PKP, PKPB, PKPD, LOCKDOWN….bisnes Cetak Baju kami sentiasa on!

Assalam & Salam Cetak Baju semua,

Alhamdulillah…..syukur dalam kesusahan sebab walaupun kita masih dalam pandemik Covid 19 tapi rezeki untuk hidup masih berjalan macam biasa.

Kami masih lagi struggle untuk survive tapi masih belum sampai tahap terpaksa kibar bendera putih…itu yang syukur sangat tu.

Allah masih lagi kurniakan rezeki yang tak putus2 kepada kami dalam bisnes cetak baju ni walaupun tak sekencang sebelum PKP dulu.

So…bagi korang yang tercari2 tshirt untuk group korang, jangan risau & susah hati sebab bisnes kami still berjalan macam biasa lagi.

Tapi kalau nak buat custom made tu…saya surrender dulu sebab semua kilang & tailor terpaksa tutup kilang dulu buat setakat ni.

Kalau nak print atas baju readymade tu…no problem. Saya still terima cam biasa ye.

Saya selalu ajak rakan2 diluar sana yang nak buat duit tambahan, boleh berjinak2 slow2 untuk buat duit dengan bisnes cetak baju ni walaupun still tengah Covid ni.

Mungkin korang tertanya2…baju apalah yang customer nak order time Covid ni kan?

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Disini saya kongsi dengan korang beberapa jenis baju yang saya still dapat tempahan walaupun tengah Covid ni…

  1. TShirt Covid

    Sesetengah orang dia nak buat kenangan seumur hidup diaorang dengan pandemik ni & salah satunya melalui tshirt.

    Ada banyak contoh tshirt bertemakan Covid kat luar sana & kalau nak guna kitaorang punya design pun boleh.

    Ni antara contoh baju Covid yang kami pernah buat sebelum ni.

Ni antara sebahagian contoh baju yang kitaorang siapkan baru2 ni.

Kalau nak tengok contoh2 design COVID 19 lain…cer KLIK SINI.

2. TShirt Company

Time2 camni banyak jugak company yang belanjakan bajet diaorang untuk dapatkan TShirt.

Mungkin duit bajet tak banyak guna sangat sebab banyak aktiviti yang tak boleh buat.

So, untuk bagi hadiah atau cenderamata kat staf, kebanyakan syarikat buat TShirt untuk staf diaorang.

Bagi korang yang bekerja, boleh cadangkan kat bos untuk buat TShirt untuk staf sebagai ganti kepada aktiviti tahunan yang tak dapat dibuat tahun ni.

Ni antara contoh baju company yang customer order sebelum ni.

3. TShirt Promosi

Yang ni baru lagi saya dapat.

Bagi bisnes2 yang nak buat promosi secara online & sebagai salah satu cenderahati kepada pelanggan, ada juga customer kitaorang yang tempah TShirt dengan kitaorang.

Mungkin sebagai trikan untuk customer order dengan banyak atau sebagai penghargan…terpulang pada masing2.

Tapi bagi saya…IDEA ni ok jugak sebab bila customer pakai baju yang kita bagi tu, dia akan selalu ingat kat kita nanti.

4. TShirt Group

Yang ni pun ada time2 PKP ni.

Group masing2 tak boleh tinggal walau apa jadi sekali pun.

Mana tau….dalam masa terdekat ni bila PKP dah tamat, boleh pakai ramai2 gi jalan2 nanti.

5. TShirt Sahabat & Kawan2

Yang ni memang sempoi sebab walaupun Covid 19…sahabat handai tak dilupakan.

Tak perlu design yang fancy2…cukup dengan tulisan yang menunjukkan keakraban kita sebagai sahabat sejati pun dah cukup dah.

Macam contoh baju bawah ni.

6. TShirt Hari Raya Korban

Maaf….kalau nak tempah TShirt yang ni dah tak sempat tapi just nak bagitahu TShirt apa yang customer order time2 PKP ni.

Alhamdulillah…ada beberapa order jugak TShirt Korban ni.

Ada jugak yang nak kosong je sebab senang nak buat jalan2 katanya.

7. TShirt Sekolah & Kelas

Walaupun kelas & sekolah tak bukak tapi ada jugak sesetengah customer tempah TShirt ni untuk kenangan diaorang.

Ye lah…dah lama tak berjumpa, apalagi kenangan yang boleh buat selain TShirt.

8. TShirt Untuk Frontliners

TShirt ni memang sesuai sangat time2 camni.

Boleh bangkitkan semangat kepada frontliners bila dapat pakai baju camni.

At least, frontliners seronok lah sikit bila dapat pakai baju ni sebab sekurang2nya ada kenangan untuk diingat 3 ke 4 tahun akan datang bila Covid dah hilang…In Sha Allah.

Cuma TShirt untuk group vaksin je belum buat lagi.

Ok gak kalau dapat jual kat Pusat Pemberian Vaksin kat area korang.

Mesti ramai yang beli untuk kenangan seumur hidup nanti.

Kalau anda seorang misi, doktor atau petugas kesihatan…inilah peluang korang untuk buat duit sambil2 bertugas….dok gitu?

Ni antara TShirt yang kitaorang terima tempahan time2 PKP ni.

Kalau ada dikalangan korang rasa nak buat duit dengan TShirt ni…ni antara idea2 yang korang boleh buat.

INI ANTARA IDEA2 YANG KORANG BOLEH GUNAKAN UNTUK START BUAT TEMPAHAN TSHIRT TU!!!!

  1. Kalau kerja pejabat, boleh start dengan bertanya pada admin, tak nak buat tshirt untuk staf ke?

Sekurang2nya gunalah jugak nanti duit bajet syarikat daripada terbiar gitu je.

2. Kalau kerja kat hospital, boleh suggest kat kawan2 untuk buat TShirt sebagai kenangan time2 Covid ni.

3. Kalau cikgu sekolah atau pelajar sekolah…..boleh cadangkan untuk anak2 murid atau kawan2 sekelas untuk buat TShirt sebagai kenangan Tahun 2021 ni.

4. Kalau duduk dalam persatuan, boleh suggest untuk buat TShirt untuk ahli2 persatuan sebagai cenderamata tahun 2021 ni.

5. Kalau pelajar universiti, boleh buat dropship untuk TShirt universiti atau TShirt batch ikut kursus masing2 tahun 2021 ni.

Bukan buat untuk 1 universiti je…korang boleh promote untuk semua universiti atau pengajian tinggi diseluruh Malaysia.

Lagi besar market korang…lagi banyak untung korang.

6. Kalau kawan2….boleh buat TShirt untuk sahabat2 handai sebab dah lama tak boleh berjumpa akibat PKP ni.

Ada TShirt ni sekurang2nya boleh lah rapatrkan lagi silaturrahim kita semua.

Setakat ni sajelah dulu ya. Semoga dapat kita berjumpa lagi lepas ni ye…

Ikhlas Dari :

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 18/07/2021, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: