COVID19 & masalah negara kita..Cetak TShirt berjalan seperti biasa guys….

Salam cetak baju semua,

Apa khabar semua? Harap2 semua dalam keadaan sihat selalu hendaknya…

Kebelakangan ni ada macam2 cerita pasal Dunia & negara kita…Malaysia.

Dunia dengan masalah virus Coronavirus atau COVID19 yang terjadi di negara China.

Bayangkanlah…negara China punyalah sibuk dengan kereta & kenderaan orang pegi kerja….sekarang lengang selengang-lengangnya.

Tapi Alhamdulillah….tak ada efek yang besar kat negara kita. Cuma mungkin saham efek sikit sebab banyak jugak pelaburan kita dengan negara China yang sangkut.

Bila saya tengok cerita pasal virus tu kat negara China….majoriti rakyat mereka dah tak ada aktiviti luar rumah.

Jalan2, kilang, pasaraya, gedung beli belah, pasar dll semuanya kosong.

Semua pakat duduk kat rumah & takut nak keluar sebab takut berjangkit dengan virus tu.

Kalau dah jadi camni….nak tempah TShirt untuk buat aktiviti pun tak boleh dah.

Ekonomi China hampir lumpuh. Bisnes TShirt lagilah teruk disana.

Rakyat negara China tak fikir dah pasal TShirt ni…apa yang mereka pikirkan..adakah mereka akan hidup lama atau tak disebabkan virus tu.

So…kita rakyat Malaysia & negara2 yang tak terlalu terkesan dengan virus ni patut rasa syukur sangat2 sebab kita masih lagi boleh tempah TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang.

Kita juga digemparkan dengan masalah perlantikan Perdana Menteri ke 8 yang baru.

Pening jugak rakyat sebenarnya akibat peristiwa ni.

Rasanya budak2 sekolah akan datang mesti pening nak dapat A dalam subjek Sejarah sebab pening dengan cara perlantikan Perdana Menteri ke 8 ni….hehehe.

Tapi Alhamdulillah jugak….walaupun ada sedikit kekecohan pasal peristiwa ni tapi customer tak putus2 tempah TShirt dengan kitaorang.

Ini disebabkan rakyat Malaysia dah matang & bijak buat pertimbangan.

Kalau lah kekecohan ni efek periuk nasi mereka…saya rasa, rakyat pasti bangkit buat sesuatu.

Tapi sebab rakyat masih boleh hidup cam biasa & still boleh order cetak TShirt untuk aktiviti diaorang, so rakyat just tunggu & lihat je sekarang ni….. 🙂

So…walau macam2 peristiwa diawal Tahun 2020 ni, kitaorang disini tetap dapat tempahan TShirt macam biasa.

 

Macam biasa…jom saya kongsi ngan korang, apa cerita cetak baju kami hari ni ye….

Sebelum tu nak kongsi ngan korang pasal cetakan warna gold yang kitaorang buat.

Kitaorang ada 2 pilihan…samada gold shining atau gold biasa.

Gold shining guna vynil..harga mahal sikit.

Tapi gold biasa guna rubber dye & silkscreen printing.

Alhamdulillah…kebetulan staf saya ada degree seni halus..so, dia yang bancuh2 warna tu jadi gold macam bawah ni.

Hasilnya camni…

Dan hasil atas baju pulak…macam ni…sebijik macam gold betul.

Cantik kan?

Kalau rasa nak tempah design kaler gold camni…jomlah order sekarang..

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Selain daripada tu..ada jugak tempahan lain yang kitaorang sempat siapkan baru2 ni…

Design yang ni antara yang paling suka sebab customernya dari Limbang tapi buat untuk aktiviti negara Brunei & design dia colourful & memang puashati bila dah siap print.

Cetak atas baju jenis microfiber ni.

Macam yang saya bagitahu sebelum ni…staf saya ada degree seni halus & dia pandai mix kan warna tu..so, warna dia sebijik macam asal.

 

Yang ni print biasa je.

Cuma nak kongsi ngan korang..kalau baju putih & design nak cetak ada warna putih..nak jimat, tak perlu print putih, Just ambik warna baju je…cam gambar atas ni.

2 warna print je walaupun ada warna putih.

So. jimat sikit kos printing nanti.

Kalau cetak putih atas baju gelap….wajib cetak 2 layer supaya nanti tak nampak warna kain.

Saya tengok printer2 kat luar, ramai yang nak jimat…diaorang print 1 layer je.

Pastu nampak kain dia. Kesian customer.

Bagi saya…biar rugi sikit..janji customer puashati & order lagi lepas ni.

Betul tak?

Nak bagitahu korang jugak..sesetengah logo atau lencana sekolah, kitaorang guna stiker heatpress yang high quality.

Tapi ada jugak yang tak banyak warna…kitaorang print guna silkscreen printing macam atas ni.

Dua2 ok sebenarnya & dua2 tahan lama. Pilih je nak yang mana.

Ok..rasanya setakat ni dulu untuk hari ni.

Sebelum tamat..cer dengar apakata customer kitaorang pasal servis & produk kitaorang ye!

Syukur Alhamdulillah….ramai yang puashati. Itu yang penting sebenarnya.

Bagi yang rasa nak jadi ejen kitaorang, jom daftar di link bawah ni.

Sampai jumpa lagi guys…baaaiiii…

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 07/03/2020, in Baju Company, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: