Pencapaian mohcetakbaju.com dari 2010 hingga 2016…SUPERBBB & AWESOME!!!

banner-facebook-mohcetakbaju

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Salam Tahun 2017 buat semua pembaca, pelanggan, ex-pelanggan & sape2 saje yang pernah deal & first time deal dengan kami di http://www.mohcetakbaju.com.

Berjuta & berbillion terima kasih saya nak ucapkan kepada semua yang sentiasa menyokong bisnes kami sehingga mampu maintain sehingga kini.

Terima kasih jugak kepada regular customer saya yang tak jemu2 maintain order dengan kitaorang semenjak beberapa tahun dulu.

Bagi anda yang baru jumpa blog kami ni, terima kasih jugak kami ucapkan sebab sudi layari blog ni.

Pada anda yang baru masuk blog kami ni, jangan keluar dulu. Baca dulu sedikit sebanyak pencapaian kami sepanjang tahun 2010 hingga 2016 supaya anda dapat menilai sendiri sejauhmana serius kami buat bisnes cetak baju ni secara online selama 7 tahun ini.

Bukan niat saya nak riak, sombong atau takbur dengan pencapaian ni tapi just nak kongsi dengan anda, mana tahu anda sekarang ni tengah mencari2 tempat nak buat tshirt tapi masih buntu nak print kat mana. Sekurang2nya jika anda baca pencapaian kami ni, boleh lah anda rasa konfiden sikit & terus boleh order dengan kami nanti.

Kalau sape2 yang belum tengok rupa saya (Abg Nik) & Kak Salina…inilah rupa kami.

Kami tak pernah tunjuk rupa kami semenjak 2010 sebab saya masih bekerja kerajaan. Takut kena tindakan tatatertib nanti.

Tahun ni dah buat full time. So, boleh le tunjuk…..hehehhehe.

gambar-nik-dan-salina

Hensem & cun tak?…..hehehehe.

Inilah kami sebenarnya…

Disini saya senaraikan beberapa pencapaian-pencapaian penting yang dah kami capai semenjak kami tubuhkan syarikat ni semenjak 2010 lagi :

  1.  Saya (penulis ni – Abg Nik) merupakan Pegawai Kerajaan berpangkat Penolong Pengarah di sebuah organisasi kerajaan di Malaysia semenjak Tahun 2002 dengan gaji terakhir 5 angka.Saya telah mengambil cuti tanpa gaji pada Tahun 2016 (tahun lepas) kerana nak beri tumpuan penuh kepada bisnes ni.

    Alhamdulillah…..pada 30 Oktober 2016, saya telah menghantar surat penamatan atau pemberhentian kerja awal dimana saya berhenti kerja pada 31 Disember 2016.So…Tahun 2017 merupakan tahun saya menjadi peniaga sepenuh masa & tidak lagi makan gaji seperti sebelum ini.

    Tak caye ke? Klik SINI <<kertas-kerja-ainix-resources-2016>> & dapatkan maklumat lanjut tentang latarbelakang kami kalau nak lebih yakin.

  2. Kami mula cetak TShirt diatas meja makan dengan kapasiti 2 helai TShirt sekali print. Kemudian 2 meja makan dengan kapasiti 9 helai sekali print.Alhamdulillah…sekarang ada bengkel boleh cetak 80 helai sekali print & sebuah mesin sulam dengan 1 head.

  3. Masa mula2 berniaga…kami hanya dapat pelanggan disekitar tempat tinggal kami je.Mulai 2011 bila dah start bisnes secara online, kami pernah pos ke luar negara seperti Korea Selatan, UK, Poland, Jordan, Brunei & Singapura.

    Kami juga pos seluruh ceruk & pelusuk Malaysia termasuk Sabah Sarawak yang tak pernah terfikir di akal yang TShirt kami boleh sampai ke sana.

  4. Dari hanya tempahan 200 ke 300 helai sebulan, kami mampu supply sehingga 3,500 helai sebulan sehingga kini(20,000++ setahun). Total yang kami dah supply melebihi 100,000++ helai sepanjang 7 tahun yang lepas.

  5. Kami bermula dengan sebuah blog http://www.mohcetakbaju.com.Sekarang kami ada tambahan 4 lagi website iaitu :
    Baju Rewang / Kahwin / Bekwoh – Layari www.ainixtshirt.myshopify.com
    Baju Kelas – Layari www.cetaktee.com
    Baju I AM – Layari www.mohcetakbajuIAM.com
    Website untuk buat design baju(dalam proses) – www.myteeprint.com

  6. Dulu kami tiada ejen tapi sekarang ada dalam 400 orang ejen seluruh Malaysia dan semakin meningkat.

  7. Dulu kami terpaksa tolak tempahan yang nak agak segera sebab tak cukup ruang nak cetak baju,Tapi kali ini, In Sha Allah…kami mampu tunaikan tempahan yang nak agak segera dengan syarat2 tertentu sebab meja kami semakin bertambah & pencetak kami dah expert cetak baju tu.

  8. Dulu order yang masuk dalam kuantiti yang kecik sahaja. Kebanyakannya dibawah 100 helai.Tapi sekarang ni, customer dah makin yakin dengan kami & ada yang tempah sehingga 1,000 helai ke atas dalam satu2 tempahan.

Ada banyak lagi pencapaian kecik2 yang lain yang tak sempat nak ceritakan disini.

Pendek cerita…..Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana Allah bagi rezeki & pencapaian yang amat menakjubkan sepanjang kami berniaga ni.

Dulu memang tak terfikir diakal saya mampu berhenti kerja & buat bisnes ni sepenuh masa.

Bayangkan gaji terakhir saya mencecah RM10,000 sebulan tapi saya nekad untuk letak jawatan & beri tumpuan penuh kepada bisnes ni.

Terima kasih semua yang menyokong & kepada yang baru melawat blog kami ni, lihatlah artikel2 sebelum ini yang saya tunjukkan macam2 tempahan dari pelanggan sebagai bukti.

Terpulang pada anda untuk percaya atau tak tapi hanya mereka yang dah pernah deal dengan kami sahaja yakin dengan servis & produk kami ini.

Sebagai satu lagi bukti pencapaian kami dari 2010 ke 2016, klik video dibawah untuk lihat pelbagai pencapaian yang kami dah capai untuk tatapan anda!

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

banner-order-guna-whatsapp

Hari ni tak nak sembang banyak sangat sebab anda boleh tengok artikel sebelum2 ni kalau nak tengok macam2 jenis baju yang kami pernah buat sebelum ni ye.

Nak gi sambung kerja ni….

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Terima kasih sekali lagi pada semua & semoga 2017 ni akan menjanjikan pencapaian yang lebih hebat lagi…

Baaaiiiiiiiii……..

Dari kami,

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 05/01/2017, in Umum. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Sangat terinspirasi… Moga kami di CBE juga dapat capai seperti itu juga.. Insha Allah… Tahun ni baru tahun kedua…tapi Blum pun genap 2 tahun buat cetak baju… Masih merangkak tapi tak kan sesekali mengalah.. Insha Allah…

    Like

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: