tempah untuk aktiviti lepas raya ni.

Standby sekarang….lepas raya tak payah pening2 dah nak cari design, nak cari tempat dll.

Mari kita tengok…contoh2 baju yang korang boleh tempah untuk kegunaan lepas raya ni…

Kalau korang nak rasa lebih konfiden, dengar apa kata customer ni pasal tempahan TShirt kitaorang ni ye….

APA KATA MEREKA?

KLIK SINI UNTUK LIHAT DETAIL TESTIMONI YE!

So…sape2 yang nak tempah TShirt dengan kitaorang, Whatsapp je terus ikut no phone bawah ni ye….

Cetak TShirt Design Sendiri BOLEH ikut bajet masing-masing…(kalau boleh….)

Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar? Tengah buat apa tu?

Mesti tengah baca blog ni kan…..hehehe…

Sekejap je masa berlalu…pejam celik pejam celik dan masuk bulan 2 dah.

Rasanya baru je cuti sekolah, jap lagi bukak sekolah pulak…

Bila bukak je sekolah ni…ada macam2 aktiviti yang sekolah akan anjurkan nanti.

Bila ada program penting…rasanya tak sah kalau tak ada tshirt untuk dipakai time program tu.

Ada sesetengah regular customer kitaorang, diaorang standby tshirt tu awal2 lagi.

Maknanya bukak je sekolah…semua dah standby dah termasuk tshirt pelajar.

Tapi ramai jugak customer yang tunggu student dah register, baru order TShirt sebab kalau nak order awal, nanti tak tahu nak bajet berapa orang & saiz apa yang diaorang pakai.

So..bagi yang tunggu student register dulu baru order, kitaorang expect dalam minggu ke 2 sekolah mungkin ada dah yang start order.

Time tu jugak mungkin sekolah atau pusat pengajian dah ada bajet masing2.

Bagi cikgu2 yang menguruskan pasal baju tu, biasanya saya akan tanya jugak pasal bajet masing2.

Kebiasaannya kalau bajet sehelai yang cikgu bagi tu, kitaorang masih boleh dapat untung, kitaorang proceed je terus.

Tapi kalau bajetnya ciput dan bila kira2 memang kitaorang tak dapat untung apa2 pun…mungkin kitaorang akan rejek dengan sopan santun.

Pastu mungkin kitaorang akan suggest bajet yang up sikit supaya kitaorang masih boleh dapat untung dengan bajet tu.

Biasanya harga yang nak bajet murah sikit ni kalau sekolah tu tak ada bajet yang besar & mak ayah budak yang tanggung sendiri beli baju tu.

Ikut jugak pada kuantiti tempahan…kalau banyak2, boleh lah kitaorang adjust sikit untung atas sehelai.

Kalau yang kuantiti sikit tapi nak bajet murah…yang tu susah sikit sebenarnya.

Sebab bila kuantiti sikit & kitaorang bagi harga murah…untungnya pasti akan jadi lebih nipis.

Jadi kesimpulannya…kitaorang akan cuba ikut bajet masing2 selagi ada untung dipihak kitaorang.

Ok..jom kita tengok antara jenis baju yang dapat tempahan yang banyak sebelum ni & mostly ikut bajet masing2…

Ni antara contoh2 baju yang customer order sebelum ni dalam kuantiti yang besar & mengikut bajet masing2.

Ok lah….jom saya share apa cerita cetak baju minggu ni….

Ni TShirt Teambuilding ni.

Biasanya customer nak yang bajet2 biasa je..so, simple je.

TShirt hitam cetak putih. Design semua diaorang sediakan dah.

TShirt untuk budak Tadika & Taska adalah antara TShirt yang paling banyak kitaorang dapat tempahan cuti baru2 ni.

Ni antara gambar yang sempat kitaorang ambik sebelum ni.

Bagi customer yang just nak bajet murah tapi nak kualiti ok…kitaorang boleh suggest TShirt plain biasa je & tambah cetak.

Pastu seluar guna seluar tricot yang readymade.

Kalau custom nnti mahal sikit & lambat siap nanti.

Selain TShirt untuk sekolah….ada jugak TShirt untuk company.

Semuanya guna TShirt readymade je.

Ada yang regular customer yang dah berulang2 kali tempah dengan kitaorang.

Macam2 adaaaa….

Yang ni agak special sikit sebab biasanya lencana kitaorang guna stiker je tapi yang ni guna silkscreen printing.

Almaklumlah staf kitaorang ni dah expert dah..tahun ni dah tahun ke 7 dengan kitaorang…Alhamdulillah.

Memang expert…cetak silkscreen sebijik macam stiker.

Selain daripada Tshirt, kitaorang ada jugak terima order lain macam payung, apron, beg dll.

Konsepnya sama je…cuma macam beg memang agak susah sikit nak print sebab kena letak papan lapik betul2 supaya cat dia tak bertakung lepas print.

Ok..rasanya takat tu dulu ye.

Rasanya dah panjang lebar dah kitaorang cerita hari ni.

So..pada sape2 yang rasa nak order TShirt ikut bajet masing2..boleh orderv guna Whatsapp je ye….

Ok..sampai jumpa lagi..Baaiiiii….

Abg Nik & Kak Salina

Tahun 2025…Join Kitaorang Buat Duit Sampingan Dengan Cetak TShirt…NAK TAK?

Assalam & Salam Cetak baju semua,

Cuba korang bayangkanlah…korang ada group kelas seramai 30 orang 1 kelas.

Hari ni plan nak buat TShirt untuk kelas korang…harga dah dapat dalam RM15 sehelai.

Ok..katakan korang ambik untung RM5 sehelai untuk baju tu sebab korang yang uruskan semua.

So..korang caj budak2 kelas korang RM20 sehelai lah kan?

Ini bermakna busuk2 pun korang dapat je untung atas angin sebanyak RM150 (RM5 X 30 org).

RM150 ni untuk 1 kelas..bagi korang yang masih sekolah, besar jugak untung ni.

Contoh ke 2….

Katakan ada group dalam family korang nak buat TShirt Hari Keluarga…dalam 20 orang.

Katakan korang dapat harga RM15 jugak & korang jual kan kat group tu RM20..Untung RM5 jugak..

So…free2 je atas angin korang dapat RM100 (RM5 X 20 helai)

Contoh 3…

Korang memang aktif berpersatuan kat sekolah korang.

Satu hari tu, cikgu nak buat TShirt asrama dalam 150 helai & korang pun rekemen le TShirt kat cikgu tu.

Cam biasa bila kuantiti banyak, kitaorang boleh bagi murah sikit.

Katakan saya bagi RM12 sehelai & korang jual RM18 sehelai..maknanya untung dalam RM6 sehelai.

So…paling cikai pun korang dapat untung atas angin jugak RM900 (RM6 X 150 helai)..

Giller…RM900 tu kalau untuk korang yang masih belajar, kita besar jugak tu…

Korang rasa boleh ke buat duit banyak camtu…

Saya just nak throwback balik cerita masa tahun 2017 kalau tak silap..

Ada satu budak asrama penuh, dia buat TShirt batch & promote ke semua sekolah asrama penuh seluruh negara..

Bayangkanlah masa tu dia mampu dapat order sekita 3,500 helai seluruh negara.

Katakan saya jual kat dia RM12 sehelai siap print & dia jual kat customer dia dalam RM20 sehelai…

Maknanya untung kasar yang dia dapat dalam RM28,000 untuk 3,500 helai tu…

Budak tu baru Form 4 masa tu tapi dapat untung kasar sampai RM28K…gilo apo…

Korang tak payah le mimpi nak 1,000 helai camtu untuk permulaan ni…cukup sekadar puluh2 helai dulu pun tak apa, janji ada order masuk…

Ni artikel yang saya ceritakan tu. KLIK LINK BAWAH NI UNTUK BACA ARTIKEL NI SELANJUTNYA YE!

Mungkin ada antara korang yang tak percaya kot tapi DEMI ALLAH…ni memang betul2 customer ni order masa tahun 2017 hari tu.

Lepas2 tu ada lagi yang buat tapi tak sampai ribu, setakat ratus2 je tapi still diaorang boleh buat duit banyak jugak.

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Untuk pengetahuan korang, TShirt Batch ni adalah jenis TShirt yang paling best kalau nak buat duit banyak.

Sebabnya Tshirt Batch ni akan melibatkan ramai2 peserta sebab 1 batch yang terlibat.

Contohnya :

  1. Batch Murid2 Sekolah Asrama Penuh Seluruh Malaysia Tahun 2025
  2. Batch Pelajar Akaun Universiti Seluruh Malaysia Tahun 2025
  3. Batch Pelajar Matrikulasi Tahun 2025 Seluruh Malaysia
  4. Batch Pelajar SPM Tahun 2025
  5. Batch Pelajar Kolej MARA Seluruh Malaysia Tahun 2025
  6. Batch Pelajar MRSM Seluruh Malaysia Tahun 2025
  7. Batch Pekerja Grab Seluruh Malaysia Tahun 2025
  8. Batch Pelajar Universiti Seluruh Malaysia Tahun 2025
  9. Batch Pelajar Sekolah Agama Seluruh Malaysia Tahun 2025
  10. Batch Budak STPM Tahun 2025

Dan macam2 lagi Tshirt Batch yang korang boleh buat untuk buat duit…

Nampak macam susah tapi zaman sekarang bila dah ada Tik Tok, Youtube, Facebook & Instagram…sebenarnya mudah je kalau nak viralkan.

Ini antara contoh2 TShirt Batch yang kami siapkan sebelum ni…

Ni antara contoh2 baju yang pernah siapkan sebelum ni…

Kebiasaannya Tshirt batch ni nak kena ada Tahun Lahir atau Tahun sekarang batch diaorang untuk jadi kenangan.

Kalau yang baju sekolah asrama penuh 3K helai tu diaorang letak semua nama asrama penuh seluruh Malaysia.

Ni contoh baju yang customer tu tempah.

Korang yang rasa nak buat duit dengan Tshirt camni…boleh le ambik IDEA ni.

Memang sempoi…

So..pada korang yang nak tempah TShirt design sendiri korang, boleh Whatsapp macam di bawah…

Ok…sampai jumpa lagi…baaaiiiii….

Abg Nik & Kak Salina

Rezeki Cetak TShirt Akhir Tahun 2024…1,000++ helai SIAAPPPPPP!!!

Salam Cetak Baju sahabat2 semua,

Nampaknya lagi beberapa hari artikel ni di tulis akan masuk Tahun 2025.

Atau mungkin masa korang baca artikel ni, dah masuk tahun 2025 dah.

Cepat betul masa berlalu dari setahun ke setahun.

Tahun ni kalau dikirakan, Ainix Resources atau http://www.mohcetakbaju.com dah ada dalam industri cetak baju masuk ke tahun ke 15 dah.

Maknanya dah 15 tahun dah kitaorang bisnes cetak TShirt ni.

Dalam 15 tahun ni..macam2 kisah naik turun yang kitaorang dah tempuh.

Sedih ada seronok pun ada. Kalaulah dulu kitaorang give up masa ada masalah bisnes, mungkin tak sampai ke tahap ni dah kot.

Malas lah nak cerita yang tak seronok ni…kita cerita yang seronok je ye…

Alhamdulillah…nak masuk Tahun 2025 ni dapat pulak rezeki lebih 1,000++ helai.

Syukur sangat2 sebab rezeki kitaorang masih maintain sampai le sekarang walaupun dah 7 tahun berenti kerja makan gaji.

Ni antara tempahan2 kalau di jumlahkan lebih dari 1,000 helai untuk bulan Disember sahaja.

Yang ni kitaorang dapat 1,000++helai tempahan dari customer.

Syukur sangat2…mana yang nak guna awal tu memang kitaorang siapkan on time.

Cumanya masa nak siapkan tu jenuh jugak sebenarnya…siang staf print & malam bos lak print.

Kalau tak buat camtu, rasanya lambat jugak siap tu.

Tapi tengok le betapa seronoknya diaorang masa program tu pakai baju tu sedondon ramai2.

Hanya gambar je yang boleh menggambarkan betapa seronok nya diaorang tu…korang yang lain bila lagi?

Tshirt rewang pun ada jugak kami terima.

Yang ni customer sendiri bagi design…so, mudah le sikit kerja kitaorang.

