Monthly Archives: October 2022

Cetak TShirt dan PRU…tak pernah berpisah dari dulu lagi!

PRU & Cetak TShirt….berpisah tiada!

Assalam & Salam Cetak Baju semua,

Haaa…buat apa tu? Mesti le tengah baca blog kan?

Harap2 korang sentiasa sihat walafiat bersama yang tersayang.

Nampaknya PRU datang lagi…5 tahun sekali dia datang.

Kalau PRU atau Pilihanraya Umum ni datang maknanya TShirt wajib ada.

Setiap kali PRU…setiap kali tu lah kitaorang dapat order TShirt untuk pilihanraya.

Biasanya parti2 yang bertanding ni akan bagi free TShirt kat bakal2 pengundi kat tempat diaorang.

TShirt ni ibarat macam promosi atau marketing bagi calon2 yang bertanding sebab bila dah ramai pakai baju tu kat tempat diaorang, maka orang yang nak mengundi akan teringat2 kat TShirt yang ramai2 pakai tu.

Lagi lah bagi mereka yang masih atas pagar atau tak tahu nak pilih calon yang mana….so, susah2 sangat undi je calon yang kita tengok ramai pakai TShirt dia.

Tapi saya tunjuk gambar TShirt Barisan Nasional ni tak semestinya saya ambik order untuk parti tertentu je…untuk bisnes semua kita pulun.

Yang mana boleh buat duit…semua kita sapu.

Orang berniaga ni kena neutral tapi tang mengundi…undi adalah rahsia….

Masa Tahun 2013 hari tu, saya ada jugak bercerita pasal mengundi time tu.

Ini tahun 2013 ni…sekarang 2022..dah 9 tahun dah.

Tahun ni nak mengundi lagi. Sekejap je masa berjalan.

Selain daripada TShirt untuk PRU, kitaorang pun sentiasa sibuk dengan tempahan TShirt2 lain.

Antara yang baru masuk baru2 ni…TShirt sekolah Tadika…

Ni antara TShirt tadika, pasti & Taska yang saya siapkan baru2 ni.

Ada yang tempah siap dengan seluar sekali untuk budak tadika.

Pos bukan setakat Semenanjung je…ada yang tempah nun jauh dari Kota Kinabalu pun ada.

Makasih ye semua….

Selain TShirt tadika, kat akhir tahun ni…TShirt untuk syarikat pun banyak.

Biasanya diaorang nak habiskan bajet tahunan…tu yang biasanya diaorang buat TShirt untuk cenderamata pada staf.

Kalau tak TShirt untuk syarikat..ada jugak yang tempah untuk aktiviti sukan diaorang.

Ada yang cetak nombor & ada jugak yang cetak nama team.

Macam2 stail diaorang ni tempah…ikut je idea masing2.

BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Ini lah antara tempahan TShirt yang saya sempat upload untuk hari ni.

Bagi korang yang nak tempah TShirt tu…jangan malu & jangan segan.

Follow je step bawah ni atau atas ni…

Walau sesibuk mana pun kami, customer is always No.1.

Kami menunggu tempahan korang ye!

Yang Ikhlas,

Abg Nik & Kak Salina

0192254028 / 0193643692

Cetak TShirt Kami ada TShirt cotton..ada TShirt microfiber…macam2 adaaa!!

Assalam semua pelawat mohcetakbaju.com,

Sihat ke semua? Harap2 korang sentiasa sihat bersama yang tersayang.

Pejam celik pejam celik….kejap je dah bulan 10..lagi 2 bulan dah masuk akhir tahun dah.

Bagi yang masih lagi mencari2 tempat nak cetak baju korang dari awal tahun lagi….cer singgah2 kat sini.

Bagi regular customer kami, nama Ainix Resources memang dah meniti je atas jari diaorang.

Sebab nak bagitahu ni…yang banyak order TShirt dengan kitaorang ialah regular customer kitaorang.

Ada yang setiap tahun order baju yang sama & dengan asbab musabab diaorang le bisnes kitaorang masih maintain sejak dulu lagi….Alhamdulillah.

Ok…hari ni saya nak kongsi dengan korang jenis2 TShirt yang kitaorang supply kat blog kitaorang.

