PM ke 9 dah dilantik ke?…x apa..janji bisnes TShirt jalan cam biasa.
Assalam & Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar semua yang sudi menjenguk blog saya ni ye?
Moga2 korang semua sihat selalu & dijauhi dari bala bencana terutamanya wabak Covid 19 ni ye.
Dalam beberapa minggu ni…sibuk & kecoh rakyat Malaysia bila PM Muhyiddin Yassin letak jawatan.
Yang bertambah kecohnya ialah bila letak jawatan time rakyat susah dengan pandemik Covid 19 ni.
Tapi semalam (20/08/2021) PM baru selamat dilantik & bagi saya…saya tak kisah sape yang dilantik, janji bisnes kitaorang tak kacau & tak tergugat.
Saya tak boleh nak sokong mana2..kena neutral sebab saya buat bisnes deal dengan customer yang pelbagai latarbelakang.
Kalau saya sokong satu2 pihak je…takut efek bisnes saya.
So..jalan selamat ialah be neutral. Dalam hati…hanya Allah je yang tahu.
Cuma apa yang saya harapkan ialah bila dah ada perlantikan PM baru ni, semoga penyakit Covid 19 ni dapat lah diuruskan dengan lebih kemas & harap2 bilangan kes semakin menurun.
Harap2 juga supaya bisnes2 terutamanya bisnes kecil2an & sederhana macam saya ni dapat bangkit semula macam sebelum pandemik sebelum ni.
Kalau tak ada perubahan….macam sia2 je lah perlantikan baru tu kan??
So…saya tak nak berceloteh panjang…takut ada yang kecam lak nanti hehehe.
Oklah…bagi korang yang nak tempah TShirt untuk apa sahaja aktiviti atau program korang, tempahan sekarang ni sentiasa dibuka ye.
Kami sentiasa mengalu-alukan tempahan korang tu ye.
Cuma nak bagitahu….Alhamdulillah, walaupun time2 pandemik ni, kami banyak jugak dapat tempahan utk cetak TShirt ni. So..boleh lah bernafas sikit & bolehlah buat bayar apa2 yang patut time2 camni ni.
Ok…apa cerita cetak TShirt kami sebelum ni ye?
Yang ni customer order vest warna khaki brand Oren Sport.
Biasanya vest ni saya sulam tapi customer mintak nak print sebab nak harga murah sikit.
Kalau sulam harga mahal lagi sebab design dia besar & banyak guna benang nanti.
Tapi kalau cetak pun ok jugak sebenarnya…bagi saya cantik jugak.
Ini antara TShirt untuk company masing2.
Walaupun tengah Covid ni..Alhamdulillah ada banyak jugak syarikat yang still berjalan & syarikat ni jugak ada tempah TShirt dengan kitaorang.
Biasanya syarikat2 akan tempah dalam kuantiti yang agak banyak & design tak terlalu complicated.
So…mudah lah sikit nak print & harga pun sesuai dengan bajet syarikat.
Lagipun sekarang ni syarikat tak banyak buat aktiviti…so, bolehlah diaorang gunakan bajet tu untuk tempah TShirt untuk staf kan?
Yang ni baju untuk team vaksin ni.
Banyak jugak diaorang order…dalam 300 pcs jugak.
Ini adalah kali ke 3 cpmpany ni order TShirt ni dengan kitaorang.
Terima kasih bookdoc sebab sokong kami selama ni (kalau diaorang baca artikel ni lah ye….hehe)
Sebelum2 ni diaorang sulam kat lengan & depan, printing belakang. So, harga mahal sikit.
Tapi yang latest ni diaorang print semua sekali & harga dapat murah lagi.
memang macam tu..kalau sulam banyak tempat & saiz pun besar sikit, konfem harga akan mahal sebab harga sulam ikut bilangan stitches jugak.
Yang ni nak cerita pasal cetak atas baju microfiber.
Yang 3 gambar sebelah kiri tu atas baju microfiber berzip & yang hujung kanan tu guna baju microfiber roundneck biasa.
Cetak simple je putih tapi mesti kena 2 layer supaya design dia naik.
Yang ini kita panggil teknik halftone.
Apa itu halftone?
Halftome ialah design asal yang kita print dengan buat teknik dot dot dot atas design tu.
Hasil dia ialah sama macam design asal yang original.
Kalau teknik biasa lain, kita buat pakai design solid je tapi halftone dia guna dot dot dot untuk printing tu.
Ibarat kalau tengok TV tu..kalau kita tengok dekat2..dia sebenarnya hasil daripada berjuta2 dot dot dot kecik yang hasilkan gambar sebenar.
Kalau tak faham jugak..kena order TShirt halftome nanti ni hehehe…baru nampak depan2 mata..
Ini last….yang ni biasa je.
Cetak 1 warna atas baju cotton. Tak ada special sangat tapi sempoi je.
Oklah ye..setakat ni dulu untuk kali ni.
Macam biasa…kalau nak tempah TShirt, boleh terus send kat Whatsapp macam bawah ni ye….
Ok…sampai jumpa lagi ye. Baaaiiiiiii….
Abg Nik & Kak Salina
Established Since 2010
Posted on 21/08/2021, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0