Print out terus dari design asal & print atas baju…so, simple.

Yang ni pulak TShirt untuk geng team building.

Sebab bajet tak mahal, diaorang hanya cetak 1 warna je atas baju putih.

Tapi walaupun 1 warna je…still cantik sebab guna warna merah “wine red”(arak merah).

Nampak menyerlah jugak….

Yang ni kakak saya yang order untuk kelas anak dia.

Bulan 1, 2025 ni diaorang ada program kat Jepun.

So..tempah le TShirt yang nampak ada gambar peta Jepun untuk kenangan budak2 tu.

Yang tempahan ni kan…customer ni order untuk homestay dia.

Pastu dia kata nak ambik gambar masa kat Korea tapi sampai Korea cuaca sejuk giller.

So…tak banyak gambar yang ada baju tu sebab sejuk nak bukak baju.

Tapi tak apalah…janji TShirt kitaorang dah 2 kali sampai ke Korea.

Yang ni satu lagi TShirt kitaorang sampai kat oversea…yang ni kat UK pulak.

Jauh oooo tshirt kitaorang berjalan.

Ingatkan jalan2 dalam Malaysia je…nohhhh..sampai ke UK nun.

Bangga ooo…Alhamdulillah.

Bila cuti sekolah ni biasanya ramai yang tempah TShirt untuk Hari Keluarga.

Nanti akhir bulan Januari & awal bulan Februari ada pulak cuti sekolah sebulan.

So…time tu pada yang nak tempah TShirt Hari Keluarga atau apa sahaja TShirt korang, sekarang dah boleh dah.

Ini lagi gambar2 TShirt yang sempat saya siapkan sebelum ni….

Ada macam2 tempahan yang masuk….company pun banyak.

Last sekali ada tempahan beg 100 buah untuk customer.

Ni kita panggil non woven beg untuk program customer.

Semua kami print ikut kehendak customer.

So..kalau dicampur2kan semua tempahan Bulan Disember sahaja, Alhamdulillah…lebih 1000 helai jugak kami dah siapkan.

So…setakat ni dulu ye cerita kitaorang yang boleh kitaorang kongsi.

Macam biasa…kalau ada sape2 nak tempah TShirt untuk apa sahaja program korang, senang je…Whatsapp kitaorang seperti dibawah ye….

Sampai jumpa lagii….baaiiiiiii….

Ikhlas Dari :

Abg Nik 0192254028

Kak Salina 0193643692

Cetak TShirt Company….Cara Nak Habiskan Bajet Pejabat Tahun 2024 ni.

Assalam & Salam Cetak Baju guys,

Selamat berjumpa kembali dalam blog Stesen Cetak TShirt Online Anda.

Setiap bulan kami tak putus2 update cerita pasal cetak TShirt dalam blog ni.

Untuk korang boleh cari tempat untuk tempah TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang.

Biasanya nak habis tahun, kebanyakan besar pejabat akan cuba habiskan bajet tahunan masing2 sebab kalau tak habis, ada sesetengah company tu, tahun depan tak dapat dah bajet tu.

So….cadangan kitaorang untuk tahun 2024 ni apakata korang tempah TShirt company untuk staf masing2.

Kebiasaannya…syarikat akan bagi penghargaan kepada staf masing2 dalam macam2 bentuk & salah satunya ialah TShirt.

Kenapa korang kena pilih TShirt?

  1. Sebab TShirt senang dapat & senang diuruskan. Bagi kitaorang just tempah je TShirt yang korang nak & bahagian korang, boleh sediakan design & saiz baju masing2.
  2. Sebab boleh jadi sebagai satu kenangan kepada staf.

    Bila pakai baju tu nanti akan datang, diaorang akan teringat2 tahun diaorang dapat TShirt tu nanti.
  3. Sebab TShirt tak perlukan kos yang besar..kalau RM50 ke bawah tu, korang mungkin boleh dapat 2 pasang sorang atau 1 helai yang berkualiti.
  4. Sebab TShirt ni boleh dipakai disemua peringkat staf…dari pegawai atasan sampai lah pekerja bawahan.
  5. Sebab tidak membazir…TShirt boleh selalu dipakai tapi kalau cenderamata lain, bila dapat..pegun je dalam almari masing2..tak bergerak2.

Meh sini saya tunjukkan contoh2 TShirt company yang pernah ditempah sebelum ni semenjak 2010 lagi….

Ni antara contoh2 TShirt yang ditempah oleh pihak company sebelum2 ni.

Kebanyakannya memang buat untuk staf masing2…samada untuk pakai harian atau sebagai peringatan atau pencapaian syarikat.

Bagi yang ada banyak cawangan syarikat, korang jangan risau pasal postage sebab sekarang makin mudah.

Korang yang HQ boleh order je banyak2 dengan kitaorang, pastu kitaorang akan tolong poskan ke semua cawangan yang ada.

Cumanya untuk pos tu, kalau 30 helai ke atas baru kitaorang bagi postage FREE untuk Semenanjung Malaysia.

Alah…daripada korang susah nak packing satu2 untuk pos ke cawangan masing2, baik serah kat kitaorang je…

In Sha Allah settle.

Oklah…bagi korang yang rasa nak tempah TShirt lain jugak, korang adalah dialu2kan ye.

Order guna Whatsapp je,,tak susah pun zaman sekarang ni.

Nak dengar suara, call je terus.

Ini antara gambar2 baju yang kitaorang sempat siapkan sebelum ni untuk tatapan semua ye.

Sampai jumpa lagi ye…baaaiiiii…

Abg Nik & Kak Salina
http://www.mohcetakbaju.com

Cetak TShirt Sukan Sekolah Untuk Tahun Depan Pulak Guys!!!

Assalam semua & Salam Cetak Baju,

Dalam banyak2 TShirt cetak design sendiri, tempahan TShirt sukan dan sekolah adalah antara yang banyak kami dapat sambutan bila nak akhir tahun ni.

Kebiasaannya regular customer kami akan tempah awal untuk student diaorang tahun depan.

Bukan setakat TShirt sekolah tapi TShirt Tadika, Taska, Tabika, Pasti dan yang sama waktu dengannya memang biasanya tengah rancak customer order sekarang ni.

Lagi2 lah kalau pelanggan tetap kitaorang yang dah start order dengan kitaorang semenjak beberapa tahun lepas…setiap tahun tak pernah miss order. Alhamdulillah.

Antara customer yang tak pernah miss order dengan kita orang ialah Tadika Cleverland dari KL.

Ini yang baru kami siapkan baru2 ni..kat 500 helai jugak tu. Alhamdulillah.

Selain daripada tu, ada jugak TShirt sublimation siap seluar sekali dari Tabika Parlimen Ketereh yang juga regular customer kami.

Rasanya tahun ni tahun ke 3 dah order dengan kitaorang.

Kebiasaannya mesti order 1,000 helai ke atas punya…Alhamdulillah.

Cantik betul…lain dari yang lain.

Macam saya bagitahu dalam artikel lepas2..yang ni dari SMK Tagasan, Sabah dah beberapa tahun order dengan kitaorang…untuk budak Form 6.

Ni antara customer2 yang dah jadi regular customer dengan kitaorang.

Kalau ikutkan ramai lagi yang duk ulang2 order sebenarnya…syukur mungkin diaorang serasi dengan kitaorang kot.

So…bagi cikgu2 atau student yang nak buat tempahan untuk group diaorang tahun ni atau tahun depan, korang dah boleh standby order ye.

Lambat2 takut tak sempat nak bergaya bersama2 nanti… 🙂

Ok lah..cam biasa..cerita cetak TShirt Hari ni guys!

Baru2 ni dapat order dalam 50 helai design diatas.

Mula2 suggest kat customer guna stiker DTF sebab banyak warna nak print…dapat murah sikit tapi customer nak silkscreen jugak.

So..jadilah hasil seperti diatas…6 ke 7 warna depan & 8 warna belakang.

Nak urgent lak tu…nasib baik printer kitaorang hebat, dapatlah siap on time..Alhamdulillah.

Ini antara baju Hari Keluarga yang kitaorang siapkan jugak baru2 ni.

Nampak simple tapi ambik masa sikit masa nak designkan tu…time print sekejap je.

Ada yang design readymade yang kitaorang sediakan & ada yang buat sendiri.

Alhamdulillah…ada jugak kenangan diaorang tahun ni.

Yang ni tak salah TShirt sukaneka atau TShirt sukan sekolah ni.

Biasanya bajet cikgu2 ni agak murah je tapi walaupun bajet diaorang murah, saya cuba buatkan design yang dahsyat sikit,,,biar nampak gah walaupun murah.

Yang ni kita cetak atas beg ni.

Nampak agak komplikated sebab kena letak papan dalam poket beg tu supaya masa print tu smooth je printing dia.

Kalau tak letak papan, naya nanti sebab nanti senang tulisan dia lari.

Customer tshirt jawi atas ni dah kali ke 3 order dengan kitaorang….Alhamdulillah.

Sebelum ni Shah Alam, yang ni Perak & Selangor pulak.

Siap daftar cop copyright lagi.

Semoga berjaya tuan Haji.

Selain dari TShirt kelas, asrama & sukan sekolah….cikgu2 yang in charge game ada jugak order TShirt bernombor camni kat kitaoarng.

Kalau ada sukan peringkat sekolah, daerah atau Negeri, mesti diaorang order baju camni.

Oklah..setakat ni saje dulu kisah cetak TShirt kitaorang baru2 ni.

Pada sape2 yang nak tempah TShirt ngan kitaorang, jangan malu & jangan segan ye, follow je Whatsapp bawah ni ye…

Sampai jumpa lagi…baaiiiii….

Abg Nik & Kak Salina

Hari Keluarga & Reunion…Tak Lengkap Kalau Tak Ada TShirt Sedondon!

Salam Cetak Baju semua.

Cepatnya masa berlalu. Lagi 4 bulan dah nak habis tahun 2024.

Korang rasa camane?

Dah ada ke kenangan manis yang korang cipta tahun ni untuk dikenang ditahun2 akan datang (semoga panjang umur semua)

Apa kenangan manis yang biasa orang Malaysia suka ciptakan.

Antaranya ialah kenangan indah berseronok bersama keluarga, saudara mara, sepupu sepapat dan sahabat2 dunia dan akhirat.

2 aktiviti ni korang boleh dapat biasanya kalau korang buat Hari Keluarga dan Hari Reunion bersama sahabat2.

Tahukah korang, Hari Keluarga dulu2 dengan sekarang dah lain.

Dulu kalau berkumpul ramai2 satu keluarga, biasanya tunggu hari keramaian macam orang kahwin, hari raya atau ada kematian.

Time camni, baru le dapat jumpa sedare mara, adik beradik, tok sedare, nenek sedare sepupu sepapat dll.

Time zaman sekarang dah lain sebab bila sebut je Hari Keluarga..biasanya diaorang akan cari satu tempat special (homestay, chalet, resort atau hoetel) untuk berkumpul ramai2.

Book 1 ke 2 hari, pastu siap buat event lagi macam sukaneka, masak2, BBQ dll.

Pastu yang lagi specialnya…bila ramai2 pakai TShirt yang sama atau sedondon.

Memang meriah & seronok lagi Hari Keluarga sekarang berbanding dulu.

Reunion pun sama jugak.

Selain aktiviti2 biasa yang eratkan silaturrahim, TShirt ialah antara perkara wajib yang diaorang kena pakai.

Tak caya..cer tengok gambar2 yang saya sediakan ni.

Rata2 memang seronok bila dapat pakai TShirt sedondon camtu & siap boleh jadi kenangan seumur hidup lagi.

Kalau korang rasa nak merasai keseronokan sama macam diaorang ni…boleh le tempah dengan kitaorang,

Bagi yang buntu nak buat design tu, kami ada sediakan contoh design sendiri yang korang boleh pilih.

Tak perlu pening2 kepala nak mikirkan camane nak buat design tu.

Korang boleh klik kat link bawah ni & pilih sendiri design yang korang nak..terpulang

Ni antara contoh2 design TShirt Family Day yang kami ada & korang boleh tiru.

Cuma tukar wording je atas design tu. Simple je.

Tak perlu pening2 kepala nak cari design korang kan…

So..tunggu apa lagi. Jom tempah sekarang!

Kami menunggu tempahan dari korang ye!

Abg Nik & Kak Salina