Kitaorang bukan sediakan servis cetak baju je tapi ada jugak supply TShirt sedia ada yang korang boleh pilih terus nak yang mana…

Antara contoh TShirt yang kitaorang ada ialah :

  1. TShirt Cotton

TShirt cotton yang kitaorang supply ni ada 2 jenis…100% cotton & cotton TC.

Cotton TC atau Tetra Cotton bagi saya material dia lebih tahan dari 100% cotton.

TShirt yang guna material ni ialah….

Brand Enzo…cer tengok contoh bawah ni…

Ni antara pattern2 baju yang gunakan material cotton TC.

Cotton TC ni kelebihan dia anti-shrink atau susah nak kembang atau kecut lepas basuh.

Baju raya saya banyak guna baju jenis ni sebab tahan lama oooo…

Kalau yang 100% cotton..selain enzo macam Oren Sport, rightway, gildan dll..semua guna material 100% cotton.

Contohnya macam ni….

Ni brand oren sport

Yang ni brand Rightway

Yang atas ni lak brand Gildan…

Actually ada macam2 jenis TShirt yang kitaorang sediakan.

Tunggu korang pilih je….

Selain cotton, ramai jugak yang berminat dengan TShirt jenis microfiber.

Microfiber atau nama lain dia kain jersi atau quickdry, boleh digunakan untuk aktiviti outdoor & indoor.

Kalau ada yang tanya…TShirt microfiber tu TShirt yang macamane?

Senang je….cer tengok pemain2 sukan pakai TShirt terutamanya pemain bola.

Camtu lah jenis bajunya….

Tapi baju microfiber ni bukan je untuk main sukan, untuk santai2 pun boleh jugak.

Ni antara contoh TShirt microfiber yang ada…

Yang ni jenis bercorak atau sublimation.

Ada jugak yang plain.

Ada macam2 stail TShirt yang korang boleh pilih sebenarnya.

Just tanya je kitaorang nanti….nanti kitaorang tunjuk contoh tshirt yang ada nanti ye….

Ok lah…macam biasa, saya nak kongsi dengan korang antara tempahan yang kitaorang siapkan baru2 ni…

Order dari anak jati Johor tapi duduk kat Perak.

Baju kenang-kenangan JDT juara FA 2022. Bukan senang ooo nak cari baju camni.

Kena order khas baru dapat…hehehe.

Design baju ni memang sempoi…semua customer bagi.

Kitaorang print je…mudah kerja.

Guna baju jenis microfiber brand rightway..memang sesuai dengan design baju tu.

Jauh betul customer order ni…dari New York tu…hehehe.

Acah je…ni customer Malaysia je tapi cetak New York. 1 jenis baju 1 warna baju. Memang cantik.

Cetak TShirt Hari Keluarga ni memang tak putus2 setiap bulan.

Dalam sebulan mesti ada tempahan TShirt Hari Keluarga camni.

Seronok betul diaorang dapat pakai TShirt sedondon setiap kali berkumpul kan….

Ada jugak customer yang request untuk buat logo kat baju diaorang.

Biasanya kitaorang bagi 2 pilihan…guna stiker (kualiti tinggi) atau print tapi kalau banyak warna…mesti print biasa lagi mahal dari stiker.

Tapi stiker yang kitaorang guna ni bukan stiker beshe2…kilang punya stiker ni.

So..mesti yang high quality supaya customer lebih puas hati.

Satu lagi TShirt yang banyak dapat sambutan ialah TShirt Tadika atau Taska.

Tempahan yang camni memang kadang2 tak menang tangan nak siapkan.

Biasanya kalau nak segera & cepat…kena ambik TShirt readymade macam atas ni.

Kalau custom made boleh buat tapi makan masa sikit nak siapkan sebab kena jahit lain.

Ok..rasanya setakat ini dululah cerita kita kali ni.

So…bagi yang nak tempah TShirt kitaorang…just Whatsapp atau Call pun boleh…

In Sha Allah..kitaorang akan layan korang sebaik2nya….

Baaaiiii…jumpa lagi.

Yang benar2 benar,

Abg Nik & Kak Salina

%d bloggers like this: