Mengundi, mengundi jugak tapi tshirt tetap tshirt……

Hai, Salam Cetak Baju & Salam Mengundi buat semua,

Hari ni 5 Mei 2013, sejarah dalam negara….Hari Mengundi. Saya tak nak cerita bab politik tapi nak cerita skit pasal mengundi je ni. Kalau citer bab politik kang, tak laku lak baju kitaorang nanti. Almaklumlah….pelanggan saya macam2 adaaa….tak kira parti.

Actually, saya baru semalam sampai dari Perak. Balik ke Kemaman, Terengganu, rumah mak merangkap Kawasan mengundi. Tiket bas ambik dari Lumut jam 6 petang semalam & pukul 4 pagi baru sampai Kemaman.

Sepanjang perjalanan dari Lumut tu meriah betul tengok suasana pilihanraya. Macam2 stail ada. Sambil2 tu jeling2 gak kat tshirt2 yang diaorang pakai….macam2 jenis gak ada.

Pagi ni, jam 9 pagi…pegi mengundi. Tak ada le ramai noo orang. Jap je beratur, dah siap dah…Balik rumah sambung balas emel pelanggan, update blog ni & jap lagi nak siapkan design2 customer yang order sebelum ni.

Malam ni tunggu keputusan PRU & esok balik Perak balik, naik bas…pastu, sambung balik rutin harian cam biasa.

Harap2 korang semua lancar le mengundi. Tak yah le terlalu taksub sangat ngan parti masing-masing. Kita sokong biasa2 jelah. Kadang2 tu, kita ni punyalah bergaduh sesama sendiri pasal parti tapi kadang2 tu, pemimpin2 lepas sidang Parlimen, elok je bersembang kat tempat minum.

Politik ni memang camtu….apa2 pun, kalau nak order tshirt, bagitahu saya nnti…heheheh(tak ada kaitan pun).

Ok….Hari ni cam biasa…..apa citer pasal baju yang orang tempah sebelum ni ye?

Cerita satu…..asalnya customer buat design sendiri kat Customink.com cam kat bawah ni…..

baju kelas cetak

Hasilnya, cam kat bawah ni…….

baju kelas

tshirt kelas

tshirt kelas

Alhamdulillah, diaorang semua puashati. Kalau tak tahu nak buat design baju tu, senang je. Buat kat page “Buat Design Sendiri” kat atas nun. Guna Customink.com. Pastu, saya akan ikut sebijik design kat website tu & transfer ke baju. Hasilnya…..cam kata atas ni le….

Baju kedua….

Design asal yang diemel cam ni…

tshirt family day

Yang ini agak mudah nak buat sebab customer ni dah siap bagi dalam bentuk Adobe Illustrator. Saya hanya print out untuk buat blok printing je. Tak yah nak touch up apa2 doh. Hasilnya seperti kat bawah ni…..

tshirt family day

tshirt hari keluarga

tshirt family day

2 kaler print ni…guna blok saiz besar skit dari A4. Kalau sape2 yang buat bisnes printing baju, mungkin pelik camane saya print 2 kaler tanpa ada marking atau “lock”. Saya guna tulisan bawah tu je sebagai marking saya untuk blok kaler Oren tu. Paham ke? hehehehe…..Tak paham, boleh tanya.

Ok…cerita ketiga…..Yang ini spesial skit. Cuba tengok berapa banyak kaler saya nak print kat baju depan tu.

Tahu tak saya buat camane? Yang ini saya syorkan guna heat press tapi guna kain jersi kaler putih. Cuba tengok hasilnya kat gambar bawah lagi……

tshirt cetak

cetak tshirt

Yang ini saya kena guna heat press sebab banyak sangat kaler dia. Bawah ni proses nak buat heat press tu….

cetak bajucetak baju

cetak baju

Belakang saya guna dye biasa je…tapi sori, sebab lupa nak ambik gambar belakang. Yang belakang tu, senang je sebab 1 kaler je. Nak tahu tak sehelai berapa saya jual baju ni….hari tu, customer ni order 36 helai..saya tolak RM20 selai. Guna baju jersi plain Oren Sport.

Cuba baca apakata customer ni…tak percaya, boleh emel, tanya dia terus.

—————————————————————————————————————————————-

(Tanpa sebarang suntingan pada komen)
Nama: Nurul Hamidah Muhammad
Alamat Emel: nurha93@gmail.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: nir first time order baju & tempah sebanyak 36 helai..takut jugak mule2 tu tapi service ok dan kualiti printing pun memuaskan..kawan2 semua cakap cantik baju tu..

Admin : Tq, Nurul atas komen ikhlas tu…..

——————————————————————————————————————————————

Ok…cerita last untuk hari ni…saya combine kan 2 cerita sekali ye…

tshirt rewang kawin

baju kahwin

baju hari keluarga

Baju yang dua kat atas nun, tshirt kahwin & yang gambar bawah ni baju family day. Dua2 mudah nak print sebab 1 kaler je. Macam saya ceritakan dalam artikel2 sebelum ni..kadang2 tu, nak touch up design yang korang bagi tu yang ambik masa lama. Kadang2 sampai 2 hari…tapi time printing kejap je. Jeles I kat isteri I sebab dia tukang printing…hehehe. Biasa le, isteri jadi bos….saya jadi kuli je. I love U darling…hehehehe….

Ok le ye…..letih naik bas tak hilang lagi sebenarnya. Bas tak lalu sangat jalan hiway, tu yang rasa sakit2 seluruh badan tu.

Tapi emel customer tetap & wajib berjawab…walaupun tak ada apa2 feedback pun lepas tu. (Cam merajuk jer).

So, cam biasa…..nak order baju atau nak survey harga dulu, korang boleh klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya & isi form kat situ. Pastikan korang dah survey jenis baju kat katalog2 baju kat situ & dah ada design & detail lain. Baru lengkap boleh bg harga. Kalau takpun, boleh call/sms atau emel terus. Terpulang pada masing2.

Jumpa lagi korang….baibaiiiiii……

Nik,
Teratak Ibu ~ 05 Mei 2013 ~ Hari Mengundi PRU 13

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 05/05/2013, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kerja Kawin @ Rewang and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: