PKP, Covid 19 & tempah TShirt………boleh ke tak?
Salam cetak baju kepada semua pelawat mohcetakbaju.com,
Apa khabar semua?
Saya doakan korang semua sihat2 selalu bersama keluarga dirumah masing2 atau walau dimana sahaja korang berada.
Semoga kita semua dijauhi dari bala bencana & wabak covid 19 ini.
Saya doakan jugak bagi yang telah dijangkiti virus ganas Covid 19 ni agar diberikan kesembuhan segera & dapatlah bersama2 yang tersayang semula.
Nampaknya PKP ni akan berlanjutan lagi hingga 28/04/2020 ni.
Memang sejarah dalam hidup kita yang tak pernah hadapi situasi pelik camni. Lari dari rutin harian.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Tapi walaupun begitu..bagi saya korang cubalah lihat wabak & arahan PKP ni sebagai satu yang positif.
Kalau korang nampak positif je…tak adalah korang rasa stress je manjang sebab tak dapat buat aktiviti biasa yang korang huat sebelum ni.
Apa benda yang nampak positif sangat tu?
-
Bagi yang tiap2 hari menghadap jem atau kesesakan jalan raya, inilah masanya korang boleh rehat sikit kepala otak tu. Menghadap jem ni stress jugak sebenarnya…mana taknya, kalau biasa gi pejabat kalau tak ada jem 10 minit je…bila jem, sejam pun belum sampai lagi.
-
Bagi yang jarang2 ada kat rumah, inilah masanya korang ada masa nak kemas rumah, buang sawang2 yang berjuntai2 tu & buang barang2 yang tak perlu.Kalau dah start sibuk balik…mana ada masa buat tu semua.
-
Bagi yang jarang2 ada masa ngan anak2…ni lah masa yang sesuai untuk bermesra2 & bermain2 dengan anak2.Kalau tak, nak tengok anak pun jarang2.Pegi kerja anak tengah tido..balik kerja anak dah tido balik dah….
-
Kalau selama ni nak buat hobi korang pun tak sempat.Sebelum ni hobi melukis….time camnilah korang boleh asah semula bakat korang tu.Sebelum ni hobi berkebun….time nilah korang nak start balik tanam2 sayur atau bunga sekeliling rumah korang.
-
Sebelum ni nak buat ibadat pun macam tak sempat je.Sembahyang fardu kat hujung2 waktu je. Sekarang ni dah banyak masa..boleh lah sembahyang awal sikit.Kalau sama je macam sebelum PKP tu…baik tak payahlah. Buang karan je.Boleh jugak sambung mengaji lepas sembahyang. Tambah sikit ibadat tu sementara Allah bagi masa ni.
-
Sebelum ni nak bincang dengan kawan2 untuk buat TShirt kelas atau grup korang macam tak ada masa je.Time PKP nilah korang boleh bincang kat wasap grup korang pasal tempahan TShirt tu.Semua guna online je….zaman dah makin mudah sekarang ni.Design pun boleh godek2 dalam online je…tak payah pening2 kepala.
Ni antara perkara positif yang korang boleh pikir time2 PKP ni.
Jangan stress2 pikir sebab tak boleh nak buat aktiviti normal biasa.
Benda ni bukan korang sorang je yang kena tapi seluruh dunia dah kena.
Bersabarlah sikit…In Sha Allah..Allah akan sentiasa bersama2 orang yang sabar.
Time PKP ni mesti ramai jugak yang stress sebab income dah sedikit slow atau kurang termasuk yang berniaga harian.
Alhamdulillah…kerajaan banyak membantu kita. Kalau tak jenuh jugak nak mencari duit nak buat belanja harian tu.
Cadangan saya….korang cubalah fikirkan sesuatu yang korang boleh buat duit sesuai dengan kemahiran atau minat korang.
Jangan duduk saje2 tanpa buat apa2.
Antara cadangan saya ialah :
-
Jika korang boleh bawak motor…cuba apply untuk kerja dengan company delivery macam Foodpanda, Grabfood dll.Servis ni adalah yang paling tinggi permintaan sebab ramai yang tak boleh keluar cari makanan.
-
Kalau korang duduk kat kampung…cuba survey kat mana ada makcik2, akak2 atau abang2 yang dulunya kerja pasar malam atau pasar tani…offer diaorang untuk buat servis hantar barang2 tu kat customer.Ni dah dekat nak puasa….boleh lah buat servis delivery tu untuk peniaga bazar Ramadhan sebelum ni.
-
Korang ada kemahiran komputer ke?Apa kata korang belajar buat marketing untuk peniaga online.Sekarang ni bisnes online jadi bisnes no 1 sebab orang dah tak boleh keluar.
-
Korang sendiri berniaga online macam berniaga face mask, hand sanitizer, sabun pencuci dan apa sahaja yang korang rasa boleh buat duit sekarang ni.
-
Berniaga dalam platform2 bisnes sedia ada seperti Shopee, Lazada dll.
-
Cari cikgu2 sekolah….offer kemahiran korang untuk buat alat bantu mengajar dalam komputer (jika korang pandai komputer).
-
Korang pandai melukis….apakata jual bakat korang dalam internet untuk orang beli hasil korang tu.
-
Bisnes TShirt kami akan dibuka semula selepas PKP 3 ni berakhir.So..korang boleh jadi ejen kami untuk jual TShirt dengan design korang sendiri.
-
Korang pandai menjahit?Raya dah nak dekat….korang boleh jual servis korang untuk jahit langsir, jahit kusyen, alas meja & baju raya untuk raya nanti.
-
Korang sendiri buat makanan macam nasi, kuih2 atau apa sahaja untuk dijual secara online kat tempat korang.Time PKP ni…bisnes makanan sangat2 penting sebab masing2 dah duduk rumah.Nak cari makan susah.
Ni lah antara cadangan yang korang boleh guna kalau rasa2 macam nak buat duit sampingan time2 PKP ni.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Oklah…apa cerita kita hari ni?
Alhamdulillah…..dalam masa musim PKP ni dapat jugak tempahan masuk walaupun sikit2.
Contohnya macam design baju atas ni.
Baju cotton & cetak gold.
Jawi belakang tu saya sendiri tulis tu. Tulis atas kertas A4 pastu scan guna komputer.
Pastu mintak staf lukiskan balik supaya lebih sharp. So…hasilnya macam atas ni.
Yang ni jauh tempahan ni…dari Sandakan. TShirt Covid 19 ni.
Walaupun dalam PKP ni…Alhamdulillah berjaya jugak siapkan baju ni. Untuk frontliners ni.
Cetak depan belakang & lengan.
Alhamdulillah…mudah je. Cetak 2 warna depan belakang & 1 warna kat lengan.
Sape2 nak order pun boleh jugak ni.
Ni order simple je ni. Cetak 1 warna depan belakang atas baju berkolar atau polo budak.
Order ni masuk sebelum PKP ni & belum pos lagi.
Mungkin esok lusa kami pos ni.
Alhamdulillah…sebelum PKP hari tu ada jugak order yang belum disiapkan.
So..kitaorang siapkan dalam tempoh PKP ni & dah poskan dah.
In Sha Allah…lepas PKP ni boleh pakai.
Oklah..rasanya setakat ni dululah ye.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Semoga korang dilindung Allah dari wabak penyakit Covid 19 & samalah kita duduk rumah supaya rantaian jangkitan tu terputus dengan cepat ye.
Jumpa lagi…baaaiiiii….
Ikhlas :
Abg Nik & Kak Salina
Posted on 16/04/2020, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0