Alhamdulillah, rezeki mencurah2 lepas balik umrah ni……..
Selamat Cetak Baju pada semua,
Syukur pada Allah sebab bagi macam2 nikmat & rezeki kat kitaorang lepas balik dari umrah 2 minggu lepas.
Setakat hari ni, kitaorang agak tak menang tangan menerima order dari customer2 kitaorang. Tapi walau camane huru hara pun order yang masuk, saya rasa macam lancar je semua. Macam mudah je selesaikan tempahan tu. Mungkin berkat doa saya masa umrah hari tu kot.
Saya nak berkongsi cerita gak ngan korang. Banyak cerita best gak kebelakangan ni terutamanya nak dekat pilihanraya ni.
Semenjak 2, 3 menjak ni ramai ejen2 baju dari Parti2 politik yang call saya untuk order baju. Terima kasih banyak2 pada yang sudi order baju ngan saya tapi terus terang saya nak bagitau kat sini, saya tak mampu lagi nak terima order sampai beratus ribu lai. Ramai jugak yang call saya nak baju dalam 500, 000 lai, 200, 000 lai, 50, 000 lai. Nampak macam besar & menguntungkan tapi saya mintak maaf banyak2 sebab saya tak mampu nak tunaikan.
Antara sebab utamanya ialah berkaitan dengan kewangan. Saya kena bayar tunai kat supplier. Kalau dah beratus ribu lai, mana saya nak cari duit. Kalau jadi satu2 hal, tak ke menonggeng saya dibuatnya. Konfem kalau sangkut, supplier tak akan supply baju dah kat saya. So, jalan selamatnya ialah saya tak sanggup ambil order sebanyak tu. Maaf sekali lagi pada yang berkenaan ye.
Pastu, berkenaan ngan stok baju. Kebelakangan ni, banyak gak stok baju yang sangkut. Mungkin sebab dekat pilihanraya ni jugak kot. Kadang2 tu, stok tu ada tapi kena tunggu lama skit sebab tunggu diaorang jahit balik. Sesetengah baju terutamanya tshirt muslimah antara yang paling laris sekarang ni. So, mungkin ada sesetengah kod baju tu yang akan sangkut sikit le. Harap2 masalah ni akan selesai segera le.
Ok…..rasanya takat tu je yang saya boleh kongsi ngan korang pasal perkembangan bisnes semasa kitaorang.
So, cam biasa….kalau tak sembang pasal tempahan baju, memang tak sah. Hari ni apa citernya…….
Yang ini baju sempoi je. Just I Love My Family kat bahagian depan je. Apa yang saya buat biasanya, saya akan print kaler putih dulu termasuk bentuk Love tu. Pastu, print sekali lagi kaler merah untuk bentuk Love tu. Pastu buat bulat skit kat bahagian love tu untuk nampak macam bercahaya skit. Agak mudah untuk dibuat……
Selain daripada tu, ada jugak customer yang kreatif. Dia mintak lukis mulut kat gambar baju tu. Gambar asalnya cam dalam gambar dibawah ni….
Ini hanya gambaran awal je tapi diaorang order baju jenis lain. Hasilnya seperti dibawah ni…..
Walaupun baju tu putih, tapi 2 kaler gak saya kena print…hitam ngan merah. Mana yang ada kaler putih tu, saya guna kaler baju je senang. Tak yah print putih lagi dah. Yang ini untuk family sendiri je ni.
Selain daripada tu…..
Ini design baju untuk group ni. Depan 3 kaler & belakang 2 kaler. Agak mudah untuk di print sebab design dia agak besar. Baju yang dipilih semuanya berwarna cerah. So, bila print ngan kaler hitam, lagi menyerlah le. Belakang 2 kaler…hitam ngan pink. Seronok gak buat baju ni sebab tak komplikated sangat design dia.
Lagi…….
Tshirt kahwin atau rewang atau Bekwoh antara tempahan yang paling banyak kami terima. Tshirt rewang atau kawin ni, biasanya customer nak yang paling murah untuk sesuai dengan bajet kawin masing2. Belakang biasanya saya buat saiz A3 bagi nampak lebih menyerlah & besar. Tapi terpulang kepada citarasa masing2.
Selain itu…..
Kat atas ni lak untuk SMK Bum Bum. Tahu tak kat mana sekolah ni? Kat Semporna, Sabah….betulkan saya kalau salah ye, bah. Nak dengar cerita tak pasal customer baju ni. Boleh le saya cerita ye, Cikgu….
Kalau diikutkan, saya kena pos baju ni ke sana tapi malangnya masa tu time Lahad Datu kena serang ngan pengganas. Rumah cikgu yang order baju ni, betul2 depan tempat polis kita yang mati 6 orang tu. Dia cerita, takut bukan main. Bunyi peluru bertalu2. Ada komando datang rumah dia suruh tutup lampu ngan duduk diam2.
Esok2 nya…cikgu besar sekolah dia suruh diaorang ambik cuti & balik Semenanjung je. So, baju tu terpaksa le saya pos ke Penang, rumah cikgu tu sendiri. Gitu le ceritanya serba sedikit.
Selain daripada baju yang saya print guna dye atau silkscreen…ada gak baju yang saya guna heat press. Tapi hanya menggunakan baju TShirt JERSI PUTIH SAHAJA.
Cam contoh baju kat bawah ni….
Baju ni kalau nak banyak kaler, saya boleh buat sebenarnya tapi dengan syarat kena guna baju “JERSI KALER PUTIH”.
Ada yang nak buat baju camni ke? Kalau nak….minimum order 5 helai & harga selai RM25. Lagi banyak order, dapat murah skit. So, kalau ada sape2 yang berkenan…emel je kat kitaorang nnti.
Yang bawah ni guna heat press gak tapi design dia sendiri….
Yang ini tak boleh jual sebab ini design diaorang sendiri. Cuma nak cerita pasal baju je ni.
So….dah puas ke baca cerita kitaorang. Kalau ikutkan banyak lagi tempahan2 lain yang belum dicerita tapi kalau ceritakan semua kat sini, boring lak kang.
Jadinya….cam biasa. Saya mintak sangat2…jangan le guna bahagian komen kat setiap artikel tu untuk tanya soalan & order baju. Susah nak jawab kat situ. Seelok2nya gunalah emel.
Pastu nak order, cam biasa….isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun, takpun emel, sms atau call. Terpulang mana yang selesa. Satu lagi…kalau nak tahu harga, tolong bagi detail maklumat sedetail2 nya termasuk berapa lai nak order, baju jenis apa, design nak print & berapa kaler print. Baru saya boleh bagi harga ye.
So…jumpa lagi….Baibaibai……..
Posted on 24/04/2013, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Baju santai and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju murah, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, t shirt kumpulan, t shirt murah, t shirt rewang, tshirt kahwin, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0