Cetak TShirt Design Sendiri Untuk Frontliners!

Assalam & Salam Cetak Baju semua,

Nampaknya kita masih lagi dalam lockdown & sesetengah orang sangat3 struggle untuk mencari sesuap nasi akibat lock down ni.

Saya bukan nak kata orang lain tapi saya sendiri pun agak struggle jugak untuk cari duit untuk makan satu family kami.

Memang sangat2 terkesan sebab sales drop agak banyak.

Tapi walaupun macam tu….Alhamdulillah, order masih berjalan macam biasa & masih ada tempahan2 yang masuk tapi tak sekencang dulu.

Kalau ikutkan….peniaga yang jual barang selain barang makanan atau keperluan harian..sangat terkesan dengan lockdown ni.

Lagipun lockdown kita ni tak macam lockdown pun.

Atas jalan masih lagi ramai orang..kat kedai pun orang ramai jugak…kat kilang2 pun sama jugak.

Macam tak ada makna je lockdown kali ni.

Kata nak turunkan bilangan kes tapi company & kilang besar2 masih berjalan macam biasa.

Pastu..bila kena jangkitan kat keluarga, bilangan kes naik balik.

Macam sama je….

Kami yang peniaga kecil2an & sederhana ni terasa sangat.

Ye lah…kami kena duduk rumah jaga SOP tp kilang2 besar rileks je masih boleh buat duit.

Maaf ye…luah perasaan sikit hari ni.

Bukan apa….kalau dah lock down tu untuk tujuan kurangkan kes, lock down lah betul2.

Ni tak….sama jugak bilangan kesnya.

Pekerja2 kilang tak bersalah sebab diaorang ikut arahan. Kalau tak pergi kerja nanti kang kena buang kerja lak.

Kalau dah pegi kerja, takut berjangkit Covid pulak.

Patutnya kerajaan lah patut buat keputusan bijak diaorang.

2 minggu je pun….TUTUPLAH semua. Buat LOCKDOWN betul2 macam PKP first hari tu.

Saya rasa rakyat pun setuju jugak.

Cuma bantulah kami ni dari segi belanja dapur & bayaran ansuran kat bank.

Ini ada jugak bank yang mintak bayar separuh ansuran..maknanya kena bayar jugak.

Fuuuhhhh…tak tahulah camane nak buat. Sabar je lah….

Hari ni saya nak bagi cadangan untuk rakan2 diluar sana yang rasa terkesan dengan pandemik ni untuk korang cuba buat income dengan buat TShirt untuk frontliners.

Antara frontliners yang tengah bersusah payah dalam mengekang Covid 19 ni ialah :

  1. Doktor
  2. Jururawat
  3. Polis
  4. Tentera
  5. RELA
  6. JPAM
  7. Bomba

Dan banyak lagi….

So, apakata…anda buat design TShirt & jualkan kepada diaorang.

Katakan korang kerja sebagai jururawat…so, mungkin ramai yang kena kerja sampai malam & tak ada baju sejuk yang sesuai untuk dipakai, boleh cadangkan baju sejuk hoodie.

Jika korang ada kawan2 sebagai polis atau anda sendiri seorang polis, boleh cadangkan buat TShirt sempena dengan PKP atau lockdown untuk team korang.

Jika korang sukarelawan, boleh jugak buat TShirt untuk sukarelawan yang bertugas membantu frontliners.

Buat tshirt untuk team korang atau untuk orang lain sebagai kenangan seumur hidup.

Pandemik Covid 19 ni bukan perkara yang selalu jadi atas muka bumi ni….so, inilah masanya korang buat satu bentuk kenangan untuk mengingati peristiwa covid ni.

Kalau korang tak ada IDEA nak buat design apa atas baju tu, korang boleh pilih design sedia ada yang kitaorang ada.

KLIK JE SINI & korang pilih je ikut citarasa korang.

Takpun…kalau nak design lain, just cari je dalam Google atau klik kat page BUAT DESIGN SENDIRI ni untuk buat design tu sendiri.

Ni antara contoh baju2 Covid 19 untuk frontliners yang saya pernah buat sebelum ni.

Ada jugak geng2 bomba buat TShirt jenis Sublimation untuk group diaorang.

Saya tahu…ramai diluar sana yang kena buang kerja, tak boleh berniaga, nak cari duit sampingan dll lagi time loockdown ni.

So…IDEA ini adalah salah satu cara untuk korang buat duit tambahan.

Katakan dalam 1 hospital tu ada 100 orang misi, anda ambik untung RM2 sehelai pun…free2 dapat RM200 tanpa perlu pening kepala nak print atas baju tu.

Itu kalau ambik untung RM2 sehelai…kalau lebih, banyak lah lagi dapat nanti.

Tak kira samada korang orang luar atau orang dalam….semua ada peluang buat duit dengan idea ni.

Cuma orang dalam lebih besar peluang dia sebab mungkin dia ada group Whatsapp atau Telegram untuk frontliners tu.

So…senang le sikit nak promote nanti.

Apa tunggu lagi….rebutlah peluang yang ada sekarang.

Hanya anda sahaja yang dapat bantu diri anda…kalau tak, siapa lagi?

Ok…

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Oklah…apa cerita cetak TShirt kita hari ni?

Disini saya kongsikan beberapa tempahan yang masuk2 baru2 ni.

Tak banyak pun tapi legalah sikit daripada tak ada langsung.

Bukan setakat TShirt…beg pun kitraorang boleh print.

Alhamdulillah…time2 macam ni pun ada tempahan untuk beg masuk.

Stail print sama je macam print baju tapi susah sikit sebab kena buat 2 orang, baru sharp sikit masa print.

Yang ni print atas baju muslimah microfiber.

Tapi tu lah…baju dah pos dah tapi tak dapat nak pakai sebab tengah lockdown.

In Sha Allah…..dah habis lockdown ni boleh lah diaorang melaram dengan baju tu nanti.

Masing2 mesti excited nak pakai baju tu ramai2 kan?

Yang ni untuk baju family day ni. Kenangan Family Day ketika Covid.

Bukan setakat baju dewasa, baju rompers budak pun ada jugak….memang sempoi.

1 kaler print..depan, belakang & lengan.

Yang ni tempahan dari regular customer kitaorang.

Rasanya dah 5 tahun diaorang order dengan saya kot…atau mungkin lebih. Tak ingat lak.

Terima kasih cikgu Nora sebab masih menyokong kami & bagi kepercayaan kepada kami untuk print baju anak murid cikgu.

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Oklah ye…rasanya setakat ni je lah dulu.

Ada lagi design baju yang belum saya upload tapi tak sebanyak macam sebelum lockdown.

Saya doakan supaya Allah cepat2 cabut & hapuskan penyakit Covid 19 ini dengan segera supaya kita semua dapat buat aktiviti macam biasa semula.

Kalau nak tempah TShirt…follow je step2 ni ye.

Sampai jumpa lagi…baaaaaiiiiii….

Yang Sentiasa Berusaha Keras,

Abg Nik & Kak Salina

Established Since 2001

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 16/06/2021, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: