Jom buat TShirt untuk grup anda di Tahun 2017 ni sambil buat duit sampingan. Nak ke nak?
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Alhamdulillah & Syukur…..dah nak sampai penghujung 2016 & dah nak masuk ke Tahun 2017 dah.
Nak tanya korang ni? Jawab dalam hati pun tak apa……korang dah ada TShirt grup, kelas atau apa sahaja aktiviti korang di Tahun 2016 sebelum ni ke?
Kalau tak ada…memang sayang betul sebab korang tak ada salah satu daripada kenangan terindah yang ada untu grup korang.
Dengan pakai TShirt sedondon untuk grup anda, ia dapat buatkan anda teringat2 zaman anda sekarang.
Contohnya ; TShirt Grup kitaorang masa kat U dulu. Bila belek2 balik baju & gambar yang kitaorang ambil masa time pakai baju tu dulu, kenangan pun kembali berulang.
Teringat masa konvoi motor ramai2 pegi berkelah masa pakai baju tu. Sekarang ni kami dah ada 3 orang anak & kenangan tu masa duduk U dalam 20 tahun lepas.
Memang sedih & sayu bila teringat zaman tu. Seronooookkkk ooooo…..
So..rasa macam sentap tak?
Apa ditunggu lagi. Korang dah boleh start plan untuk TShirt grup untuk Tahun 2017 dah ni.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Bagi yang pening camane nak buat design2 TShirt tu, korang boleh klik banner kat bawah ni & korang boleh buat design tu sendiri. Mudah je.
Pastu bagi yang nak tahu camane nak buat duit dengan bisnes TShirt tanpa perlu fikir camane nak cetak baju tu, saya ada sediakan ebook bagaimana cara mudah untuk anda start buat duit dengan bisnes TShirt anda…
Macam2 yang saya boleh bantu korang untuk sama2 buat bisnes dengan bisnes TShirt ni & sediakan tempat untuk korang tempah TShirt dengan kitaorang.
Kalau korang baca artikel2 yang ada dalam blog ni, kitaorang sediakan macam2 tips bisnes TShirt ni start dari Tahun 2011 lagi.
Tak caye, cuba skrol ke bawah2 untuk baca artikel2 tu ye.
KAMI ADA 10 SEBAB bagi menguatkan lagi sebab kenapa korang perlu join kitaorang untuk sama2 buat duit atau buat TShirt ngan kitaorang :
-
Kami dah established secara online & offline sejak 2010 lagi. Tahun ni adalah tahun ke 7 kami.
-
Kami maintain supply TShirt sebanyak 20,000++ helai setiap tahun.
-
Kami dah pos ke seluruh ceruk Malaysia & Sabah Sarawak. Termasuk beberapa negara luar seperti Korea, UK, Singapore & Brunei.
-
Kami telah membantu beratus orang untuk sama2 buat duit dengan kitaorang.<<JOIN KAMI UNTUK JADI EJEN>>
-
Kos pos kami FREE Semenanjung & kami tanggung separuh ke Sabah Sarawak.
-
Kami ada ramai contoh testimonial yang puashati dengan servis & produk kami. <<KLIK SINI KALAU NAK TENGOK!!>>
-
Kami sediakan macam2 brand TShirt Readymade yang korang boleh pilih terus dari katalog. Antaranya :
-
Kami sediakan tempat nak buat design sendiri kalau korang tak ada idea nak buat design. <<KLIK SINI UNTUK BUAT DESIGN SENDIRI>>
-
Kami sediakan pilihan design TShirt untuk baju rewang, baju kelas & baju I AM.
- Baju Rewang / Kahwin / Bekwoh – Layari www.ainixtshirt.myshopify.com
- Baju Kelas – Layari www.cetaktee.com
- Baju I AM – Layari www.mohcetakbajuIAM.com
-
Kami telah melabur hampir RM20,000++ bagi menyediakan sebuah website sendiri bagi memudahkan pelanggan untuk membuat design sendiri dengan imej & gambar lebih ke “Malaysia”an & lebih bercirikan tempatan.Website tersebut dalam pembikinan & dijangka siap awal Tahun 2017 ini.Website ni boleh di akses seluruh dunia & dibuat dalam bahasa Inggeris. In Sha Allah akan menuju world wide nanti.
Kami mempunyai semangat, komitmen & kesungguhan yang tinggi untuk capai cita2 kami. Tahun 2017 sasaran kami ialah untuk mempunyai sekurang2nya sebuah kilang bersaiz sederhana dengan 10 orang pekerja bagi menyiapkan tempahan TShirt readymade & custom made dari seluruh dunia.
Jom join untuk jadi sebahagian daripada keluarga Ainix Resources & jom sama2 untuk kita betul2 buat duit dengan bisnes TShirt ni.
Sape yang tertinggal memang rugi sangat2.
Jarang ada bisnes cetak TShirt yang sanggup bantu orang ramai untuk sama2 buat duit dengan mereka. So…fikirkanlah!!!
Mari lihat apa kata pelanggan kami tentang www.mohcetakbaju.com ni ye….
Pelanggan 1
Nama: Hevenly Palmin
Alamat Emel:hevence1@gmail.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: Saya tak sangka saya akan terjumpa blog sebegini.Walaupun tidak kesemua jenis pakaian yang boleh diprint sini seperti jaket,saya tetap berpuas hati atas kelinciran proses memprint ini.
Pelanggan 2Nama: Syahirah Azhar
Alamat Emel:syirah40@gmail.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: First time buat tempahan kat Mohcetak. Design baju dah la cantik, murah. Kami dah cari kat kedai lain tapi smua mahal tapi design yang sama. Thanks Mohcetak.com and layan sya dengan baik ..
️
Pelanggan 3
Nama: Amirul fikri
Alamat Emel: amirulfikri456@gmail.comKomen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: pertama kali order memang rasa risau, sebab dealer jauh dari tempat kami. tetapi bila dh siap, semua pelajar bagi respon yang baik utk baju ni, and servis dari mohcetakbaju ni memang cepat, tiada kecacatan atau kekurangan. we proud of you.
Pelanggan 4
Nama: Nadira idari bt Sufaat
Alamat Emel: nadiraidari@gmail.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: Dah 3 tahun berturut2 buat T-shirt dengan en Nik. Saya guru kelas sekolah rendah darjah 6. Puas cari kedai printing T-shirt tapi tak puas hati sebab mahal dan kurang berkualiti. Saya pun cari website saja2 je dan terjumpa web ni. saya suka sebab boleh design sendiri dan duduk rumah goyang kaki je tunggu T-shirt siap hehe. saya gembira bila anak2 murid saya gembira dan ini lah kenangan kami bersama. Saya akan terus order dan promosi pada kawan2 guru lain.Pelanggan 5
Nama: Asmaq
Alamat Emel: noorassz@yahoo.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: Servis mmg super duper cepat, harga sangat berpatutan, layanan memang bagus.. saya sgt berpuas hati.. akan direkemenkan buat saudara mara & kawan2.. semoga perniagaan en nik & puan salina bertambah maju & sentiasa diberkati oleh Allah…
Apa cerita pasal baju tempahan kitaorang sebelum ni?
3 kaler print besar A3. Print atas baju cotton microfiber brand Oren Sport. Simple je. Saiz design paling besar kami boleh buat A3. Kalau nak besar lagi, kena bagitau nanti.
Ni baju reunion. Design customer yang bagi. So, agak mudah bila print. Tak payah touch up balik.
Print design doodle pun ada. Depan belakang doodle. Nak ke? Emelkan kat emel adminkomisen@gmail.com untuk detail ye!
Kebanyakan customer print 1 kaler je sebab bajet murah. Kalau banyak warna nanti, harga mahal lak. Tapi terpulang pada customer jugak.
Yang ni…customer lukis tangan je & kitaorang lukis balik ikut imaginasi kitaorang.
Sempoi jugak. 1 kaler print je.
Design ni ada 3 kaler print. So, ambik masa sikit untuk print 3 warna tu tapi masih lagi mudah & sempoi. 1 hari je siap. Janji customer siapkan design & font untuk mudahkan kitaorang edit balik design tu.
Tshirt memancing – 3 kaler print. Guna baju Enzo Raglan lengan panjang. Memang cantik. Naik kaler dia.
Tshirt Bowling – lupa nak upload belakang. 2 kaler print jugak ni. Putih hitam & nama kat lengan.
Ada menimbun lagi gambar yang belum diupload. Nanti kitaorang upload kemudian ye!
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
10 TIPS SEMPOI MENCARI SUPPLIER TSHIRT YANG BETUL SECARA ONLINE!
Oleh : Abg Nik – www.mohcetakbaju.com (Established from 2010)Hai semua,
Jika anda sedang mencari TShirt dengan cetakan sendiri untuk apa sahaja aktiviti anda, anda perlu survey dahulu betul-betul & jangan terus tempah tanpa ambilkira 10 tips dibawah ni.
Bukan apa, saya takut anda akan rasa tertipu atau rasa stress sebab akan mendapat TShirt yang indah khabar dari rupa.
Mungkin anda dapat TShirt yang giler betul murahnya tapi kualiti OUT. Boleh pakai 1 hari time event je…
Ok…apa dia 10 TIPS tersebut?
1. Kalau nak confident, deal dulu secara Whatsapp, emel atau terus call untuk dengar suara penjual tu.
Kalau penjual tu jenis acuh tak acuh atau malas nak layan, terus cari supplier lain sebab kalau masa nak tempah pun dah tak layan, camane dengan baju tu nanti.Silap2 langsung tak dapat nanti.
2. Kalau dah tempah, cuba follow up. Kalau supplier yang jujur, dia akan Reply segera maklumkan tentang progress baju anda tu.
Kalau jenis hari ni follow up, 3 hari baru jawab…itu maknanya something wrong somewhere dengan supplier tu.3. Supplier yang offer harga terlalu rendah giller berbanding supplier lain.
Yang ni ada 2 posibility – samada dia memang dapat baju tu murah (pemborong) atau ada benda yang dia cut cost seperti kualiti print out atau kualiti TShirt out.
4. Supplier yang jenis semua jenis design baju dia boleh buat tanpa fikir panjang.
Dalam bidang printing TShirt ni, bukan semua jenis TShirt boleh cetak sebab ada yang jenis full kaler tu, bukan semua peniaga kecil-kecilan boleh buat.Supplier yang jujur, dia akan beritahu perkara sebenar & bukan main sanggup jer…
5. Cuba kalau korang dah tempah & dah dapat TShirt. pastu TShirt tu koyak atau rosak. Cuba mintak diskaun atau tukar balik. Supplier tu sanggup tukar atau bagi diskaun tak.
Kalau tak…maknanya lepas ni anda kena tukar ke supplier lain yang lebih bertanggungjawab.6. Ada tak supplier atau peniaga TShirt tu layan anda yang nak order TShirt tu macam layan kawan2?
Bukan apa….untuk dapatkan harga sehelai TShirt siap cetak bukan mudah sebab peniaga kena dapatkan dulu design nak print, kuantiti tempahan & jenis baju dulu.Baru boleh bagi harga.
7. Cuba tengok website, FB page atau blog supplier tu. Up-to-date tak?
Kalau jenis yang macam 3 tahun lepas isi website tu sama je, kita pun tak pasti owner dia masih hidup atau tak.8. Bagi anda yang nak tahu website supplier tu up-to-date atau tak…taip apa sahaja yang anda nak kat Google Search, contohnya “Cetak TShirt” & kalau website dia duduk kat first page Google Search, itu maknanya website dia memang up-to-date.
9. Supplier yang baik akan sentiasa keep in touch dengan customer selepas customer buat tempahan.
Dia akan sentiasa jaga customer dia supaya sentiasa order dengan dia sebab nak maintain customer sedia ada lebih mudah dari nak dapat customer baru.10. Supplier yang bagus akan sentiasa bagi servis & kualiti 200% dari kualiti asal walau berapa juta kali pun customer yang order.
Supplier camnilah yang anda kena cari sebab mereka bukan jenis nak untung semata2 tapi mereka jenis yang betul2 nak bantu customer mendapatkan TShirt untuk apa sahaja aktiviti mereka.
So…10 tips ni patut di pegang oleh anda kalau nak start order TShirt untuk apa sahaja aktiviti anda kerana dalam online ni ada beribu2 website, blog & FB page yang supply TShirt tapi jenis yang mana kita nak pilih.
Bila ada 10 tips, sikit sebanyak akan bantu anda kurangkan risiko untuk stress atau tak puas hati bila nak order TShirt nanti ye.
Jumpa lagi di tips2 berguna lagi akan datang!
Oklah ye….setakat ni jelah dulu.
Sampai jumpa lagi tahun depan ye! Kami menunggu jawapan & panggilan dari anda. Anda bertindak…anda yang untung nanti.
Jumpa lagi…baaaaiiiiii….
Ikhlas Membantu :
Abg Nik & Kak Salina
Posted on 18/12/2016, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju keluarga, baju murah, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, contoh design baju kelas, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, tshirt cetak, tshirt group, tshirt kartun, tshirt murah, tshirt online, tshirt raglan. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0